Beli Rumah Zero Deposit Gunakan Lppsa Di Temerloh Melalui Kohab Blacklist Pun Layak


 


TEMERLOH - Orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan yang tercari-cari lokasi rumah strategik untuk dijadikan kediaman atau aset dipelawa mendapatkan rumah teres dua tingat fasa II di Taman Delima Saujana yang sedang hebat dipromosikan sekarang ini.
Ini kerana, bagi kakitangan kerajaan yang layak mereka tidak perlu membayar sebarang kos pendahuluan atau deposit.
Demikian ditegaskan oleh Perunding Hartanah, Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB), Che Nuri Nayan ketika ditemui PDO baru-baru ini. Menurut beliau, kakitangan kerajaan hanya perlu memberikan dokumen mereka sahaja untuk urusan berkaitan. Pinjaman akan diuruskan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
"Tanpa deposit, blacklist pun layak memohon. Bahkan, gaji hanya akan dipotong selepas dua tahun (rumah siap), maknanya ada dua kenaikan gaji sebelum pemotongan dibuat," kata Che Nuri.
Difahamkan KOHAB adalah pihak yang dilantik secara sah oleh pihak pemaju untuk uruskan penjualan rumah Taman Delima Sauana.
Sementara itu menurut Che Nuri, masih terdapat ramai di kalangan kakitangan kerajaan belum menggunakan kemudahan pinjaman disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk memiliki kediaman pertama.
Perkara ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tentang kemudahan itu atau tidak mahu mengambil peluang menggunakan keistimewaan disediakan khas kepada kakitangan awam oleh pihak kerajaan kerana tidak nampak manfaatnya.
Sebenarnya terdapat banyak kelebihan membuat pinjaman perumahan di LPPSA dalam merealisasikan impian memperoleh rumah pertama sebagai permulaan pemilikan aset terutama golongan B40.
Katanya, antara ditawarkan kadar faedah tetap empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.
Difahamkan menerusi LPPSA, kakitangan kerajaan boleh membuat pinjaman sebanyak dua kali seumur hidup bergantung kepada had kelayakan pinjaman perumahan atas faktor kenaikan gaji yang berlaku setiap tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.
Pada masa yang sama, biarpun mereka disenaraihitamkan apabila nama dimasukkan sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos), mereka masih lagi layak membuat pinjaman menerusi LPPSA.
"Malah bagi mereka yang berdepan masalah kadar keberhutangan yang tinggi juga masih layak untuk memohon pinjaman di bawah LPPSA selagi belum diisytiharkan bankrap di Jabatan Insolvensi Malaysia,"  tambah beliau.
Apa yang menarik, bagi pinjaman di bawah LPPSA, penilaian semakan kelayakan hanya dibuat berdasarkan apa yang tercatat di dalam penyata gaji tanpa mengambil kira sebarang komitmen luar seperti pinjaman bank dan ini antara kelebihan pinjaman LPPSA kerana ia menaikkan kelayakan pinjaman mereka dan membolehkan mereka membeli rumah melalui LPPSA berbanding bank.
Terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak mengetahui mengenai kelebihan pinjaman LPPSA ini dan sanggup membuat pinjaman bank bagi rumah pertama kerana mahu menyimpan kelayakan membeli rumah lebih besar dan selesa seperti diidamkan sedangkan mereka ada kelayakan pinjaman LPPSA yang mampu menawarkan pinjaman perumahan lebih baik setanding pinjaman bank.
Melalui pemilikan rumah di bawah KOHAB, setiap bakal pembeli mendapat rundingan dan nasihat hartanah terbaik oleh konsultan hartanah KOHAB dalam menggunakan peluang keemasan dan keistimewaan disediakan oleh LPPSA menggunakan kelayakan pinjaman semasa dengan kaedah pelaburan hartanah.
Kemahiran KOHAB adalah membantu menguruskan pinjaman serta memudahkan mereka memiliki aset hartanah pertama, contohnya kakitangan kerajaan bergaji bersih RM1,500 sudah layak memiliki rumah berharga RM250,000 bergantung kepada pengiraan had kelayakan pinjaman perumahan.
Melalui KOHAB pembeli boleh membuat permohonan menerusi Skim Zero Deposit Plus dengan syarat perlu berjawatan tetap dan disahkan penjawatan.
Kakitangan kerajaan yang disenarai hitam masih layak mohon pinjaman LPPSA. Kita akan semak kelayakan secara percuma melalui penyata gaji terkini.
Bagaimanapun, sekiranya pemohon ingin memiliki kediaman lebih tinggi berbanding kelayakannya, konsultan hartanah di KOHAB akan membantu memberi nasihat terbaik melalui kaedah pelaburan hartanah bagi membantu mereka memiliki aset hartanah pertama dan menjana pendapatan melalui rumah sendiri sehingga mampu menambah aset di masa hadapan dengan hanya bermula melalui pembelian tanpa sebarang kos di bawah skim Zero Deposit Plus ditawarkan oleh KOHAB.
"Contohnya kelayakan RM250,000 tapi pemohon inginkan rumah RM300,000 di Selangor. Logiknya dalam tempoh lima ke 10 tahun ke hadapan belum tentu ada jaminan pemohon akan mempunyai kelayakan miliki rumah berharga RM300,000 itu atas faktor penambahan usia dan pembayaran insurans tinggi dan perlu diketahui harga rumah semakin meningkat setiap tahun dan pada masa kelayakan mencukupi rumah tersebut berkemungkinan meningkat harga.
"Oleh itu, kita ajar bagaimana pemohon boleh menggunakan kelayakan sedia ada untuk miliki rumah sebagai pelaburan tanpa perlu mengeluarkan wang dan akhirnya kediaman ini menjadi miliknya," katanya.
Difahamkan juga, sehingga kini hampir 3,000 kakitangan kerajaan dibantu dalam tempoh tiga tahun ini oleh KOHAB untuk miliki kediaman sendiri sesuai dengan saranan dan akta 502 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mana galakan koperasi bekerjasama atau berniaga sesama ahli koperasi.
"Rata-rata mereka memberi maklum balas positif. Malah ada juga yang ingin buat pinjaman kedua untuk miliki rumah sebagai pelaburan dan kita bantu periksa kelayakan dan cadangkan projek yang sesuai," kata Che Nuri.
Di KOHAB selain pembelian rumah tanpa deposit, menerusi skim Zero Deposit Plus ditawarkan setiap pembeli menerima bon saham RM1,000 sekali gus menjadi ahli koperasi secara automatik.
"Sebagai ahli anda akan menikmati pelbagai manfaat di bawah koperasi seperti dividen dan berpeluang menjalankan perniagaan dengan hartanah di bawah KOHAB melalui didikan menerusi Program Pembangunan Usahawan Hartanah KOHAB.
"Di KOHAB kita bukan hanya sekadar koperasi biasa malah turut membuka peluang kepada a ahlinya mencipta kerjaya dan pendapatan besar dalam bidang hartanah dalam konteks keusahawanan bermula sebagai ahli sehinggalah menjadi seorang pemaju perumahan," katanya.
Meskipun pandemik Covid 19 masih lagi berlarutan untuk satu tempoh panjang namun ia sebenarnya peluang terbaik yang seharusnya direbut oleh kakitangan kerajaan kerana melalui KOHAB anda bukan sahaja mampu menyediakan rumah idaman untuk keluarga tercinta tetapi mampu mencipta. pendapatan melalui hartanah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/kohab-tawar-beli-rumah-zero-deposit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mau Bangun Rumah Sendiri Atau Beli Jadi Pertimbangkan 6 Hal Ini Agar Nggak Menyesal Nanti

Mau Bangun Rumah Sendiri Atau Beli Jadi Pertimbangkan 6 Hal Ini Agar Nggak Menyesal Nanti

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 304 hits
Masih bingung mau beli rumah beli tanah terus dibangun rumah ngontrak dulu atau tinggal sama mertua dulu setelah nikah 3
6 Tip Beli Rumah Lelong Dan Buat Untung Sekali Ganda

6 Tip Beli Rumah Lelong Dan Buat Untung Sekali Ganda

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 351 hits
Masih tidak ramai yang berani terjun ke game rumah lelong Proses membeli rumah lelong tidak sama seperti membeli rumah subcons atau subsale Majoriti ramai tidak
E Rebat Rm 200 Untuk Isi Rumah Beli Alat Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk Jimat Tenaga Buatan Malaysia

E Rebat Rm 200 Untuk Isi Rumah Beli Alat Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk Jimat Tenaga Buatan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 455 hits
Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi mengumumkan pemberian e rebat sebanyak RM 200 kepada isi rumah yang membeli alat pendingin hawa atau peti ais jimat tenaga buatan tempatan Dibawah program SAVE 2 0 itu sebany...
Beli Keyboard Baru Bekerja Dari Rumah Kan

Beli Keyboard Baru Bekerja Dari Rumah Kan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 477 hits
Assalamualaikum PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT telah diumumkan semalam mulai esok selama empat minggu tetapi PKPBKPKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kecuali Pahang Kelantan Perlis Motif tiga negeri ini tidak perlu PKPB S...
Hangus Duit Aku Menyesal Tak Belajar Prosedur Beli Rumah Pertama

Hangus Duit Aku Menyesal Tak Belajar Prosedur Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 335 hits
Ramai yang cuak nak beli rumah pertama Antara sebab utama adalah tak tahu cara yang betul Ye la Kalau nasib tak baik duit ribu ribu Ringgit boleh lesap macam tu saja Beli rumah bukan murah Tapi tak elok jugak kalau lama sangat menunggu Harg...
Ada Makhluk Halus Jatuh Atas Bumbung Rumah Kau Kerani Rugi Rm45 000 Kerana Percayakan Bomoh Temberang

Ada Makhluk Halus Jatuh Atas Bumbung Rumah Kau Kerani Rugi Rm45 000 Kerana Percayakan Bomoh Temberang

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 294 hits
Gara gara percaya dengan kata kata bomoh scammer seorang kerani sebuah syarikat swasta di Padang Sanai Kuala Nerang terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM45 000 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Superintendan Elias Omar berkat...
Idi Desak Pihak Rumah Sakit Selidiki Penyebar Foto Dan Data Medis Cabup Musi Rawas

Idi Desak Pihak Rumah Sakit Selidiki Penyebar Foto Dan Data Medis Cabup Musi Rawas

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 228 hits
Menyebarluasnya foto dan data medis calon Bupati Musi Rawas Sumatera Selatan Ratna Machmud saat sedang menjalani isolasi karena terpapar Covid 19 di RSMH Palembang mendapat tanggapan dari IDI IDI menyebut pelaku dapat dikenakan sanksi admin...
Cemburu Diselingkuhi Deny Bunuh Pasangan Kumpul Kebo Di Rumah Kontrakan

Cemburu Diselingkuhi Deny Bunuh Pasangan Kumpul Kebo Di Rumah Kontrakan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 283 hits
Terjadi cekcok antara keduanya karena korban justru meminta putus dan menyuruh pelaku mencari wanita lain Hal itu membuat pelaku beringas dan kalap
Aeril Zafrel Jemput Guru Ke Rumah

Aeril Zafrel Jemput Guru Ke Rumah

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 276 hits
WALAUPUN terpaksa berada di rumah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pelakon Aeril Zafrel tetap memastikan anak anaknya terus mencari ilmu Kerana tidak dapat menjalani pembelajaran di sekolah seperti biasa Aeril mengambil inisi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi