Sambutan Aidil Adha Simple Di Johor


Sambutan Aidil Adha Simple Di Johor | Salam Aidil Adha buat semua. Tahun 2022 ni memang kami banyak berjalan ke Utara, bulan Februari kami balik kampong sebab DH rindu, Hari Raya pula memang balik sebab dah tiga kali raya kami tak beraya di kampong DH dan selepas Raya pun balik kampong sebab abang sulung DH buat kenduri dan nak jumpa adik-adiknya. 

Mujur la anak-anak dah besar, kalau masih kecil lagi memang jenuhlah nak packing dan unpacking. Tu belum lagi dengan barangan yang dibeli kalau ke Padang Besar yang jadi lokasi kemestian untuk kami pergi


Apa pun ikut planning ke Utara ada 2 atau 3 kali lagi sebab konvo KC Iman, wedding anak abang kedua DH dan wedding cucu sedara DH. Moga kami ada kesihatan yang baik untuk ke sana dan sini




Kalau ke utara, wajib singgah SINI dan SINI

Tu kisah balik Utara tapi kali ni kisah kami beraya kat Johor, rumah Abang Chaq, abang DH yang sulung yang dah bermastautin di Skudai selepas dia dan isteri pencen, malahan dua orang anak dia  pun dah berkahwin dengan orang Johor. Ni kali kedua kami sambut Hari Raya Aidil Adha di Johor sejak kedua ibu bapa DH dah kembali ke rahmatullah, kalau tak memang ke Kedah jer la kami

Kami bertolak dari KL selepas solat Subuh hari Sabtu tu sebab DH tak nak bersesak dalam kesesakkan jalan raya. Mujur anak-anak semua dah besar sebab tak boleh bayangkan kalau 11 orang bersiap nak berjalan jauh ni

Menariknya kali ni kami ke Johor dengan Mak Teh (adik bongsu DH) yang menetap di Penang, jadi memang double meriah la. Mereka pula datang awal sebab Penang tak de air jadi DH sempat bawa diaorang berpiknik kat Kemensah. 
Peluang rentas negeri, kami sambut raya Haji di Johor
Kami sampai Skudai tu agak lewat sebab kami singgah ke Batu Pahat sebab adik ipar DH nak buat rawatan Chiropratik. Nanti umi cerita kat entri lain ya. Abang Caq dah banyak kali dok mesej tanya kat mana sebab dia suruh kami lunch kat rumah jadi planning nak lunch kat luar tu kena cancel. Jimat duit kan, tapi rezeki jangan ditolak

Lepas makan tu lebih banyak memalaskan diri sambil borak planning nak masak untuk hari raya dan daging kambing qurban tu sementara tunggu kunci homestay. Memang agak lewat dapat kunci sebab tuan rumah nak cuci dan kemas rumah yang penginapnya baru check out. Laku keras kot homestay kat sini


Dapat jer kunci rumah, terus kami bergerak ke homestay sebab badan dah melekit tapi rupanya tertinggal kain tuala jadi keluarlah pulak umi dengan the girls serta mak teh ke AEON, mujur Ayong sudi nak drive kami


Memang lega dapat mandi, bersihkan diri, tukar baju dan buat solat jamak dan dapat merehatkan badan sebelum nak ke rumah abang DH balik untuk dinner. 

Rindu nak makan mee kari terubat bila anak-anak abang DH ni jamu kami makan mee kari dan bihun sup, jadinya nasi memang tak pandanglah lagipun masih rasa kenyang makan nasi siang tadi lagi pun


Lepas perut dah terisi, time untuk buat kerja sebab kalau perut dah kenyang, mata mengantuk, jadi kita masuk dapur. Memang tak sah kalau tak buat gulai daging utara, jadinya Mak The dan umi la jadi tukang masak. Simple jer sebab nak buat gulai daging jer sebab macam kata abang DH, nak menyorok dengan pulut berlaukkan ikan masin dan boleh dijadikkan cicah dengan lemang


Selesai memasak, selesai juga kelas Tauhid abang DH, dengan memasing dah mengantuk dan esok pulak nak bangun awal untuk ambil nombor daging kambing qurban di Kempas. Kalau tak silap katanya dalam 40 minit untuk ke sana jugak tu

Aktiviti Aidil Adha 
Soooo…DH, Ayong dan biras ke rumah abang DH lepas solat subuh untuk menyorok kemudian nak ke pusat penyembelihan sementara the girls masih kat homestay memalaskan diri. Maklumlah bila ada 5 anak dara yang nak bersiap sampai perut boleh berdendang keroncong kelaparan. 

Seperti biasa sampai ke rumah abang DH ni breakfast dah siap terhidang dengan gulai daging, lemang, nasi impit, kuah kacang, sambal ikan bilis dan lontong! Fuhh rindu pada lontong terubat bila dapat makan lontong air tangan orang Johor ni,  Cuma taka da tauhu je tapi rasa tu memang sedap. Eh kalau ada sambal sotong pun sedap kan. 
Lepas makan, masa memalaskan diri lagi sementara menunggu daging qurban sampai balik. Apa yang diberitahu abang DH, nombor giliran akan diserahkan pada mereka yang buat qurban jam 10 pagi jadi mereka yang sampai awal tu boleh bersolat Hari Raya di masjid yang berdekatan, pastu tunggu




Jam 11 pagi DH mesej kata tunggu daging qurban diserahkan. Penantian tu satu penyiksaan kan sebab duduk saja pun boleh buat mengantuk. 
Makanya kami bertungkus lumuslah memotong daging, membahagi mana yang tulang. Memang tak sabar nak makan daging kambing yang fresh

Osman Goat Farm - Pusat Penyembelihan Daging Qurban






Akhirnya daging qurban sampai dan jom memproses apa yang perlu dibuat, dimasak, diagih. Cadangan nak masak kicap, buat gulai tu semua tak menjadi sebab abang DH bimbang nanti tak habis dan membazir. Cuma daging bakar yang diperap Cik Meya dan Ain jer yang jadi rebutan dan hidangan kami dan selebihnya diagih pada adik beradik. 

Itulah raya kami di Johor, macam mana raya awak semua agaknya


Ok, jom menabung balik sebab nak cari modal untuk ke Utara dan Pantai Timur tak lama lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/07/sambutan-aidil-adha-simple-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidil Adha 1443h 2022m

Salam Aidil Adha 1443h 2022m

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 474 hits
SALAM AIDIL ADHA 1443H 2022M Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih BARANGKALI sambutan Aidil Adha tidak semeriah sambutan Aidil Fitri Itu cuma anggapan segelintir masyarakat dan individulah Tapi bagi PC...
Tiga Peristiwa Penting Sempena Hari Raya Aidil Adha

Tiga Peristiwa Penting Sempena Hari Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 297 hits
Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha di Malaysia disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dari dua hari yang penting dalam Islam Hari Raya Haji jatuh pada hari ke sepuluh di bulan Zulhijjah iaitu bulan tera...
Cukup Simple Hanya Belon Kek Sambutan Hari Jadi Cucu Billionaire Malaysia Bersahaja

Cukup Simple Hanya Belon Kek Sambutan Hari Jadi Cucu Billionaire Malaysia Bersahaja

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 308 hits
Sambutan hari jadi ke 2 tahun cucu kepada Billionaire Malaysia iaitu Vincent Tan dan arwah Tan Sri Sheikh Mohammad Nasimuddin cukup simple Menerusi perkongsian Chryseis Tan beberapa keping gambar anaknya Arianna Faliq yang memakai gaun pink...
Hari Raya Aidil Adha 2022

Hari Raya Aidil Adha 2022

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 297 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Hari Raya Aidil Adha 2022 Indah Aidil Fitri kerana kemaafan indah Aidil Adha kerana pengorbanan gittewww Hari raya Aidil Adha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah k...
Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 341 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Johor Corporation kini menawarkan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajara...
Pengalaman Menonton Perlawanan Afc Champions League Di Stadium Sultan Ibrahim Johor

Pengalaman Menonton Perlawanan Afc Champions League Di Stadium Sultan Ibrahim Johor

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 440 hits
Pengalaman Menonton Perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim Johor Pengalaman penuh semangat yang amat bermakna Bulan April 2022 yang lepas pertama kalinya aku jejakkan kaki ke stadium bola sepak yang terbesar dalam Johor n...
Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 295 hits
Tabung Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan kumpulan Pelaksana telah diperkenalkan sejak tahun 2018 Bantuan ini diwujudkan dalah bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi Untu...
Buffet Dinner Sedap Johor Di Bld Cafe Hotel Renaissance Johor Bahru

Buffet Dinner Sedap Johor Di Bld Cafe Hotel Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 1623 hits
Buffet Dinner Sedap Johor di BLD Cafe Hotel Renaissance Johor Bahru Kisah sebelum raikan Aidiladha haritu aku dengan beberapa team datang singgah makan kat sini One of my favourite hotel ler Rinduuu nak makan sini ngam lah tengok tengok sek...
Yoursay The Case Of Johor Mb S Cinderella Shoes

Yoursay The Case Of Johor Mb S Cinderella Shoes

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 186 hits
YOURSAY Politics in Malaysia is an unending fashion statement Apanakdikato As a national state leader and public servant one should lead by example In Malaysia we see current and ex prime ministers ministers and political leaders at both st...
Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Biskut Timbang Datang Lagi

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Wordplay And Slang For Brand Name

Chegu Bard Diam Bisu Mad Jargon Fadli Shaari Tiba Di Negara Khomu Nih


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Hantar Anak Ke Balai Polis Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

A Botched Shot

Amk Tak Akan Beri Laluan Bn Tanding Kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Dimenangi

Pisang Kelat Jambi