Jika Nak Bercakap Soal Maruah Bercakaplah Mengenai Maruah Swmua Warganegara




Dua minggu telah berlalu sejak Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu di Shah Alam Selangor. Kongres itu adalah satu perhimpunan aman yang telah berlangsung dengan aman.Hak berhimpun secara aman itu dijamin dan dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.Walaupun Kongres itu satu perhimpunan aman, tetapi bagaimana dengan ucapan, laungan, tuntutan, serta usul yang disuarakan dan diluluskan di dalam Kongres tersebut?Hal ini perlu dibincang dan dianalisis kerana ia boleh membawa keadaan tidak aman kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.Hak bersuara dan membuat tuntutan serta menzahirkan pandangan juga dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara. Namun begitu kebebasan bersuara tersebut tidaklah bersifat mutlak. Ada batas yang perlu dijaga.Sekiranya suara, pandangan, tuntutan dan usul Kongres tersebut bersifat ekstrim dan boleh menimbulkan keadaan permusuhan dan ketegangan di kalangan rakyat maka ada undang-undang dan peraturan yang akan berkuatkuasa.Sebagai seorang Melayu dan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum di kawasannya, saya ingin bertanya kepada pihak penganjur Kongrers Maruah Melayu itu dan semua pemimpin-pemimpin Melayu yang hadir di kongres berkenaan, sama ada yang berucap atau tidak berucap.Soalan saya mudah sahaja iaitu berbunyi begini: Bagaimana pula kalau ada aorang-orang Cina ingin mengadakan Kongres Maruah Cina sebagai membalas Kongres Maruah Melayu. Kemudian bagaimana kalau kaum India pula datang dengan cadangan untuk mengadakan Kongres Maruah India. Diikuti pula rakyat kita keturunan Kadazan, Murut, Dusun, Iban dan, Bidayuh juga ingin mengadakan Kongres Maruah kaum masing-masing?Apakah hanya kaum Melayu sahaja yang boleh mengadakan Kongres Maruahnya? Bagaimana dengan yang lain? Ke arah mana negara kita hendak kita bawa sekiranya selepas lebih 62 tahun Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan 56 tahun Malaysia ditubuhkan jika kaum-kaum di dalam negara kita tampil dengan tuntutan, seruan, jeritan, laungan dan usul dari Kongres Maruah masing-masing?Apakah kita sebenarnya sudah gagal membina sebuah Bangsa Malaysia yang merdeka dan bersatu padu?Sebagai seorang ahli parlimen, semasa saya mengangkat sumpah pada 16 haribulan Julai 2018 selepas Pilihanraya Umum Ke-14 yang bersejarah, bahawa saya telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia. Saya memulakan sumpah itu dengan membaca kalimah Bismillah.Sebagai seorang Islam saya bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi rakyat Malaysia dari semua kaum, agama dan budaya supaya semuanya dapat hidup bebas, merdeka serta menikmati keadilan sosial di dalam sebuah negara Malaysia yang demokrasi yang bergerak atas landasan hukum yang adil lagi saksama.Saya ingin menyatakan kepada semua para pemimpin Melayu khususnya sama ada pemimpin politik ataupun tidak, sama ada di pihak kerajaan yang memerintah sekarang ataupun di pihak pembangkang supaya secara jujur dan ikhlas berani menerima hakikat bahawa negara Malaysia yang di dalamnya terdapat tiga wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya, Sabah dan Sarawak di Borneo bukanlah negara untuk orang Melayu sahaja secara eksklusif.Ia juga bukan sebuah negara untuk orang-orang Islam sahaja secara eksklusif. Negara Malaysia ini adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama serta perlbagai budaya, satu kurniaan dari Allah, Tuhan Maha Pencipta untuk kita semua hidup rukun dan bersatu dalam sebuah negara yang dianugerahkan dengan kekayaan hasil bumi dan laut yang tidak terkira banyaknya.Kepada kaum Melayu dan Islam yang menjadi kaum majoriti di negara ini, maka saya menyeru supaya kita bersikap inklusif iaitu menerima kepelbagaian yang ada di negara kita dan itu sebenarnya adalah satu kekuatan serta satu kelebihan, dan sekiranya kita urus dan tadbir dengan baik secara beramanah, maka Malaysia ini akan menjadi sebuah negara yang maju, progresif dan bersatu.Justeru itu, sebagai seorang ahli parlimen Melayu dan Islam, saya secara terbuka membuat seruan yang patriotik ini. Inilah jawapan saya terhadap Kongres Maruah Melayu yang diadakan dua minggu yang lalu. Maruah orang Melayu tidak dapat dibela dengan seruan dan usul yang sempit secara eksklusif hanya untuk kepentingan satu kaum sahaja.Maruah orang Melayu hanya dapat diperjuangkan di dalam kerangka bersama maruah Bangsa Malaysia keseluruhannya yang bergerak seiring untuk merapatkan jurang kaya miskin dan jurang maju mundur tanpa mengira kaum, agama dan wilayah.Sudah sampai masanya kita tidak bercakap atas nama kaum itu dan kaum ini. Kita bercakap atas nama semua warganegara yang menjadi rakyat Malaysia. Kalau kita mahu bercakap soal maruah, maka kita bercakap soal maruah seluruh rakyat dan seluruh warganegara.Maruah rakyat Malaysia. Maruah Bangsa Malaysia. Inilah jawapan saya terhadap Kongres Maruah Melayu tersebut.Hassan Abdul KarimAhli Parlimen Pasir Gudang19 Oktober 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/jika-nak-bercakap-soal-maruah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Masa Bercakap Soal Maruah Rakyat Malaysia

Sampai Masa Bercakap Soal Maruah Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 339 hits
KATA MP Maruah Melayu tidak dapat dibela dengan usul sempit secara eksklusif hanya untuk kepentingan satu kaum sahaja Dua minggu telah berlalu sejak Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu di Shah Alam Selangor Kongres itu a...
Bila Anak Kling Bicara Soal Maruah Melayu

Bila Anak Kling Bicara Soal Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 778 hits
Melihat video ucapan tokoh penganjur utama Dr Zainal Kling dalam kongres Maruah Melayu sungguh menyedihkan bila masih ada kelompok profesional Pensyarah Melayu di era pemerintahan PH masih memainkanyang sentimen perkauman dan Ashabiyah tanp...
Sambangi Istana Pimpinan Mpr Konsultasi Soal Pelantikan Jokowi Ma Ruf Amin

Sambangi Istana Pimpinan Mpr Konsultasi Soal Pelantikan Jokowi Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 227 hits
Wakil Ketua MPR dari DPD Fadel Muhammad menyebut semua proses persiapan pelantikan Jokowi Ma ruf sudah berjalan lancar Menurutnya ada tiga hal yang difinalisasi menjelang pelantikan
Soal Gabung Pemerintah Atau Tidak Dpd Gerindra Ikut Kebijakan Pengurus Pusat

Soal Gabung Pemerintah Atau Tidak Dpd Gerindra Ikut Kebijakan Pengurus Pusat

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 209 hits
Taufik membantah fokus acara untuk menentukan sikap politik Prabowo dan Gerindra Dia mengatakan acara tersebut rutin tiap tahun dan kebetulan dekat dengan formasi kabinet baru pemerintahan Jokowi Ma ruf
Gerindra Soal Uu Kpk Mulai Berlaku Sekarang Semua Bola Ada Di Pemerintah

Gerindra Soal Uu Kpk Mulai Berlaku Sekarang Semua Bola Ada Di Pemerintah

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 133 hits
Undang undang Komisi Pemberantasan Korupsi hasil revisi sudah resmi berlaku pada tanggal 17 Oktober 2019 UU tersebut berlaku dengan sendirinya meski Presiden Joko Widodo atau Jokowi tidak membubuhkan tanda tangan peresmian pemberlakuan UU K...
Ustaz Dhanu Ungkap Soal Sakitnya Shakira Ini Biang Penyebabnya

Ustaz Dhanu Ungkap Soal Sakitnya Shakira Ini Biang Penyebabnya

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 130 hits
Putri semata wayang Denada sedang sakit mengidap leukimia Shakira Aurum harus menjalani pengobatan di Singapura
Ini Tanggapan Demokrat Soal Ahy Dikabarkan Jadi Menteri

Ini Tanggapan Demokrat Soal Ahy Dikabarkan Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 170 hits
Wakil Ketua Umum DPP Partai Demokrat Syarief Hasan enggan berkomentar banyak terkait kabar AHY akan jadi pembantu Presiden Jokowi
Soal Menteri Oso Minta Jokowi Tak Kompromi Dan Harus Melihat Profesi

Soal Menteri Oso Minta Jokowi Tak Kompromi Dan Harus Melihat Profesi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 142 hits
Seorang menteri kata OSO harus memiliki semangat kerja dan mampu mendongkrak pertumbuhan ekonomi Sehingga rakyat merasakan kemakmuran
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Apa Itu Insomnia Punca Dan Cara Atasinya

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal