Kerajaan Teliti Gubal Undang Undang Baharu




KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata undang-undang itu antara lain perlu menitikberatkan kepada perubahan medium komunikasi pada masa hadapan dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Beliau berkata ini antara perkara dibincang dalam Mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber yang dipengerusikan secara bersama oleh beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Digital Gobind Singh, semalam.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahmad Fadhli mengenai inisiatif kerajaan dalam menggubal undang-undang khusus melibatkan kerjasama rentas kementerian bagi menangani insiden buli siber pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Fahmi berkata antara undang-undang sedia ada terkait buli siber ialah Seksyen 503 dan 509 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang; serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
ni adalah antara contoh peruntukan sedia ada yang boleh diguna pakai bagi menangani kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan buli siber ini, bergantung kepada bentuk buli yang dilakukan,” katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan pempengaruh A Rajeswary, atau turut dikenali sebagai Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kondominium di Setapak pada 5 Julai, sehari selepas membuat laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.
Pemilik rumah kebajikan P. Shalini yang dikaitkan dengan kematian Esha, bagaimanapun hanya dijatuhi hukuman denda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa lepas, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun TikTok alphaquinnsha, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Dalam pada itu, Fahmi berkata selain isu buli siber, sebenarnya terdapat banyak lagi isu berkaitan platform media sosial, termasuk penipuan (scam) dan judi dalam talian, yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Kabinet berpendirian bahawa platform-platform ini tidak boleh cuci tangan.
“Jadi banyak perkara yang kita minta platform-plaform ini segera betulkan. Saya lihat ada keperluan mengambil tindakan lebih tegas, ini juga kita di pihak Kabinet kita meneliti dan insya-Allah kita akan mengambil tindakan lebih tegas,” katanya.
Sementara itu, Fahmi turut memohon bantuan ahli Parlimen untuk memastikan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial, selaras syarat semua platform media sosial yang juga tidak membenarkan golongan tersebut berbuat demikian.
“Malangnya, platform-platform ini sendiri culas untuk membuat pengesahan tentang umur pemilik akaun yang dimaksudkan.
“Jadi saya minta bantuan ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita sama-sama pastikan Internet kita bukan sahaja lebih laju lebih meluas, tetapi juga lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga kita,” katanya.


Source link
The post Kerajaan teliti gubal undang-undang baharu appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/kerajaan-teliti-gubal-undang-undang-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Tindakan Undang Undang Kontraktor Gagal Siapkan Menara Telekomunikasi Teo

Kerajaan Pertimbang Tindakan Undang Undang Kontraktor Gagal Siapkan Menara Telekomunikasi Teo

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 159 hits
Kerajaan pertimbang untuk mengenakan tindakan undang undang terhadap pihak kontraktor yang gagal menyiapkan menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ini susulan prestasi k...
Cak Imin Tegaskan Fokus Pansus Angket Haji Soal Visa Yang Tidak Sesuai Undang Undang

Cak Imin Tegaskan Fokus Pansus Angket Haji Soal Visa Yang Tidak Sesuai Undang Undang

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 125 hits
Cak Imin menyatakan pansus sudah dapat menggelar rapat karena izinnya telah diiteken pimpinan Dewan
Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan gejala buli siber yang semakin kronik pempengaruh media sosial dan pelakon Mek Yun berharap akta baharu membabitkan tindakan pelaku kacau ganggu dalam media sosial dapat digubal serta segera diwartakan Ujar Mek ...
Kenakan Tindakan Undang Undang Terhadap Mp Yang Ketuai Acara Qunut Nazilah

Kenakan Tindakan Undang Undang Terhadap Mp Yang Ketuai Acara Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 135 hits
Zulkatnain Abidin1 Pernah aku sebut sebelum ini tok imam Pas yang baca qunut nazilah dalam solat walaupun dia sebut untuk membela Palestin hakikatnya niat tok imam Pas tu untuk musuh politik parti itu 2 Buktinya ialah kejadian seorang ahli ...
Rang Undang Undang Ruu 355

Rang Undang Undang Ruu 355

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 252 hits
Ahmad NorazlanHarapannya Anwar tidak asyik menangguh pembentangan RUU 355 berkali kali seperti Hadi dalam kerajaan dahulu
Jokowi Undang Presiden Mbz Kunjungi Indonesia

Jokowi Undang Presiden Mbz Kunjungi Indonesia

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 83 hits
Jokowi berharap Presiden MBZ dapat berkunjung ke Indonesia pada bulan September 2024
Jaksa Kpk Banding Vonis 10 Tahun Penjara Syahrul Yasin Limpo Johanis Tanak Hak Dijamin Undang Undang

Jaksa Kpk Banding Vonis 10 Tahun Penjara Syahrul Yasin Limpo Johanis Tanak Hak Dijamin Undang Undang

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 158 hits
KPK menegaskan tidak ada yang bisa melarang pihak untuk mengajukan banding atas putusan majelis hakim dalam suatu persidangan khususnya tindak pidana korupsi
Penakut Muhyiddin Ni Sampaikan Tutup Parlimen Taki Menteri Undang Undang Pun Sama

Penakut Muhyiddin Ni Sampaikan Tutup Parlimen Taki Menteri Undang Undang Pun Sama

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 179 hits
Mahkamah Persekutuan pada Rabu membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pa...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jika Pasangan Anda Di Spektrum Autisme

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Aplikasi Teknologi Geofizik Dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Kuih Buah Tanjung Kelantan

Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara

Perbezaan Antara Heavy Cream Dan Cooking Cream Panduan Terperinci