Sampai Masa Bercakap Soal Maruah Rakyat Malaysia


Hassan Karim   
KATA MP | Maruah Melayu tidak dapat dibela dengan usul sempit secara eksklusif hanya untuk kepentingan satu kaum sahaja

Dua minggu telah berlalu sejak Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu di Shah Alam Selangor. Kongres itu adalah satu perhimpunan aman yang telah berlangsung dengan aman.

Hak berhimpun secara aman itu dijamin dan dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.

Walaupun Kongres itu satu perhimpunan aman, tetapi bagaimana dengan ucapan, laungan, tuntutan serta usul yang disuarakan dan diluluskan di dalam kongres tersebut?

Hal ini perlu dibincang dan dianalisis kerana ia boleh membawa keadaan tidak aman kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Hak bersuara dan membuat tuntutan serta menzahirkan pandangan juga dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara. Namun begitu kebebasan bersuara tersebut tidaklah bersifat mutlak. Ada batas yang perlu dijaga.

Apakah Melayu saja boleh berkongres?
Sekiranya suara, pandangan, tuntutan dan usul kongres tersebut bersifat ekstrim dan boleh menimbulkan keadaan permusuhan dan ketegangan di kalangan rakyat maka ada undang-undang dan peraturan yang akan berkuat kuasa.

Sebagai seorang Melayu dan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum di kawasannya, saya ingin bertanya kepada pihak penganjur Kongres Maruah Melayu itu dan semua pemimpin-pemimpin Melayu yang hadir di kongres berkenaan, sama ada yang berucap atau tidak berucap.

Soalan saya mudah sahaja iaitu berbunyi begini: Bagaimana pula kalau ada orang-orang Cina ingin mengadakan kongres maruah Cina sebagai membalas Kongres Maruah Melayu?

Kemudian bagaimana kalau kaum India pula datang dengan cadangan untuk mengadakan Kongres Maruah India. Diikuti pula rakyat kita keturunan Kadazan, Murut, Dusun, Iban dan, Bidayuh juga ingin mengadakan Kongres Maruah kaum masing-masing? Apakah hanya kaum Melayu sahaja yang boleh mengadakan kongres maruahnya?

Bagaimana dengan yang lain? Ke arah mana negara kita hendak kita bawa sekiranya selepas lebih 62 tahun Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan 56 tahun Malaysia ditubuhkan jika kaum-kaum di dalam negara kita tampil dengan tuntutan, seruan, jeritan, laungan dan usul dari kongres maruah masing-masing?

Apakah kita sebenarnya sudah gagal membina sebuah Bangsa Malaysia yang merdeka dan bersatu padu?
Sebagai seorang ahli parlimen, semasa saya mengangkat sumpah pada 16 haribulan Julai 2018 selepas Pilihanraya Umum Ke-14 yang bersejarah, bahawa saya telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia

Saya memulakan sumpah itu dengan membaca kalimah bismillah. Sebagai seorang Islam saya bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi rakyat Malaysia dari semua kaum, agama dan budaya supaya semuanya dapat hidup bebas, merdeka serta menikmati keadilan sosial di dalam sebuah negara Malaysia yang demokrasi yang bergerak atas landasan hukum yang adil lagi saksama.

Saya ingin menyatakan kepada semua para pemimpin Melayu khususnya sama ada pemimpin politik ataupun tidak, sama ada di pihak kerajaan yang memerintah sekarang ataupun di pihak pembangkang supaya secara jujur dan ikhlas berani menerima hakikat bahawa negara Malaysia yang di dalamnya terdapat tiga wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya, Sabah dan Sarawak di Borneo bukanlah negara untuk orang Melayu sahaja secara eksklusif.

Ia juga bukan sebuah negara untuk orang-orang Islam sahaja secara eksklusif. Negara Malaysia ini adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama serta pelbagai budaya, satu kurniaan dari Allah, tuhan maha pencipta untuk kita semua hidup rukun dan bersatu dalam sebuah negara yang dianugerahkan dengan kekayaan hasil bumi dan laut yang tidak terkira banyaknya.

Jawapan pada Kongres Maruah Melayu
Kepada kaum Melayu dan Islam yang menjadi kaum majoriti di negara ini, maka saya menyeru supaya kita bersikap inklusif iaitu menerima kepelbagaian yang ada di negara kita dan itu sebenarnya adalah satu kekuatan serta satu kelebihan, dan sekiranya kita urus dan tadbir dengan baik secara beramanah, maka Malaysia ini akan menjadi sebuah negara yang maju, progresif dan bersatu.

Justeru itu, sebagai seorang ahli parlimen Melayu dan Islam, saya secara terbuka membuat seruan yang patriotik ini. Inilah jawapan saya terhadap Kongres Maruah Melayu yang diadakan dua minggu yang lalu.

Maruah orang Melayu tidak dapat dibela dengan seruan dan usul yang sempit secara eksklusif hanya untuk kepentingan satu kaum sahaja. Maruah orang Melayu hanya dapat diperjuangkan di dalam kerangka bersama maruah bangsa Malaysia keseluruhannya yang bergerak seiring untuk merapatkan jurang kaya miskin dan jurang maju mundur tanpa mengira kaum, agama dan wilayah

Sudah sampai masanya kita tidak bercakap atas nama kaum itu dan kaum ini. Kita bercakap atas nama semua warganegara yang menjadi rakyat Malaysia.

Kalau kita mahu bercakap soal maruah, maka kita bercakap soal maruah seluruh rakyat dan seluruh warganegara. Maruah rakyat Malaysia. Maruah bangsa Malaysia. Inilah jawapan saya terhadap Kongres Maruah Melayu tersebut.

*HASSAN KARIM ialah Anggota Parlimen Pasir Gudang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/sampai-masa-bercakap-soal-maruah-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Nak Bercakap Soal Maruah Bercakaplah Mengenai Maruah Swmua Warganegara

Jika Nak Bercakap Soal Maruah Bercakaplah Mengenai Maruah Swmua Warganegara

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 251 hits
Dua minggu telah berlalu sejak Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu di Shah Alam Selangor Kongres itu adalah satu perhimpunan aman yang telah berlangsung dengan aman Hak berhimpun secara aman itu dijamin dan dilindungi ol...
Pusat Internet Malaysia 871 Pusat Beri Kemudahan Kepada Lebih Sejuta Rakyat

Pusat Internet Malaysia 871 Pusat Beri Kemudahan Kepada Lebih Sejuta Rakyat

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 372 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rakyat Malaysia Berusia 14 Tahun Ini Berpendapatan Rm50 000 Setahun Dari Perisian Ciptaannya Sendiri

Rakyat Malaysia Berusia 14 Tahun Ini Berpendapatan Rm50 000 Setahun Dari Perisian Ciptaannya Sendiri

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 610 hits
Semasa berusia 13 tahun dia sudah pun mencipta perisiannya sendiri sehingga mampu memberikan dia pendapatan sebanyak RM50 000 dan pelanggan seramai 400 dalam masa satu tahun Benchpoint io laman web yang direka oleh Akmal memberikan penyeles...
2 Jenis Tikus Yang Paling Banyak Menyusahkan Rakyat Malaysia Di Kawasan Bandar

2 Jenis Tikus Yang Paling Banyak Menyusahkan Rakyat Malaysia Di Kawasan Bandar

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 468 hits
Kalau anda tinggal di kawasan bandar kat Malaysia ni agak pelik kalau tak pernah terserempak dengan tikus Kalau siang mungkin boleh diterima untuk tidak terserempak dengan tikus Walaupun di sesetengah tempat waktu siangpun ada banyak tikus ...
Dap Komited Beri Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Malaysia Kata Kit Siang

Dap Komited Beri Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Malaysia Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 304 hits
DAP komited beri kehidupan lebih baik untuk rakyat Malaysia kata Kit Siang Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada
Polis Kemboja Selamat Warga Thai Jadi Tebusan 4 Rakyat Malaysia

Polis Kemboja Selamat Warga Thai Jadi Tebusan 4 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 299 hits
Polis Kemboja selamat warga Thai jadi tebusan 4 rakyat Malaysia Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Oct 2019 12
Ada Masa Bahasa Malaysia Saya Kurang Betul Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap English Tak Betul

Ada Masa Bahasa Malaysia Saya Kurang Betul Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap English Tak Betul

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 884 hits
Sejak akhir akhir ni kecoh di media sosial isu pelakon terkenal Malaysia Maya Karin menegur masalah pelajar di pedalaman Malaysia yang tak pandai berbahasa Inggeris Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul Raja Permaisuri Agong Akui Kalau...
Program Balas Dr M Tetamu Kongres Maruah Anwar Diangkat Ke Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia

Program Balas Dr M Tetamu Kongres Maruah Anwar Diangkat Ke Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 242 hits
Satu program dilihat program balas kepada Kongres Maruah Melayu berlangsung Ahad lalu dan kini menjadi polemik landskap politik negara diadakan hujung bulan ini bakal menampilkan Anwar Ibrahim Menurut sumber seminar bertemakan Gagasan Pembi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner