Sambal Sotong Versi Kering




Assalamualaikum semua. Apa khabar, semoga anda semua sihat walafiat. Alhamdulillah walaupun ramai sekali content creator terutama dalam masakan tapi masih ramai follower saya yang sentiasa memberi sokongan kepada blog saya. Setiap hari masih beribu ribu yang membaca. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. 
Rasanya kalau dah tak ada yang singgah atau membaca blog saya, mahu juga saya dah tak ada lagi semangat untuk menulis. Atau blog ditukar sebagai “private blog” untuk famili sahaja. Tapi atas sokongan yang masih ada, saya akan terus menulis. Insya Allah. 
Saya juga akan ke London tahun hadapan dan saya akan ber blogging dari sana. Akan memasak menggunakan bahan bahan yang terdapat di sana. Insya Allah. Tunggu dapur Azie Kitchen di London pula. 


Selepas seminggu dimasukkan ke ward kerana masalah infection, malam tadi saya dah discharged. Pagi ini walaupun badan masih rasa lesu, tapi saya kuatkan semangat untuk memasak. 
Pagi pagi saya order ikan, ketam dan sotong dari Pasar Taman Tun. Walaupun harganya lebih mahal dari kedai runcit tapi ianya lebih segar.Sementara ikan sampai, saya merebus cili kering dan sangai belacan untuk dibuat stock. 
Alhamdulillah dapat juga siap lauk pauk untuk makan tengahari. Selepas masak saya terus makan sebelum makan ubat. Alhamdulillah, sedap dan sangat sesuai selera saya. Makan juga dengan ikan kembung garam kunyit yang digoreng garing. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Sambal Sotong Versi KeringOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:10 ekor sotong - lebih sedap jika bertelur1-2 sudu besar kicap manisGaramSerbuk kunyitMinyak masak
Bahan kisar kasar:2-3 genggam cili kering - rebus1 biji bawang besar3-4 ulas bawang putih
Cara cara:Siang sotong dengan buang dakwat, biji di kepala dan kedua biji mata. Basuh bersih dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit. 
Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga separuh masak untuk sekadar matikan air sotong. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. 

Setelah garing, masukkan garam dan kicap manis secukup rasa. 

Akhir sekali, masukkan sotong yang digoreng. Kacau rata. Biarkan sebati dan merenih sebelum tutup api. 


Nota:Sambal kalau dimasak kering seperti resipi di atas, sedap jika tidak dimasukkan asam. 
Jika suka, boleh buang kulit sotong tapi saya memang suka sotong seperti ini. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/10/sambal-sotong-versi-kering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Tumis Sotong Dan Kisah Anak Anak

Sambal Tumis Sotong Dan Kisah Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 165 hits
Saya seorang yang sangat sentimental terutama dengan anak anak Masih saya ingat peristiwa ketika tiba di rumah selepas balik dari menghantar Nana berangkat ke Egypt saya naik bilik dan menangis meraung teresak esak selepas melihat kereta Na...
Biji Cili Kering Masih Berguna Boleh Semai Jadi Benih Pokok Cili Ini Caranya

Biji Cili Kering Masih Berguna Boleh Semai Jadi Benih Pokok Cili Ini Caranya

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 168 hits
Sebelum kisar cili kering kebanyakan kita akan keluarkan bijinya Kebiasaannya kita buang saja tapi sebenarnya biji cili kering ini boleh juga kita guna jadi benih tanam pokok cili Cara ini telah dicuba dan ternyata elok hidup subur Bagi yan...
Masak Sambal Udang Petai

Masak Sambal Udang Petai

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 152 hits
Hari ni takde tulis resepinya sekali sebab dah dah pernah up resepinya bulan lepas Hari ni up gambar gambar dan cerita je resepi boleh tengok di Macam biasa petai ni kami tak beli Mak mentua yang bagi masa balik dari kampung hari tu dah sia...
Sambal Tumis Sardin Petai Resipi Mudah Dan Sedap Padu

Sambal Tumis Sardin Petai Resipi Mudah Dan Sedap Padu

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 187 hits
Bila sebut pasal sambal tumis pasti ramai yang terbayang kehangatan rasa pedas yang memikat selera Apa kata kali ni kita cuba sesuatu yang lain sikit Sambal Tumis Sardin Petai Kombinasi antara ikan sardin goreng sambal yang power dan petai ...
Masak Ayam Sambal Lagi

Masak Ayam Sambal Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 1547 hits
Assalamualaikum WBT DAH dua hari Pak Inche bertugas membuat liputan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2024 Jadual perlawanan di sebelah petang hingga malam Hoki PSJ ni jadual perlawanannya agak padat sikit tak macam liga Dalam satu hari tu...
Kerang Masak Sambal Yang Pedas Memukau

Kerang Masak Sambal Yang Pedas Memukau

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 135 hits
Kerang masak sambal adalah hidangan yang digemari MY dan suami kerana gabungan rasa pedas masin dan sedikit manis yang betul betul ngam dengan selera Hidangan ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi putih Nasi dah habis Nak ratah kerangnya...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya