Sambal Sotong Kering Cumi



Alhamdulillah saya bersiaran lagi. Terima kasih kerana setia untuk membaca coretan di blog saya walaupun zaman sekarang tidak ramai yang suka membaca. Ramai yang suka tengok gambar dengan sedikit caption dan tengok video sahaja. 
Saya pula masih old school selepas baca, saya akan copy resipi yang saya nak cuba. Tapi seperti biasa lah, lama lama resipi yang disalin juga hilang. Itu sebabnya saya masih merasakan buku resipi adalah yang terbaik untuk berkongsi resipi dengan anak anak dan cucu cucu. Betul tak? Sebelum itu, jangan lupa klik iklan di blog saya tau. Terima kasih atas sokongan anda semua. 
Sebelum ity, jom kita buat pengisian minda. sedikit dengan intipati dari kuliah zoom oleh Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa di facebook live berkenaan dengan Tafsir Surah Yassin yang mengandungi 83 ayat. Ustazah mulakan dengan satu contoh mudah kalau kita nak tahu samada kita dapat hidayah atau tidak. 
Bila kita membaca, mendengar ayat ayat Al Quran, kita akan faham, hayati dan akan follow apa yang diperintahkan dalam Al Quran. Inilah orang yang dapat hidayah. Dengan faham Al Quran, kita tahu bahawa ada hisab dan ada hidup lepas mati. Orang seperti ini akan menggunakan akal. Allah suruh tutup aurat, dia tutup aurat. Apa sahaja yang Allah suruh, semua dia akan ikut. Itu cara kita tahu kalau kita dapat hidayah atau tidak.
Tiada hadih sahih langsung berkenaan surah Yassin. Kecuali baca lah Yassin untuk orang yang sedang nazak bukan selepas orang telah meninggal. Ini adalah kerana surah Yassin, adalah dakwah. Kita kena bagi dakwah sampai akhir hayat seseorang. Masa dia sedang sakaratul maut dan faham maknanya, mungkin dia masih sempat bertaubat. Tapi kalau dia tak faham, tak guna juga. Kalau dah mati, tak dapat manafaat lagi dari Yassin. Orang hidup yang membacanya yang dapat manafaat dari Yassin. Jadi kesimpulannya, jangan berhenti dakwah sampai bila bila hatta sehingga ke akhir hayat seseorang.
Allah nak bagi semangat. Jangan putus asa. Ulamak yang bagi gelaran surah Yassin sebagai jantung Al Quran. Semua ilmu ada dalam surah ini seperti ilmu pertanian, ilmu falak, ilmu laut apa yang dalam laut, ilmu binatang, cipta binatang jadi milik kita. Ilmu ciptaan manusia, di mana manusia dicipta dari setitik air mani tapi sombong. Mana ilmu yang tiada dalam Yassin? Yang paling penting ialah ilmu kiamat, tiupan satu dua tiga sehingga kita bangun dari mati. Kiamat pula diceritakan dengan detail. Bukan Nabi yang kata surah Yassin jantung Al Quran tapi ulamak yang kata. Ulamak yang kata kalau ada hajat bacalah Yassin. Bukan dari Nabi. 
Yang penting adalah kita faham kandungan surah Yassin. Iaitu ada kehidupan selepas mati. Orang Quraisy dulu tak percaya ada hidup lepas mati. Untuk bagi semangat kepada Nabi berdakwah dan jangan putus asa.
Diceritakan kisah di sebuah kampung di mana 3 orang Rasul telah berdakwah tapi yang dapat hidayah hanya 1 orang sahaja. Seorang lelaki yang dilihat ‘biasa-biasa’ tetapi punya saham akhirat yang cukup luar biasa. Nama beliau tidak disebut dalam al-Quran. Para Mufassirin menggelarnya sebagai Habib An Najjar dek kerana rutin hariannya sebagai tukang kayu. Beliau adalah lelaki yang hidup pada zaman tiga orang Rasul dahulu kala. Apa yang mengagumkan, di saat kebanyakan umat pada waktu itu menentang dakwah dan ajaran Rasul, An Najjar bangkit mempertahankannya. Bergegas bertindak selaku pembantu Rasul dan berani mengisytiharkan keimanannya.
Akibat tindakan tersebut, An Najjar ditangkap dan dipukul teruk oleh kaumnya sehingga mati.  Jadi untuk. memberi semangat supaya jangan give up dalam berdakwah. 3 orang Rasul berdakwah, hanya seorang sahaja yang beriman dan menerima dakwah tersebut. OK setakat ini dahulu, Insya Allah kita akan sambung lagi di entri akan datang. 

Bila buka peti ais terjumpa pula satu pek sotong kering cumi. Jadi bersambal lah kita. Dulu saya pernah beli di Langkawi sotong kering cumi ni. Masih baru dan lebih sedap. Rendam pun tak perlu lama sangat. 
Lauk sambal sotong kering memang sedap. Saya lebih suka sotong kering samada sotong cumi atau sotong biasa berbanding dengan sotong biasa. Makan dengan nasi lemak, wallaa memang sedap dan sangat serasi gitu..
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.... 

Sambal Sotong Kering CumiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 paket sotong kering cumi 1 biji bawang besar - hiris 4 sudu besar cili kering kisar 1 sudu kecil pes asam jawa Gula Melaka1 sudu besar gula Minyak masakGaram secukupnya 
Bahan Kisar:1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci belacan - jika suka 
Cara cara:Rendam dalam 10 - 15 minit sotong dengan soda bikarbanat untuk lembut dan buang masinnya. Toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
Masukkan cili kisar, masak sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang 4 atau 5 kali sehingga sambal benar benar masak. 
Setelah sambal betul betul masak dan terbit minyak, masukkan pes asam jawa dan gula. Kacau sebati dan masukkan sotong kering cumi, kacau sekejap. 

Masukkan bawang besar hiris. Rasakan dulu, jika kurang masin, baru tambahkan garam. Kacau rata dan tutup api.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/01/sambal-sotong-kering-cumi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sotong Masak Kicap Ayam Sambal

Sotong Masak Kicap Ayam Sambal

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum WBTSIMPANKAN balas Iman pada ig stories Sk Petang semalam lepas kerja Sk terus ambil dia di kolej Kebetulan hari ini Iman nak guna kereta jadi semalam tu ikut balik sebab nak ambil kereta dan bolehlah makan masak lemak cili ...
Resepi Sambal Kicap Cili Kering

Resepi Sambal Kicap Cili Kering

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 259 hits
Resepi Sambal Kicap Cili Kering Pernah ke korang buat sambal kicap dari cili kering Sambal kicap memang antara resepi pencecah makanan yang amat digemari oleh orang Johor Asal makan pisang goreng ubi atau keledek tempe goreng pun kami orang...
Ikan Tenggiri Masak Sambal Cili Kering Tumbuk

Ikan Tenggiri Masak Sambal Cili Kering Tumbuk

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 292 hits
20 January 2024 Makcik kalau weekend jarang masak Selalunya kuar beli lauk balik umah masak nasi Kalau malas kuar beli online je Bangun pagi ni semangat makcik wat brekpes cucur ikan bilis ngan sos pencicah Tengahari masak ikan tenggiri sam...
Sambal Tumis Kerang Dengan Petai

Sambal Tumis Kerang Dengan Petai

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 208 hits
Selamat pagi semua Kejap je dah lebih 10 hari kita berada di tahun baru 2024 Masakan tahun lepas Tahun ni baru sempat upload Apakan daya Banyak urusan yang nak dibuat di tahun baru ni Naik je sekolah anak anak dah dihidangkan dengan kertas ...
Tiru Sambal Khairul Aming Kena Saman Macamana Yang Tiru Jenama International

Tiru Sambal Khairul Aming Kena Saman Macamana Yang Tiru Jenama International

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 227 hits
KEXFC secara rasmi akan menghantui rakyat Malaysia Katanya saiz ayam besar gedabak Harga pun berpatutan Kalau dapat buat setaraf dgn kepci memang terbaik lah Atok nenek mak ayah semua suka Rupanya ni owner KEXFC mesti korang kenal Kesian Ke...
Petua Rawat Rambut Bercabang Kering Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

Petua Rawat Rambut Bercabang Kering Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 128 hits
bercabang dan kering sering juga dihadapi oleh ibu ibu selepas bersalin selain masalah keguguran Jika sudah pelbagai produk sudah dicuba namun tidak jua berkesan apa kata cuba pakai masker kacang soya yang dicampur dengan yogurt Percaya ata...
Resipi Telur Mata Sapi Dengan Sambal Hijau Merona Simple Dan Sedap

Resipi Telur Mata Sapi Dengan Sambal Hijau Merona Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 151 hits
Resipi Telur Mata Sambal Hijau Hidangan Simple Lazat Bahan Bahan 15 20 biji cili padi hijau Ada cili besar boleh campur nak pedas boleh tambah 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji telur secubit garam gula sedikit sahaja jika sukaJ...
Sambal Belacan Style Sa

Sambal Belacan Style Sa

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat korang Ada yang email SA tanya macam mana nak buat sambal belacan macam SA selalu buat tu alahai SA bukan la pandai benau hehehe campak campak jer bahan ikut dan tapi sambal belacan SA mesti ditumbuk dengan lesu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa