Sambal Tumis Udang Yang Sedap



Saya masih lagi nak kongsikan intipati dari buku Perjalanan ku bersama Al Quran. Manusia sanggup menghabiskan masa dan tenaga berjam jam semata mata untuk mengejar kesenangan hidup di dunia seperti pangkat, perhiasan, pujian dsb. 
Mengapa ini terjadi? Kerana mereka beranggapan bahawa harta dapat menjamin kehidupan. Dengan harta, mereka boleh bergembira, boleh beli apa sahaja yang diuskai, bercuti dsb. Ini juga adalah kerana mereka tertipu dengan syaitan. 
Mencari harta dan populariti bukan matlamat kehidupan. Ianya hanyalah satu keperluan. Kita boleh  mencari keperluan tanpa melanggar objektif kehidupan. 
Apa matlamat kehidupan? Kehidupan adalah untuk melakukan ketaatan iaitu memastikan semua aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Al Quran dan sunnah. Jadi pastikan apa yang kita lakukan setiap hari, menghasilkan pahala. Itulah jaminan  kehidupan yang terbaik. Fokus bagaimana untuk melakukan amal soleh hatta dalam melakukan pekerjaan seharian. Caranya ialah melakukan setiap aktiviti mengikut peraturan Al Quran dan sunnah

Macam mana nak tahu peraturan di dalam Al Quran, jika kita tidak belajar Al Quran. Jadi itu sebabnya kita kena belajar Al Quran dengan bersungguh sungguh. Ini lah objektif kehidupan yang sebenar. Allah akan jamin kehidupan mereka. 
Allah akan hilangkan kerisauan terhadap rezeki, keselamatan dan kesihatan. Allah akan mengeluarkan mereka dari kemelut masalah dan menunjukkan jalan keluar. 
Kita kena fahami makna ayat 1000 dinar yang selama ini dianggap hanya untuk murahkan rezeki sahaja. OK setakat ini dahulu semoga selepas ini, apa yang kita lakukan, lakukan dengan objektif untuk menjadikan ianya amal soleh. 

Hari ini saya hanya kongsikan resepi sambal tumis udang. Sebenarnya bila kekeringan idea, inilah resepi untuk memasak udang. Saya akan menyediakan sambal tumis yang basic iaitu bawang merah, bawang putih dan cili kisar sahaja. Tak ada penggunaan sos cili dsb. Ini yang kena dengan selera saya.
Bila memasak sambal tumis udang, saya akan menggoreng udang seketika. Saya suka cara ini kerana sambal tidak terasa bau udang sangat. Lain orang lain lah caranya kan. Lidah saya memang sensitif dengan bau dan rasa hanyir. 
Jom layan cara saya menyediakan sambal tumis udang. Resepi yang mudah, cuma teknik yang mungkin berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Selamat mencuba...

Sambal Tumis UdangOleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10-12 ekor udang
4 sudu besar cili kering kisar1 biji bawang besar - hiris
Pes asam jawa
1 sudu besar gula
Garam
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang yang dilumur dengan garam dan serbuk kunyit seketika sahaja. Bila udang berubah warna dan bengkok, dah boleh angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Bila terbit minyak, masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Buat secara berulang ulang sehingga cili benar benar masak. Nota: boleh tambah minyak jika tidak cukup kerana menumis perlu minyak yang banyak. 
Setelah cili benar benar garing dan kelihatan sedikit berbuih, masukkan gula dan kacau rata sehingga warna sambal menjadi sedikit gelap. Jumlah gula bergantung kepada kepedasan cili sebab cili kisar berbeza kepedasannya.
Masukkan udang yang digoreng tadi. Masukkan pes asam jawa dan garam secukupnya. Boleh masukkan sedikit air. Jika suka, boleh masukkan bawang besar hiris


Sesuaikan rasa dan bila bawang layu, bolehlah ditutup api dan angkat. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/10/sambal-tumis-udang-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Set Nasi Udang Kunyit Daging Tumis Kerisik Udang Masak Jintan Mantap

Set Nasi Udang Kunyit Daging Tumis Kerisik Udang Masak Jintan Mantap

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 415 hits
Tak tau nak masak apa hari ni apa kata masak set Nasi Kunyit dengan lauk Daging Kerisik dan Udang Jintan Senang nak masak dan sedap sesuai sangat fimakan bila masa pun Buat lebih boleh bagi kat jiran sebelah Seronokkan mencuba pelbagai resi...
Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat Yang Sangat Sedap

Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 565 hits
Assalamualaikum KEJADIAN hari Khamis lepas semasa Sk pergi ke rumah ibu Angah di Senai Ibu kata dia panaskan lauk lauk semalam di samping ada juga lauk baru Ada Sambal Telur Pindang Telur Pindang tu pulak ada dua versi iaitu telur ayam dan ...
Jack N Jill Potato Chips Perisa Sambal Udang Pertama Di Malaysia

Jack N Jill Potato Chips Perisa Sambal Udang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 605 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Selalu Maha tengok kalau potato chips ni perisa cheese atau juga BBQ tapi kali ni JACK n JILL Potato Chips memperkenalkan perisa baharunya iaitu Sa...
Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap

Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 647 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dah bermula pada hari ini Jadi ada yang mendapat kelonggaran bekerja dari rumah daripada ketua jabatan Walaupun tak semua daripada ibu ibu yang...
Udang Mayo Viral Ringkas Tapi Sedap Menyengat Confirm Berebut

Udang Mayo Viral Ringkas Tapi Sedap Menyengat Confirm Berebut

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 413 hits
Sajian masak lemak udang udang sambal petai dan sambal udang sudah terlalu sinonim dengan menu harian kita Apa kata cari kelainan untuk sajian udang dengan mencuba resipi Udang Mayo Resipi Udang Mayo yang dikongsikan oleh ini nampak cukup m...
Dapur Fiezasani Resipi Sambal Cili Padi Ikan Bilis Yang Sedap

Dapur Fiezasani Resipi Sambal Cili Padi Ikan Bilis Yang Sedap

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 390 hits
Siapa peminat makan pedas Maksudnya kalau makan nasi tu mesti nak rasa pedas pedas Korang geng dengan k fiezz kalau gitu K fiezz pun dah jadi habit sekarang ni wajib nak ada rasa pedas tiap kali makan nasi Bukan nasi je kuew tiow ke mihun k...
Mee Bandung Sedap Di Restoran Mee Bandung Udang Galah Nusa Sentral

Mee Bandung Sedap Di Restoran Mee Bandung Udang Galah Nusa Sentral

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 677 hits
Assalamualaikum KISAH Khamis lepas hajatnya nak makan Mee Bandung Udang Galah di Restoran Mee Bandung Udang Galah sebelah Nusa Sentral tapi udang galah yang tinggal satu saiz aje semangkuk RM39 90 huwa huwa huwa Tak sanggup nak membayaunya ...
Ini Cara Masak Udang Harimau Goreng Butter Mozarella Memang Sedap Teruk

Ini Cara Masak Udang Harimau Goreng Butter Mozarella Memang Sedap Teruk

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 683 hits
Salah satu cara nak buat udang goreng yang sangat sedap Campur dengan mentega dan juga keju mozarella Resipi ini dikongsi oleh Bunga di facebook group Rasa Share Resipi Jom tengok lepas tu boleh try buat UDANG HARIMAU GORENG BUTTER MOZARELL...
Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 915 hits
Hari ni last day join contest maggi Semalam pulun lah minta tolong husband beli pes sambal tumis maggi dan rencah nak memasaknya Mula tu macam nak masak sambal udang petai Tapi sebelum tu dah makan udang Macam jemu pula Petai pun husband da...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri