Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10 Dilancarkan Dijana Exynos 9825 S Pen Mengesan Gestur Dan Empat Kamera Utama


Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini. Ia adalah kali pertama dua model Note dengan saiz skrin berbeza dilancarkan secara serentak. Seperti beberapa maklumat yang telah tertiris sebelum ini, peranti menjalani perubahan rekaan yang drastik dengan saiz bezel semakin mengecil, lubang kamera di tengah skrin, penggunaan sistem tri-kamera menegak dan tiada lagi sokongan bicu audio 3.5mm.
Kita mulakan terlebih dahulu dengan Samsung Galaxy Note 10+ yang dilengkapi skrin 6.8″ Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+, dijana cip Exynos 9825, memori sebesar 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4300 mAh. Bagi yang memerlukan storan tambahan, ia masih mengekalkan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB.
Sistem kamera utama menggabungkan sensor 12+16+12+ 3D TOF Megapixel. Kamera utama 12-Megapixel dengan lensa lebar mempunyai sistem bukaan boleh ubah f/1.5+ f/2.4. Lensa sudut ultra lebar f/2.2 dipadankan dengan sensor 16-Megapixel manakala lensa f/2.1 zum optikal 2X dipadankan dengan sensor 12-Megapixel. Sensor terakhir TOF membolehkan imbasan dunia secara 3D seperti yang ditemui pada Galaxy S10 5G. Kamera hadapan pula sebesar 10-Megapixel.
Bateri peranti sebesar 4300 mAh menyokong pengecasan berwayar  sehingga 45W dan nirwayar 20W. Masih terdapat fungsi menyokong pengecasan peranti lain PowerShare sekiranya diperlukan. Samsung hanya menyertakan pengecas 25W dengan setiap pembelian.

Samsung Galaxy Note 10 pula dilengkapi skrin 6.3″ Dynamic AMOLED FHD+ HDR10+, dijana cip Exynos 9825, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB UFS 3.0 dan bateri sebesar 3500 mAh. Sedikit mengejutkan peranti ini tidak mempunyai slot untuk kad mikro SD.
Sistem kamera utama menggabungkan sensor 12+16+12 Megapixel. Kamera utama dengan lensa lebar mempunyai sistem bukaan boleh ubah f/1.5+ f/2.4. Lensa sudut ultra lebar f/2.2 dipadankan dengan sensor 16-Megapixel manakala lensa f/2.1 zum optikal 2X dipadankan dengan sensor 12-Megapixel. Bateri peranti sebesar 3600 mAh menyokong pengecasan berwayar 25W tetapi tidak menyokong pengecasan 45W seperti Note 10+.
Tahun ini penambahbaikan paling besar dilakukan pada skrin yang mempunyai dagu dan dahi yang amat nipis berbanding Note 9. Pengimbas cap jari dalam skrin ultrasonik turut disertakan pada kedua-dua model. Hasilnya ialah peranti yang mempunyai 94% skrin pada bahagian hadapan.
S Pen dipertingkatkan dengan sokongan accelerometer yang membolehkan ia mengesan gesture yang dipanggil Air Command. Penggunaan kamera utama ke swafoto, mengubah mod kamera dan melakukan zom kesemua boleh dilakukan dengan menggerakkan S Pen di udara seperti tongkat ahli sihir.
DeX kali ini boleh digunakan pada sebuah komputer Windows 10. Apabila Note 10 disambungkan pada sebuah PC, kesemua storan di dalam peranti boleh dipindahkan ke dalam komputer secara drag and drop. Fail dari PC ke Note 10 juga boleh dipindahkan menggunakan kaedah yang sama.
Di Malaysia Samsung Galaxy Note 10 akan dijual pada harga RM3699. Samsung Galaxy Note 10+ pula akan dijual pada harga RM4199 untuk model 256GB dan RM4799 untuk model 512GB.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/08/samsung-galaxy-note-10-dan-note-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Galaxy Note 10 Plus Punya Empat Kamera Utama

Samsung Galaxy Note 10 Plus Punya Empat Kamera Utama

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 226 hits
Di bagian belakang bodi Samsung Galaxy Note 10 Plus tertanam kamera Ultra Wide 16MP dengan bukaan f2 2 Wide angle 12MP f1 5 f2 4 Telephoto 12MP f2 1 dan DepthVision Camera VGA
S Pen Samsung Galaxy Note 10 Akan Menyokong Kawalan Gesture Seakan Tongkat Sihir

S Pen Samsung Galaxy Note 10 Akan Menyokong Kawalan Gesture Seakan Tongkat Sihir

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 159 hits
dilancarkan beberapa hari lalu sebagai tablet yang bersaing dengan iPad Pro Ia membawakan beberapa pembaharuan yang tidak dilibatkan dalam video promosi ialah fungsi S Pen Air pada stylus Menerusi S Pen Air stylus boleh melakukan beberapa f...
Samsung Galaxy A10s Dilancarkan Dengan Bateri Berkapasiti 4000mah Dwi Kamera Belakang

Samsung Galaxy A10s Dilancarkan Dengan Bateri Berkapasiti 4000mah Dwi Kamera Belakang

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 196 hits
Samsung hari ini telah mengemaskini penawaran telefon pintar berspesifikasi asas mereka dengan pengenalan Samsung Galaxy A10s Ia hadir dengan penawaran spesifikasi asas tetapi dengan fokus memastikan ia beroperasi sepanjang hari tanpa masal...
Celcom Mendedahkan Harga Rasmi Samsung Galaxy Note 10 Di Malaysia

Celcom Mendedahkan Harga Rasmi Samsung Galaxy Note 10 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 955 hits
Celcom hari ini telah mendedahkan harga rasmi Samsung Galaxy Note 10 dan telah membuka pra tempahan buat peranti berikut dengan harga jualan seperti Galaxy Note 9 pada awal ia diperkenalkan Pra tempahan bermula pada 8 Ogos ini sehingga 18 O...
Samsung Umum Cip Exynos 9825 Dibangunkan Dengan Proses 7nm

Samsung Umum Cip Exynos 9825 Dibangunkan Dengan Proses 7nm

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 123 hits
Reading Time 1 minuteKetika mana ramai sedang menanti acara pelancaran Galaxy Notebook yang dijadualkan berlangsung lewat pagi nanti Samsung mencelah dengan pengumuman cip terbaru mereka Exynos 9825 Dibangunkan dengan teknologi 7nm E
Samsung Galaxy Note 10 Tiada Bicu Audio Gambar Olokkan Penyesuai Usb Ke Bicu Audio Tertiris

Samsung Galaxy Note 10 Tiada Bicu Audio Gambar Olokkan Penyesuai Usb Ke Bicu Audio Tertiris

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 168 hits
Samsung merupakan antara pengeluar yang masih mengekalkan penawaran port bicu audio 3 5mm pada telefon keluaran mereka Namun hal berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi melalui pengenalan Galaxy Note 10 pada minggu hadapan Terbaru m...
Samsung Mendaftar Tanda Dagang Galaxy A11 A21 Sehingga A91 Untuk Dilancarkan Tahun 2020

Samsung Mendaftar Tanda Dagang Galaxy A11 A21 Sehingga A91 Untuk Dilancarkan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 229 hits
Siri baharu peranti Samsung Galaxy A adalah pengganti kepada siri Galaxy J Sehingga hari ini sudah terdapat banyak peranti dalam siri ini termasuklah yang terkini Galaxy A80 yang mana turut merupakan yang paling mahal dalam siri Galaxy A in...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams