Sanggup Lupakan Bidang Lakonan Seketika Selepas Anak Disahkan Autistik Kini Rezeki Catriona Mencurah Curah


Berbeza dengan sesetengah individu baik selebriti mahupun orang biasa yang malu dan enggan bercerita jauh sekali menonjolkan anak-anak mereka yang autistik pada masyarakat, duta produk Micracle ini sebaliknya pula.
Rasa malu dibuang jauh-jauh sebaliknya dia bersemangat bercerita mengenai hal itu dengan harapan masyarakat membuka mata tentang autistik. Semangat Catriona Ross kembali bersinar apabila memandang wajah anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
Kesakitan bersalinkan anak ketiga belum benar-benar pulih, diri sudah diuji lagi tatkala anak kedua, Raes disahkan menghidap autistik. Rasa ‘down’ dan hampir dua minggu dia menjeruk rasa, berkurung dan menangis mengenangkan nasib anaknya itu. Namun, pelakon berdarah kacukan ini kembali bangkit dan enggan mengalah.
“Kami mula sedar ada yang tidak kena dengan Raes apabila usianya memasuki dua tahun tetapi dia masih belum boleh bercakap. Waktu umurnya setahun lebih, saya sudah rasa ada yang tidak kena kerana dia tidak bercakap dan menyebut perkataan.
“Selain itu, Raes tidak menunjukkan tanda-tanda sepertimana kanak-kanak seusianya. Suara dia hanya boleh dengar apabila dia menangis sahaja. Apabila bertanyakan pada kawan-kawan jawapan mereka anak lelaki memang lambat sedikit.
Saya ada hantar Raes ke pusat asuhan dan memang tiada sebarang perubahan. Bulan keenam di situ, pengetuanya minta kami membawa Raes bertemu pakar. Selepas buat ujian, memang sah Raes autistik.
“Dua minggu lamanya saya asyik menangis, bayangkan waktu itu saya baru lepas pantang anak ketiga, Idrus. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya ketika itu. Saya tidak tahu nak buat apa dan bagaimana untuk uruskan anak autistik. Ketika itu, saya teringat kepada Fynn Jamal dan terus menghubunginya melalui instagram.

Sanggup Lupakan Bidang Lakonan Seketika Selepas Anak Disahkan Autistik, Kini Rezeki Catriona Mencurah-Curah.
“Memandangkan dia sibuk, kami hanya berhubung melalui instgram. Saya meluahkan segala isi hati dan dialah manusia pertama yang membantu saya meleraikan segala kekusutan di hati,”jelas Catriona yang turut membuat kajian dan bacaan melalui internet dan itu semua banyak membantu membuka minda dan mata untuk menguruskan anaknya.
Akui Catriona, biarpun Raes menghidap ‘mild autisme’ dan bukan jenis hyperaktif, namun harus bijak mengambil hati dan tidak boleh menyebabkan emosi anaknya terganggu.
“Biasanya kalau keinginan dia tidak dapat dipenuhi mula lah dia buat perangai. Sebelum ini memang sukar untuk kami faham apa yang dia inginkan tetapi selepas membaca dan mendapat ilmu tentang hal berkaitan autistik, maka sedikit sebanyak kami sudah mula boleh berkomunikasi dengannya.
Walaupun belum boleh bercakap tetapi kalau nak makan atau susu, Raes boleh memberi ‘hint’ apa yang dia inginkan,” cerita Catriona dengan lebih lanjut mengenai perihal anak keduanya yang disahkan autistik.
Bengkak Jiwa
‘Saya tidak mahu berpura-pura ibarat manusia sempurna di mata masyarakat. Sebaliknya, saya suka berkongsi apa yang saya ada dan tahu. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu ibu bapa lain yang senasib dengan saya tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak-anak autistik. Dalam masa yang sama, saya mahu masyarakat tidak memandang sinis setiap kali berhadapan dengan anak-anak istimewa ini.
“Jika di bandar, mungkin masyarakatnya sudah biasa kerana mungkin sudah terdedah dengan hal ini tetapi di luar bandar ia masih ‘taboo’. Mereka tidak suka mendedahkan hal-hal yang berkaitan sensitiviti sebegini kerana bimbang membawa masalah kepada mereka. Sedangkan mereka patut tahu, ini semua adalah urusan Yang Maha Esa.
“Kita harus terima dengan hati yang reda. Memang bercakap mudah tetapi hanya yang mengalaminya boleh merasai sendiri. Sedih, kecewa, malu dan sebagainya, namun buang jauh-jauh semua rasa itu. Bangkit dan bantu anak-anak kita kerana jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memulakannya bagaimana masyarakat boleh menerima.
“Anak autistik memerlukan perhatian yang rapi, mereka tidak boleh belajar topik biasa seperti kanak-kanak biasa yang lain. Saya sendiri jujurnya waktu mengetahui Raes autistik, saya rasa ‘bengkak jiwa’ lebih-lebih lagi apabila terpandang wajahnya. Kerana itu, saya mahu berkongsi rasa sayu itu dengan ibu-ibu yang lain.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi maklum balas negatif, rata-rata memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih kuat,’ ulas Catriona yang mengakui walaupun Raes ‘istimewa’ namun layanan diterima sama rata antara ketiga-tiga anaknya.
“Saya tidak mengamalkan pilih kasih dalam mendidik anak-anak. Walaupun Raes jenis yang cepat terasa namun kakak dan adiknya jenis yang memahami lebih-lebih lagi yang ketiga iaitu Idrus. Dia sangat rapat dengan abangnya boleh dikatakan tulang belakang kepada Raes.
Sanggup Lupakan Bidang Lakonan Seketika Selepas Anak Disahkan Autistik, Kini Rezeki Catriona Mencurah-Curah.

Idrus memang tidak faham situasi Raes tetapi dia suka berkongsi apa jua dengan abangnya dan banyak membantu seperti mengambil susu untuk abangnya dan sebagainya. Raes memang suka ‘have fun’ dengan adik-beradiknya dan suka gelak-gelak bila bermain sama-sama.
“Walaupun Raes tidak pandai minta apa dia nak, tetapi saya selalu ajar Rania yang adiknya (Raes) ‘istimewa’. Dia tidak bercakap, sensitif tetapi seorang yang penyayang. Dia juga cepat terasa dan boleh menangis tersedu-sedu dan ada kala berguling-guling jika keinginannya tidak dipenuhi. Raes akan ke pusat Autisme lima hari seminggu. Di pusat berkenaan mereka di ajar untuk berdikari seperti mana kanak-kanak lain.
sumber dari Majalah Keluarga
The post Sanggup Lupakan Bidang Lakonan Seketika Selepas Anak Disahkan Autistik, Kini Rezeki Catriona Mencurah-Curah appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/25/sanggup-lupakan-bidang-lakonan-seketika-selepas-anak-disahkan-autistik-kini-rezeki-catriona-mencurah-curah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggaplah Allah Sayangkan Kita Hanya Demam Biasa Kemudian Anak Disahkan Menghidap Jantung Berlubang

Anggaplah Allah Sayangkan Kita Hanya Demam Biasa Kemudian Anak Disahkan Menghidap Jantung Berlubang

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 254 hits
Cahaya mata merupakan penyeri dalam keluarga Namun keluarga ini diuji dengan ujian yang berat apabila anak perempuanya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang ketika umurnya baru mencecah 7 bulan Ikuti perkongsian penuh daripada Puan ...
Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak

Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 4140 hits
Nak murah rezeki Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak Tips lapang rezeki dengan rezeki anak anak 1 Selalulah belanja anak anak makan Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak anak kita dapat makan sedap sedap macam orang lain 2 Minta...
Rezeki Dari Allah Bukan Sebab Kau Power Ke Tak Power Ini Luahan Hati Abam Saat Isteri Disahkan Hamil

Rezeki Dari Allah Bukan Sebab Kau Power Ke Tak Power Ini Luahan Hati Abam Saat Isteri Disahkan Hamil

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 510 hits
Soal anak adalah rezeki daripada Allah SWT Bukan sebab kita power atau tak power Jangan kerana saya berbadan besar orang kata saya tak mampu nak bagi zuriat Demikian kata pelawak popular Abam Bocey yang kecewa dengan sikap segelintir netize...
Amalan Doa Bagi Melembutkan Hati Jiwa Anak Serta Dimurahkan Rezeki Dalam Kehidupan

Amalan Doa Bagi Melembutkan Hati Jiwa Anak Serta Dimurahkan Rezeki Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 514 hits
Amalan Doa Bagi Melembutkan Hati Jiwa Anak Serta Dimurahkan Rezeki Dalam Kehidupan Anak anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata d...
Jangan Berkira Sangat Dengan Anak Rezeki Kita Makin Murah Mama Papa Take Note

Jangan Berkira Sangat Dengan Anak Rezeki Kita Makin Murah Mama Papa Take Note

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 679 hits
Bila kita nak belikan sesuatu buat anak kita selalu fikir berkali kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir Jangan berkira sangat dengan anak anak amanah Allah pada kita Hakikatnya...
Selepas Bawa Anak Ke Kolam Renang Baliknya Jatuh Sakit Mungkin Kena Jangkitan Rwi

Selepas Bawa Anak Ke Kolam Renang Baliknya Jatuh Sakit Mungkin Kena Jangkitan Rwi

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 471 hits
Jika anda perasan anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi Situasi ini di kenali sebagai Recreational water illness iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi...
Surah Al Mulk Dan Al Waqiah Hebat Rezeki Datang Mencurah

Surah Al Mulk Dan Al Waqiah Hebat Rezeki Datang Mencurah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 2944 hits
SUMBER HIJABISTALINK PENUH SURAH ALWAQIAHSURAL AL MULKSurah Al Waqi ah adalah surah yang ke 56 dalam Al Quran terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al Waaqi ah dia...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut