Sambal Tumis Udang Dengan Petai





Saya asyik teringat ingat akan sambal tumis udang dengan petai selepas seorang rakan sekerja memberitahu akan keenakan sambal tumis udang di restoran E&O Taman Wahyu. Sambal dikatakan tidak pedas, manis dan semuanya secukup rasa. 

Saya meminta Hubby membeli udang segar di Pasar Taman Tun sebelum cuti Tahun Baru Cina. Sebelum sempat pergi, Hubby dah kena demam denggi sehari sebelumnya. Jadi saya mencari udang di kedai runcit berdekatan sahaja. 

Udang tak berapa segar. Jadi beli sedikit sahaja. Cari petai di pasar malam, dapat isi petai yang kecil dan muda pula. Tapi cukuplah sekadar untuk merasa. Petai sekarang sangat mahal. Tak sampai setengah mangkuk kecil, berharga RM6.00.

Saya suka sambal yang tidak terlalu cair. Sambal pada saya mesti pekat pekat sikit. Bila diceduk dalam pinggan tidak mengalir merata. Memang saya tak suka, sambal yang spread dalam pinggan.

Saya juga tidak suka meletakkan pelbagai sos dan perasa dalam sambal tumis. Ada yang meletakkan sos cili dan pelbagai seasoning. Tapi saya lebih suka sambal tumis asli. Kalau diletak pelbagai sos, dah jadi macam sambal sweet sour. 
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...




Sambal Tumis Udang Dengan PetaiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:400 gram udang1 mangkuk isi petai2-3 sudu besar cili kering kisar1/2 biji bawang besar Holland - hiris1 sudu besar gulaGaram secukupnya1-2 keping asam keping
Bahan tumbuk:12 biji bawang merah5 ulas bawang putih1 inci halia
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 
Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga air kering dan terbit minyak sekali lagi. 





Masukkan sedikit gula dan kacau rata. Masukkan asam keping dan sedikit garam. Nota: saya masukkan gula dulu untuk menjadikan sambal cantik kemerahan.
Masukkan udang dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris, diikuti dengan isi petai. Kacau sekejap sahaja, dah boleh tutup api supaya petai kekal rangup.







Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/01/sambal-tumis-udang-dengan-petai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Udang Masam Manis

Resepi Sambal Udang Masam Manis

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 1416 hits
Sambal Udang Masam ManisUdang 1 2 kilo Cili merah 2 bijiCili Padi 6 bijiBawang kecik 4 ulasBawang Putih 2 ulasSedikit belacan Setengah ketul pati ayam knossSedikit Garam dan gulaAir Asam Setengah cawanSantan 1 sudu besarHiasan Daun Bawang B...
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 823 hits
hai assalammulaikumSambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai Lama sangat tak makan tempoyak ni Nad kalau dah mengidam sebolehnya nak cari juga tempoyak ni kebetulan barang dapur pulak dah habis pergi pasar nampak tempoyak terus beli satu bekas N...
Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara

Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 595 hits
Bihun sup ayam sambal cili merah utara style Kalau di belah utara tanahair sini bihun supnya mesti ada sambal cili berwarna merah Ianya sedikit berbeza dengan bihun sup di sebelah selatan kan Tapi ramai tertanya tanya apa resepi dan bagaima...
Onigiri Japanese Rice Balls Sambal Kerang Adabi

Onigiri Japanese Rice Balls Sambal Kerang Adabi

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 334 hits
Hai semua hangpa Hari ni kita sedikit terpesong ke arah negara matahari terbit Sebenarnya dah lama beli bahan bahan sushi ni tapi buatnya tak pun Sebelum beras sushi cuka dia semua expired gotta do something la Ha jadi lah Onigiri Japanese ...
Resepi Kacang Kuda Tumis Kari Kering Alamaya Info

Resepi Kacang Kuda Tumis Kari Kering Alamaya Info

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 778 hits
Resepi Kacang Kuda Tumis Kari Kering Sampai di kampung malam tadi sebelum tidur abah mertua hakak dah sesiap minta masakkan kacang kuda esok pagi hari
Resepi Ikan Bilis Cili Petai Untuk Snack Atau Pun Makan Dengan Nasi Putih

Resepi Ikan Bilis Cili Petai Untuk Snack Atau Pun Makan Dengan Nasi Putih

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 1216 hits
Resepi ikan bilis ini boleh dimakan sebagai snack pada waktu petang sambil menonton tv bersama keluarga atau rakan housemate Jika rajin boleh buat untuk perniagaan kecil juga sesama rakan pejabat Terima kasih kepada owner resepi Selamat Men...
Resep Lumpia Semarang Isi Ayam Udang Dan Rebung

Resep Lumpia Semarang Isi Ayam Udang Dan Rebung

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 549 hits
Lumpia Semarang memiliki ciri khas berupa kulit renyah dan isian rebung ayam udang dan telur yang dimasak dengan bumbu kecap manis
Udang Kara Indonesia Antara Tercantik Di Dunia

Udang Kara Indonesia Antara Tercantik Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1362 hits
JAKARTA Sejenis udang kara air tawar atau crayfish lobster dari perairan wilayah Indonesia diisytiharkan sebagai spesies baharu dan diiktiraf salah satu yang tercantik di dunia lapor media tempatan pada Rabu Udang itu sebenarnya sudah menja...
Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Steven Sim Sahut Cabaran Lebai Kelaqah

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perikatan Nasional Mula Gerak Kempen Awal Pilihan Raya Umum Ke 16 Melalui Jelajah Teraju Pahang

Pn Ini Realistik Muhyiddin Persoal Umno Ragu Mampu Pertahan 26 Kerusi Pru15

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

4 Seriously Injured After Car Plunges Into Ditch

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling