Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British





Saya melihat kehidupan orang London tak semoden yang saya bayangkan sebelum ini. Hahaha jangan kecam saya tau. Ini hanya pandangan saya jer. Mungkin yang moden dan berjaya berada di tempat lain. Tapi yang saya tengok di sekitar kejiranan saya atau yang saya nampak dalam bas atau train tak seperti yang kita bayangkan. Tidak moden, mewah dan bergaya. 
Kadang kadang tengok life mereka ini macam “pengotor” atau tak tau apa istilah yang tepat. Contoh kan kalau kita tak ada lah kita duduk di tepi kaki lima atau duduk di atas rumput tempat laluan pejalan kaki. Ini adalah kerana kebiasaan mereka membawa anjing di padang rumput dan ada ketika, saya nampak anjing kencing di tepi jalan atau di atas rumput. Mungkin ianya adalah perkara biasa pada mereka. Saya jer yang “kolot” atau culture shock. Hahaha



Kita biasanya akan duduk di bangku yang disediakan di taman. Kalau lihat mereka berbaring di tengah padang sambil piknik ramai ramai tu dah biasa. Ini duduk lama macam tak ada arah tujuan. Macam merenung jer. Saya pun sambil memasak, layan juga pemandangan dari tingkap dapur rumah. Itu yang terfikir macam macam.
Kalau kat tempat kita orang yang dok macam ni macam dah tak berapa betul jer. Pernah berlaku ada seorang lelaki bawa bangku dan dok mengadap rumah saya agak lama. Saya yang melihat, jadi takut kerana rasa seperti dia memerhatikan pergerakan kami di dalam rumah. Kemudian baru dapat tahu yang dia tak berapa “sihat”. 
Haa tak pastilah kalau mungkin sebab dalam rumah terlalu panas ke menyebabkan mereka keluar rumah. Malam tadi cuaca sangat panas sehingga saya dan Ammar terpaksa bergilir gilir menggunakan kipas. Saya pun tak faham kenapa di sini tak boleh pasang aircond. Katanya perlu dapat kelulusan council dan perlu bayar yuran yang tinggi. Mungkin lah kot. Sebab saya tak rasa aircond di sini sangat mahal. 
Masa kami datang September 2023 dulu pun sama, rumah semua dah cantik tapi hanya sediakan kipas. Cuaca sangat panas. Naik uber pun tak ada aircond. Minta driver on aircond, dia kata no aircond. Macam sauna lah masa tu. Nasib baik dalam convocation hall Nana tu ada aircond. Masa tu Aliya dan Haider baru nak belajar berjalan. Mereka dalam rumah dengan memakai pampers jer. OK sekarang kita masuk bab masakan pula.

Saya beli sotong kurita ni di pasar Whitechapel secara tidak sengaja kerana bila ianya diletak dalam bekas, saya nampak macam ia sotong kecil macam tempat kita. Kat sini dipanggil baby squid. Saya tak mahu sotong yang panjang nipis sebab tak sedap dan tak berapa lembut. 
Aduhai bila balik, terus menyiang dan lalat mulai datang. Serik sungguh, habis lah rasa satu badan berbau air sotong dari percikan masa menyiang dan memcucinya. Kuat bau sotong ni lagi lagi kalau yang tak berapa segar. 
Mula mula saya letak garam dan mulai meramas ramas sehingga keluar buih buih. Selepas itu, saya masuk pula cuka dan basuh lagi sehingga air jernih. Akhir sekali saya masukkan tepung gandum dalam air sotong dan kacau rata. Tepung gandum berfungsi untuk menyerap bau. Akhir sekali saya rebus bersama air tepung gandum sehingga sotong lembut. Angkat dan tos. 
Tapi semua itu berbaloi baloi bila melihat Ammar makan dengan berselera. 3 hari berturut turut dia makan hanya lauk sambal sotong kurita tu. Tak tahu mana nak cari sotong biasa di sini. Nak kena menanya kawan kawan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Sotong KuritaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk sotong kurita2-3 sudu besar cili kering kisar Pes asam jawaGaram1-2 sudu besar gula Minyak masak
Bahan kisar:1 biji bawang besar4-5 ulas bawang putih
Cara cara:Basuh dan tos sotong kurita. Masukkan garam dan ramas ramas sehingga keluar buih buih dan lendir. Basuh bersih. Masuk pula cuka dan basuh lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan basuh sotong dengan tepung gandum. Tuang ke dalam periuk dengan air tepung dan rebus sehingga lembut. Angkat, basuh dan tos. 


Masukkan bahan kisar dan cili kisar ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga air kering. Tuang minyak dan tumis sehingga garing. Masukkan bahan perasa seperti pes asam jawa, garam dan gula. Kacau rata. 
Setelah terbit minyak cantik, masukkan sotong rebus tadi. Kacau rata



Setelah sebati, bolehlah tutup api. Jika suka, boleh masukkan bawang Holland hiris juga. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/sambal-sotong-kurita-dan-gelagat-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Sotong Udang Goreng

Sambal Sotong Udang Goreng

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 107 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAALHIJRAH 1447 Selamat menyambut tahun baru dengan penuh azam agar kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya Semoga amal ibadah bertambah seiring dengan usia yang juga bertambah Amiiinnn YRA Hari ini juga meru...
Sambal Tumis Sotong Di London

Sambal Tumis Sotong Di London

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 126 hits
Saya memang suka memerhati sekeliling samada alam sekitar atau manusia di sekeliling Nana selalu kata mama suka busy body Saya sebenarnya bukan busy body tapi apa yang ada dalam hati saya tidak dapat saya share di sini Saya melihat keagunga...
Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat

Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 179 hits
Sotong Bakar Thai ni memang padu habis Ilham dari negara Gajah Putih sekali rasa terus jatuh cinta Lagi best kalau makan panas panas memang layan habis Resipi dari saudari Alia Adila Hassim ni bukan je sedap tapi senang gila nak buat Wajib ...
Sotong Katak Cara Kenal Harga Pilihan Masakan

Sotong Katak Cara Kenal Harga Pilihan Masakan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 148 hits
Sotong Katak merupakan salah satu sotong yang popular dan yang terdapat di Malaysia Sotong ini dikenali sebagai sotong yang berbentuk besar dan beratnya boleh melebihi 10 5kg bergantung kepada tempat dan lokasi Mengenai Sotong Katak Sotong ...
Muncung Panjang Sebab Tudung Takde Side Gelagat Anak Ayah Buat Netizen Terhibur

Muncung Panjang Sebab Tudung Takde Side Gelagat Anak Ayah Buat Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 114 hits
Bila si isteri outstation suami pun rasa sendiri drama pagi uruskan anak anak ke sekolah Begitulah situasi yang dikongsikan oleh Firdauz Abdullah menerusi satu hantaran Facebook yang bukan saja menghiburkan tapi turut menyentuh hati ramai i...
Gelagat Rina Makan Sup Kaki Ayam Tanpa Geli Famili Durian Kimchi Sekali Lagi Raih Tumpuan

Gelagat Rina Makan Sup Kaki Ayam Tanpa Geli Famili Durian Kimchi Sekali Lagi Raih Tumpuan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 114 hits
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea Malaysia yang penuh dengan aura positif humble dan cukup unik Perkongsian video yang sering menghiburkan membuatkan ramai teruja untuk terus menon...
Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum WBT Kisah PETANG PETANG tu PI ajak jjcm di sekitar Kepala Batas Jumpa satu cafe jual Laksa dan Dessert dekat dekat kawasan situ jugak Sk macam musykil aje PI nak makan kat situ Tahulah kafe kafe ni bukan taste PI Bila dah sa...
Random Sangat Anak Ni Gelagat Spontan Si Kecil Buat Ramai Terhibur

Random Sangat Anak Ni Gelagat Spontan Si Kecil Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 92 hits
Random sangat ini anak nanti lah mama explain batu tu untuk apa Ayat pendek tapi cukup melekat di hati para ibu yang menonton video viral dari TikTok nuraz 66 ini Dalam video berdurasi kurang dari seminit kelihatan seorang ibu sedang berdep...
Ayam Sambal Bawang Sekali Rasa Mesti Terus Suka

Ayam Sambal Bawang Sekali Rasa Mesti Terus Suka

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 103 hits
Ayam sambal bawang ini memang sesuai untuk buat penggemar ayam sambal Ia memberi kelainan rasa berbanding ayam sambal biasa Pedas wangi dan menyengat hasil dari penggunaan bawang Dah cuba masak sekali mesti suka punya Ayam sambal bawang yan...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meggy Z Terlanjur Basah Chord

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Bila Ketua Hanya Jawatan Bukan Peranan

How To Choose The Right Switch Cover

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened