Salib Di Grace Residents Pemaju Kata Test Lampu Bentuk Asal Adalah Wang Dan Bukannya Salib


Kerajaan negeri akhirnya buka mulut berkaitan isu bangunan kediaman di Jeluntong yang didakwa memaparkan lampu berlambangkan salib yang kecoh pada minggu lepas.

Isu itu pada awalnya menjadi tular di sosmed apabila beberapa gambar bangunan itu disebarkan dan menyebabkan netizens berasa marah. Ia turut mendapat perhatian daripada Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.


Mufti Penang itu berkata pihak berkuasa negeri perlu segera mengarahkan pihak pemaju projek berkenaan untuk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib.

Selain itu, Wan Salim juga mahu pihak berkuasa menyelidik terlebih dahulu adakah kejadian itu sengaja dilakukan atau hanya secara kebetulan sahaja.

"Saya dengan penuh harapan meminta kerajaan negeri menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri Satu dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan seberapa segera perlu mengarahkan pihak pemaju mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan tersebut supaya tidak kelihatan seperti lambang salib yang tidak disenangi pihak tertentu.

"Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha mempromosi atau menyebarkan agama lain dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam," katanya menerusi akaun Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, hari pada sabtu.

Kerajaan negeri melalui Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow dipetik sebagai berkata, pemaju sebenarnya sedang menguji fasiliti bangunan tersebut termasuklah sistem pencahayaannya.


Bagaimanapun jawapan itu nampaknya tidak dipercayai oleh rata-rata netizens yang mengikuti perkembangan kes itu.

Pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Wong semalam membuat post bagi mengulas isu lampu salib itu dan reaksi warganet rata-ratanya bersetuju dengan pandangan pendakwah itu dan membayangkan Kerajaan Penang sedang melakukan penipuan.

"Sama ada saya setuju dengan sekumpulan masyarakat yang kurang senang dengan pancaran cahaya berbentuk salib, itu isu lain yang saya tak ulas. Cuma saya tertarik dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkata;

“...the developer is currently testing the facilities, including the lighting system.”

Saya mungkin boleh bersetuju bahawa pemaju mungkin sedang testing kemudahan di situ termasuklah lampu tetapi apakah kemungkinan testing akan menghasilkan satu bentuk yang jelas seperti salib?

Ataupun ianya memang sengaja mahu TEST tetapi TEST WATER apa reaksi masyarakat? Andai masyarakat tiada respon, akan dibuat lagi atau bila masyarakat memberikan reaksi maka alasan lain diberikan?

Saya takut salib ke tidak? Errr saya tak takut salib kerana menurut Bible orang yang mati di kayu salib adalah orang yang terkutuk;

“Maka janganlah mayatnya dibiarkan semalaman pada tiang itu, tetapi haruslah engkau menguburkan dia pada hari itu juga, sebab seorang yang digantung TERKUTUK oleh Tuhan; janganlah engkau menajiskan tanah yang diberikan Tuhan kepadamu menjadi milik pusakamu." (Ulangan 21:23)

"Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk kerana kita, sebab ada tertulis: "TERKUTUKLAH orang yang digantung pada kayu salib!"(Galatia 3:13)

Tiada salahpun jikalau Nova Mulia adalah Religious developer yang berpaksikan nilainya kepada ajaran Kristian tetapi kenyataan KM Pulau Pinang bahawa mereka hanya menguji kemudahan itu sangat meragukan. Pemaju “test facilities” atau “test water” ya? Hmmmm," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

REAKSI NETIZENS;



Sebelum ini beberapa pihak yang mendakwa mewakili NGO telah mengadakan demo di hadapan bangunan kediaman yang dikenali sebagai GRACE RESIDENTS itu dan selepas itu lampu berbentuk salib tidak lagi kelihatan selepas ianya menjadi sensasi di internet.

Kumpulan yang mengadakan demo itu mendakwa bangunan kediaman tidak boleh mempunyai apa-apa lambang berbentuk keagamaan dan ini termasuklah salib.

Bagaimanapun jurucakap pemaju menafikan lampu di bangunan tersebut memang disengajakan berbentuk salib.


Menjawab kepada media, Nova Mulia Sdn Bhd berkata, lampu itu sebenarnya berlambangkan 'wang' dan bukannya 'cross'.

"Jika semua lampu di tingkat atas dan tempat letak kenderaan dipasangkan, huruf cina (mandarin) 'wang' (王), yang membawa maksud maharaja ataupun raja akan terpapar," katanya.  - 14 Januari 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/01/salib-di-grace-residents-pemaju-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pangsapuri Lambang Salib Pemaju Tidak Berniat Buruk Kata Km P Pinang

Pangsapuri Lambang Salib Pemaju Tidak Berniat Buruk Kata Km P Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 429 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung sebuah projek perumahan di Jelutong yang didakwa memaparkan lambang salib dengan menggunakan lampu Ketua Menteri Chow Kon Yeow b...
Calon Ph Kata Gambar Agih Wang Itu Bukan Isu Besar Bayangkan Gambar Itu Dari Bn Hancing Viral

Calon Ph Kata Gambar Agih Wang Itu Bukan Isu Besar Bayangkan Gambar Itu Dari Bn Hancing Viral

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 551 hits
Bila kena batang hidung mulalah buat skrip drama pusing dan cakap macam tak bersalah Calon PH M Manogaran berkata isu penularan gambar penyokong kerajaan mengagihkan wang beberapa hari lalu bukanlah masalah yang besar kecuali ia diberikan s...
Sehina Hina Umno Adalah Lebih Baik Daripada Ph Kata Tokmat

Sehina Hina Umno Adalah Lebih Baik Daripada Ph Kata Tokmat

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 403 hits
Suara Tanpa Sempadan SHAH ALAM UMNO tetap lebih baik daripada Pakatan Harapan sungguhpun parti itu menerima cacian hebat sejak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan kerajaan ...
Cahaya Bangunan Tak Lagi Papar Lambang Salib Kata Ketua Menteri

Cahaya Bangunan Tak Lagi Papar Lambang Salib Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 365 hits
Chow menjelaskan pihaknya masih menunggu laporan daripada Setiausaha Negeri Farizan Darus berhubung isu itu
Lspx S1 Glass Sound Speaker Adalah Gabungan Pembesar Suara Dan Lampu Led Pintar Dari Sony

Lspx S1 Glass Sound Speaker Adalah Gabungan Pembesar Suara Dan Lampu Led Pintar Dari Sony

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 221 hits
Pada acara CES 2019 Sony telah memperlihatkan satu produk peranti berhubung baru ia adalah gabungan lampu dan pembesar suara pintar Produk ini adalah LSPX S1 Glass Sound Speaker LSPX S1 Glass Sound Speaker secara keseluruhan kelihatan seper...
Kami Nak Buat Ong Bukan Salib Pemaju Akhirnya Tampil Jelaskan Isu Sebenar

Kami Nak Buat Ong Bukan Salib Pemaju Akhirnya Tampil Jelaskan Isu Sebenar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 433 hits
Bangunan Grace Residence di Jelutong Pulau Pinang sepatutnya sepatutnya menunjukkan abjad Cina bermaksud wang atau ong kata pemaju Jurucakap Nova Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan oleh kerana gambar diambil ketika bangunan itu masih bel...
Asal Usul Salib Umat Kristian

Asal Usul Salib Umat Kristian

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 2281 hits
Salib atau palang salib adalah lambang agama Kristian yang didirikan di bumbung gereja atau digantung pada leher penganut Kristian menjadi identiti agama Kristian sejak sekian lama Lambang ini juga terdapat pada lambang Persatuan Palang Mer...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya