Saman Mahathir Anwar Gaduh Orang Orang Tua Yang Tidak Bawa Faedah Apa Apa






Saman Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri itu mengumpul kekayaan untuk keluarga dan anak-anak bakal menjadi sejarah pergaduhan paling klasik dalam negara ini.


Ini kerana sementara Tun Mahathir sudah mencecah usia 98 tahun, Anwar pula telah menginjak umur 76 tahun.


Maknanya, kedua-dua mereka bukan bukan lagi muda, tetapi sudah tua-tua belaka.


Nampaknya, orang tua kalau bergaduh lebih dahsyat daripada pergaduhan budak-budak muda.


Tidak cukup bergaduh dengan berbalas hujah dalam media dan ketika bercakap di depan mikrofon ketika berucap atau sidang media, malah sampai perlu diadili oleh hakim-hakim untuk menentukan siapa betul dan siapa salah.


Ertinya juga, jiwa berdamai, jiwa rahmah dan berbaik sangka di dalam diri kedua-dua mereka ini sudah semakin tiada, sebaliknya masih tegar ingin menegakkan benang basah masing-masing.


Sepatutnya, apalah salahnya dalam usia semakin tua dan di bulan Ramadan yang mulia pula, mereka memilih jalan damai dan bermaaf-maafan untuk menyelesaikan persengketaan.


Membawa perang mulut ke mahkamah, dalam keadaan yang menyaman sudah lanjut usia dan yang kena sama juga telah tua, tidak membawa faedah apa-apa, selain hanya menambahbesarkan lagi ego dan menguntungkan peguam saja.


Kalau Tun Mahathir menang saman sekali pun misalnya, katalah diberi gantirugi dengan jumlah beberapa juta, nikmat duit itu sudah tiada nilainya kepada beliau.


Begitu juga bagi Anwar, kalau kena bayar gantirugi pun rasanya tiada masalah untuk beliau membayarnya.


Tetapi, bagaimana jika akhirnya Tun Mahathir kalah dalam samannya itu, apa yang akan diperolehinya selain perlu membayar yuaran guaman yang sudah tentu bukan sedikit jumlahnya?


Anwar pula, katalah jika menang pula, tiada apa-apa yang diperolehinya, malah atas kemenangannya itu dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, rakyat langsung tidak beroleh apa-apa pertambahan gaji atau barang makanan di dapur mereka.


Sepatutnya, terutama kepada Tun Mahathir yang apabila sudah hilang deposit di Langkawi dan partinya kalah teruk pada PRU15 lalu, pilihan paling baik ialah beliau memilih untuk bersara saja sepenuhnya.


Selain kalah teruk, bersama hubungan beliau dengan anaknya sendiri, Mukhriz juga bermasalah sehingga beliau akhirnya keluar daripada Pejuang untuk beralih menyertai Putra, bukankah semua itu isyarat Tuhan agar beliau berehat saja?


Apa lagi yang Tun Mahathir mahu kejar dalam hidupnya, tidak cukup-cukup lagikah berbalah dan tidak setuju dengan hampir semua Perdana Menteri dalam negara ini?


Begitu juga dengan Anwar, dalam keadaan parti Tun Mahathir bertanding pun hilang deposit di semua kawasan, beliau tidak harus membuang masa atau rasa terganggu dengan sebarang kata-kata bekas Perdana Menteri itu lagi.


Lebih baik tumpukan saja tugas sebagai Perdana Menteri kerana Tun Mahathir, secara relatifnya berbanding pemimpin pembangkang yang lain, sudah tiada apa-apa merit lagi untuk terus dijadikan lawan bergaduh.


Untuk itu, kalau pun sesekali beliau ada terasa tersinggung dengan teguran atau kritikan keras Tun Mahathir, Anwar harus anggapnya sebagai teguran seorang bapa dan sepatutnya segera menelefon Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk meminta masa agar dapat minum-minum kopi sambil berbual-bual dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu.


Lagi pun, mereka pernah bersama, berbaik dan makan semeja dalam banyak acara sebelum ini.


Nak terus-terus bergaduh, dunia ini sampai ke mana nak dibawa dan apa teladan kepada generasi muda?


Tambahan lagi, punca pergaduhan mereka ini sebenarnya hanyalah isu kecil saja di mana ia bermula apabila Tun Mahathir mengatakan orang Melayu sedang terancam di bawah kepimpinan Anwar, lalu menggerakkan Proklamasi Melayu sebagai langkah untuk membela mereka.


Anwar yang barangkali nipis telinga dengan kritikan Tun Mahathir itu lantas membalas – bagaimana Melayu tak terancam kalau selama 22 tahun campur 22 bulan berkuasa, kamu bolot semua kekayaan untuk keluarga dan anak-anaknya.


Sebagaimana Anwar tidak harus terganggu dengan kritikan Tun Mahathir bahawa Melayu terancam di bawah era kepimpinannya, Tun Mahathir juga sepatutnya tidak terasa hati dengan serangan balas Anwar berhubung kekayaan keluarga dan anak-anaknya.


Mengkayakan anak dan keluarga bukanlah kesalahan dari segi undang-undang, kecuali jika melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.


Ia barangkali cuma salah dari segi moral sebagai pemimpin semata-mata.


Namun, kalau moral kerana mengkayakan keluarga jadi masalah, kenapa moral dalam aspek lain tidak sentiasa diambil kira?


Jadi, kenapa Tun Mahathir perlu begitu terganggu, melainkanlah jika semua anak-anaknya miskin belaka dan duduk di rumah kos rendah saja?


Begitu juga dengan Anwar, kuasa di tangannya sekarang dan melalui kritikan Melayu terancam itu, beliau patut memanfaatkannya untuk membantu dan menolong orang-orang Melayu melalui kuasa yang sedang ada dalam tangannya.


Bergaduh, saman-menyaman dan berulang alik ke mahkamah hanya kerja buang masa buat orang yang sudah tua dan lebih tidak berguna lagi jika kematian atau ajal Tuhan lebih dulu datang menerpa berbanding penentuan yang diharapkan melalui mahkamah itu kerana kes biasanya akan memakan masa beberapa tahun lamanya.


Akhirnya dapat apa? – ShahbudinHusin 18/04/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/saman-mahathir-anwar-gaduh-orang-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
See You In Court Anwar Replies To Mahathir

See You In Court Anwar Replies To Mahathir

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 250 hits
Anwar Ibrahim s lawyer says he is ready to answer any allegations in court in response to Dr Mahathir Mohamad s threat of a defamation suit over claims of enrichment while in office Anwar Ibrahim is ready to face Dr Mahathir Mohamad in cour...
Walaun Cabar Anwar Saman Beliau

Walaun Cabar Anwar Saman Beliau

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 177 hits
Modal PRN 6 negeri akan banyak guna perkataan jadi tak kiralah pakai jubah kopiah solat 5 waktu kalau Sesat Politik akan tetap mulut keluarkan Modal Politik Fitnah Ini ada permintaan dari seorang Walaun untuk Ahli PKR Pakatan Harapan penyok...
Anwar Saya Tak Nak Gaduh Dr M Minta Bukti Saya Bagi

Anwar Saya Tak Nak Gaduh Dr M Minta Bukti Saya Bagi

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan memberikan bukti kepada Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu telah mengumpul kekayaan untuk memperkayakan dirinya ketika berkuasa atau berdepan tindak...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual