Dah Setahun Plan Semua Dah Print Study Tapi 5 Sekawan Pergi Korea Balik Hari Tak Lepas Imigresen



Lagi kes pihak Imigresen Korea Selatan menghalau pelancong Malaysia atas sebab-sebab yang tidak diketahui, membuatkan ramai netizen yang bakal atau merancang bercuti di negara itu terpaksa berfikir dua kali sebelum meneruskan perancangan mereka. 
Kes kali ini melibatkan lima lelaki muda yang telah membuat perancangan bercuti ke Korea Selatan sejak setahun lalu dan impian melihat keindahan dan budaya di negara K-Pop itu terbantut. 
CERITA MACAM MANA AKU PERGI KOREA BALIK HARI DAN TERUS KE BANDUNG
So basically ini cerita pasal macam mana aku pergi Korea balik hari, selepas itu tiba-tiba ada di Bandung, Indonesia. Hahaha! 
So nak dijadikan cerita, aku dengan empat orang kawan sekerja planning untuk pergi ke Korea Selatan (one year planning). Sudahlah cuti boss tak nak sign (hampeh punya boss) tapi kitorang cuti juga sebab semua dah book dan sudah membuat pembayaran. So 6 November 2019 tu flight kitorang. Macam biasalah, ready apa yang patut dan kitorang pun terbanglah ke Korea. 
Bermulalah kisah pengembaraan lima anak muda ke Korea balik hari. Hahaha! Sampai di Incheon Airport tu, masing-masing dah excited. Benda setahun plan, mahu tak excited? So kitorang beraturlah seperti biasa. Sampai giliran aku je di kaunter imigresen, dia ambil pasport aku, kemudian dia macam berbual-bual dengan kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk pasport aku. 
Aku dah rasa lain macam. Selepas tu benda yang aku jangka sebelum ini terjadi. Dia suruh aku tunggu di tepi sambil tunggu dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain. Kemudian kitorang dibawa ke bilik kuarantin atau bilik termenung. 

Untuk pengetahuan, semua benda aku dah standby untuk percutian ini. Semua benda dah print dan aku compile untuk setiap seorang. Arrival/Custom Declaration formTiket balikComplete itenerary 7 hariSegala booking yang aku buat untuk theme park, Nami Island jadah semuaBooking hotelConfirmation letter company
Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap seorang dan suruh mereka study itinerary itu

So sesi soal siasat pun bermula. Aku buat relaks saja jawab soalan yang dia tanya. Aku tak tahulah kawan-kawan aku jawab macam mana. Tapi aku jawab mana yang aku boleh jawab. Pasal dia pun bukannya tahu cakap bahasa inggeris. Dia guna translator yang kau kena cakap dekat phone dia tu, lepas tu orang tu translatekan. So aku tak rasa benda itu 100% efisyen. Tapi nak buat macam mana kan, negara diorang. 
Aku pun jawab segala persoalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itenerary aku sepanjang di sana. 

Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang dua jam, dia pun keluarkan satu surat suruh aku sign. Tapi aku tak nak sign surat tak dibenarkan masuk Korea. Aku cakap dengan dia, tak boleh ke nak buat rayuan ke apa? Dia cakap tunggu dulu dalam bilik termenung itu. Aku pun tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dalam kelaparan. 
Lapan jam sudah berlalu, aku dan kawan-kawan lain bersama dengan beberapa lagi tahanan dibawa ke satu bilik menunggu. Dah macam banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar sedikit dari barisan, kena marah weh! Hahaha! 

Dari aku kena tahan tadi sampailah sekarang aku dengan member-member lain tak diberi air ke apa ke, bapak lapar weh! Last makan dalam flight je. Di bili ktermenung lagi sekali ini basically tengah tunggu masa balik je. So kitorang pun redha sajalah. 
Tetapi kitorang sebenarnya tidak diberitahu pun apa sebab kitorang tak lepas masuk, bila kitorang akan balik apa semua. Kitorang macam tergantung sepi je kat situ. Hisap rokok pun tak boleh lama-lama, kena jerit dengan diorang. B*** sungguh layanan diorang. Lagi sejam sebelum flight kitorang, barulah diorang bagi kitorang roti dan air. Itu saja. 

So aku pun tanya dengan salah seorang pengawal keselamatan di situ yang macam okey sikit, boleh tak tengokkan kat white board tu kitorang balik pukul berapa. So dia cakap kitorang akan balik pada jam 11.30 malam. Sedap sikit hati sebab dapat balik. Aku dah tak fikir apa dah, cuma fikir nak balik dan tinggalkan tempat s**l ini. 



Nak dijadikan cerita, aku pun terasalah kasihan kat kawan-kawan aku. Pasal ada tiga orang first time travel ke luar negara kena masalah macam ni. So aku tanya diorang berapa duit yang diorang ada, buat kira-kira time itu juga dan aku cadang bawa diorang pergi Bandung sebab Bandung tu dah macam kampung aku. Tiap-tiap tahun aku pergi

Aku pun call contact aku kat Bandung, suruh tolong bookkan apa yang patut. Yela, benda betul-betul last minute. Dia pun setuju nak tolong semua. Alhamdulillah. 
Sampai di KLIA jam 5 pagi. Keluar pergi sarapan, tunggu money changer buka semua, park kereta di Salak Tinggi terus balik KLIA2. Semua naik flight ke Jakarta jam 2.30 petang dan habiskan semua cuti dan duit kitorang kat Bandung. 
Jadi itulah cerita macam mana aku dengan kawan-kawan pergi Korea balik hari dan terus ke Bandung untuk menghiburkan hati yang lara. 









Aku nak pesan kepada semua yang nak pergi ke Korea, pastikan semua standby cukup-cukup. Study betul-betul tapi macam aku semua cukup still tak lepas. Anggap salah bukan rezeki. Rezeki aku dengan kawan-kawan di Bandung di samping awek-awek Bandung yang cun. Sebenarnya trip yang random ini lagi best. Just think positive, jalan terus! 
Totak duit lebur: RM2,000/person 
Kitorang tak diberitahu kepana kitorang tak dibenarkan masuk. Dah tanya, kena marah. Suruh duduk diam-diam dalam bahasa Korea. Benda dah jadi pun, kitorang pun redha je dengan apa yang jadi. Share pun untuk panduan orang lain yang ada planning nak ke sana. 
Sumber: Azam On Fire

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/dah-setahun-plan-semua-dah-print-study.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Sampai Incheon Tapi Imigresen Halau Balik Malaysia Hanya Kerana Tak Tahu Nombor Bas Pergi Ke Nami Island

Dah Sampai Incheon Tapi Imigresen Halau Balik Malaysia Hanya Kerana Tak Tahu Nombor Bas Pergi Ke Nami Island

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 349 hits
Seronok apabila berpeluang melancong ke negara orang bagi merasai pengalaman dan melihat budaya dan peradaban mereka Untuk itu adalah penting untuk kita bersedia dan memastikan perjalanan itu lengkap dengan dokumen dan perkara perkara yang ...
100 Nama Bayi Lelaki Dalam Bahasa Jepun Semua Unik Tapi Ada Maksud Yang Baik

100 Nama Bayi Lelaki Dalam Bahasa Jepun Semua Unik Tapi Ada Maksud Yang Baik

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 2016 hits
Setiap ibu bapa tentunya impikan yang terbaik buat anak mereka termasuklah hal pemberian nama ini di mana perlulah mempunyai maksud yang baik seperti yang digariskan dalam Islam Namun sesekali letak nama Jepun ini pun best juga sebab ia mem...
2 Tips Elak Pepijat Lepas Balik Travel

2 Tips Elak Pepijat Lepas Balik Travel

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 593 hits
Masalah pepijat bermula selepas pulang dari travel Kebanyakan dari anda mula menghadapi masalah berkaitan pepijat selepas pulang dari travel atau melancong Begitu juga dengan pelanggan E Pest Control yang telah mencuba rawatan haba untuk me...
Gadis Di Jember Hilang Selama 11 Hari Diduga Dibawa Pergi Tetangga

Gadis Di Jember Hilang Selama 11 Hari Diduga Dibawa Pergi Tetangga

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 273 hits
Sumiati perempuan usia 16 tahun dari Dusun Sumberlanas Timur Desa Harjomulyo Kecamatan Silo Jember hilang dari rumahnya Hingga Sabtu petang Sumiati telah 11 hari meninggalkan rumah tanpa kabar Orang tua khawatir anaknya jadi korban perdagan...
Hari Ini 34 Tahun Memali Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan Pas Balik Pulau

Hari Ini 34 Tahun Memali Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan Pas Balik Pulau

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 510 hits
Sej Politik B Pulau 2 Ceramah PAS DiBaling Batu Catatan Santai Ibnu HasyimENTAH macam mana dikatakan kami tubuh PAS cawangan Kampung Perlis dulu tidak melalui PAS Perhubungan Negeri Memang saya isi borang penubuhannya dan terus ke ibu pejab...
Di Hari Ulang Tahunnya Pelajar Sma Di California Lepas Tembakan Di Kelas

Di Hari Ulang Tahunnya Pelajar Sma Di California Lepas Tembakan Di Kelas

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 260 hits
Seorang pelajar SMA di California Selatan membunuh dua teman sekelasnya dan melukai tiga siswa lainnya mengeluarkan pistol kaliber 0 45 kaliber dari ranselnya dan melepaskan tembakan dalam hitungan detik saat baru memasuki kelas
Singkir Sajalah Mahathir Buat Apa Hari Hari Cakap Saja Tapi Tak Buat

Singkir Sajalah Mahathir Buat Apa Hari Hari Cakap Saja Tapi Tak Buat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 235 hits
Hari hari kita dengar Pakatan Harapan bercerita tentang rakyat marah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tentang perjanjian yang Mahathir akan serah kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam masa enam bulan lagi Buat sajalah undi tida...
Lepas 1 000 Hari Hilang Polis Masih Belum Beri Petunjuk Kata Isteri Pastor

Lepas 1 000 Hari Hilang Polis Masih Belum Beri Petunjuk Kata Isteri Pastor

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 265 hits
Lepas 1 000 hari hilang polis masih belum beri petunjuk kata isteri pastor Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada
Aku Bukanlah Manusia Yang Boleh Bagi Inspirasi Pada Semua Tapi Aku Cuba

Aku Bukanlah Manusia Yang Boleh Bagi Inspirasi Pada Semua Tapi Aku Cuba

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 427 hits
AKU BUKANLAH MANUSIA YANG BOLEH BAGI INSPIRASI PADA SEMUA TAPI AKU CUBA Apa aku tulis atau buat kadang tak semua orang suka apatah lagi nak terima Aku akui aku pun ada khilaf diri sendiri Dan khilaf aku itu sering menghantui diri aku sendir...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Razer Umum Koleksi Squid Game


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih