Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yang Terlajak Sedap



Tolong jangan kecam saya. Dah beberapa hari saya tak berselera makan. Pergi ke beberapa restoran, semua nampak tak menyelerakan. Saya hanya bersarapan dengan 2-3 sudu nasi goreng yang disediakan oleh Pengasuh Ammar sebagai pelapik perut sebelum makan ubat.

Jadi tiba tiba terasa ingin memasak nasi lemak yang simple simple jer. Masya Allah sedapnyer. Hingga berulang kali terpacul dari mulut saya memberitahu pengasuh Ammar yang sedang mengendong Ammar, "Sedap Nyer Sambal Ikan Bilis Tok Mama hari ini". Hahaha ikan bilis mata biru dari Pulau Pangkor.

Hahaha itulah penangannya bila kita memasak sesuatu yang lama kita tidak memasaknya. Terasa macam sedap giler, best ever sambal ikan bilis. Hahaha. Lebih lebih lagi di saat tekak terasa tidak lalu dan makan apa sahaja, terasa tidak sedap. Bekas hidangan yang comel hari ini dihadiahkan oleh Kitchen Home Outlet. Boleh tengok banyak design cantik cantik di Instagram mereka @kitchenhomeoutlet. Kuali memasak pula dari Instagram @mybazaaruk.

Cara menyediakan sambal bilis hari ini adalah seperti cara arwah Bonda Mertua saya menyediakan sambal ikan bilis. Beliau sangat hebat dan semua yang dimasak terasa sangat sedap. Yang pasti saya menpunyai banyak versi penyediaan sambal ikan bilis. 


Cuma kalau cara bonda Mertua, semua sekali bahan bahan dimasukkan secara serentak. Ikan bilis, bahan kisar, garam, gula dan asam keping. Dituangkan ke dalam minyak yang panas. 

Dimasak dengan api perlahan sehingga sambal terbit minyak. Berbezanya kerana hari ini, saya pula memasukkan bahan bahan secara berperingkat. Bukan secara sekali gus.

Selain sambal ikan bilis, saya gandingkan nasi lemak saya hari ini dengan ayam goreng, telur mata, ikan bilis goreng dan timun Jepun. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan sebelum digoreng, digolek ke dalam tepung gandum terlebih dahulu. Goreng dengan minyak yang banyak. Insya Allah sedaplah kejadiannya.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Saya syorkan agar anda menonton video dengan klik di link baru dapat gambaran bagaimana cara saya menyediakannya. Selamat mencuba...

Sambal Tumis Ikan Bilis  Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk ikan bilis2 biji bawang besar saiz sederhana - hirisAir asam jawaGaram kasarGula MelakaGula pasir
Bahan kisar:16 tangkai cili kering + 2 sudu besar cili kisar 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putihSedikit belacan - opsyenal, tak letak 
Cara cara:Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak.


Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi. 


Masukkan pula bawang besar hiris yang banyak. Masukkan gula, jika perlu. Perlahankan api dan renih sambal sehingga benar benar cantik dan terbit minyak.



Sediakan nasi lemak dan lauk lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi lemak seperti ayam goreng, telur mata dan juga ikan bilis goreng.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/sambal-ikan-bilis-nasi-lemak-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yang Paling Sedap Untuk Lauk Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1288 hits
Saya sebelum ini tidak pernah mengalami kecederaan kaki atau pembedahan kaki Tidak seperti yang dijangkakan kesakitan agak berpanjangan Selepas lebih 3 minggu ianya masih sakit dan berdenyut Bertambah lagi selepas bandage dibuka Kaki akan m...
Cara Masak Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Paling Sedap

Cara Masak Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Paling Sedap

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 701 hits
Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk ni memang sedap Nampak ringkas je cara penyediaannya tapi percayalah rasanya memang membuka selera Kalau dekat dapur ada lebihan ikan goreng sesuai sangat masak menu ni Sedap Untuk makan tengahari malam ke sarap...
Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 513 hits
Semua orang boleh buat sambal ikan tidak kira sambal itu sambal cili padi sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh tetapi hasilnya pelbagai Sebenarnya apa yang penting jika mahu sambal sedap sambal kena tumis sampai masak mesti ada ...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 582 hits
Assalamualaikum Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap Ikan pari siapa makan ikan pari ada tak kita ni jenis tak makan ikan pari tapi ikan pari kering makan pulak yang hidup macam ni tak makan D Walaupun tak makan ikan pa...
Nasi Ayam Simple Dan Sedap Cara Saya

Nasi Ayam Simple Dan Sedap Cara Saya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 667 hits
Nasi ayam simple dan sedap cara saya Assalamualaikum wbt Lately cikla macam banyak pula share resepi kan Hihi Bukan apa buat masa sekarang ni macam bersemangat pula nak cuba resepi resepi yang tak pernah dibuat sebelum ni Baru nak belajar k...
Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Sawi Pahit

Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Sawi Pahit

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1096 hits
Hi korang Semalam Mak SA buat masak lemak cili api ikan kembung campur sawi pahit eh ada ke sawi pahit adaaaa mak cakap dia jumpa kat pasaraya Zemart area rumah kami betul ke pahit sawi tu takde la pahit sangat tapi ok la buat campuran dala...
Jom Makan Nasi Lemak Bamboo Kukus Azfar Maju Corner

Jom Makan Nasi Lemak Bamboo Kukus Azfar Maju Corner

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 632 hits
Jom Makan Nasi lemak Bamboo Kukus Azfar Maju Corner Assalamualaikum Untuk edisi food hunting kali ni Diah telah pun mencuba The Famous Nasi lemak Bamboo di Azfar Maju Corner yang terletak di Bandar Menjalara Kepong Kuala Lumpur Untuk korang...
Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 746 hits
Tercari cari resipi Air Asam paling sedap Ini resipi yang anda kena cuba Air asam ni kalau kena dengan nasi panas ulam dan lauk ikan bakar memang bertambah nasi di pinggan Lebih lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu dulu Me...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah