Saman Perlucuthak Mungkinkah Umno Diisytihar Bankrap


By Manzaidi Mohd Amin - 21 Jun 2019





KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan memantau secara rapat segala prosiding mahkamah berkaitan saman perlucuthak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 41 individu, kumpulan dan entiti yang dipercayai menerima sumber kewangan dari 1MDB
Naib Presidennya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, parti itu juga akan terus lantang menegur jika ada kelihatan sebarang elemen penindasan tidak wajar pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap musuh politiknya
Kata beliau, jika keseluruhan wang berjumlah RM270 juta itu dikatakan wang rakyat yang diselewengkan oleh kerajaan terdahulu, Putra merizabkan pujian terhadap kerajaan hari ini tertakluk kepada keputusan mahkamah
Beliau yang juga Pengerusi Biro Undang-undang Putra menjelaskan, berdasarkan kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, saman pemula telah difailkan terhadap individu, kumpulan dan entiti terbabit untuk melucuthak wang berkenaan
“Mereka ini didakwa menerima wang berkenaan daripada sumber akaun AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipercayai SPRM daripada sumber 1MDB yang dianggap “wang haram” oleh kerajaan Malaysia
“Menurut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA), hanya “syak yang munasabah” oleh pendakwa raya adalah memadai untuk memfailkan saman perlucuthak ini
“Ini bermakna pendakwa raya tidak perlu membuktikan wang itu adalah wang haram sebelum memfailkan tindakan ini sehinggalah ianya dinafikan oleh pihak yang disaman bahawa wang itu diperolehi secara sah mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini
Semalam, Latheefa dilaporkan berkata, SPRM berjaya memfailkan permohonan melucuthak di bawah Seksyen 56 Akta AMLA 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna
Kata beliau, permohonan yang difailkan dua hari lalu itu bagi mendapatkan semula wang berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Menurut Mohd Khairul Azam yang juga seorang peguam, disebabkan permohonan yang dibuat SPRM itu bukan permohonan jenayah, tidak wujud istilah beban pembuktian kepada pihak yang menuntut
“Melainkan kedua pihak hendaklah mengemukakan keterangan afidavit masing-masing berkaitan wang berkenaan untuk pertimbangan mahkamah sama ada wang itu boleh dirampas oleh kerajaan atau tidak
“Masalah yang mungkin timbul adalah wang itu telah habis digunakan oleh kesemua 41 individu dan entiti berkenaan
“Jadi, jika mahkamah mengarahkan untuk wang itu dikembalikan kepada kerajaan, dalam keadaan semua individu, kumpulan dan entiti berkaitan tidak mampu memulangkan jumlah wang yang mahu dirampas, semua mereka berisiko untuk dibankrapkan, dibatalkan pendaftaran dan digulungkan,” ujarnya
Sehubungan itu katanya, Putra melihat terdapat asas undang-undang yang baik untuk kedua-dua pihak, sama ada yang menuntut atau yang dituntut untuk berjaya dalam kes itu dan terserah kepada peguam masing-masing untuk menjaga kepentingan undang-undang anak guam
Putra tegas beliau, menentang sebarang penyelewengan oleh pihak kerajaan tidak kira kerajaan Barisan Nasional (BN) atau PH
“Sekiranya terbukti di mahkamah nanti bahawa wang dari sumber 1MDB berkenaan adalah milik negara yang diselewengkan oleh kerajaan terdahulu, Putra menyokong penuh tindakan kerajaan sekarang untuk mendapatkan semula wang milik rakyat
“Pada masa sama, Putra mengutuk sebarang penyalahgunaan Akta AMLA oleh pihak kerajaan jika ianya digunakan semata-mata untuk tujuan menyeksa dengan cara membekukan akaun bank musuh politik kerajaan atau dijadikan alasan nanti untuk membankrapkan, mengharamkan penubuhan atau menggulung syarikat yang mungkin menerima wang berkenaan secara bona fide daripada sumber
“Sama ada Akta AMLA ini disalah guna atau tidak, keputusan kes saman sivil SPRM ini nanti akan mendedahkan semuanya,” katanya
Beliau juga mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas segera mendakwa mana-mana pihak berkaitan isu 1MDB yang sehingga kini tiada suatu pendakwaan pun dibuat walaupun telah lebih satu tahun kerajaan PH memerintah
Kegagalan kerajaan segera mengheret penjenayah 1MDB ke muka pengadilan hanya menyebabkan pihak lain menjadi mangsa keadaan, sedangkan penjenayah yang dikaitkan dengan skandal itu belum didakwa

“Selagi belum disabitkan bersalah oleh mahkamah, maka belum terbukti wang 1MDB itu adalah wang dari sumber haram,” ujarnya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/saman-perlucuthak-mungkinkah-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sedia Berdepan Saman Pelucuthakan Yang Difail Sprmmalaysia

Umno Sedia Berdepan Saman Pelucuthakan Yang Difail Sprmmalaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 206 hits
1 Tukar tanah Mindef Hisham akan beri keterangan pada SPRM 2 PH gagal pertahan Islam dan urus ekonomi Hadi 3 Agong Permaisuri ziarah mangsa ribut di Kampung Haji Ali 4 Kehidupan di penjara satu rahmat Allah Farid Kamil JOHORTIMES MY hubungi...
Saman Lucut Hak Sivil Bukan Untuk Bankrapkan Umno Dr M

Saman Lucut Hak Sivil Bukan Untuk Bankrapkan Umno Dr M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir hari ini menyangkal dakwaan tindakan memfailkan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk beberapa anggota perhubungan UMNO negeri adalah satu usaha kerajaan untuk membankrapkan parti itu Per...
Money Umno Received From 1mdb All Used Up Frozen Party Funds Are Clean Claims Tok Mat

Money Umno Received From 1mdb All Used Up Frozen Party Funds Are Clean Claims Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 384 hits
PETALING JAYA The money Umno received from 1MDB has all been used up and the funds currently frozen by the Malaysian Anti Commission Corruption should be returned as it is clean party funds claims Datuk Seri Mohamad Hasan The Umno deputy pr...
Zahid Free To Officiate At Umno Functions Says Mat Hasan

Zahid Free To Officiate At Umno Functions Says Mat Hasan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 388 hits
Even though he is officially on leave from his duties as Umno president there is nothing to stop Ahmad Zahid Hamidi from officiating at Umno division meetings said acting party president Mohamad Hasan He is still a division chief and anyone...
Hadi When Umno Is Pinched Pas Feels Pain And Vice Versa

Hadi When Umno Is Pinched Pas Feels Pain And Vice Versa

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 373 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has highlighted Umno and his party s intertwined history stating that when either is pinched the other would feel the pain Umno and PAS are like the left thigh and right thigh When the right is pinched the lef...
Prove That Money Najib Gave Us Came From 1mdb Says Umno S Bung

Prove That Money Najib Gave Us Came From 1mdb Says Umno S Bung

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 415 hits
PETALING JAYA Sabah Umno chief Bung Moktar Radin says the division is willing to return any 1MDB money allegedly given to them by former prime minister Najib Razak if the government can prove that the funds came from the state investment ar...
Named In 1mdb Civil Forfeiture Sabah Umno Pbrs Agree To Cooperate

Named In 1mdb Civil Forfeiture Sabah Umno Pbrs Agree To Cooperate

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 341 hits
KOTA KINABALU Two Sabah political entities which are among the 41 respondents in a civil forfeiture suit to recover RM270mil related to 1Malaysia Development Bhd have expressed readiness to cooperate Sabah Umno chief Datuk Bung Moktar Radin...
Umno Tak Perlukan Mahathir Tapi Mahathir Yang Perlukan Umno

Umno Tak Perlukan Mahathir Tapi Mahathir Yang Perlukan Umno

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 3047 hits
UMNO akan mengambil langkah yang silap kalau ambil keputusan untuk terima MAHATHIR dan sisihkan NAJIB Yang merosakkan UMNO sampai UMNO jatuh dan hilang kuasa adalah MAHATHIR Dia caci UMNO dia hina UMNO dia cerca UMNO seolah olah UMNO tidak ...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Rosetta Stone Decoding Ancient Egypt S Lost Language

Tangki Air Bocor Tukar Tangki Air Baru

Sotong Masak Kicap Untuk Ammar Yahya

Dongeng Terbalik Yang Membalikkan Cerita

Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty