Sangkar Ikan Patin Adalah Salah Satu Pembekal Ikan Patin Di Temerloh
Kalau bercuti ke Temerloh korang patut singgah melihat sendiri pengusahaan ikan Patin di Temerloh yang memang sudah sinonim dengan masakan ikan Patin tapi kita tidak tau dari mana bekalan ikan patin diperolehi. Bagi pengusaha Sangkar Ikan Patin mereka menyediakan perkhidmatan Patin Sangkar. Seri Wangi sendiri baru tahu bahawa pengusaha ikan patin sangkar menyediakan bekalan ikan patin/tilapia kepada pemilik restoren dan kedai makan
Percaya tak kalau Seri Wangi katakan bahawa Ikan Patin Temerloh tidak rasa hanyir, tiada rasa Lumpur dan dijamin berkualiti, segar rasa sebenar ikan Patin. Sememangnya Seri Wangi setuju apa yang dikatakan itu sebab Seri Wangi sudah rasa keenakan masakan ikan Patin masak tempoyak. Untuk maklumat semua apa yang Seri Wangi tahu pembekalan Ikan Patin kepada restoren/kedai makan boleh mendapat bekalan tersebut terus dari pembekal ikan patin tanpa orang tengah.
Di Temerloh terdapat 150 buah sangkar ikan patin yang sedia ada, itu pun masih belum mencukupi dan pengeluaran ikan patin dalam 10 - 15 Tan matrix//bulan jadi pemilik restoren/kedai makan kenalah cepat buat tempahan untuk memastikan mereka mendapat bekalan berterusan.
Ikan Patin Sangkar bukanlah ikan patin kolam, ikanikan tersebut dipelihara dalam sangkar di sepanjang tepian Sungai Pahang dan cara pembelaan yang berstandard ada (MYGAP). Rasa ikan yang lemak dan manis, segar yang siap di siang, potong dan dibuang isi perut.
Ikan segar yang siap dibasuh dan dibungkus menggunakan pembungkusan kedap udara (vacuum pack). Jangka hayat simpanan lama, boleh tahan sampai 6 bulan di dalam peti sejuk, mudah di simpan dan senang untuk defrost.
Lokasi : Jalan Kampung Peragap, Kampung Peragap 28010, 28330 Temerloh, Pahang.
#temerlohunlimite #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022#temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung #tourismpahang #cuticutimalaysia#travelblogger #lifestyleblogger #malaysiablogger#keunggulanwanitacom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/02/sangkar-ikan-patin-adalah-salah-satu.html