Lagi Nama Akan Dimasukkan Pada Senarai Saman Lucut Hak 1mdb


Faisal Asyraf Diterbitkan Hari ini 3:04 petang

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan Pemuda PAS bahawa senarai saman sivil pelucuthakan yang sebelum ini mempunyai 41 nama individu dan entiti yang diarahkan supaya memulangkan wang 1MDB itu belum muktamad.

Kenyataan itu dibuat susulan sayap pemuda PAS yang menggesa mana-mana individu - termasuk dalam kalangan menteri kerajaan persekutuan - memohon maaf secara terbuka kepada parti itu kerana "memfitnah" parti itu menerima dana daripada 1MDB.

"Dalam senarai itu tidak ada nama individu terkait dengan PAS.

"Kami ucapkan alhamdulillah kerana ketua pesuruhjaya SPRM yang baru telah pun menyatakan yang sama seperti yang sebelum ini, bahawasanya PAS tidak menerima sebarang dana daripada 1MDB.

"Jadi kami memohon kepada mana-mana individu termasuk menteri sekarang yang sebelum ini memfitnah PAS supaya membuat kenyataan maaf secara terbuka," kata Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, pada sidang media di Muktamar PAS ke-65 di Kuantan, pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Lim hari ini berkata senarai itu hanya permulaan.

"Masih ada nama lain yang belum diumumkan.

"Kami tahu bahawa Penang Free Club juga tidak berada dalam senarai itu tetapi kami tahu ia adalah juga antara penerima dana 1MDB. Kelab itu telah mengaku dan mereka akan membayar balik," kata Lim kepada media di Putrajaya.
Iklan

"Jangan fikir kamu boleh terlepas jika nama kamu tidak berada dalam senarai pertama," katanya.

SPRM pada 21 Jun lalu memfailkan permohonan kepada mahkamah - mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) - untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

Ia merupakan saman pelucuthakan terbesar dalam sejarah negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata wang tersebut diagihkan kepada penerima daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak di AmBank.

Sejumlah 41 saman pelucuthakan telah difailkan dan SPRM setakat ini diberi empat tarikh untuk kes itu didengar secara berasingan - 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/lagi-nama-akan-dimasukkan-pada-senarai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 385 hits
Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dikeluarkan sekurang kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi Timbala...
Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

Senarai 41 Responden Sprm Mohon Lucut Hak Sivil Kait 1mdb

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 618 hits
ISMA WEBBANGI Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hari ini mengumumkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula kira kira RM270 juta yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd Berikut adalan senar...
1mdb Pelik Tiada Senarai Nama Individu Lompat Parti

1mdb Pelik Tiada Senarai Nama Individu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 317 hits
KOTA TINGGI Pendedahan senarai penama yang dipercayai terlibat wang 1MDB oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam disifatkan sebagai pelik kerana hanya banyak melibatkan orang UMNO dan Barisan Nasional Ahli Majlis Tertinggi UMNO ...
Siapa Dalam Senarai Saman Pelucutan Hak Sprm

Siapa Dalam Senarai Saman Pelucutan Hak Sprm

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 304 hits
Diterbitkan Hari ini 11 49 tengahari PANDUANKINI Latheefa Koya mengambil langkah pertamanya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam dengan bahawa suruhanjaya itu sedang berusaha mendapatkan semula RM270 juta...
Saman Lucut Harta 1mdb Libatkan 41 Pihak Dengan Nilai Rm270 Juta

Saman Lucut Harta 1mdb Libatkan 41 Pihak Dengan Nilai Rm270 Juta

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 245 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Terkini Perkida Jakel Habib Jewels Dalam Senarai Saman Sprm Kes Dana 1mdb Latheefa Koya

Terkini Perkida Jakel Habib Jewels Dalam Senarai Saman Sprm Kes Dana 1mdb Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 507 hits
A PUTRAJAYA Tiga syarikat korporat terkenal disenaraikan antara 41 responden yang disaman lucut harta bernilai RM270 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes dana 1Malaysian Development Berhad Jakel Trading Habib Jewels Sd...
Saman Lucut Hak Sivil Bukan Untuk Bankrapkan Umno Dr M

Saman Lucut Hak Sivil Bukan Untuk Bankrapkan Umno Dr M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir hari ini menyangkal dakwaan tindakan memfailkan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk beberapa anggota perhubungan UMNO negeri adalah satu usaha kerajaan untuk membankrapkan parti itu Per...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

How Your Oral Health Affects Your Gut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restoran Tiga Ikan Kl East Mall

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee