Sambut Hari Jadi Ilham Di Al Mizan Satay House
Assalamualaikum wbt
NAMPAKNYA semalam penuh dengan agenda makan-makan sajo dari pagi sehingga ke malam. Seperti yang Sk beritahu sebelum ini, kami buat DADIH sebagai sumbangan dessert untuk Majlis Sambutan Hari Raya di kolej, semalam. Tengahari pula, Sk ke Jemputan Rumah Terbuka Pulai Springs Resort. Dan malamnya, Angah jemput makan-makan di Al Mizan Satay House sempena hari jadi Ilham.
Selamat Hari Jadi, Mohamad Nor Ilham Ilyas bin Nor'ain @ Mohd Jamal. Bonda doakan Ilham diberi kesihatan yang baik, panjang umur, bahagia dan sejahtera selalu serta sentiasa menjadi anak yang menyejukkan hati orang tua, Amiiinnn.
Tiga beradik, Izzat, Ilham dan Indah. Untunglah kau Ilham lahir taim mak gaji, kikiki. Kami pun dapatlah tumpang sekaki, syukur Alhamdulillah
Sk pesan Mee Bandung Special Muar. Tak silap RM15.90 semangkuk. Bila tengok harga, Sk anggarkan portion besar dan nanti nak makan sate lagi, kan. Iman pulak, nak makan Nasi Goreng Gunung Berapi. Jadi, Sk ajak Iman kongsi makan, sama ada ambil nasi goreng sahaja atau mee bandung sahaja. Iman pilih mee bandung. Memang betul pun, dahlah mangkuknya besar, selambak pulak isi mangkuk tu
Isinya mewah dengan seafood, daging dan aksesori lain seperti kek dan bebola ikan. Sk lebih gemar mee bandung yang memasukkan daging sahaja, tapi dah depan mata, kita balun sajalah. Kuah mee bandung sedap tapi ada rasa wangi. Mungkin ada penggunaan keledek wangi untuk memekatkan kuah. Mujur wanginya tak melampau, boleh pening kepala nanti. Walaupun begitu, mee bandungnya tidak mengecewakan, tapu amaran, jangan makan sorang-sorang, hahahaha. Tepatlah keputusan kongsi berdua dengan Iman
Mujur jugaklah Iman tak jadi ambil Nasi Goreng Gunung Berapi tu sebab tak ada stok. Mungkin gunung berapinya habis kot, hahahaha. Ini pula, Nasi Goreng Maharaja, Che Li punya. Walaupun rupanya nampak menggiurkan namun rasa nasi goreng biasa sahaja, itu kata Che Li. Mungkin sebab kecewa sebab Che Li pun nak makan Nasi Goreng Gunung Berapi.. hehehe. Oh, Izzat pun makan NGM jugak
Pak Inche, ibu, Angah dan Abang Jamal makan Beef Kuetiaw. Kuahnya rasa kicap betul, kalau makan gitu-gitu aje, rasanya biasa-biasa aje. Kalau nak bagi umph, kena makan taruk cili padi banyak sikit, supaya pedas sikit dan dapat menenggelamkan rasa masin kicap tu. Portionnya cukup untuk seorang makan
Budak kecik ni makan Chicken Chop. Babah (Pak Inche) asyik kacau aje makan fries Zulaikha, nasiblah dia sporting. Kalau merajuk, hurmmm.. semua orang tak lalu makan nanti
Sedap sangat kentang goreng kat Al Mizan ni. Jadi, kami pesan sepinggan kentang goreng aje, makan tiga beranak. Sebenarnya kami tiga orang dah sampai awal, jadi, dah makan dulu makanan yang dah dihidangkan. Kalau tak makan dulu, bukan saja makanan jadi sejuk, tapi ghisau sebab ada lalat walaupun dah malam. Nasiblah tak banyak lalatnya, cuma seekor dua yang degil, pantang ada bau makanan, mulalah nak hinggap
Mula, nak belikan kek Secret Recipe, sampai SR, cari flavor Choc Au Lait, tak ada, jadi, nak pilih kek lain, tapi, staf SR tu macam endah tak endah jer, bila kami tanya, rupa-rupanya semua kek yang ada dalam fridge tu dah berpunya. Jadi, kami ke SDS, Cik Ani kata, ambil kek coklat. Tepatlah pilihan tu, sedap pulak kek coklat ni, sampai Sk boleh habis sepotong. Hurmmm.. ko Sk, apanya yang tak habis? Kan ko dah sain darah dengan majlis bandaraya, hahahaha. Oh, Sk memang akan sediakan piring kertas untuk makan kek, lepas makan terus buang sebab krim kek tu susah nak cuci. Kalau makan di kedai pun, bawa sendiri piring kertas supaya tak susahkan staf restoran
Sate kat Al Mizan ni, dia jual mengikut set. Ada set single, double dan family. Yang ini tak silap, set family daging yang mengandungi 50 cucuk sate. Tak kedekut langsung letak timun dan bawang
Ambil juga set double ayam yang mengandungi 20 cucuk sate. Jika set single mengandungi 10 cucuk sate. Sebelah sate ayam tu, sate perut (bahagian babat). Yang tu tak kira set, boleh ambil 5 cucuk ke.. 15 cucuk ke.. ikutlah nak besarkan perut banyak mana, hahahaha. Ada nasi impit jugak dihantar ke meja, Sk tak pasti pulak ia termasuk dalam set sate atau pesan lain. Kuah kacang sedap, sate lembut. Masa Al Mizan Satay House baru-baru dibuka dulu, pernahlah Sk datang tiga beranak tapi masa tu servis sangat mengecewakan tapi kali ni nampaknya servis bertambah baik. Staf semua rajin dan tidak berat tulang bila kita minta apa-apa. Kalau Kuantan boleh berbangga dengan Terminal Satay Zul, JB pun boleh bangga dengan jenama Al Mizan Satay House ni tau
Bergambar kenangan depan pintu utama Al Mizan Satay House. Yang ni kami pergi di cawangan Bandar Baru Uda. Tak silap Sk, cawangan pertama di Kampung Melayu Majidee dan sekarang Al Mizan SH mempunya cawangan restoran yang lebih besar di Pandan, JB, siap ada pandu lalu
Tadi tu, staf Al Mizan SH ambilkan gambar, yang ni pulak wefie anak beranak. Tak cukup korum sebab Cikwa dan Along tak ada, kan.
Ajak budak kecik ni bergambar. Tengoklah tu Pak Inchenya, bab menyakat nombor satu. Haaa.. muka jer nampak garang tapi suka sakat orang. Kadang, jumpa budak kecik kat mana-mana, mulalah datang idea nak menyakat. Sabar ajelah Zulaikha tu. Dulu-dulu, Ilham tu la jadi mangsa dia sampai nak lawan siku siapa lagi besar. Masa tu memang Ilham kalah, siap cakap nak pinjam siku nenek, hahahaha
Terima kasih, Angah belanja malam tadi. Semoga bertambah lagi rezeki dan diberi keafiaatan oleh Allah swt buat Angah sekeluarga, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/sambut-hari-jadi-ilham-di-al-mizan.html