Sambutan Hari Statistik Negara 2025 Di Lipis 17 19 Oktober Ini Tonjol Peranan Data Sebagai Nadi Kehidupan Rakyat


 

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2025 akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober ini di Sungai Koyan, Kuala Lipis di Pahang dengan sasaran lebih 5,000 penyertaan, sekali gus menjadi platform meliterasikan statistik serta mendekatkan rakyat dengan data dalam kehidupan seharian.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata HSN 2025 bertemakan “Statistik Nadi Kehidupan” itu, akan dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta menampilkan pelbagai program berimpak tinggi.
Antaranya Sesi Literasi Statistik bersama Komuniti, Karnival Kerjaya, Debat Statistik Institut Pengajian Tinggi (IPT), Sukan Rakyat, pemeriksaan kesihatan serta Forum Perdana Ehwal Islam.
“Diharapkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya statistik untuk kehidupan itu dapat terus meningkat.
“Dalam masa sama, rasa kebersamaan dalam kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) dalam bidang statistik ini, (terus) mendapatkan kerjasama yang erat semua pihak,” katanya dalam sesi temu bual sempena HSN 2025 baru-baru ini.
Melalui HSN 2025, Mohd Uzir berkata DOSM berperanan mengukuhkan Sistem Statistik Negara yang sedang dilaksanakan, sekali gus memberi impak positif terhadap pengukuhan institusi perangkaan nasional dan pemodenan perkhidmatan statistik negara.
“Penyertaan umum dalam kajian-kajian dan juga data-data yang dikeluarkan oleh DOSM dari semasa ke semasa amat membanggakan, (termasuk) dari segi penerimaan dan juga penggunaannya pada masa ini,” katanya.
Beliau berkata HSN 2025 secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan data statistik dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, perdagangan, perniagaan, perindustrian dan pertanian.
“Melalui inisiatif ini, masyarakat akan lebih memahami bagaimana statistik menjadi asas penting dalam membuat keputusan, merancang dasar dan menilai pembangunan negara.
“Secara keseluruhannya, HSN 2025 berperanan memupuk budaya statistik yang menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan sejagat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.
Mohd Uzir berkata HSN 2025 bukan sahaja menonjolkan peranan statistik sebagai asas kesejahteraan masyarakat, tetapi juga memperkukuh semangat komuniti dan memperlihatkan komitmen DOSM, dalam menjadikan statistik sebagai nadi kehidupan rakyat Malaysia.
“Kita mahu statistik negara berkembang seiring dengan kemajuan negara. Seperti yang dikatakan, a strong country requires a strong statistical system. Sebuah negara yang ingin maju ke hadapan memerlukan sistem statistik yang kukuh.
“Usaha ini tidak boleh digerakkan secara satu hala, sebaliknya memerlukan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata HSN 2025 anjuran DOSM kali ini amat istimewa, kerana ia bersekali dengan Hari Statistik Sedunia yang disambut pada 20 Okt  dan ia diadakan setiap lima tahun sekali pada peringkat antarabangsa.
“Satu yang paling istimewa pada sambutan kali ini adalah kerana pada tahun ini, Malaysia telah dinobatkan dalam kedudukan nombor satu dalam ranking dunia dari segi kesediaan dan juga accessibility data oleh Open Data Inventory (ODIN).
“Kita berada nombor satu daripada 197 negara dan ini satu pencapaian yang amat membanggakan,” katanya. #Bernama
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/sambutan-hari-statistik-negara-2025-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 196 hits
USDX Khamis 09 Oktober 2025 Walaupun kedua dua EMA masih berada dalam keadaan Silangan Emas namun dengan kemunculan Pencapahan Menurun berserta RSI dalam kawasan Neutral Menurun ini menunjukkan potensi kelemahan pada USDX hari ini Tahap Uta...
Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara

Dewan Rakyat Sesi Mqt Tiada Hari Ini Pm Anwar Dititah Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 160 hits
Dewan Rakyat Sesi MQT Tiada Hari Ini PM Anwar Dititah Ke Istana Negara KUALA LUMPUR 7 Okt Sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditiadakan susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dititah ol...
Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 227 hits
Lama betul rasanya mummy tak menulis parenting di sini Oleh kerana anak sulung mummy ambil PKSK tahun ini Ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus atau pendek cerita ujian ke asrama penuh SBP MRSM SMKA Ulul Albab Teknik Vokasional Untuk kem...
Ripple Meneruskan Penurunannya Hari Ini Ke Arah Sokongan Terdekat Jumaat 17 Oktober 2025

Ripple Meneruskan Penurunannya Hari Ini Ke Arah Sokongan Terdekat Jumaat 17 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 185 hits
Ripple Isnin 1 Oktober 2025 Melihat dua EMA bertemu pada Silangan Mati memberi petunjuk bahawa Ripple berpotensi untuk melemah hari ini Paras Utama 1 Rintangan 2 2 5295 2 Rintangan 1 2 4118 3 Pivot 2 3481 4 Sokongan 1 2 2304 5 Sokongan 2 2 ...
Doa 2 Oktober 2025 Doa Untuk Permulaan Hari

Doa 2 Oktober 2025 Doa Untuk Permulaan Hari

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 248 hits
Doa 2 Oktober 2025 Doa Untuk Permulaan Hari Setiap pagi menghantar satu peluang baru sehelai masa yang belum ditulis seumpama kertas putih yang menunggu huruf huruf niat kita Dalam keheningan antara azan subuh dan hiruk dunia ada ruang untu...
Waspada Fenomena Air Pasang Ekstrem Melibatkan Beberapa Kawasan Di Selangor Dari 7 Hingga 10 Oktober 2025

Waspada Fenomena Air Pasang Ekstrem Melibatkan Beberapa Kawasan Di Selangor Dari 7 Hingga 10 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 221 hits
Menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Fenomena Air Pasang Ekstrem pada bulan Oktober 2025 akan berlaku di beberapa lokasi di Selangor seperti berikut SELANGOR Sekitar Terminal Penumpang South Po
Doa 19 Oktober 2025

Doa 19 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 226 hits
Ya Allah jadikan rumah kami teduh dengan kasih bukan gaduh
Keputusan Piala Fa 17 Oktober 2025

Keputusan Piala Fa 17 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 236 hits
Dua perlawanan peringkat Suku Akhir Piala FA yang berlangung pada 17 Oktober 2025 Perlawanan melibatkan pertemuan dengan di pada pukul 8 30 malam serta dengan di pada jam 9 00 malam KEPUTUSAN PERLAWANANPenang FC 1 2 JDT 6 35 55 Kelantan TRW...
Doa 18 Oktober 2025

Doa 18 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 229 hits
Ya Allah kurniakan keberanian untuk berkata benar meski sukar
Alam Dan Manusia Subjek Baharu Tahap I Mulai 2027

Nepal Govt Rejects Malaysia S New Labour Requirements

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Parents Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess Unable To Travel To Malaysia Rep Appointed To Handle Matters Says Manager

Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Sarapan Kedua Di Akasia By Keronsang Emas

Ada Saman Tak Boleh Sambung Lesen Tahun Depa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Ambil Darah