Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun
Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun | Family Fadzi ni sebenarnya bukan jenis yang sambut hari lahir sangat. Setakat 4 tahun Aneeq hidup ni, baru lah 2 kali sambut birthday dia. Masa 2 tahun dan sekali lagi masa dia umur 4 tahun ni.
Sebenarnya birthday Aneeq 21 Mac. Tapi sebab hari Khamis kan. Kiteorang pun celebrate birthday Aneeq hari Ahad 24 Mac. Senang semua orang nak kumpul on weekend. Itu pun tak dapat nak kumpul semua tau.
Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 TahunSambutan hari lahir Aneeq kali ni pun sama masa sambutan birthday masa dia 2 tahun dulu. Buat simple habis dan ajak keluarga terdekat saja. Mak dan Apak Fadzi, Ibu dah Ayah Zul serta adik beradik Fadzi. Adik beradik Zul pulak tak dapat datang sebab ada urusan lain.
Lagipun kiteorang tak cakap pun dekat Aneeq yang kiteorang nak sambut birthday dia. Sebabnya kiteorang tak nak benda benda macam ni jadi perkara yang wajib untuk disambut setiap tahun. Sekali sekala buat ok lah kan.
Kek Hari Lahir AneeqKek birthday Aneeq ni last minit betul baru kiteorang beli. Sebenarnya Zul dah order awal guna GrabFood. Tapi hari kejadiannya, order kena cancel sebab stock kek tu tak ada. Boleh pulak macam tu kan.
Sudahnya, Zul kena keluar kejap untuk beli kek Aneeq. Aneeq dah lah sejenis yang memang suka kek. Gigih lah jugak Zul pergi beli. Punya sayang ayah dekat anak kan.
Tapi kek yang kiteorang nak beli kan untuk Aneeq tak ada. Jadi rembat je lah mana yang ada. Kiteorang beli kek Secret Recipe. Mahal jugak rupanya kek kek ni. Next time Fadzi nak bake sendiri je lah hahahah.
Menu Makanan Majlis Hari Lahir AneeqManu makanan yang kiteorang buat untuk hari lahir Aneeq ni berubah dari semasa ke semasa. Mula-mula planning just nak buat spageti dengan kuah bolognese, brownies, tembikai dan kek. Last last banyak pulak makanan yang datang sebab orang lain bawak makanan sekali.
Antara makanan yang ada masa majlis hari lahir Aneeq tu macam dekat bawah ni:Satay dan kuah kacangPulut kuning dan rendangLemang Ketupat palasTembikaiNasi impitSangwich telurSandwich tunaDonutSeaweed snackAir mangga oren
Banyak kan? Nasib baik Fadzi tak sempat nak buat spageti lagi masa tu. Kalau tak, ya Allah sape lah nak menghabiskan semua makanan ni. Ini pun Fadzi tapau semua makanan yang banyak berlebih tu bagi semua orang bawak balik.
Masa birthday Aneeq ni, Fadzi sempat jugak lah ambik gambar sikit sikit. Tapi gambar Aneeq dengan Zul dan Fadzi tak teringat pulak nak ambil. Gambar Aneeq dengan Grandpa, Nenek, Atok dengan Wan dia je yang sempat.
Ni geng payah nak ambil gambar. Grandpa dengan Nenek. Ni parents Fadzi. Tak pernah kan Fadzi tunjuk gambar dieorang dalam blog Fadzi sebelum ni? Dua dua parents Fadzi ni educator tapi dah bersara lah.
Ni pulak geng natural depan kamera. Senang nak ambil gambar heheh. Atok dengan Wan. Ni parents Zul. First time jugak Fadzi tunjuk gambar dieorang dalam blog Fadzi ni.
Fadzi sebenarnya buat majlis kecil kecil panggil family terdekat je sebab rumah kecil. Kalau ramai-ramai, tak muat pulak. Takut orang tak selesa.
Dekat school Aneeq boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada birthday celebration pada hari Jumaat. Tapi Fadzi tak buat majlis hari lahir Aneeq dekat school die.
Satunya sebab leceh Zul nak kena ambil cuti. Satu lagi leceh jugak nak prepare goodie bag semua. Bab makan Fadzi tak kisah sangat tapi bab goodie bag tu pening kepala nak fikir.
Korang biasa sambut birthday anak korang dekat sekolah diaorang ke dekat rumah je dengan family?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/03/sambut-birthday-aneeq-yang-ke-4-tahun.html