Sallahuddin Perunding Penubuhan Kerajaan Perpaduan


CATATAN MALAM

Saifuddin terhimbau 
kenangan bersama Allahyarham.MALAM 
tadi telah diadakan majlis tahlil genap setahun pemergian Salahuddin Ayub 23 Julai 2023. Majlis berlangsung di Bangi Golf Resort, Bangi dengan dihadiri kira-kira 200 para jemputan terdiri daripada para sobat terdekat Allahyarham.
Turut sama hadir ialah balu Allahyarham Datin Fatimah Taha bersama beberapa anggota keluarganya termasuk adik Allahyarham Rozali Ayub yang datang jauh dari Tanjung Piai.

Turut ikut meraikan majlis malam tadi, Ustaz Ahmad Awang, Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan beberapa ahli parlimen daripada Amanah; Azli Yusof, Suhaizan Kayat dan DAP, Syahredzen Johan. 
Kelihatan hadir juga bekas ahli parlimen Mahfuz Omar, Abdul Khalid Samad, ada sama Fuziah Salleh yang merupakan timbalan kepada Sallahuddin. Majlis itu atas inisiatif Yayasan Rahmah Malaysia.

Selain diadakan tahlil ringkas, majlis diisi dengan penayangan klik video mengenang Allahyarham serta pengkisahan mengenang Allahyarham yang disampaikan oleh tiga jemputan istimewa, Saifuddin Nasution Ismail sebagai rakan reformasi, Hannah Yeoh rakan kabinet  dan Ameer Ali Mydin individu pencetus dan menggerak program RAHMAH  bersama Allahyarham.

Antara jasa besar Sallahuddin dan menjadi legasinya ialah mewujudkan skim Rahmah, menyediakan keperluan asas khususnya makanan untuk rakyat dengan harga yang murah. Bantuan Rahmah yang kini diperluaskan kepada pelbagai kemudahan asas merupakan inesiatifnya bersama pengusaha rangkaian pasar raya Mydin itu

Ketika berucap mengenang Sallahuddin, Ameer Ali Mydin menceritakan bagaimana bersungguhnya Allahyarham untuk mewujudkan skim Rahmah bagi membantu rakyat. Di sini menunjukkan Allahyarham sangat prihatin dan peduli kepada kebajikan untuk rakyat. Kedudukannya sebagai menteri benar-benar dimanfatkan untuk kebajikan rakyat. Atas usaha itu kini semua rakyat dapat menikmati buah Rahmah itu.


Hannah Yeoh merupakan rakan baik Allahyarham ternyata begitu terkesan dengan kehilangan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu. Beberapa kali dia jadi sebak dan  mengesat mata takkala mengimbau mengenai Sallahuddin.
Menurut Hannah Yeoh ketika beliau diserang ekoran penerbitan sebuah buku yang menimbulkan kontroversi, Sallahuddin antara rakan kabinet pertama yang membelanya. Katanya kepercayaan Sallahuddin kepadanya dalam membela serangan itu sangat diingatinya.
“Apabila Sallahuddin ingin pertahankan buku saya itu, saya bertanya kepada beliau apakah sudah membaca buku saya. Jawab Sallahuddin saya tidak perlu baca sebab saya kenal you," cerita Hannah Yeoh mengisahkan saking rapatnya persahabatan mereka berdua. Saat inilah Menteri Belia dan Sukan itu terkedu sejenak. Baginya kehilangan Sallahuddin tidak akan ada gantinya. 
Saifuddin Nasution pula menceritakan sesuatu hal yang tidak pernah diketahui umum sebelum ini, dimana Allahyarham bersamanyalah menjadi perundingan ke arah kerjasama PH dengan BN sehingga tertubuhnya kerajaan Perpaduan. 
Cerita Saifuddin setelah PH tidak mencukupi jumlah untuk menubuhkan kerajaan, PH mencari jalan ke arah penubuhan kerajaan kerana sudah tidak betah lagi untuk jadi pembangkang selama lima tahun lagi. Maka beliau bersama Sallahuddin yang diberi tanggungjawab untuk berunding dengan BN untuk menubuh kerajaan bersama.

"Setelah (PH) sepakat bahawa tidak mahu lagi jadi pembangkang, maka Anwar arahkan agar berunding dengan BN atau mencari komponen lain bagi mencukupkan jumlah. Kerja berunding ini saya dan Sallahuddinlah diberikan tanggunjgawab," cerita Sallahuddin.

Dari pengkisahan Saifuddin itu jelas menunjukkan antara individu yang berperanan besar membawa terbentuknya kerajaan Perpaduan hari ini adalah dirinya dengan dibantu Sallahuddin. Saifuddin dalam menilai Allahyarham rakan baiknya itu, menyifatkan sebagai seorang yang cukup penyabar, prihatin, tidak tahu marah dan punya diplomasi yang tinggi.
Semantara moment terakhir sebelum berpisah buat selama-lamanya dengan Sallahuddin, ialah pertemuan disuatu hari dimana pada pertemuan itu mereka membicarakan soal kesihatan tanpa mendahulu topik rutin lain. “Pada pertemuan akhir itu kami bertanya khabar tentang kesihatan masing-masing, tanya jantung, darah dan sebagainya,” cerita Saifuddin sambil membekamkan kesebakannya. 
Saat penyangan klik video saya perasaan ramai yang terharu dan sedih menyaksikan video berdurasi tidak sampai 10 minit itu. Banyak mata yang termasuk habuk dengan tiba-tiba menyaksikan video nostalgik itu.
Dan saya sendiri sejak sebaik melangkah masuk ke dewan Kenanga tempat berlangsung majlis itu, seperti ternampak dan terasa yang sedang melayan dan bersalaman menyambut tetamu kemudian mengheret ke meja adalah Salahuddin. Berjurus-jurs saya teralpa bahawa beliau sudah tiada. Perasaan itu terhimbau begitu kerana setiap kali saya hadir di majlisnya, beliau sendirilah datang menyambut dan membawa ke kerusi. Itulah lagak Sallahuddin setiap kali saya ke majlisnya

Saya kira bukan saja saya terhimbau dengan situasi demikian, tetapi semua mereka yang akrab dengannya dapat merasai keadaan itu, betapa luhur akhlak dan peribadinya. 
Secara peribadi saya kalungkan terima kasih banyak kepada Yayasan Rahmah Malaysia, khasnya kepada Zulkefli Mohamad dan Bukhari Bachok serta setiap individu rakan sobat Allahyarham yang menjayakan majlis berkenaan. Dengan adanya majlis seperti itu, ia menjadi ruang pertemuan para sahabat dan rakan-rakan Allahyarham bagi dijadikan bukti dan kelangsungan ingatan kita buat Sallehuddin Ayub selama-lamanya. [wm.kl. 8:25 am 24/07/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/07/sallahuddin-adalah-perunding-penubuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 157 hits
freemalaysiatoday com19 Jul 2024Bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama di bawah Muafakat Nasional selepas PRU14 PETALING JAYA...
Kerajaan Perpaduan Sudah Jadi Kerajaan Pergaduhan Nenggiri Menanti Untuk Giliran Umno Pula Terima Kecaman

Kerajaan Perpaduan Sudah Jadi Kerajaan Pergaduhan Nenggiri Menanti Untuk Giliran Umno Pula Terima Kecaman

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 116 hits
Kerajaan yang terbentuk dan diketuai Anwar Ibrahim sekarang ini adalah kerajaan perpaduan Atas titah Yang di Pertuan Agong ketika itu kerajaan perpaduan dilihat sebagai usaha untuk menyatu padukan parti parti yang berbalah setelah tiada sat...
Tidak Selagi Ada Dap Hashim Ulas Gesaan Kerjasama Umno Pas Bawa Kerajaan Perpaduan

Tidak Selagi Ada Dap Hashim Ulas Gesaan Kerjasama Umno Pas Bawa Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com20 Jul 2024Hashim Jasin berkata kerjasama Umno PAS juga terhalang susulan penolakan Zahid Hamidi terhadap kepimpinan Hadi Awang Hashim Jasin berkata PAS tetap dengan pendirian menolak DAP berdasarkan keputusan Majlis Sy...
Tanpa Saya Umno Tak Jadi Kerajaan Melaka Jailani Ingatkan Akmal

Tanpa Saya Umno Tak Jadi Kerajaan Melaka Jailani Ingatkan Akmal

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 180 hits
Jailani Khamis berkata Akmal Saleh mungkin tidak jadi Adun Merlimau jika tiada PRN Melaka pada 2021 yang beliau salah seorang pencaturnya PETALING JAYA Adun Rembia Muhamad Jailani Khamis mengingatkan Umno yang menyerangnya kini selepas meny...
Usaha Kerajaan Terbaik

Usaha Kerajaan Terbaik

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 83 hits
dan telah menaikkan penarafan dari ke selepas 6 tahun Kalau dengar pembangkang sembang selalulah kita dengar mereka tuduh Tapi JPMorgan berpendapat sebaliknya Sebab apa Sebab JPMorgan Manakala pembangkang kita Mereka bukan faham pun hal hal...
Kerajaan Teliti Gubal Undang Undang Baharu

Kerajaan Teliti Gubal Undang Undang Baharu

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang undang baharu bagi menangani insiden buli siber Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata undang undang itu antara lain perlu menitikberatk...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal