Saman Fitnah Tun M Dakwa Zahid Sengaja Bangkit Isu Perkauman



(Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sengaja membangkitkan isu perkauman selain menjatuhkan reputasi bekas perdana menteri itu sebagai tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia.
Dr Mahathir, 97, selaku plaintif berkata, hanya dengan mempunyai salasilah keturunan yang berdarah India, tidak menjadikan beliau ‘kurang Melayu’ atau ‘bukan Melayu’.
“Ini juga telah dibangkitkan oleh defendan (Ahmad Zahid) hanya selepas saya tidak lagi bersama UMNO yang jelas menunjukkan motif dan niat jahat defendan,” dakwa Dr Mahathir menerusi jawapan kepada pernyataan pembelaan Ahmad Zahid, yang difailkan pada 8 September lepas.
Dr Mahathir menyaman Ahmad Zahid, 69, pada 20 Julai lepas atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’.
Ahli Parlimen Langkawi itu yang menjawab pembelaan Ahmad Zahid, turut mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu sememangnya mempunyai niat jahat (malice) apabila memfitnah dengan menggelarnya sebagai ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ tanpa sebarang usul periksa tentang latar belakang atau keturunan beliau.
Dakwa Dr Mahathir, defendan juga gagal mengambil langkah wajar dan munasabah untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan daripadanya sebelum membuat kenyataan fitnah itu.
Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.
Dakwanya, kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal yang didakwa sebagai ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ dan menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya selain memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos lepas menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.
Dakwa Presiden UMNO itu, nama ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ merujuk kepada seorang individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan yang lama selain mendakwa beliau juga tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang penerbitan video berhubung kenyataannya di platform media.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini memaklumkan pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris secara e-Review, mahkamah menetapkan 7 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/09/13/saman-fitnah-tun-m-dakwa-zahid-sengaja-bangkit-isu-perkauman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Saman Lokman Adam Sebab Fitnah Dirinya Sanggup Jumpa Tun M Berbanding Presiden Umno

Pm Saman Lokman Adam Sebab Fitnah Dirinya Sanggup Jumpa Tun M Berbanding Presiden Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 252 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata kata fitnah menerusi akaun media sosial Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno selaku plaintif memfailkan saman ...
Kenyataan Zahid Dakwa Kerjasama Mn Dangkal Tak Wakili Umno Kata Hadi

Kenyataan Zahid Dakwa Kerjasama Mn Dangkal Tak Wakili Umno Kata Hadi

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 248 hits
Abdul Hadi Awang berkata PAS masih berpegang kepada pendirian asal penubuhan Muafakat Nasional iaitu menerima penyertaan mana mana parti yang tidak ekstrem termasuk Bersatu ALOR SETAR Presiden PAS Abdul Hadi Awang tampil membalas dakwaan Ah...
Umno Kemuka Saman Pemula Terhadap 2 Media Keluar Berita Fitnah

Umno Kemuka Saman Pemula Terhadap 2 Media Keluar Berita Fitnah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 224 hits
Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah tiba masanya bertindak lebih agresif melalui saluran undang undang kerana Umno sudah lama bersikap gentleman PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menghantar surat tuntutan saman pemu...
Ada Orang Goyang Dengan Video Ni Caprice Tidak Takut Dengan Saman Fitnah Sm Faisal Nasimuddin

Ada Orang Goyang Dengan Video Ni Caprice Tidak Takut Dengan Saman Fitnah Sm Faisal Nasimuddin

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 270 hits
Penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli 36 tampil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf apatah lagi memadamkan video yang dikatakan mengandungi unsur fitnah terhadap ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin Kamal nbsp Baca T...
Zahid Dakwa Pembangkang Takut Kalah Jikalau Pru15 Ketika Musim Tengkujuh

Zahid Dakwa Pembangkang Takut Kalah Jikalau Pru15 Ketika Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk SeriAhmad Zahid Hamidi berkata pembangkang membantah pilihan raya umum ke 15 diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Sabtu lalu Za...
Hiburan Yer Kami Tahu Pakai Bodysuit Netizen Dakwa Nora Danish Sengaja Nak Bukti Badan Kurus

Hiburan Yer Kami Tahu Pakai Bodysuit Netizen Dakwa Nora Danish Sengaja Nak Bukti Badan Kurus

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 199 hits
Pelakon jelita Nora Danish baru baru ini memuat naik satu hantaran video di laman miliknya memperlihatkan dirinya memakai bodysuit Dalam video berkenaan dapat dilihat Nora menggayakan baju berwarna putih lengan panjang yang mempunyai potong...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu