Buat Saja Kerja Dakwah Jangan Campur Politik
Oleh Ipoh Mali
Aku antara yang tak suka dengan watak Ramasamy.. Boleh aku katakan sebahagian watak kelompok Ashabiyah.. Kalau dalam UMNO ada watak macam Irbahim Ali.. watak begini tidak sesuai dalam Politik.. walaupun macam tu, tidak pula aku setuju mengatakan Ramasamy menyokong pertubuhan Pengganas…
Jenis seperti Firdaus Wong, Dr Maza ni bukan tau apa pasal politik..Jahil, itu sebab masuk perangkap perkauman PAS dan UMNO.. sebab jahil seperti Ramasamy.. Mula mula aku malas nak sibuk hal ni.. tapi bila fitnah dan salah faham berleluasa.. aku terpaksa betulkan..
Untuk Pengetahuan, LTTE ini bukan badan Pengganas seperti ISIS dan Al-Qaeda.. Mereka adalah puak pemisah.. Sama seperti gerakan Acheh Merdeka(GAM) di Indonesia suatu masa dulu yang berperang sesama Islam dan TNI(tentera Indonesia).. Pergerakan Pembebasan Wilayah Patanani(Pulo), dan gerakan MNLF iaitu gerakan pembebasan Bangsa Moro di Filipina yang awalnya dipimpun Nur Misuari..
Bukan saja Ramasamy pernah jadi orang tengah krisis LTTE, hatta Gerakan Acheh Merdeka..seperti Anwar pernah terlibat dengan rundingan dengan Nur Misuari pejuang (MNLF) sebelum mereka berpecah dan sebahagiannya diresapi perjuangan Pengganas seperti Abu Sayaf..
Kalau nak ikut Takrif Pengganas, Hamas semenanjung gaza dan Hizbullah di selatan Lubnan juga ditakrifkan sebagai puak pemisah, dan dilabelkan sebagai gerakan pengganas hatta dari Saudi, Bukan saja Hamas dan Hizbullah.. Pejuang pemisah Kashmir dan bangsa Uighur pun ditakrif sebagai Pengganas walaupun mereka memperjuangkan nasib bangsa depa.. hatta hari ini Sheikh Yusuf Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin dilabelkan gerakan Pengganas oleh Saudi..
LTTE juga Mereka juga boleh ditakrifkan kelompok Kiri, Sebagaimana suatu masa dulu PKM, Hizbul Muslimin, AWAS,API dianggap sebagai Pengganas di Tanah Melayu.. watak seperti Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir, Rashid Maidin, Shamsiah fakeh.. depa memperjuangkan perjuangan mereka dengan cara mereka sendiri..
Hatta Shamsiah Fakeh pun dituduh Komunis.. mereka ini pejuang untuk bangsa ,Agama dan Tanah air depa..walaupun Kita tak setuju pun dengan cara perjuangan depa..Depa bukan lah Pengganas..bukan Pengganas yg diwujudkan seperti ISIS dan Al Qaeda menceroboh Negara orang..
Kalau kita Ummat Islam suatu masa dulu ada kecenderungan menyanjung gambar Hassan Nasrallah, Ayatullah Khomeini, Sheikh Ahmad Yassin kerana bersolidariti dengan pejuang gerakan Islam, Prabakharan juga adalah watak, dan simbol pejuang bagi Bangsa Tamil.. Ada Rakyat kita dulu juga menyanjung pemimpin gerakan kiri seperti che guevara dan Hugo Cavez.. nni gerakan Kiri yg berjaya menubuhkan Kerajaan seperti mana revolusi Iran..
Banyak Gambar yang disebarkan program Ramasamy itu lebih 10 tahun dulu.. bila pemimpin LTTE dibunuh dan tengah hangat perjuangan depa di Sri Lanka.. sama lah mcm kita ketika Perang Hizbullah Israel, Tengah hangat perang Hamas Israel..ada pemimpin PAS mengangkat Bendera Hizbullah, Bendera Hamas dan gambar Sheikh Ahmed Yassin..
suatu masa dulu Ibrahim Libya , Penyokong PAS pernah menyanjung gambar Ayatullah Khomeini.. 7 Tahun kebelakangan ni jer sejak dihangatkan pertentangan Sunni Syiah dalam konflik di Syria, tidak ada lagi sanjungan kepada gerakan Hizbullah dan Hassan Nasrallah.. hakikatnya suatu masa dulu, PAS terlalu taksub dgn revolusi Iran.. PAS sendiri pernah pergi ke Iran lalu mencontohi gerakan kepimpinan Ulama dan Wilayat Faqeh di Iran..
Walaupun apa pun, dalam Politik hari ini.. Tak perlu lagi mana mana parti Politik , tokoh Politik untuk taksub dan terlalu jauh menyokong mana mana gerakan pemisah Politik di negara Lain…
Jadi Firdaus Wong ngan Maza tu Buat jer kerja Dakwah, Jangan sibuk Politik kalau bodoh dalam urusan politik..dan akhirnya menyebarkan Fitnah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suarapakatandaily.com/archives/25060