Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Penginapan Dalam Hospital Pertama Di Asean Rumah Ronald Mcdonald Hctm Ukm


Assalamualaikum Hai.

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM. Alhamdulillah, happy sangat bila Nad dapat turut serta dalam acara sambutan ini. Sambutan diadakan pada 22 Ogos 2019, bertempat di Rumah Ronald McDonald Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM). Buat pertama kalinya Nad menjejakkan kaki ke sini, setelah ia ditubuhkan pada 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia). Buat yang tidak tahu, Rumah Ronald McDonald merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama ditubuhkan di rantau ASEAN, di mana ia bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu menjalani rawatan di sini.


Acara dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia, Encik Azmir bin Jaafar

Selain usaha pihak RHMC Malaysia dalam meringankan beban keluarga pesakit pediatrik, konsep Rumah Ronald McDonald ini juga dapat membolehkan ibu bapa pesakit memberikan sepenuh perhatian dan fokus terhadap pemulihan serta kesihatan anak mereka. Di sini juga, pelbagai kemudahan disediakan untuk keluarga pesakit melalui pelbagai bentuk sumbangan seperti wang tunai, bahan makanan, dan keperluan barangan harian yang secara tidak langsung membantu Rumah Ronald McDonald ini memberikan keselesaan bertaraf terbaik buat pesakit. Sumbangan yang diterima adalah hasil kerjasama pihak RHMC dengan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan, dan pihak individu.


Seterusnya, ucapan diberi oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor

HCTM-UKM menerima lebih 20,000 orang pesakit pediatrik pada setiap tahun dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara pernah menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Siapa sangka usaha murni ini dapat membantu sebegini ramai nasib pesakit pediatrik dan keluarga mereka.


Perasmian ulangtahun ke-20 Rumah Ronald McDonald ini dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Menariknya, Tun Siti Hasmah juga turut merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald ini pada 20 tahun yang lalu.


"Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RHMC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan emua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka" - Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali



Nad percaya mesti ramai yang taktahu tentang kewujudan rumah penginapan dalam hospital ni kan. Nad pun hanya tahu selepas ia ditubuhkan selama 20 tahun. Kalau korang perasan, bila pergi dekat counter McDonalds kan selalu ada tabung kan, hasil kutipan dari tabungan itu juga lah yang sedikit sebanyak menampung perbelanjaan di Rumah Ronald McDonald ni. Lepasni boleh la ringankan tangan untuk menderma sebab kita dah tahu ke mana wang tersebut disalurkan.

Di peringkat global, sehingga kini terdapat 370 buah rumah Ronald McDonalds dari seuruh pelosok dunia. RHMC memberi tumpuan kepada 4 program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, 'Gift of Smile', dan Pek Kembali ke Sekolah, di mana ia meliputi 3 bidang utama RHMC Malaysia iaitu kesihatan, pendidikan, dan kebajikan.

Tentang Rumah Ronald McDonald:

➊ Bayaran penginapan : RM5 / malam
➋ Bilangan bilik tidur : 19 (boleh memuatkan 19 buah keluarga)
➌ Bilangan katil : 57 katil
➍ Kemudahan lain : Ruang makan, ruang istirehat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, ini gym, dan bilik komputer
➎ Aktiviti yang disambut : Hari keluarga, sambutan hari jadi pesakit, hari perayaan, hari perayaan, kelas kecergasan

Di akhir program, ada juga ibu bapa yang memberi feedback tentang pengalaman mereka sepanjang menginap di rumah ini ketika anak-anak mereka menjalani rawatan di hospital. Kalau anda yang dengar, memnag terpancar betapa mereka bersyukur dalam menempatkan anak masing-masing di hospital yang serba-serbi selesa umpama sebuah hotel. Nad boleh rasakan betapa mereka bersyukur dengan kewujudan Rumah Ronald McDonald ni.



Dan Alhamdulillah, RHMC Malaysia juga telah merasmikan sebuah lagi pembukaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan bagi meringankan beban pesakit dan keluarga di bahagian Pantai Timur.

Kalau ada yang berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan , boleh hubungi nombor-nombor di bawah ya:
- Cawangan Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM (03-9173 5994)
- Ibu pejabat RHMC Malaysia (03-7843 3388)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nadnaryy.com/2019/09/sambutan-ulang-tahun-ke-20-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp Yang Gilang Gemilang

Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp Yang Gilang Gemilang

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum Hai Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp Glory to Glory First time datang event ni memang rasa besar dan gilang gemilang sangat tau Apatah lagi apabila sambutan ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebanyak 2 00...
Ucapan Penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin Pada Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Bersatu

Ucapan Penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin Pada Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Bersatu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 288 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Perdana Menteri Malaysia mengetuai Perikatan Nasional dan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia BismillahirrahmanirrahimAssalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera1 Apa khabar semua Say...
Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Atas Dasar Cinta Pandang Pertama

Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Atas Dasar Cinta Pandang Pertama

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 504 hits
Audrey berkenalan dengan Kevin melalui satu aplikasi pacaran dan menyifatkan hubungan itu sebagai cinta pandang pertama Jam Press 19 tahun berkahwin dengan lelaki 42 tahun lebih tua walaupun ibu bapanya pada mulanya memanggil polis ke atas ...
Kanak Kanak 6 Tahun Hilang Di Kawasan Rumah Di Temui Lemas Di Tepi Lombong

Kanak Kanak 6 Tahun Hilang Di Kawasan Rumah Di Temui Lemas Di Tepi Lombong

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 204 hits
Didapati seorang kanak kanak lelaki yang berusia enam tahun yang hilang di kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sejak petang Isnin masih belum ditemui Kanak kanak tersebut Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang mengalami masa...
Fully Vaccinated Di Hari Ulang Tahun Kelahiran

Fully Vaccinated Di Hari Ulang Tahun Kelahiran

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 396 hits
Musim sekarang ni rata rata rakyat Malaysia harapkan status fully vaccinated atau vaksinasi lengkap kerana dengan itu banyak perkara yang boleh dilakukan Perkara yang dimaksudkan adalah sudah tentu berkaitan dengan kemudahan kemudahan bagi ...
Unik Dan Out Of The Box Ayudia Bing Slamet Dapat Kado Ulang Tahun Anak Sapi Dari Sang Suami

Unik Dan Out Of The Box Ayudia Bing Slamet Dapat Kado Ulang Tahun Anak Sapi Dari Sang Suami

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 422 hits
Meski bukan kado berupa barang branded layaknya para artis pada umumnya tapi reaksi Ayudia nggak kalah senangnya Sumringah banget
Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Video

Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Video

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 325 hits
Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun VIDEO CARSON CITY Nevada Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat mengahwini seorang lelaki berusia 42 tahun lebih tua daripadanya lapor akhbar kelmarin Anggota polis te...
Menjelang 4 Tahun Pernikahan Derby Romero Dan Claudia Adinda Umumkan Kabar Kehamilan Anak Pertama

Menjelang 4 Tahun Pernikahan Derby Romero Dan Claudia Adinda Umumkan Kabar Kehamilan Anak Pertama

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 239 hits
Derby dan Claudia tengah diliputi rasa bahagia berkat kehadiran calon anak pertamanya Selamat
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding