Sambal Ikan Bilis Kering Yang Sedap



Saya dapat idea untuk menyediakan lauk Sambal Ikan bilis kering selepas bersembang dengan Linda dan Isma berkenaan lauk yang mereka sediakan semasa berbuka puasa. Mereka memberitahu masakan yang sama iaitu sambal ikan bilis kering. 

Rupanya ramai yang menyediakan lauk ini yang buka sahaja boleh membangkitkan selera tapi memudahkan urusan menyediakan hidangan kerana ianya tahan lama. Sekali masak, boleh makan beberapa hari atau minggu. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan dalam bekas bertutup. Boleh tahan berminggu minggu kerana sambal ini kering dan garing.


Dalam entri yang lepas pun, saya ada kongsikan resepi sambal ikan bilis kering di SINI dan di SINI. Saya memang suka lauk kering seperti ini. Bukan saya tidak pernah memasak lauk ini tetapi kita seperti bingung memikirkan menu untuk memasak seharian. 

Idea masakan boleh datang dengan tiba tiba dengan hanya menanya kawan kawan atau melihat masakan yang muncul di IG atau facebook. Bukan saya sahaja, hari kedua berpuasa, sahabat saya mengadu hal yang sama. Katanya pening memikirkan apa nak dimasak. 

Teringat zaman universiti dulu, kawan saya Haryati Hashim selalu bawa balik sambal ikan bilis kering ini ke kolej setiap kali beliau balik dari kampung di Melaka. Sedap sangat. Kami beramai ramai makan dengan roti. Telah lama saya mencari Yatie tetapi tak ada pula kawan kawan yang ada contact number beliau. Hmm kalau ada sesiapa mengenali beliau, bolehlah sampaikan pesanan yang saya telah lama mencari beliau.

Berbalik pada lauk hari ini, sebaik sahaja sampai di rumah, saya terus ke dapur menyediakan sambal tumis ikan bilis kering. Jalan pula sangat sesak hari ini, kami tiba di rumah telah agak lewat. Jadi saya terkocoh kocoh juga menyediakan lauk ini kerana mahu memastikan masih ada cahaya selepas ianya disiapkan. Malangnya, sebaik ianya siap dimasak, hari telah gelap kerana telah hampir waktu berbuka puasa. Hmm gambar tidak lah berapa cantik. 

Sewaktu berbuka saya hanya makan nasi putih yang digaul dengan sambal ikan bilis ini dan beberapa cubit ayam goreng sahaja. Tiada sayur dan tiada lauk lain. Sedap sehingga menambah sampai tiga kali.

Saya tak pasti dengan orang lain tapi selera saya kebelakangan ini agak simple. Saya makan nasi putih dengan tak berkuah pun. Kadang kadang hanya digaul dengan sambal tumis atau kuah rendang sahaja. Bukan kuah banjir. 

Lauk yang Hubby beli di bazar Ramadhan, semuanya tidak sedap di tekak saya. Sama juga lauk di cafetaria atau di hotel, walaupun nampak menarik, namun tidak kena dengan selera saya. Saya pun dah bertahun tidak berbuka puasa di hotel. Dapat jemputan berbuka percuma pun saya tidak mahu hadir.  Apalagi yang berbayar. Mungkin saya dah melepasi stage yang suka makan di hotel atau restoran restoran besar. Saya lebih suka masakan di gerai gerai atau homemade.

Jom kita sama sama menyediakan sendiri sambal ikan bilis kering untuk dimakan ketika berbuka dan bersahur. Meh layan resepi di bawah ini. Secara asasnya, ia adalah seperti resepi sambal tumis ikan bilis yang biasa, cuma dimasak kering lama lama.  


Sambal Ikan Bilis KeringOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:100-150 gram ikan bilis - saya guna 100 gram1/2 sudu kecil garam1/2 sudu besar gula atau secukup rasa1 keping asam keping
Bahan kisar:3 biji bawang besar - saiz sederhana4 ulas bawang putih4 sudu besar cili kering kisar
Cara cara;Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga garing. Nota: ikan bilis dibasuh manja manja sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh awal, nanti lambat garing.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar sehingga masak dan berbau wangi. 


Masukkan pula cili kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga ianya benar benar masak dan garing. Cili masak apabila telah terbit minyak dan kelihatan berbuih. 


Masukkan asam keping, gula dan garam. Kacau rata dan sejukkan. Sendengkan kuali untuk membuang lebihan minyak. 


Kemudian masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Siap. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/05/sambal-ikan-bilis-kering-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ddhn Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup

Ddhn Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum Menu Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup ni adalah menu hari pertama berbuka puasa Ummi duk scroll FB dan ternampak member share Terus
Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap

Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1469 hits
As Salam Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple dan Sedap Yeahh Akhirnya impian anak jawa yang seorang ni terkabul jugak sempena penghujung Syaaban ini heh Kemain Sebenarnya dah lama saya nak kongsi cara family saya buat dan ma...
Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1687 hits
Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap Mee hoon atau ada yang sebut bihun adalah mee halus yang mudah dimasak dengan menu apa sekalipun Yang paling kerap orang masak adalah mee hoon sup dan buat mee goreng Orang panggil mee siam...
Sambal Tumis Sedap

Sambal Tumis Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1029 hits
Asalamualaikum dan salam akhir Syaaban salam akhir Syaaban dan selamat datang Ramadhan semuga kita semua diberikan kesihatan fizikal dan mental untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan kali ini juga agar kita semua dapat menjalani ibadah s...
Kerabu Telur Dadar Berserta Ikan Bilis Resepi Khas Dari Thailand

Kerabu Telur Dadar Berserta Ikan Bilis Resepi Khas Dari Thailand

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1083 hits
Kerabu Telur Dadar Berserta Ikan Bilis Resepi Khas Dari ThailandINSPIRASI
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 768 hits
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong Cara buatnya mudah jerk sebenarnya cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak m...
Cucur Ikan Bilis Kudapan Moreh Terbaik

Cucur Ikan Bilis Kudapan Moreh Terbaik

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 613 hits
Cucur ikan bilis bebola goreng yang penuh dengan rasa umami Cucur ikan bilis merupakan snek yang sesuai untuk dimakan bersama minum petang ataupun dimakan sebagai pembuka selera bagi mereka yang lebih menggemari rasa masin Cucur cucur yang ...
Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada Campur Petai Sesuai Untuk Sahur

Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada Campur Petai Sesuai Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 725 hits
Hi korang Bercerita bab sahur adakala tekak kita agak payah nak terima makanan kan sendu je nak makan bagi berselera pada SA kalau waktu sahur nak makan laju dengan berselera kena la gigih masak lauk pembuka selera SA ada je beberapa lauk s...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam