Saman Lucut Hak Sivil Bukan Untuk Bankrapkan Umno Dr M


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir hari ini menyangkal dakwaan tindakan memfailkan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk beberapa anggota perhubungan UMNO negeri, adalah satu usaha kerajaan untuk membankrapkan parti itu.
Perdana Menteri berkata, jika itulah motifnya, kerajaan boleh lakukannya lebih awal.

Loading… “(Sebaliknya) kami benarkan Najib untuk agak bebas, walaupun dia sedang didakwa, dia bergerak bebas sebagai ‘Bossku’,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di perasmian Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini hari ini.
Turut hadir di perasmian tersebut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan suruhanjaya tersebut telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Termasuk dalam senarai ialah anggota perhubungan UMNO Negeri Selangor, anggota perhubungan UMNO Pahang, anggota perhubungan UMNO Kedah, anggota perhubungan UMNO Johor dan anggota perhubungan UMNO Sabah.
Beberapa pemimpin UMNO mendakwa bahawa langkah tersebut, merupakan rancangan kerajaan Pakatan Harapan untuk menyingkirkan parti itu dan mereka tidak menolak kemungkinan, menubuhkan UMNO lain jika ia dibubarkan.
Mengenai perkata itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, beliau tidak kisah jika parti itu mempunyai rancangan menubuhkan yang baharu, tetapi apa juga kesalahan yang telah dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang.
“Apa berlaku dahulu ialah UMNO ambil duit yang dicuri untuk diberi kepada bahagian, duit yang dicuri mereka mesti dibayar balik, bukan kepada UMNO tetapi kerajaan.
“Sebab itu duit kerajaan yang dicuri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita dapati duit dari Najib ini dia bagi kepada bahagian-bahagian dan UMNO bahagian (pula) belanjakan duit curi, ‘stolen money’,” katanya.
Mengenai Azmin yang dikaitkan dengan skandal video seks, Dr Mahatir mengulangi bahawa, tidak ada keperluan untuk Timbalan Presiden PKR itu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.
“Tidak ada keperluan (letak jawatan) hanya kerana ada orang di negara lain melakukannya (letak jawatan bila dikaitkan dengan isu). Saya tahu di satu negara, jika sebuah kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan letak jawatan atau keluarkan dirinya dari kereta api, tetapi ini bukan cara kita,” katanya.
Beliau juga menyatakan keyakinannya yang video tersebut merupakan satu percubaan yang sengaja dilakukan bagi merosakkan masa hadapan Azmin.
“Saya tidak rasa yang beliau begitu bodoh untuk melakukannya dan ditangkap, saya rasa ada orang yang mahu menjatuhkan beliau … kini dengan keajaiban elektronik, anda boleh tunjukkan banyak gambar yang boleh jadi betul, atau tidak benar.
“Sebab itu lah kita telah hentikan dengan berita palsu itu, tetapi bagaimanapun kami rasakan seseorang perlu mengambil tindakan terhadap berita palsu,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/saman-lucut-hak-sivil-bukan-untuk-bankrapkan-umno-dr-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Nama Akan Dimasukkan Pada Senarai Saman Lucut Hak 1mdb

Lagi Nama Akan Dimasukkan Pada Senarai Saman Lucut Hak 1mdb

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 284 hits
Diterbitkan Hari ini 3 04 petangMenteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan Pemuda PAS bahawa senarai saman sivil pelucuthakan yang sebelum ini mempunyai 41 nama individu dan entiti yang diarahkan supaya memulangkan wang 1MDB itu belum mukta...
Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 548 hits
ISMA WEBBANGI Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hari ini mengumumkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula kira kira RM270 juta yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd Berikut adalan senar...
Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 337 hits
Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dikeluarkan sekurang kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi Timbala...
Saman Perlucuthak Mungkinkah Umno Diisytihar Bankrap

Saman Perlucuthak Mungkinkah Umno Diisytihar Bankrap

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 179 hits
By 21 Jun 2019KUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia akan memantau secara rapat segala prosiding mahkamah berkaitan saman perlucuthak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas 41 individu kumpulan dan entiti yang dipercaya...
Siapa Dalam Senarai Saman Pelucutan Hak Sprm

Siapa Dalam Senarai Saman Pelucutan Hak Sprm

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 269 hits
Diterbitkan Hari ini 11 49 tengahari PANDUANKINI Latheefa Koya mengambil langkah pertamanya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam dengan bahawa suruhanjaya itu sedang berusaha mendapatkan semula RM270 juta...
Kes Lucut Hak Muhyiddin Shafie Juga Perlu Beri Keterangan

Kes Lucut Hak Muhyiddin Shafie Juga Perlu Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 217 hits
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Presiden PPBM dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin terpaksa diminta memberi keterangan dalam kes perlucutan hak sivil yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan ...
Umno Sedia Berdepan Saman Pelucuthakan Yang Difail Sprmmalaysia

Umno Sedia Berdepan Saman Pelucuthakan Yang Difail Sprmmalaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 188 hits
1 Tukar tanah Mindef Hisham akan beri keterangan pada SPRM 2 PH gagal pertahan Islam dan urus ekonomi Hadi 3 Agong Permaisuri ziarah mangsa ribut di Kampung Haji Ali 4 Kehidupan di penjara satu rahmat Allah Farid Kamil JOHORTIMES MY hubungi...
Saman Lucut Harta 1mdb Libatkan 41 Pihak Dengan Nilai Rm270 Juta

Saman Lucut Harta 1mdb Libatkan 41 Pihak Dengan Nilai Rm270 Juta

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 216 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri