Sambutan Hari Spesies Terancam Sedunia


Sambutan Hari Spesies Terancam, Endangered Species Day, disambut pada bulan Mei setiap tahun adalah sebagai promosi dan usaha untuk pemuliharaan hidupan liar oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan mengiktiraf sambutan hari-hari berkaitan hidupan liar dan habitatnya.


Sambutan ini adalah sebagai salah satu kaedah mudah bagi mendidik generasi masa hadapan tentang biodiversiti dengan mempamerkan senarai spesies terancam di sekolah dan merayakan sambutan hari-hari tertentu yang diiktiraf antarabangsa seperti hari harimau, hari tapir, hari penyu, hari tenggiling, hari gajah, hari memerang dan lain-lain.

Selain lawatan ke zoo, pameran dalam bentuk poster atau tayangan video pendek boleh diadakan agar semua generasi akan datang tahu tentang spesies haiwan yang terancam dan bagaimana mereka boleh membantu melindungi dan memulihara haiwan terancam berkenaan sekali gus menyokong program pemuliharaan hidupan liar kerajaan.

Di Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) boleh bekerjasama mengeluarkan bahan-bahan kempen diedarkan ke sekolah di seluruh negara bagi mempromosikan spesies terancam di Malaysia.

Sambutan Hari Spesies Terancam merupakan pendedahan penting untuk pendidikan dan kesedaran menyeluruh rakyat Malaysia tentang hidupan liar.

Sekiranya semua hari-hari berkaitan hidupan liar dan hari spesies terancam diberikan peringatan kepada pelajar sudah tentu maklumat tentang hidupan liar dan pemuliharaannya akan ada dalam pengetahuan mereka.

Di Malaysia misalnya, banyak haiwan yang didaftarkan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) sebagai haiwan terancam. Antaranya ialah orang utan, harimau, gajah, tenggiling, pelanduk, tapir malaya dan cencurut hitam.

Hari spesies terancam disambut bagi mengingatkan semua orang tentang status haiwan terancam dan usaha pemuliharaan haiwan dan habitat mereka.

Undang-undang dan penguatkuasaan sahaja tidak memadai dalam mengawal kepupusan haiwan terancam.

Banyak laporan media tentang kes berkaitan hidupan liar yang dilindungi, pihak berkuasa sekadar menyebut tentang status haiwan dilindungi undang-undang dan denda yang boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah, namun kejadian seperti kemalangan jalan raya dan penyeludupan terus juga berlaku.

Satu sistem pendidikan secara lebih berkesan perlu dilakukan terutamanya menggunakan media baharu dan merentasi jabatan kerajaan serta komuniti tempatan dan antarabangsa.

Lokasi strategik seperti lapangan terbang, tempat menunggu di agensi kerajaan, pasar raya dan sekolah boleh diadakan promosi melalui video pendek secara berterusan. Maklumat tentang undang-undang perlu dimaklumkan kepada semua orang.

Di Semenanjung Malaysia, spesies hidupan liar yang dilindungi adalah spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Selain haiwan mamalia besar yang bakal pupus sekiranya tidak dijaga, haiwan lain seperti burung, serangga, reptilia dan amfibia juga perlu diberi perhatian.

Banyak lagi haiwan berkenaan yang kita tidak tahu. Burung botak upeh misalnya sudah pupus di habitat liar.

Sebagai sebuah negara yang tinggi kepelbagaian biologi mesti memberikan perhatian serius tentang kepupusan haiwan liar di habitat semula jadi.

Bagi memulihara haiwan yang hampir pupus, pembiakan dalam kurungan mungkin perlu dilakukan untuk dilepaskan ke habitat liar.

Perubahan alam sekitar, pemangsaan yang berlebihan, pemburuan haram, perubahan habit manusia dan bencana alam boleh mengancam populasi haiwan.

Sesetengah haiwan boleh dibiakkan di dalam kurungan tetapi sukar untuk menambahkan populasi di habitat luar.

Perhilitan dan zoo ada menjalankan program pembiakan spesies terancam untuk tujuan pemuliharaan.

Tanggungjawab IUCN

Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) menyenaraikan cencurut hitam (Suncus ater) sebagai spesies yang sangat terancam pada tahun 1996.

Haiwan yang saiznya dikatakan antara 20 hingga 100 sentimeter (sm) ini sangat jarang dilihat dan tidak banyak maklumat tentangnya.

Maklumat yang ada hanyalah daripada Medway tahun 1965 berdasarkan kepada satu spesimen yang dijumpai di Gunung Kinabalu, Sabah pada ketinggian 1,650 meter (m) dari paras laut.

Spesies ini mungkin juga boleh ditemui di kawasan tanah tinggi Borneo atau mungkin sudah pupus.

Begitu juga dengan status badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) yang mengikut Mogabay.com sudah tiada di Sabah.

Pada tahun 2008 dianggarkan 50 ekor dan lima tahun kemudian bilangan berkurangan kepada hanya 10 dan sekarang mungkin sudah tiada.

Pengurangan habitat dan pemburuan haram kerana tanduknya adalah punca utama kepupusan. IUCN menyenaraikannya sebagai spesies terancam sejak 1986 lagi.

Berdasarkan statistik IUCN, tapir malaya (Tapirus indicus) spesies terancam sejak 1986.

Haiwan yang masih ada di habitat liar di Semenanjung berhadapan dengan pengurangan dan gangguan habitat yang cepat akibat pembangunan.

Orang utan (Pongo pygmaeus) memang sudah menarik perhatian dunia kerana populasinya terus terancam akibat habitatnya terus terganggu oleh aktiviti pembalakan dan pembakaran hutan.

IUCN menyenaraikannya dalam spesies terancam sejak 1986. Taburannya juga terhad di Sumatera dan Borneo sahaja.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok Sabah adalah model pemuliharaan spesies terancam orang utan.

Harimau malaya (Panthera tigris jacksoni) sudah hangat dibincangkan kerana populasinya yang cepat berkurangan.

Sejak tahun 1950-an bilangan harimau dianggarkan sebanyak 3,000 ekor dan berkurang kepada antara 250 hingga 340 pada 2013.

Taman Negara, Kompleks Hutan Endau-Rompin dan Kompleks Hutan Belum-Temenggor merupakan kawasan utama untuk pemuliharaan harimau malaya.

Harimau malaya diletakkan dalam senarai spesies terancam pada tahun 2008.

Gajah Asia (Elephas maximus) yang disenarai sebagai spesies terancam sejak 1986.

Gajah memerlukan kawasan keliaran yang luas dan banyak sumber makanan. Kawasan keliaran berkurang menimbulkan pelbagai konflik dengan dengan manusia.

Monyet belanda (Nasalis larvatus) disenaraikan sebagai spesies terancam pada tahun 2008.

Populasinya menurun 80 peratus dalam masa 30 tahun dan sekarang dijangkakan hanya ada 7,000 ekor sejak tahun 2000 akibat daripada kehilangan habitat seperti hutan bakau di pantai.

Tenggiling terus terancam kerana sisik, daging dan kulitnya yang dikatakan mempunyai nilai perubatan. Harga yang tinggi menggalakkan pemburuan haram.

Pada tahun 2016 Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) mengharamkan sepenuhnya perdagangan tenggiling sunda (Manis javanica).

Mengawal kepupusan haiwan adalah tanggunggjawab semua. Program pendidikan, penyelidikan dan kesedaran mestilah dilaksanakan dengan lebih agresif dan sistematik.

Satu pelan tindakan umum dan khusus perlu diadakan dengan jelas serta mampu dilaksanakan.

Selamat menyambut Hari Spesies Terancam Sedunia.

BACA INI JUGA:
13 Spesies Haiwan Paling Terancam Di Malaysia6 Haiwan Yang Hampir Pupus Di Dunia
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/sambutan-hari-spesies-terancam-sedunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017 World Thinking Day 2017 Bertemakan Grow

Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017 World Thinking Day 2017 Bertemakan Grow

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 444 hits
Pada 22 Februari setiap tahun Pandu Puteri dan Pengakap Wanita akan menyambut Hari Peringatan Sedunia atau World Thinking Day secara bersama di seluruh dunia Tarikh 22 Februari dipilih sebagai tarikh World Thinking Day kerana ia adalah tari...
Sunway Pyramid Meraikan Sambutan Hari Raya Dengan Tema Bunga Yang Sangat Mempersonakan

Sunway Pyramid Meraikan Sambutan Hari Raya Dengan Tema Bunga Yang Sangat Mempersonakan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1239 hits
Bila tiba musim raya ni semua pasaraya besar masing masing akan mempamerkan kehebatan mereka dalam menyediakan dekorasi dengan tema paling menarik untuk menarik tumpuan sertai menghargai pengunjung yang berbilang bangsa di Malaysia Sunway P...
Tadika Kemas Wawasan Majlis Yasin Dan Tahlil Serta Sambutan Hari Guru

Tadika Kemas Wawasan Majlis Yasin Dan Tahlil Serta Sambutan Hari Guru

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 768 hits
Tadika Kemas Wawasan Majlis Yasin dan Tahlil serta Sambutan Hari Guru Pinjam gambo ticer Zaiha ye Gambo masa majlis dan sambutan Atuk yang gi untuk majlis ni Ici ada la terselit sekeping dua gambo Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu terbae...
Unifi Mobile Menawarkan Data Percuma 1gb Hari Ini Bersempena Hari Telekomunikasi Sedunia

Unifi Mobile Menawarkan Data Percuma 1gb Hari Ini Bersempena Hari Telekomunikasi Sedunia

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 463 hits
Telekom Malaysia hari ini mengumumkan penawaran data sebanyak 1GB secara percuma kepada para pelanggan Unifi Mobile 1GB data percuma ini ditawarkan bersempena dengan Hari Telekomunikasi Sedunia hari ini Untuk pelanggan pascabayar Unifi Mobi...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 890 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan Dari hotel kami bergerak ke Pusat Konvensyen Setia Spice yang letaknya seberang jalan aje Boleh tahan juga menapak Penat Jangan cerita Baru sampai dari ...
Sempena Hari Kata Laluan Sedunia Lindungi Akaun Peribadi Anda Bersama Google

Sempena Hari Kata Laluan Sedunia Lindungi Akaun Peribadi Anda Bersama Google

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 336 hits
Bersempena Hari Kata Laluan Sedunia hari ini Google hadir dengan beberapa langkah keselamatan yang menarik Perkongsian langkah keselamatan ini bertujuan untuk melindungi dan memperkukuhkan kata laluan peribadi digital anda pada kesemua akau...
905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh

905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 484 hits
Oleh Maaf agak kurang setuju dengan posting sambutan hari bodoh hari kena kencing dan beberapa konotasi negatif yang memberi gambaran buruk bukan sahaja kepada proses demokrasi di Malaysia malah bertentangan dengan nilai murni bulan Ramadha...
Sambutan Hari Guru Sukaneka Pasti As Sakinah

Sambutan Hari Guru Sukaneka Pasti As Sakinah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 635 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera5 5 2019Sebelum kita sambut ramadhan kita sambut hari guru dulu sehari sebelum pose keesokkannyanAt Pasti As sakinah my hero sekolah kat sini so kita rainhari guru kat sini pagi ning just meraikan guru yang da...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Penang Here We Come

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Penang Here We Come

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 796 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Penang Here We Come At last aku join jugak team Johor ke Penang Actually Dah lama aku tak join atas faktor kesihatan Last aku turut serta Kuala Lumpur 2014 Dan lepas tu memang aku problem Kali ni lepas 5 ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih