Sambal Nyet Khairulaming Pun Ada Orang Ciplak
Sehari dua ni trending nama Khairul Aming di twitter dan media sosial yang lain. Mana tak mengamuknya dia bila ada orang ciplak sambal nyet dia. Dapat tahu bila ada pelanggan komplen sambal nyet Khairulaming busuk, basi dan berbuih. Tak pasal-pasal kena menanggung salah akibat perbuatan orang lain.
Third, ni yg paling aku disgusted. texture sambal lansung tak sama. aku tak tahu apa dia letak tp sambal ni bau minyak goreng ikan yang busuk and cili dh mcm keladak. Kat layer atas tu dah jadi minyak warna hitam pic.twitter.com/Vtpqd80VEb
— Khairulaming (@khairulaming) April 28, 2021
Bila diselidiki, rupanya individu yang menjual tu menjual sambal nyet fake dan mengaku sebagai reseller nyet kononnya. Sambal nyet pun ada orang nak ciplak dan scam pembeli. Scammer di shopee tak pupus lagi rupanya.
sumber : twitter @khairulaming
Sambal Nyet Khairul AmingKemunculan sambal nyet Khairulaming sangat luar biasa sambutan dia. Dalam masa sehari je dah boleh habis tahu! Jualan sambal nyet shopee dah mencecah jualan keuntungan 1 juta lebih okay. Hebat betul penangan sambal nyet Khairul Aming ni.
Sebab apa sambal nyet ni jadi rebutan ramai? Dari sambal nyet review, semua cakap sedap. Nak membelinya pun sikit punya susah nak dapat. Tapi saya belum terjebak lagi nak mencuba beli. Kena jadi seorang yang gigih baru dapat agaknya.
Tips beli sambal nyet Jangan tak tahu ada tips beli sambal nyet. Kena refesh setiap setengah jam gitu sebab dia akan bahagikan slot jualan. Jualan ada setiap hari kecuali sabtu seperti yang dinyatakan.
9.30am10am10.30am11am11.30am12pm12.30pm1pm2.30pmJadi, bolehlah kalian gigih cuba setiap jam tu. Mana tahu ada rezeki mendapat juga
Harga sambal nyet hairul AmingRM13.90, itu adalah harga asal sambal Khairul Aming di shopee. Tapi ada reseller lain yang jual dari harga tu. Ada yang cecah sampai ratus. Gila betul harga yahudi! Padahal owner sambal harga dia tak mencengkik darah pun. Ish ish ish...apa nak jadi lah.
Resipi sambal nyetApa yang saya nampak dalam video perkongsian Khairul Aming, ada cili, bawang putih dan bawang merah. Digoreng kemudian dikisar. Lepas tu dimasak. Sama macam kaedah saya buat sambal gesek. Cuma bahan ada berbeza sikit.
Ada cili dan bawang pun dah sedap dah. Macamana boleh jadi sedap tu, tu rahsia Khairul Aming lah. Setiap air tangan tu berbeza, kena faham tu.
Sambal macam ni sesuai dijadikan pencincah, dimakan dengan nasi panas atau dicampurkan dalam nasi goreng. Orang kata, sambal ni pembuka selera untuk mereka yang sukakan rasa pedas.
Oh ya, pasal kes sambal nyet Khairul Aming shopee yang fake tu dia dah ambil tindakan. Dan pesalah pun dah mengaku salah. Buat pengajaran juga untuk scammer di luar sana. Yang bercita cita nak jadi scammer pedajal bisnes orang lain, sila hentikan.
Lagi-lagi bulan puasa ni. Tak berkat ye hasil duit penipuan tu. Asal berjaya, asal lebih sikit mulalah ada dengki. Ini namanya ambil kesempatan atas orang lain. Sekarang dah tercyduk tak guna nak menyesal. Taraguna.
Tiga tuntutan yang diminta oleh Khairul Aming1. bayar pampasan tunai. 100% duit tersebut akan disedekah kat asnaf yang memerlukan di bulan puasa ni.
2. Public apology video. This is her apology video admitting her mistake yang palsukan kandungan sambal dan juga design botol sambal nyet.
3. Statement pengakuan salah di balai polis.
Semoga kes macamni dijadikan pengajaran buat semua. Boleh je kalau dia nak jadi reseller dan mendapatkan keuntungan dari situ. Gunakan cara yang betul. Tapi kenapa dia memilih jalan untuk menjadi reseller dengan cara salah.
Nak untung cepat sebab sambal nyet Khairul Aming memang tengah meletop jualannya sekarang. Cecah juta tu yang dia gelap mata tu agaknya buat sambal tak ikut KPI dan fake sticker sambal. Nampak sama tapi tak serupa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/04/sambal-nyet-khairulaming-pun-ada-orang.html