Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat Sedap Mudah Resipinya


Sambal Bilis Garing memang jadi kegemaran ramai. Dimasak pula dengan sambal pekat begini, lagilah menambah selera. Menurut empunya resipi, saudari Mariana Zainal, sambal ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan boleh menjadi lauk ‘penyelamat’ dikala tidak sempat memasak lauk pauk yang lain. Makan dengan nasi sahaja dah cukup. Ia juga sesuai dibawa semasa mengembara, sebagai bekalan anak-anak di asrama dan bermacam-macam lagi. Nampak sedap kan? Makan dengan Nasi Lemak pun sesuai ni. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL BILIS GARING ALA SAMBAL PEKAT
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – boleh lebihkan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (untuk jadikan warna sambal gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping / gelugur
BAHAN KISAR:
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang sudah dikopek
1 1/2 cawan minyak masak (boleh lebihkan. Nanti siap masak, boleh ceduk buang lebihan minyak)
CARA MEMASAK:
1.Ikan bilis digoreng sampai garing kemudian toskan. Biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping ke dalam kuali. Masak guna api sederhana.
3. Bila sambal sudah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna, masukkan gula, garam dan bahan perasa.
4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Tutup api. Biarkan sambal betul-betul sejuk.
5. Bila sambal sudah sejuk, boleh masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi.
6. Cedok @ buang lebihan minyak.
7. Boleh simpan Sambal Bilis Garing Sambal Pekat dalam bekas bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat, Sedap & Mudah Resipinya appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/03/sambal-bilis-garing-ala-sambal-pekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Udang Geragau Garing Ranggup Dan Sedap

Resepi Sambal Udang Geragau Garing Ranggup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum dan Selamat petang Hai pembaca semua Bonde nak kongsikan resepi mudah dan This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Gaul Gaul Dah Siap Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah Sedap

Gaul Gaul Dah Siap Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 339 hits
Resipi Kerabu Ikan Bilis perkongsian saudari Haslina Muhammad ni memang cukup mudah Bahan tak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang cukup singkap Janji bahan semua ada hiris halus goreng gaul rata dan perasakan sahaja Dah boleh hidang...
Resipi Kuih Bakar Lembut Garing Memang Sangat Sedap

Resipi Kuih Bakar Lembut Garing Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 310 hits
Kuih Bakar memang sedap Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya lembut wangi bau daun pandan tapi garing diluar memang puas hati Namun agak susah nak jumpa kuih yang betul betul menepati selera dan citarasa Ada yang nak cuba buat sendiri guna...
Resipi Mee Goreng Budak Sekolah Mudah Masak Sangat Sedap

Resipi Mee Goreng Budak Sekolah Mudah Masak Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 433 hits
Sedapnya nampak Mee Goreng Budak Sekolah ni Pasti ramai merasa pelik kenapa menu ini dipanggil dengan nama sedemikian Menurut empunya resipi saudari Umi Watie ini kerana mi ini dimasak tanpa diletakkan sebarang sayur Biasalah anak anak kura...
Chicken Pot Pie Guna Bahan Mudah Je Siap Makan Dengan Anak Anak Confirm Sedap

Chicken Pot Pie Guna Bahan Mudah Je Siap Makan Dengan Anak Anak Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 348 hits
Kalau anak dan ibu suka pastri Chicken Pot Pie ni boleh jadikan hidangan minum petang atau snek di hujung minggu mudah je nak buat guna pula bahan bahan segar Buat kecil kecil boleh simpan dalam peti beku untuk stok Nak tahu caranya ikuti p...
Resipi Sambal Tumis Cepat Masak Petua Jadi Lagi Sedap

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak Petua Jadi Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 339 hits
Sambal tumis sentiasa menjadi menu popular untuk dihidangkan bersama hidangan juadah lain Tapi ada kalanya sukar untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap Menerusi resipi yang dikongsi Suzana Othman ini berkongsi cara dan petua bagaima...
3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 348 hits
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa Boleh cuba 3 resipi kuih biru yang menggunakan bunga telang Apa lagi korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam ...
Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 387 hits
Selain bubur nasi si kecil mama yang dah boleh makan juga boleh makan mihun yang khas untuk bayi Paling penting bahan bahan yang digunakan di dalam hidangan tersebut baik untuk di kecil ibu Resepi mihun sup ayam cheese yang dikongsikan Mama...
Aneka Resipi Lauk Sedap Mudah Sesuai Untuk Sahur Berbuka Puasa

Aneka Resipi Lauk Sedap Mudah Sesuai Untuk Sahur Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 399 hits
Tercari cari resipi yang mudah dan ringkas untuk disajikan buat keluarga di bulan Ramadan nanti Maklumlah nak pancing selera makan kadang kala agak sukar terutamanya di waktu sahur Yang tukang masak pun sama Ada masanya jadi buntu memikirka...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik