Sambut Birthday Di Rumah Kopi Tangkak


Bulan paling dinanti setiap tahun iaitu Bulan November. Selain aku sendiri sambut birthday pada 13 haribulan, emak tersayang dan kakak juga lahir pada bulan yang sama iaitu 27 dan 10 November. 
Jadi lebih meriah sebab semua ahli keluarga akan ingat tarikh tu sebab kebiasaan kami akan bincang tentang sambutan dan cari hadiah untuk emak. 
Berbeza dengan tahun sudah, birthday aku kali ini jatuh pada hari Ahad dan kebetulan kami balik Melaka pada hari Sabtu sebab ada perkahwinan anak saudara sebelah suami. 





Sambut Birthday Di Rumah Kopi TangkakOleh sebab Rumah Kopi Tangkak tak jauh dari rumah mentua semestinya kena food hunting jawabnya. Suami yang paling teruja sebab dia jumpa video makan Rumah Kopi Tangkak di TikTok. 
Jadi seruan untuk peniaga terutama F&B, guna sehabis baik free marketing di media sosial seperti TikTok untuk iklankan perniagaan anda. 
Nama je Rumah Kopi tapi menu utama dia bukan kopi. Dekorasi hiasan dalaman café adalah berkonsepkan moden, minimalis dan Instagram able. 
Masih kekalkan konsep yang sama, sambut birthday maksudnya keluar makan sedap dan gembirakan hati. Hadiah? Setiap bulan ada je hadiah suami berikan. 
Aku memang elak shopping hadiah untuk birthday sebab ianya memenatkan. Sebab apa tau, nak angkut tiga orang budak kecil dan kena perah otak nak pilih hadiah terbaik memang perlu banyak tenaga. 
Itu kalau tanya pendapat aku. Suami akan tanya apa aku nak dan jawapan paling mudah aku boleh bagi, beli je apa saja atau bagi duit biar aku beli sendiri. Ahaks. 
Aku memang jenis simple. Hadiah bukan bermaksud benda mahal. Belikan aku aiskrim pun aku anggap hadiah. Kira halal je sebab suami selalu beri aku apa aku nak. 


Sambut birthday Airis Kek Jiha Bakery  |  Sambut birthday Raudah dekat Café Richiamo Coffee |   Sambut birthday Ikhwan dekat Swensens Melawati Mall




Tempat Menarik Sambut Birthday – Rumah Kopi TangkakRumah Kopi Tangkak boleh masuk senarai tempat menarik sambut birthday di Melaka walaupun alamat dia ialah dalam negeri Johor. Lokasi dia dekat yakmat dengan Jasin, sempadan je weh. 
Selain lokasi dia yang dekat, harga dia berpatutan dan paling utama makanan dia semua sedap. Disediakan khas oleh tukang masak yang berpengalaman. 
Boleh tengok dari persembahan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan. Bukan cikai-cikai dan bahan yang digunakan pun berkualiti. 
Bagi aku Cef dia tahu apa dia masak dan air tangan dia tu terasa. Orang kata masak dari hati. portion dia pun besar dan banyak. 
Staff dia ramah je nak layan pelanggan. Tempat dia bersih, cantik sangat bila tangkap gambar sebab lighting dia cukup. Jadi gambar ko jadi cantik dalam camera. 
Satu je kekurangan ialah banyak lalat terbang dekat meja. Aku tak faham kenapa lalat tu ada. Awalnya sedikit terganggu tapi kami halau sekadar termampu sahaja. 
Lupa pula nak bagi feedback pada staff. Sumpah kami sibuk memuji makanan, berborak, tangkap gambar. Pendek kata semua orang gembira. 




Menu Rumah Kopi TangkakAwalnya aku ingat menu utama dekat sini semestinya berkaitan dengan kopi tapi tidak ya. Menu dkeat sini kebanyakkan adalah Western Food. 
Jangan risau banyak juga pilihan selera rakyat Malaysia yang sukakan nasi. Kami makan ramai-ramai jadi dapatlah merasa pelbagai jenis menu. 
Aku rate berdasarkan selera aku, kalau nak lebih tepat korang kena datang sendiri rasa okay. Menu Rumah Kopi Tangkak yang kami cuba: 
Kuewteow Goreng Rumah Kopi abang Ipar punya. Aku tak rasa tapi presentation dia not bad. 
Nasi Goreng Rumah Kampung Rumah Kopi untuk anak buah. Nasi dia banyak, cukup rencah dan pedas. Kena dengan selera aku. 
Lagi sorang makan Chicken Chop Alle Vongole. Hidangan combo ni dihidangkan bersama pasta goreng cili padi. Pedas dan sedap. 




Nasi lemak Chicken Chop untuk suami. Chicken Chop antara menu aku paling suka. Ayam dia rangup disalut dengan cereal dan tidak berminyak. Dihidangkan dengan sambal untuk nasi dan sos cendawan untuk Chicken Chop. 
Nasi lemak Chicken Chop ni seperti makan dua makanan berbeza tapi satu nama. Hidangan nasi lemak lengkap dengan telur rebus, timun dan kacang. 
Side dish untuk Chicken Chop pula ada kentang goreng. Confirm kenyang. 




Cabonara Meatball untuk Airis dan Raudah. Menu wajib kalau makan dekat Western Restaurant. Kuah dia creamy, tak muak pun. Meatball dia juicy dan tak rasa macam frozen meatball. 


Biras aku makan Salmon Grill Alle Vongole. Nama punya la canggih rupanya Alle Vongole ialah pasta yang digoreng dengan cili padi. Rupa dia macam Aglio Olio tapi lagi sedap sebab kena dengan tekak Melayu. 
Sos putih dia sedap. Hidangan paling aku puas hati dapat rasa. Kalau datang lagi confirm aku order Salmon. Cef dia pandai masak ya, tak overcook. 
Rasa lemak Salmon tu makan bersama sos Putih dan pasta pedas cili api jadi tak muak. 




Anak bujang aku si Ikhwan makan Strip Beef Steak. Malangnya steak dia overcook. Keras dan kepingan steak agak nipis. Rasa tak berbaloi sebab antara hidangan yang agak mahal dalam menu. 




Aku pula cuba Lamb Grill. Terima nasib yang sama sebab Lamb dipotong agak nipis. Jadi liat. Tapi masih mampu dimakan. Side dish dapat dua scoop mash potato. Elok dia bagi coleslaw baru tak muak. 
Pilihan minuman pun banyak dan sedap. Overall kami puas hati. Jumlah bil tidak termasuk kek premium ialah RM 220.30. 


Kejutan Sempena Birthday Abang Ipar sekeluarga turut sertai food hunting kali ini. Dah boleh agak, Biras aku nak buat kejutan nyanyi lagu birthday dan belikan kek. 
Jadi sebagai tanda hormat, kita pura-pura tak tahu ada surprise. Kelakar bila fikir. Paling penting anak-anak yang paling teruja. 
Dekat sini ada disediakan kek iaitu Premium Cake tapi aku lupa nak ambil gambar. Ada burnt cheese cake, red velvet cake dan chocolate cake. 
Kek dia sedap dan berharga RM49.90 untuk saiz 8 inci ke lebih eh? Aku tak pasti saiz dia tapi cukup untuk 8 orang makan. 
Jadi memang aku sarankan sangat untuk datang ke Rumah Kopi Tangkak. Berbaloi dari semua segi. Rasa, portion, kualiti, harga, bersih dan staff dia friendly. 
Nak tengok review lain boleh jenguk media sosial Rumah Kopi Tangkak. By the way dia ada dua kedai tau. Lagi satu kedai berhadapan dengan kedai ada sign board yang aku pergi ni. 
Dia buat dua tempat sebab ramai customer datang dan tak cukup tempat. Ikut dalam TikTok, kedai lagi satu lebih cantik decorations dia. 
Apa pun aku bersyukur masih dipanjangkan usia oleh Allah. Moga aku lebih rajin nak beramal dan sentiasa lakukakan kebaikan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/11/sambut-birthday-di-rumah-kopi-tangkak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awie Berpeluang Sambut Birthday Di Makkah Luah Syukur Bahagia

Awie Berpeluang Sambut Birthday Di Makkah Luah Syukur Bahagia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 205 hits
Sebagaimana kita semua tahu baru baru ini kumpulan Wings telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah
8 Tahun 8 Kek Che Ta Tunai Janji Sambut Birthday Meriah Untuk Aaisyah Dhia Rana

8 Tahun 8 Kek Che Ta Tunai Janji Sambut Birthday Meriah Untuk Aaisyah Dhia Rana

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 179 hits
Selepas kembali pulih dari Covid 19 pelakon Rozita Che Wan menunaikan janjinya untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana pada Sabtu lalu Seperti kebiasaan permintaan anak kesayangannya itu Rozita atau Che Ta men...
Rumah Penemuan 4 Mayat Di Kalideres Ditutup Plastik Dan Ditaburi Kopi

Rumah Penemuan 4 Mayat Di Kalideres Ditutup Plastik Dan Ditaburi Kopi

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 125 hits
Polisi dari Polsek Kalideres kembali mendatangi rumah tempat ditemukannya empat mayat di Perumahan Citra Garden Satu Extension Jakarta Barat Seorang petugas membawa bubuk kopi
Video Penemuan Sisa Bungkus Makanan Dari Rumah Satu Keluarga Tewas Di Kalideres

Video Penemuan Sisa Bungkus Makanan Dari Rumah Satu Keluarga Tewas Di Kalideres

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 133 hits
Hasil olah tempat kejadian perkara dari rumah empat mayat sekeluarga di Kalideres polisi mendapat temuan baru Polisi mendapati adanya sisa satu bungkus makanan di dalam rumah
Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah Cermin Diri Sendiri Dahulu Cari Mana Silap Dalam Diri

Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah Cermin Diri Sendiri Dahulu Cari Mana Silap Dalam Diri

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 214 hits
Kalau anak anak asyik bergaduh rasa otak serabut setiap kali balik ke rumah ada baiknya kita tengok diri kita dulu Nak keluarga yang bahagia nak pasangan tenang ilmunya itu kita yang kena belajar Bina suasana yang lebih bahagia di rumah den...
Tak Mewah Tapi Bahagia Kemas Cantik Tersusun Rumah Sederhana Penuh Bahagia Di Puji Wargamaya

Tak Mewah Tapi Bahagia Kemas Cantik Tersusun Rumah Sederhana Penuh Bahagia Di Puji Wargamaya

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 162 hits
Rumah yang satu ini pernah tular suatu ketika dahulu Ruangnya kecil tiada perabot mewah yang melengkapi hiasan dalaman malah di luarnya juga kelihatan usang Namun rumah pemiliknya yang juga seorang penternak ikan ini cukup kemas dan tersusu...
10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 156 hits
10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah Salam semua keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu pasti ramai yang terfikir fikir untuk buat bisnes sampingan Nak cari bisnes sampingan ni mesti bermula dengan minat kan Lebih lagi ...
Selepas Pemeriksaan Forensik Dijalankan Rumah Zalina Azman Kembali Sunyi Sehingga Kini

Selepas Pemeriksaan Forensik Dijalankan Rumah Zalina Azman Kembali Sunyi Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 107 hits
Umum mengetahui bekas personaliti TV3 Zalina Azman yang dilaporkan telah hilang sejak November tahun lalu telah mengejutkan orang ramai Khabar berita tentang kehilangan personaliti TV berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga menjad...
Suri Rumah Ditemui Tergantung Pada Kipas

Suri Rumah Ditemui Tergantung Pada Kipas

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 196 hits
NOR SHAFAWATI YUPSURI rumah ditemukan tergantung di kipas dalam kejadian di Taman Semaya Iringan Bayu di sini hari ini SEREMBAN Seorang suri rumah ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Taman Semaya Iringan Bayu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco