10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah
10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah | Salam semua, keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, pasti ramai yang terfikir - fikir untuk buat bisnes sampingan.
Nak cari bisnes sampingan ni mesti bermula dengan minat kan. Lebih lagi, bila bisnes yang kita buat tu hanya boleh dibuat dari rumah.
Tak semua orang yang boleh buat bisnes bakeri sekiranya tak ada ilmu.
Dalam fikiran yang baru permulaan nak buat bisnes bakeri, mesti macam - macam fikiran yang bermain dalam kepala kan.
4 Sebab Kenapa Mesti Pilih Bisnes Bakeri Dari RumahBagi yang baru nak berjinak - jinak dalam bisnes bakeri, pilihan yang tepat mesti kena bermula dari rumah.
Sis senaraikan 4 sebab kenapa mesti bermula dari rumah.
1. Kos Rendah Bila pilih nak berniaga dari rumah, kita memang dah tak perlu risau dengan sewa kedai, segala peralatan yang besar.
Ada kedai fizikal ni bukan senang jugak nak jaga. Nak fikir dengan kos pekerja lagi.
Elok lah bermula dari rumah dahulu dengan menggunakan peralatan yang sudah sedia kat rumah
2. Tidak Perlu Terlalu Menjual Sebenarnya, bila buat bisnes bakeri ni tidak lah perlu menjual sangat. Biasanya orang akan buat tempahan, bila orang dah merasa air tangan kita.
Jika sedap, dapat lah tempahan. Ataupun dari gambar yang kita ambil dari apa yang kita dah buat.
3. Buat Berdasarkan TempahanTahu tak korang, bisnes bakeri yang diambil ikut tempahan ni memang akan mengurangkan risiko. Kita buat apa yang pelanggan nak saja.
Jadi tak ada lah risiko kek, kuih, roti yang tak terjual.
4. Hal Rumahtangga Masih TerjagaBagi suri rumah tidak perlu risau, urusan hal rumah masih terjaga bila buat bisnes dari rumah.
Permintaan Home Made Baker Terlalu Tinggi Tahu tak korang, sekarang, customer lebih gemar mengambil tempahan dari homemade baker.
Sekarang ni, sekejap ada saja kek, biskut, roti ke yang menjadi viral. Boleh dikatakan ramai yang akan membuat tempahan setiap hari
Walaupun ekonomi negara tak menentu, barang baking pun mahal, tapi permintaan kek, biskut dan roti sentiasa tinggi
Tak kira majlis apa pun, Hari apa pun. Nak buat makan untuk hujung minggu, makan - makan di pejabat dan sebagainya.
Memang tak menang tangan kan.
Persoalan Lazim Yang Biasa Dalam Bisnes Bakeri Mesti pening bila dah ambil keputusan nak buat bisnes bakeri. Tapi, banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ni.
1. Permintaan Untuk Kek , Kuih Dan RotiPertama sekali, sudah tentu pening nak buat dan jual kuih, kek dan roti apa ya. Sekarang ni, apa yang banyak permintaan.
2. Harga Harga ni memang pening sikit. Kalau tiba - tiba orang mintak suruh buat 30 biji cupcake pun dah pening nak letak berapa.
3. Kos Produk Pening nak fikir pasal kos produk pun satu hal kan. Barang - barang baking sekarang ni pun dah naik harga.
4. Promosi Dan Pemasaran Cabaran lain adalah pemasaran. Tak kena cara memang jualan akan sendu.
5. Belajar Buat Kuih. Kek Dan RotiMana - mana ilmu nak buat sebarang kuih, kek dan roti ni sentiasa kena tambah. Sekarang banyak kelas berbayar sama ada nak secara online ataupun kelas fizikal.
6. Daftar perniagaan dengan SSMPerlu ke nak buat bisnes ni kena daftar dengan SSM. Selalu menjadi persoalan. Perlu ke ?
Inilah 10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah Untuk sesiapa yang berminat nak buat bisnes bakeri, inilah 10 rahsia untuk menjana pendapatan sehingga 3 - 4 angka sebulan.
Untuk suri rumah atau sesiapa sahaja yang sudah tentunya kena ada minat dengan bakeri la kan kalau nak mulakan bisnes ini.
Tapi kalau kena dengan cara, potensi bisnes bakeri anda memang akan jadi sungguh mudah
Pendapatan sebulan 3 hingga 4 angka tu biasa dah. Banyak kelebihan sebenarnya kalau buat bisnes bakeri dari rumah.
Kalau kita lihat kek apa yang tengah viral sekarang di media sosial. Kek cheeseburnt tu kan ?.
Ada ternampak status sahabat facebook, beliau bagi tahu harga kek cheeseburnt dalam RM 200.
Kalau guna bahan berkualiti, sudah tentu boleh cecah sampai RM 200. Jadi tidak hairan lah.
Makanan kalau yang viral - viral ini kena ambil kisah juga, nanti senang nak berbisnes kan.
Di sini nak kongsikan pengalaman Puan Nik Roslin Nik Men sebagai pengusaha bakeri sambilan yang telah mempunyai 6 tahun pengalaman dalam dunia bisnes bakeri.
Dalam ebook beliau telah memberikan 10 rahsia kejayaan beliau dalam bisnes bakeri.
Banyak lagi sebenarnya tips bisnes bakeri penting dalam ebook ini.
1. FORMULA 2M+2P Ini adalah formula yang digunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan beliau terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.
2. DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?Ok! Ini adalah bab untuk korang yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri).
Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh anda rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma!
Tapi, sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang anda mahu belajar! Barulah tak sia-sia pergi belajar nanti.
3. 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERIMinat & sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada! Kini secara rasminya mahu memulakan perniagaan bakeridari rumah.
Dalam bab ini, akan ditunjukkan langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda dan membuka akaun bank bagi perniagaan anda.
Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan.
4. SENARAI PERALATAN DAN KOSDalam bab ini, disenaraikan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri.
Mungkin tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.
5. CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALANIni adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja!
Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja
Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri.
Sedap macam mana pun kuih, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna
Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri.
Di sini juga disenaraikan 8 kaedah promosi yang boleh gdiunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri. Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline!
7. 5 KESILAPAN BISNES BAKERISetelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk sudah mula mendapat perhatian dan permintaan.
Ada beberapa perkara yang pasti akan dihadapi.Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri.
Silap haribulan mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes.
8. 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYAWalaupun hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran
Di sini ada senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya
Cabaran persaingan harga!Kenaikan kos harga barang mentah!Bahan mentah habis stok! Supplier stop bekalan
Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan hadapi.Ketahui cara menanganinya dalam bab ini
9. BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULANDalam bab ini, dikongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah.
10. 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERIDalam bab ini dikongsikan 10 tips yang amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi.
Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu
Panduan Bisnes Bakeri Untuk panduan penuh cara untuk memulakan bisnes bakeri, boleh lah download panduan ini ya. Klik gambar di bawah
Bisnes bakeri ni bukan terhad untuk suri rumah saja. Untuk siapa saja student pun boleh yang nak buat bisnes part time.
Sekiranya dapat belajar sesuatu, boleh klik share dan sekiranya berminat untuk mendapatkan panduan ini,boleh klik gambar di atas
Baca Juga : 1. Panduan Ajar Anak Cara Mudah Hafal Sifir 1 - 12 Dengan Pantas 2. Cara Untuk Memulakan Bisnes Tudung Jenama Sendiri Dari Rumah 3. 15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral, Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2018/10/inilah-10-rahsia-untuk-mulakan-bisnes-kek-dan-roti-dari-rumah.html