Sambal Tumis Sotong Dan Kisah Anak Anak




Saya seorang yang sangat sentimental terutama dengan anak anak. Masih saya ingat, peristiwa ketika  tiba di rumah selepas balik dari menghantar Nana berangkat ke Egypt, saya naik bilik dan menangis meraung teresak esak selepas melihat kereta Nana yang kami sewa untuk dia guna selama 3-4 bulan. 
Nelly dan Juita juga masuk ke bilik saya dan kami sama sama menangis sambil berpelukan. Ketika itu bulan puasa, kami keluar berbuka dengan mata bengkak.
Ketika membaca coretan Boy di Instagram selepas beliau berkahwin dan berpindah ke rumah besan kami, saya juga menangis teresak esak sehingga bengkak mata. Walhalnya Shah Alam bukan jauh pun dari rumah kami. 
Ketika menulis ini pun, airmata saya mengalir laju. Seolah masih baru lagi kedua dua peristiwa tersebut. Ketika keberangkatan Juita dan Aween ke United Kingdom, walaupun saya bersedih tapi tidak lah sampai menangis teresak esak. Mungkin kerana saya gembira kerana mereka berjaya melanjutkan pengajian ke sana selepas belajar bertungkus lumus. 
Begitu juga semasa Nelly dan Boy meninggalkan rumah untuk program matrikulasi dan diploma di UiTM, begitu sedih dan berat untuk meninggalkan mereka di sana. 
Saya selalu merasa ralat dan tidak memberikan yang terbaik. Belum puas hidup dikelilingi anak anak setiap hari. Lagi pun bila anak keluar dari rumah, keadaan tidak lagi sama setelah mereka kembali. Samada mereka sibuk dengan kerja atau berkahwin. 
Ketika anak sulong saya berkahwin, saya gembira kerana tahu mereka akan tinggal bersama sama kami sementara menunggu rumah yang dibeli siap sepenuhnya. Sekarang pun saya tak tahu macam mana nak hadapi saat bila Aliya dan Ammar berpindah dari rumah kami. 
Selepas balik dari UK, Nana akan mencari rumah baru dan berpindah dari rumah kami. Walaupun lama lagi tapi saya setiap hari menghitung hari untuk masa tersebut tiba. 
Begitu juga dengan Juita, walaupun ada lagi 6 bulan sebelum dia melangsungkan pernikahan, saya telah mula bersedih setiap hari. Setiap kali melihat video dan gambar majlis pertunangan beliau, saya akan bergenang air mata. Walaupun saya mengharapkan Juita untuk terus tinggal di rumah kami, namun saya telah merasa sedih kerana dia akan menpunyai kehidupan dan tanggungjawab baru. 
Saya banyak mendengar kuliah kuliah ustaz untuk “let go” semua urusan dunia termasuk urusan anak anak dan cucu cucu. Namun ianya sangat susah untuk dihadapi. Saya akan tetap belajar untuk mencuba sedaya upaya supaya tidak memikirkan sangat dan lebih memikirkan perkara yang lebih utama untuk difokuskan. Semoga saya diberikan kemudahan untuk melalui hari hari mendatang dengan tenang. Aamiin. 


Saya hari ini kongsikan resipi membuat pes sambal tumis samada untuk sotong, udang, telur atau apa apa lauk dalam jumlah yang banyak. 
Pes tersebut dibahagikan kepada beberapa bekas dan disimpan dalam peti beku. Setiap kali nak menggunakannya hanya dimasukkan lauk yang kita ingin gunakan. 
Kalau sotong atau udang, biasanya lebih sedap jika dilumur dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng seketika sahaja. Kemudian masukkan pes tadi secukupnya. 
Jadi kerja dapur menjadi lebih mudah. Yang menjadikan kerja dapur lama ialah kerana nak memastikan sambal benar benar garing dengan menggunakan api sederhana. Part inilah yang agak memakan masa. Jadi alang alang tu, masaklah pes tu lebih sikit. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Sambal Tumis SotongOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 sudu besar cili kering kisar1 keping asam kepingGaram secukupnyaGula MelakaSedikit gula putihMinyak masak
Bahan kisar:4 biji bawang besar1 genggam bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. 
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak lagi. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang proses ini selama beberapa kali bagi memastikan bahan tumis benar benar masak. 
Masukkan asam keping, garam dan gula Melaka. Akhir sekali perasa dengan gula secukupnya. 
Renihkan sehingga sambal benar benar masak. Tutup api. 

Bila nak menyediakan sambal tumis udang atau sotong, lumur garam dan serbuk kunyit. Nota: opsyenal. Jika nak terus masukkan ke dalam sambal pun boleh. 
Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh masak. Masukkan 2-3 senduk sambal tumis yang disediakan di atas. 
Kacau rata dan biarkan seketika sebelum tutup api dan sedia dihidangkan. 

Nota:Sambal tumis yang lebih, disimpan dalam bekas bertutup dan setelah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/10/sambal-tumis-sotong-dan-kisah-anak-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Standing Onder Cina Di Kelantan Dapat Tanah Sampai Anak Cucu Ko Tak Kisah Piun

Standing Onder Cina Di Kelantan Dapat Tanah Sampai Anak Cucu Ko Tak Kisah Piun

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 129 hits
Che IbrahimKapal China masuk dikatakan mencurigakan padahal bukan sampai berbulan bulan pun tapi pelabur pemodal China dapat tanah lombong balak dan macam macam lagi yang boleh diwarisi ke anak cucu takde pula bising bising bangga ada la
Sambal Tumis Sardin Petai Resipi Mudah Dan Sedap Padu

Sambal Tumis Sardin Petai Resipi Mudah Dan Sedap Padu

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 187 hits
Bila sebut pasal sambal tumis pasti ramai yang terbayang kehangatan rasa pedas yang memikat selera Apa kata kali ni kita cuba sesuatu yang lain sikit Sambal Tumis Sardin Petai Kombinasi antara ikan sardin goreng sambal yang power dan petai ...
Cuba Dua Susu Berbeza Muka Mulut Bengkak Zahirah Macwilson Kongsi Kisah Cemas Alahan Anak

Cuba Dua Susu Berbeza Muka Mulut Bengkak Zahirah Macwilson Kongsi Kisah Cemas Alahan Anak

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 130 hits
Pelakon Zahirah Macwilson yang berkongsi kisah masalah alahan anak keduanya yang alah pada susu lembu itu turut berkongsi pengalamannya ketika berdepan detik cemas itu Cerita ibu kepada dua cahaya mata ini dia dan suami agak cemas berdepan ...
Mira Filzah Rancang Tambah Anak Kedua Tahun Depan Amir Suka Berkawan

Mira Filzah Rancang Tambah Anak Kedua Tahun Depan Amir Suka Berkawan

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 139 hits
Mahu menambah cahaya mata Begitu kata pelakon Mira Filzah yang mengakui tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kedua Tambah ibu kepada Wan Khai Amir ini dia dan suaminya merancang untuk menambah...
Adam Shah Tak Setuju Nafkah Rm1 000 Untuk Anak Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu Alasan Dia Sebab

Adam Shah Tak Setuju Nafkah Rm1 000 Untuk Anak Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu Alasan Dia Sebab

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 104 hits
Pelakon Fatin Afeefa luah rasa kecewa apabila bayaran nafkah diberikan bekas suaminya aktor Adam Shahz dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anak mereka Ivy Sophea Kata Fatin dia hanya meminta RM1 000 daripada Adam untu...
Orang Selalu Ingat Anak Bongsu Manja Sebenarnya Tak Mudah Macam Disangka

Orang Selalu Ingat Anak Bongsu Manja Sebenarnya Tak Mudah Macam Disangka

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 100 hits
Orang selalu ingat anak bongsu manja sebenarnya tak mudah macam disangka Menjadi anak bongsu dalam keluarga tidak selalu membawa kebahagiaan seperti yang sering digambarkan Malah ramai anak bongsu mengalami tekanan emosi dan perbandingan ya...
Prestasi Cemerlang Anak Puteri Sarah Dapat Markah Tinggi Raih Pujian

Prestasi Cemerlang Anak Puteri Sarah Dapat Markah Tinggi Raih Pujian

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 137 hits
Bijaknya Syaikhul Semua subjek dapat 80 ke atas pandai Puteri Sarah didik anak Wow Clever Boy Paling wow Pendidikan Islam 100 dan Mandarin 90 Terbaik Puteri Sarah didik untuk kecemerlangan akademik Muat naik menerusi TikTok pelakon Puteri S...
Dia Ambil Berat Lisa Bp Enggan Terima Bayaran Di Global Citizen Festival Derma Semua Hasil Buat Anak Anak Di Palestin

Dia Ambil Berat Lisa Bp Enggan Terima Bayaran Di Global Citizen Festival Derma Semua Hasil Buat Anak Anak Di Palestin

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 138 hits
Pada September yang lalu Lisa BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah dengan menjadi artis utama yang membuat persembahan di pentas Global Citizen Festival Artikel Berkaitan Bukan sahaja untuk menghiburkan peminat malahan menurut lapor...
Anak Ashaari Nafi Gisbh Amal Kepercayaan Al Arqam Aurad Muhammadiah

Anak Ashaari Nafi Gisbh Amal Kepercayaan Al Arqam Aurad Muhammadiah

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 83 hits
bharian com myOleh Oktober 14 2024 Khaulah Asaari pada sidang media mengenai kontroversi GISBH di Shah Alam NSTP FAIZ ANUARSHAH ALAM Salah seorang pengarah anak syarikat GISB Holdings memaklumkan kumpulan itu tidak lagi mengamalkan ajaran s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip