Samsung Galaxy A52s 5g


Yang terbaik dari kelasnya: katakan Hello kepada Galaxy A52s 5G ‘Next-Level’ anda. Semua dilengkapi dengan kamera OIS beresolusi tinggi, paparan AMOLED yang sangat halus dengan kadar penyegaran 120Hz, kelajuan pengecasan yang sangat pantas 25W, dan pemproses baharu

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan keluaran terbaharu, Galaxy A52s 5G, telefon pintar terbaik dari kelasnya yang memberi peluang kepada pengguna untuk memanfaatkan fungsi, prestasi, ketahanan dan gaya tanpa perlu memperbelanjakan duit dengan banyak. Kali ini, telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan 6'5" Infinity-O FHD+ Super AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz, bateri 4.500mAh yang menyokong Pengecasan Pantas 25W, dan empat kamera belakang dengan kamera utama 64MP antara lain. Jadi, naik taraf hidup anda bersama Galaxy A52s 5G terbaharu dan ucapkan selamat tinggal kepada urusan harian yang bosan


Samsung Galaxy A52s 5G
Tingkatkan penglihatan visual anda dengan paparan 6'5" Infinity-O Super AMOLED 1 yang bukan sahaja memberikan warna yang nyata dan realistik kepada penonton tetapi juga memberikan penglihatan yang terang dan lebih baik walaupun anda berada di luar. Sama ada anda bermain games, menstrim filem atau menonton video muzik artis kegemaran anda di YouTube, gambar skrin penuh dan kadar penyegaran 120Hz memberi anda pengalaman menonton yang halus dan tidak terganggu. 
Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 778G, prestasi, kelajuan dan fungsi keseluruhan juga ditingkatkan – terutamanya untuk game yang lebih berat yang perlu memberikan perincian lebih baik. Terima kasih kepada Stereo Speakers baharu yang dilengkapi dengan Dolby ATMOS, penonton dapat membenamkan diri dalam audio 3D yang lebih asyik dan lebih kuat untuk ketika mendengar lagu kegemaran mereka

Dengan keupayaan 5G, anda boleh memuat turun fail besar dengan pantas - seperti keseluruhan siri TV - dan data dalam sekelip mata sebaik sahaja 5G tersedia di Malaysia. Dengan kelajuan ultra-cepat dan latensi rendah, anda boleh bermain permainan dengan rakan anda, menonton siaran langsung sukan kegemaran anda atau memuat naik kandungan kreatif anda tanpa gangguan. Sekiranya anda bimbang bahawa semua itu akan menggunakan storan anda dengan banyak, jangan risau. Walaupun Galaxy A52s 5G sudah dilengkapi dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB 3 , anda masih boleh meningkatkan storan anda sebanyak 1TB dengan kad microSD 4

Kemudahan Dan Fungsi Tiada Tandingan
Sama ada anda pelajar kolej yang sibuk atau baru mula bekerja, peranti ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4.500mAh yang boleh bertahan dengan lama. Sekiranya bateri anda mati di tengah hari kerana penggunaan yang tinggi, jangan risau. Keupayaan pengecasan pantas 25W membolehkan peranti mengecas dengan cepat - dapatkan caj 50% hanya dalam 30 minit sahaja! - dan membolehkan anda kembali ke tugas harian anda dengan cepat. Dengan Power Saving Mode, bateri akan menganalisis rutin anda, mengoptimumkan sumber CPU dan mematikan data di latar belakang untuk menjimatkan penggunaan bateri

Sekiranya anda menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan suka mencuba sukan baru dan hobi yang berbeza, anda tidak perlu risau kerana Galaxy A52s 5G kalis air. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda menggunakan sarung pelindung kalis air untuk melindungi peranti anda dengan lebih baik dalam cuaca atau keadaan yang melampau. Selain itu, Galaxy A52s 5G dilengkapi dengan Gorilla Glass 5 yang tahan calar.
Bagi mereka yang suka kekal teratur, UI Core 3 memberi anda Quick Panel dan Home Screen yang dinamik yang membolehkan anda mendapatkan maklumat dengan cepat dalam satu tempat. Lebih menyeronokkan, anda juga dapat menyesuaikan latar belakang panggilan pada foto dan video pilihan anda. Untuk skrin kunci anda, anda dapat memilih hingga lima gambar sekaligus yang akan berubah secara automatik setiap kali anda membuka telefon anda. 
Untuk menyimpan dokumen peribadi dengan lebih selamat, platform keselamatan Samsung Knox melindungi data anda dan mengesan sebarang perubahan yang dibuat. Dengan Secure Folder, anda juga boleh menyimpan dokumen peribadi yang hanya dapat diakses dengan kata laluan atau cap jari anda


Hasil Profesional Bersama Kamera OIS Resolusi Tinggi
Kamera utama 64MP F1.8 tidak akan mengecewakan mana-mana peminat fotografi - sama ada anda suka street fotografi, landskap atau mengambil gambar portret yang menakjubkan, kamera pada Galaxy A52s akan menjadikan pengalaman anda lebih mudah terima kasih kepada fungsi OIS (penstabilan imej optik) yang dapat mengurangkan pergerakan, secara tidak langsung membolehkan anda untuk menangkap gambar dengan terperinci dan jelas. Sekiranya anda gemar mengambil gambar pada waktu malam, maka anda bernasib baik! 
Kamera OIS memberikankan gambar yang lebih terang ketika dalam keadaan gelap sementara Night Mode pula menggabungkan 12 gambar menjadi satu untuk mencipta gambar yang stabil. Untuk menangkap lebih banyak cahaya, teknologi Tetra Binning juga menggabungkan empat piksel menjadi satu

Selain itu, kamera Kedalaman dan Makro 5MP membolehkan anda menangkap tekstur dan perincian yang sangat halus ke dalam gambar anda - sempurna jika anda mengambil gambar kulit, makanan atau perincian pada pakaian anda. Oleh kerana bilangan bukaan F2.4 yang rendah, efek bokeh juga dapat dicapai dengan semula jadi di latar belakang. Lebih baik lagi, anda juga dapat menyesuaikan intensiti kesan kabur dengan Portrait Mode pada kamera Kedalaman, membuatkan subjek foto anda menonjol dengan lebih


Jadi lebih kreatif dengan efek lensa. Dengan kerjasama Snapchat, Fun Mode membolehkan pengguna mengambil gambar dan merakam video dengan efek-efek Snapchat yang berbeza dari aplikasi kamera anda. Anda juga dapat edit gambar anda dengan filter tersendiri. Terokai identiti kreatif anda dan cipta sebanyak 99 filter yang disesuaikan dengan warna, tona dan estetika anda. Jangan lupa untuk mencubanya dengan kamera swafoto 32MP F2.2 juga






Ia didatangkan dengan empat warna bergaya – Awesome Black dan Awesome White– dengan kemasan matte dengan harga runcit yang disyorkan RM1,899. Ia juga boleh didapati dengan hanya RM79.13/bulan dengan pelan ansuran 0% di Samsung Online Store. Sehingga 31 Oktober 2021, jika anda membeli Galaxy A52s 5G sekarang, anda akan dapat Clear Standing Cover bernilai RM109 secara PERCUMA.
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan hari ini, disini:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkhxme/buy/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/09/samsung-galaxy-a52s-5g.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarkan Bakat Picasso S Pen Di Samsung Galaxy Z Fold3 5g Anda

Keluarkan Bakat Picasso S Pen Di Samsung Galaxy Z Fold3 5g Anda

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 194 hits
Pablo Ruiz Picasso adalah pelukis pengukir pembuat cetakan seramik dan pereka teater Sepanyol yang menghabiskan sebahagian besar masa dewasa di Perancis Siapa yang tidak mengenali beliau Rata rata mereka yang meminati seni kreatif pasti men...
Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5g Malaysia Telefon Lipat

Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5g Malaysia Telefon Lipat

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 278 hits
Akhirnya Samsung kembali dengan model Telefon Lipat terbaik mereka Kali ini kami mencuba sendiri untuk Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5G Malaysia Telefon Lipat Model yang rare ini sangat unik kerana kebolehan telefon pintar lipat tidak sep...
The Best Of Its Kind Say Hello To Your Next Level Galaxy A52s 5g

The Best Of Its Kind Say Hello To Your Next Level Galaxy A52s 5g

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 285 hits
All amped up with a high res OIS camera super smooth AMOLED display with 120Hz refresh rate fast charging speed of 25W and a new processor Samsung Malaysia Electronics today announced the release of Galaxy A52s 5G the best smartphone of its...
Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 268 hits
Evolusi smartphone kini sangat maju hinggakan harga Samsung Galaxy A22 telefon pintar murah empat kamera ini dijual di Malaysia dengan harga hanya RM899 sahaja Dengan bercirikan pelbagai spesifikasi terbaik dalam level nya ia adalah peranti...
Samsung Galaxy Z Flip3 5g Serving Iconic Looks Starting With You

Samsung Galaxy Z Flip3 5g Serving Iconic Looks Starting With You

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 247 hits
Confidence is more than how you speak or carry yourself in public Often times confidence is first reflected through your outfit and personal accessories For the confident and fashionable who excel at serving looks you should look no further...
Unboxing The New Samsung Galaxy Z Flip3 5g The New Way Of Expressing Capturing And Socializing

Unboxing The New Samsung Galaxy Z Flip3 5g The New Way Of Expressing Capturing And Socializing

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 283 hits
Like fashion the trend of smartphones seems always to repeat itself In the 1990s foldable phones were once the king of the tech industry The flip phone or clamshell is a mobile phone form factor in two or more sections that fold via a hinge...
Samsung Galaxy Z Flip3 5g Ulasan Penuh

Samsung Galaxy Z Flip3 5g Ulasan Penuh

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 260 hits
Samsung Galaxy Z Flip3 5G Ulasan Penuh Assalammualaikum semua Kali ini Ruby ingin berkongsi ulasan penuh tentang telefon pintar yang futuristics ini dengan lebih menyeluruh Ulasan untuk bahagian bahagian tertentu di Galaxy Z Flip3 5G yang R...
Samsung Galaxy Tab S7 Fe

Samsung Galaxy Tab S7 Fe

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 293 hits
Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan Galaxy Tab S7 FE menyatukan ciri kegemaran peminat termasuk paparan besar untuk hiburan karya kreatif dan pelbagai tugas dengan harga yang berpatutan Tablet telah menjadi norma rumah tangga bag...
Empower Your Life With The Iconic And Stylish Samsung Galaxy Z Flip3

Empower Your Life With The Iconic And Stylish Samsung Galaxy Z Flip3

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 284 hits
The arrival of the Samsung Galaxy Z Flip3 was a hallmark moment in the history of smartphones for its sleek and iconic look at a time when innovative mobile designs were beginning to stagnate The trendsetting Galaxy Z Flip3 set the pace for...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan