Program Balas Dr M Tetamu Kongres Maruah Anwar Diangkat Ke Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia




Satu program dilihat ‘program balas’ kepada Kongres Maruah Melayu, berlangsung Ahad lalu dan kini menjadi polemik landskap politik negara, diadakan hujung bulan ini, bakal menampilkan Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, seminar bertemakan “Gagasan Pembinaan Negara Bangsa: Cabaran, Hala Tuju dan Masa Depan” – akan membawa perspektif berbeza berbanding Kongres Maruah Melayu dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sumber yang dekat dengan PKR berkata, pihak penganjur mengadakan perbincangan tersebut kerana berhasrat mengetengahkan idea dan amanat Anwar dalam isu-isu berbangkit melibatkan kaum Melayu dalam ucapan pelancaran program tersebut.
“Senang cerita, kali ini, amanat Anwar pula diangkat sebagai pembela orang Melayu dan Islam sebab beliau tidak dijemput ke Kongres Maruah Melayu minggu lepas,” kata beliau kepada FMT.
Jelas beliau, program tersebut dinamakan Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia, anjuran beberapa badan bukan kerajaan Melayu dan akan berlangsung pada 26 Okt ini di Pusat Konvensyen Bangi.
Anwar, yang disebut-sebut bakal menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri, pada awalnya menyebut tidak menerima jemputan ke Kongres Maruah Melayu. Bagaimanapun kelmarin beliau menjelaskan penganjur ada menghantar jemputan lewat tetapi tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain.
Tinjauan FMT di media sosial mendapati poster dan makluman mengenai seminar tersebut sudah disebarkan untuk pendaftaran dan tempahan tempat duduk.
Menerusi maklumat-maklumat yang tertera pada poster tersebut, tiga NGO menjadi penganjur utama.
Mereka ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Antara ahli panel terdiri daripada Mohd Parid Sheikh Ahmad dari Ikram Malaysia, Thomas Fann (Bersih 2.0), Sureh Kumar P Govind (Friendship Group For Inter Religious Service), Atiqah Syairah Shahruddin (Majlis Belia Malaysia) dan Mohamad Fazril Mohd Saleh (Abim).
Bagaimanapun, ABIM ketika dihubungi FMT menafikan penganjuran tersebut satu programa balas kepada Kongres Maruah Melayu yang dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh utama dan menyampaikan ucapan.
Setiusaha Agungnya Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata seminar tersebut sudah dirancang beberapa bulan lalu oleh pihak penganjur termasuk usaha mendapatkan para panel yang disenaraikan.
“Kami dah sahkan dengan panel sejak bulan lepas. Objektif utama adalah untuk mengeratkan perpaduan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah mengesahkan kehadiran ahli Parlimen Port Dickson itu ke program tersebut.
“Hadir,” kata beliau kepada FMT.
Selain itu, Anwar juga dijadual menyampaikan pidato dalam seminar nasional bertajuk “Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai” di Shah Alam, esok. Ia dianjurkan oleh kerajaan negri Selangor.
Ahad lalu, penganjuran Kongres Maruah Melayu dihadiri pemimpin Umno, PAS dan Pakatan Harapan diketuai Mahathir yang mengetepikan perbezaan politik demi matlamat lebih besar dalam usaha mengembalikan martabat bangsa di Malaysia yang merupakan kaum majoriti.
Antara mereka hadir Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa, bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussien dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/09/program-balas-dr-m-tetamu-kongres-maruah-anwar-diangkat-ke-seminar-pembinaan-bangsa-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Anwar Dan Pkr Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu

Punca Anwar Dan Pkr Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 653 hits
Punca Anwar Dan PKR Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Melawati hari ini Kongres itu yang diadakan bagi mengukuh jati diri dan maruah Me...
Bergambar Anwar Seminar Ekonomi Kemiskinan Dan Kesenjangan Di Malaysia Takrifan Dan Pelaksanaan

Bergambar Anwar Seminar Ekonomi Kemiskinan Dan Kesenjangan Di Malaysia Takrifan Dan Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 346 hits
Seminar Ekonomi Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia Takrifan dan Pelaksanaan hari ini di Parlimen berjalan lancar Hargai pembentangan terkait kemiskinan yang cukup berfakta dari Prof Jomo KS dan Rajah Rasiah dari UM Terima kasih kepada M...
Tun M Bersuara Tentang Melayu Di Kongres Maruah Melayu

Tun M Bersuara Tentang Melayu Di Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 484 hits
Sumber gambar dari Sinar HarianSemalam berlangsung satu kongres yang melibatkan himpunan orang Melayu yang dianjurkan empat IPTA iaitu Universiti Malaya Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi M...
Part 2 Analisa Maruah Kongres Maruah Melayu A Gathering Of Idiots By Hussein Abdul Hamid

Part 2 Analisa Maruah Kongres Maruah Melayu A Gathering Of Idiots By Hussein Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 368 hits
Hussein Abdul Hamid Kongres Maruah Melayu A Gathering of Idiots I can no longer defend the Malays against the stupidity of their own leaders The reservoir of goodwill and respect of others for the Malays is now empty The patience of others ...
Kongres Maruah Melayu Wayang Dr Mahathir Kata Khaled

Kongres Maruah Melayu Wayang Dr Mahathir Kata Khaled

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 434 hits
Kongres Maruah Melayu wayang Dr Mahathir kata Khaled Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Oct 2019 11 37AM
Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis

Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 629 hits
Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai pemimin kerajaan yang berbangsa Melayu menjadi tugas untuk beliau membantu bangsa sendiri tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap bangsa lain Namun katanya tugas itu tid...
Peserta Kongres Maruah Melayu Keracunan Makanan Pemikiran

Peserta Kongres Maruah Melayu Keracunan Makanan Pemikiran

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 415 hits
118 peserta Kongres Maruah Melayu keracunan makanan selepas mengambil hidangan dipercayai disediakan penganjur KIRA KIRA 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati Shah Alam keracunan makanan selepas mengambil hi...
Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 725 hits
So why shout and scream that the Malays are failures because they do not have as much money as the non Malays Is a rich corrupt fasiq Malay better than a poor taqwa Malay Mahathir wants to see a Malay with quantity not a Malay with quality ...
Kongres Maruah Melayu Gagal Ubah Magnitude Politik Negara

Kongres Maruah Melayu Gagal Ubah Magnitude Politik Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 632 hits
ULASANSebahagian peserta kongres maruah Melayu MUNGKIN kerana nawaitu dan niat pihak penganjur atau mereka yang berada di belakang penganjur Kongres Maruah Melayu yang berlangsung hari ini tidak ikhlas maka kongres itu tidak menjadi Ia tida...
Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong Ev Dan Peranti Premium

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Lelaki Menangis Pilu Jalan Puluhan Km Cari Anak Isteri Hilang Dalam Kejadian Banjir Longsor

November 2025 Recap Part 1

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Jbl Introduces Next Gen Bar Series For Truly Immersive Entertainment

Hari Konvo Bertukar Cemas Graduan Perubatan Upm Bantu Warga Emas Rebah Luar Dewan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Random Photos Hujung Tahun 2025

Rutin Check Up Bonda Di Kks Singgah Makan Di Tea Garden

Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

Kamera Handphone Problem

Jem Strawberry Tanpa Gula Tambahan

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat