Sampai Hari Ini Trauma Hentakan Airbag Punca Pendarahan Kepala Naufal Pergi Selamanya


Siapa kita hendak menolak takdir Allah. Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak yang masih belum puas bermanja akibat kemalangan dan menyebabkan pendarahan dalaman di bahagian kepala sebelah kiri akibat hentakan airbag ketika sedang tidur dan dipegang ibunya di kerusi depan penumpang.
Berkongsi perasaan dan detik ketika berlakunya kemalangan yang mengorbankan nyawa Naufal Hadi bin Saiful Hadi yang ketika itu berusia 1 tahun 8 bulan cukup buatkan Saiful Hadi Zamari dan Hairun Nisa Khamis rasa trauma hingga hari ini.

Hentakan airbag, pendarahan di kepala
“Sebelum ini arwah Naufal akan sentiasa duduk dalam car seatnya. Tapi pada hari kejadian seolah-olah macam ada yang tak kena dan dia asyik merengek serta nak dipeluk sepanjang masa.
“Disebabkan rasa kasihan, saya pangkunya atas riba dan dia tertidur semasa perjalanan balik ke rumah selepas kenduri. Apa yang membuat saya tertanya sebelum ni arwah tak akan tidur dalam kereta tapi pada hari tersebut sikapnya sangat lain.
“Dalam 200 meter nak sampai di kawasan rumah kami sekeluarga kemalangan kerana kereta terbabas sehingga menyebabkan arwah yang ketika itu sedang tidur terkena hentakan airbag dan tercampak ke kerusi bahagian belakang.

“Dalam keadaan kelam kabut, suami terus melihat keadaan arwah dan arwah buka mata dalam keadaan tak bermaya. Tiada sebarang kecederaan di bahagian badan cuma kesan lebam di dahinya.
Melihatkan keadaannya itu, kami terus di bawa ke hospital dan dalam perjalanan itu masih terdengar suara arwah seperti mengerang sakit dan tiba di hospital keadaannya tenat dan doktor tidak dapat memberi jaminan pada kami,” jelas pasangan ini.
Lepaskan Naufal pergi dengan tenang
Menurut Hairun Nisa, sepanjang dua hari ditempatkan di ICU Naufal memang tak sedar dan beberapa kali jantungnya terhenti.
“Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya minta kami sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
“Masuk hari kedua di ICU, sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan anak sehinggalah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir saya cakap di telinganya “Mummy lepaskan Naufal, halalkan susu mummy serta makan dan minum Naufal.”

Kehilangan yang cukup dirasai
Tambah Hairun Nisa, pemergian Naufal ini cukup dirasai oleh kami suami isteri hinggalah saya rasa macam tak mahu berjumpa orang dan suami pula trauma hingga tak boleh pandu kereta dalam tempoh beberapa bulan.
“Selepas beberapa bulan, kami berdua dapat semangat baru dan percaya apa yang berlaku dah ditakdirkan.
“Apa yang buat kami tak sangka, kehilangan Naufal telah digantikan pula dengan kehadiran orang baru dan adiknya kini seiras muka arwah. Bila tengok adik, terubat rindu pada arwah,” katanya.

Duit boleh cara, nyawa tiada gantinya
Sementara itu, menurut Saiful Hadi, walaupun kemalangan yang melibatkan arwah ini dah lebih dua tahun (27 Ogos 2017) namun memori itu masih kuat.
“Sebagai bapa yang pernah kehilangan anak, saya rasa penggunaan car seat sangat penting. Mungkin kita rasa anak menangis tak mahu duduk buatkan perjalanan terganggu tetapi demi menyelamatkan nyawa kena tahan telinga. Betul ajal maut di tangan Allah tapi kita boleh ikhtiar untuk menyelamatkan anak.
“Pengajaran bagi saya untuk anak kedua ini pun setiap kali masuk kereta, kami suami isteri akan meletakkannya dalam car seat. 
“Saya dah tak mahu kehilangan anak buat kali kedua. Jika orang kata kerusi keselamatan kanak-kanak mahal itu sebenarnya bukan masalah besar sebab duit boleh dicari manakala nyawa tidak boleh diganti.
“Lepas ini buat ibu bapa Beli, Pasang & Gunakan kerusi keselamatan anak sebaik mungkin. Jangan setakat ada dalam kereta tetapi sebagai hiasan kerana anak tak mahu duduk. Biasakan dari awal lagi mudah untuk anak faham,” jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/sampai-hari-ini-trauma-hentakan-airbag.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepat Di Hari Guru 3 Eks Kepala Sekolah Dituntut 14 Bulan Penjara

Tepat Di Hari Guru 3 Eks Kepala Sekolah Dituntut 14 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 327 hits
JPU Hendrik menilai para terdakwa telah melakukan perbuatan diatur dan diancam dengan Pasal 11 Undang Undang Nomor 31 Tahun 1999 tentang Pemberantasan Tindak Pidana Korupsi jo Undang Undang Nomor 20 Tahun 2001 jo Pasal 55 ayat ke 1e KUHPida...
Dah Setahun Plan Semua Dah Print Study Tapi 5 Sekawan Pergi Korea Balik Hari Tak Lepas Imigresen

Dah Setahun Plan Semua Dah Print Study Tapi 5 Sekawan Pergi Korea Balik Hari Tak Lepas Imigresen

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 350 hits
Lagi kes pihak Imigresen Korea Selatan menghalau pelancong Malaysia atas sebab sebab yang tidak diketahui membuatkan ramai netizen yang bakal atau merancang bercuti di negara itu terpaksa berfikir dua kali sebelum meneruskan perancangan mer...
Punca Sakit Kepala Kerap Main Handphone Boleh Buat Tengkorak Tumbuh Tanduk

Punca Sakit Kepala Kerap Main Handphone Boleh Buat Tengkorak Tumbuh Tanduk

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 644 hits
Punca Sakit Kepala Kerap Main Handphone Boleh Buat Tengkorak Tumbuh Tanduk Tanduk ini dilaporkan mengalami pembesaran dan semakin bertambah jika kerap bermain phoneSatu tulang tajam seakan akan tanduk didapati tumbuh pada belakang tengkorak...
Bikin Geleng Geleng Kepala Cita Citata Pergi Ke Australia Cuma Buat Cari Makan

Bikin Geleng Geleng Kepala Cita Citata Pergi Ke Australia Cuma Buat Cari Makan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 406 hits
Belum lama ini Cita baru saja pulang dari Australia Namun siapa sangka jika kepergian Cita Citata ke Australia hanya untuk mencari makan Hal itu diungkapkan Cita Citata di acara Rumah Seleb MNC TV Sang pembawa acara Irfan Hakim dan Bianca t...
Arwah Pergi Di Hari Yang Baik Pemergian Yang Ditangisi Anggota Polis Trafik Maut Dalam Kemalangan

Arwah Pergi Di Hari Yang Baik Pemergian Yang Ditangisi Anggota Polis Trafik Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 437 hits
Seorang anggota polis yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu Adam Che Aziz dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi Difahamkan bahawa jenazah Al...
039 Pening Kepala Saya Hari Ini 039 Maba

039 Pening Kepala Saya Hari Ini 039 Maba

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 360 hits
BELUM reda isu bendera dengan lima bucu dipaparkan ketika upacara pembukaan Piala Lum Mun Chak kejohanan bola keranjang bawah 15 tahun semalam tular pula gambar beberapa pemain Perak memakai jersi dengan bendera negeri dicetak terbalik Lebi...
Bayl Baru Pergi 2 Hari Lepas Isteri Ali Puteh Civm Stokin Anak Lepas Rindu

Bayl Baru Pergi 2 Hari Lepas Isteri Ali Puteh Civm Stokin Anak Lepas Rindu

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 840 hits
Umum sedia maklum bahawa pengacara dan juga pelawak yang sedang bersaing dalam Maharajalawak Mega 2019 Ali Puteh telah kehilangan anak perempuannya Bayl Baru Pergi 2 Hari Lepas isteri Ali Puteh Civm Stokin Anak Lepas Rindu
Prktgpiai Syed Saddiq Punca Kekalahan Pemuda Ppbm Terengganu

Prktgpiai Syed Saddiq Punca Kekalahan Pemuda Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 392 hits
Syed Saddiq bukan Dr M punca PH kalah di Tg Piai kata Pemuda PPBM T ganu Pemuda PPBM Terengganu hari ini mempersalahkan ketua nasionalnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kekalahan yang dialami calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kec...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Change

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting