Sampai Masa Jangan Guna Nama Islam Untuk Parti Politik




Sejak ia wujud, selain ada perkataan Islam pada namanya, Pas sentiasa mendendangkan perjuangannya ialah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.Dalam hal ini, sering ditanamkan kepada ahli-ahlinya bahawa kalah atau menang dalam pilihanraya bukanlah suatu keutamaan bagi Pas.Kalau tidak menang di dunia, dikatakan ganjaran syurga kerana istiqamah dalam perjuangan menegakkan hukum Islam, meskipun sering kalah dalam pilihanraya, adalah sesuatu yang sedang menunggu selepas kematian nanti.Untuk itu, tidak hairan sikap wala’ dan taksub berjaya dipupuk dengan jayanya dalam Pas sejak dulu lagi.Sebagai pecahan daripada UMNO, walaupun kemudian pernah menyertai Perikatan dari tahun 1972 hingga 1978, Pas telah menjadikan parti Melayu itu sebagai musuh utama dalam perjuangannya.Dalam memusuhi UMNO, perbagai label diberikan kepada parti itu seperti parti assabiyah, mempertahankan perlembagaan penjajah dan sehingga di suatu peringkat UMNO dilabel sebagai parti yang dianggap kafir, terutama dalam tafsiran yang pelbagai berkenaan “Amanat Hadi Awang”.Amanat itu juga turut membawa berlakunya sembahyang dua imam, memulaukan kenduri dan solat jenazah orang UMNO, tidak makan sembelihan orang UMNO, pernikahan yang dinikahkan tok kadi kerajaan dianggap tidak sah dan perlu dinikahkan sekali lagi serta bermacam-macam hal lain yang dengan sendirinya menampakkan jurang Islam – kafir antara UMNO dan Pas.Dalam perkembangan untuk memantapkan lagi keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dibawanya, Pas telah menjadikan hukum hudud sebagai teras keutamaannya.Tetapi, sebagai parti politik yang tidak terkecuali untuk mendapatkan kuasa, dalam perjalanan masa yang dilalui Pas, hukum hudud tidak lebih sebagai mainan dan alat semata-mata untuk berlawan dengan UMNO.Ketika bersendirian dan asyik melawan UMNO, memang hududlah inti perjuangan Pas. Namun ketika berpeluk cium dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PR), Pas tidak berasa berdosa mengenepikan hudud agar tidak terketepi daripada mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.Kemudian, apabila berpecah dengan DAP dan PR serta kembali bersendirian, hudud muncul semula bermain di bibir setiap pemimpin Pas sebagai isu di pentas-pentas ceramah mereka.Segala macam ayat Al-Quran dan Hadis yang memihak kepada hudud turut menjadi dendangan siang dan malam untuk menunjukkan Pas tidak pernah lari daripada perjuangan Islam.Apabila Pas mula-mula berbaik dengan UMNO secara sembunyi-sembunyi sebelum PRU14 untuk menjadi kuasa ketiga dengan tujuan memberi kelebihan kepada Najib Razak mengekalkan kuasa, hudud kemudiannya diketepikan sekali lagi dan telah digantikan kepada RUU355 iaitu memperkasa Mahkamah Syariah.Sebagaimana yang kita sedia maklum, RUU355 ini juga hanyalah isu mainan yang sering ditangguh-tangguh untuk dibentang ke Parlimen, sebaliknya hanya dijadikan modal perhimpunan di Padang Merbok semata-mata.Selepas PRU14 di mana peranan menjadi kuasa ketiga tidak menjadi dan UMNO hilang kuasa, Pas tidak ada pilihan selain mengadakan kerjasama secara rasmi dengan parti yang pernah dikafirkan serta dimusuhi berpuluh-puluh tahun lamanya.Alasannya kerana dikata PH membawa mudarat lebih besar kepada Melayu dan Islam, meskipun di waktu yang sama Hadi Awang menyokong Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.Setelah “berkahwin” secara rasmi dengan UMNO, hari ini hudud bukan saja tiada dalam piagam perjuangan yang mahu ditegakkan oleh Pas, malah hudud juga dikatakan bukan lagi suatu keutamaan.Kalau hudud pun bukan lagi keutamaan, RUU355 sudah pasti ke dalam tong sampah tempatnya.Itulah Pas, sebuah parti yang sebenarnya sentiasa mengejar kuasa dengan bertukar-tukar pasangan dan menjadikan Islam sebagai alat dalam perjuangannya.Jika Pas benar-benar berjuang demi Islam, bagaimanakah ia boleh bermusuh dan kemudian berkawan dengan UMNO yang pernah dikafirkannya; bermusuh, berkawan dan bermusuh kembali dengan DAP yang sering disebutnya sebagai parti yang menentang Islam?Bagaimanakah juga, kalau benar memperjuangkan Islam, sekejap mahu hudud, sekejap lain mahu RUU355 dan sekarang langsung tidak lagi mengutamakan kedua-duanya?Perjuangan Pas sekarang menjelang PRU15 tidak lain ialah untuk menolong UMNO – parti musuh dan parti yang dikafirkannya selama berpuluh-puluh tahun – agar dapat kembali semula ke persada kuasa.Tetapi, apa pun perubahan dalam perjuangan Pas, baik ketika bermusuh dengan UMNO, berkawan dengan DAP dan kembali bersahabat drngan UMNO, lebih-lebih lagi kerana adanya perkataan Islam pada namanya, mereka tetap mengatakan ia adalah perjuangan Islam, sambil memetik ayat-ayat Al-Quran dan Hadis terpilih yang boleh dilihat memihak kepada apa yang diperjuangkan.Selepas PRU15 akan datang, terutama jika berlaku perkelahian dengan UMNO atau kerjasama merebut kuasa tidak menjadi – sama-sama kita saksikan nanti – tidak mustahil isu hudud akan kembali menjadi sandaran perjuangan Pas.Atau jika jika selepas itu Pas mungkin berbaik semula dengan DAP, pastilah isu hudud akan dikesampingkan sekali lagi.Melihat semua ini, tidakkah Pas ini sebenarnya lebih mengelirukan orang Islam dengan menggunakan perkataan Islam yang ada pada namanya?Hakikatnya, di sebalik menjaja nama Islam, Pas sama seperti parti-parti lain yang keutamaannya ialah mengejar kuasa dan bukan sangat memperjuangkan Islam.Bagaimanapun, selagi nama Islam ada padanya, Pas akan terus mengelirukan serta menjerumuskan rakyat kepada perpecahan dengan menggunakan nama agama yang suci itu.Islam sepatutnya milik semua mereka yang beragama Islam dan bukan milik Pas saja.Maka, untuk mengelakkan kekeliruan berterusan dan daripada Pas sewenang-wenangnya boleh menyalahgunakan agama untuk kepentingan kelompoknya, sudah sewajarnya kerajaan segera melarang Pas menggunakan perkataan Islam pada namanya.Dalam ini, bukan saja nama Islam tidak harus dibenarkan untuk digunakan pada nama parti, nama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain juga semestinya dikuatkuasakan larangan yang sama, walaupun sehingga ini belum ada parti menggunakan nama Kristian, Hindu atau Buddha.Pas boleh terus memperjuangkan Islam sebagai asas perjuangannya, tetapi tidak harus lagi dibenarkan meletakkan perkataan Islam pada namanya bagi mengelakkan nama agama itu disalahguna dan dijadikan alat yang boleh mengelirukan umat.Tambahan lagi, oleh kerana jalan dan rakan perjuangan Pas selama ini terbukti tidak menentu, jika tiada lagi perkataan Islam pada namanya, ia tidak mendatangkan keburukan kepada Islam itu sendiri.PH sebagai sebuah kerajaan, terutamanya Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika ini, pasti akan dikenang serta disanjung oleh majoriti umat Islam negara ini jika tidak bertangguh lagi menguatkuasakan larangan ini kepada Pas. (Shahbudindotcom 23/09/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/sampai-masa-jangan-guna-nama-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Singkat 8 Nama Band Kesayanganmu Di Masa Lalu Yang Udah Tahu Jangan Spoiler

Sejarah Singkat 8 Nama Band Kesayanganmu Di Masa Lalu Yang Udah Tahu Jangan Spoiler

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 464 hits
Ternyata nggak semua nama band punya arti yang filosofis Ada yang punya sejarah kocak D
5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

5250 Salah Guna Ap Jangan Beri Peluang Kedua Utusan Malaysia 08 09 2019

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 504 hits
KUALA LUMPUR 8 Sept Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain Penganalisis jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata Malaysia boleh meny...
White Noise Dari Telefon Pintar Tak Bahayakan Bayi Mak Ayah Jangan Ragu Ragu Nak Guna Bila Bayi Menangis

White Noise Dari Telefon Pintar Tak Bahayakan Bayi Mak Ayah Jangan Ragu Ragu Nak Guna Bila Bayi Menangis

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 283 hits
Bayi yang menangis tanpa henti biasanya diredakan dengan bantuan bunyi bunyian white noise Selain bunyi bunyian alam air terjun hujan ombak dan sebagainya white noise yang dipasang daripada telefon bimbit sebenanrnya banyak membantu bayi un...
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 397 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Boleh Nak Guna Tapi Minta Izin Jangan Memandai Buka Wallet Isteri Ambil Duit Dia

Boleh Nak Guna Tapi Minta Izin Jangan Memandai Buka Wallet Isteri Ambil Duit Dia

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 606 hits
Sudah menjadi tanggung jawab suami sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah buat keluarga Perlu beri makan dan pakai untuk isteri dan anak anak Rumah juga perlu diserikan dengan sedikit kemudahan agar kehidupan sekeluarga lebih bahagia H...
Pan Parti Masa Depan Mujahid

Pan Parti Masa Depan Mujahid

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 200 hits
Tanggal 16 September 2015 ada sejarahnya tersendiri kepada seluruh ahli Parti Amanah Negara Pada hari ini sebuah parti bersumberkan Islam sebagai akar umbi perjuangannya diasaskan Nilai yang dibawa dalam alam realiti kenegaraan parti ini ia...
Muafakat Nasional Kena Usaha Dapatkan Dominasi Politik Islam

Muafakat Nasional Kena Usaha Dapatkan Dominasi Politik Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 286 hits
DAP sedang baham segala peluang selagi mereka berkuasa Berjasa BANGI Rakyat bukan sekadar menunggu untuk mejatuhkan pentadbiran Pakatan Harapan malah mereka juga mahu tahu perubahan yang dijanjikan melalui taawun siyasi antara UMNO dan PAS ...
Buat Saja Kerja Dakwah Jangan Campur Politik

Buat Saja Kerja Dakwah Jangan Campur Politik

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 267 hits
Oleh Ipoh Mali Aku antara yang tak suka dengan watak Ramasamy Boleh aku katakan sebahagian watak kelompok Ashabiyah Kalau dalam UMNO ada watak macam Irbahim Ali watak begini tidak sesuai dalam Politik walaupun macam tu tidak pula aku setuju...
Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 351 hits
HPU914 Malaysian Malaysia ideologi salahKL Teori Malaysian Malaysia yang dicanang canang untuk menghapuskan hak bangsa Melayu Bumiputera dan kedudukan agama Islam jelas merupakan satu ideologi yang salah dan melanggar sempadan konsep kenega...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya