Sales Pertama Paling Susah Nak Dapat Tetapi Ia Paling Penting Kenapa


Membina kerjaya dalam bidang jualan, merupakan suatu perjalanan yang cukup menakjubkan.
 
Kerjaya dalam bidang jualan ini ada banyak peluang untuk berkembang, dan jika dilakukan dengan betul, potensi untuk anda menikmati pendapatan yang lumayan boleh jadi lebih cepat berbanding kerja makan gaji.
 
Posting ini bukan berniat untuk membanding-bandingkan antara kerja makan gaji dengan berbisnes.

Kita pun sedia maklum, masing-masing ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.
 
Apa yang kita nak bincangkan disini, adalah mengenai kepentingan menghasilkan jualan pertama, apabila menjalankan perniagaan.
 
Memang telah menjadi lumrah dalam berniaga.
 
Pendapatan kita sangat berkait rapat dengan kejayaan dan kebolehan kita melakukan aktiviti jualan.
 
Keupayaan kita untuk hasilkan jualan adalah merupakan nadi bagi perniagaan kita.

 
Melalui jualan yang terhasil, maka dari situ barulah kita ada keuntungan yang seterusnya menyumbang kepada pendapatan.
 
Ada masanya, kita boleh dapat banyak untung, ada masanya keuntungan kita tak seberapa, dan ada juga hari-hari tertentu, kita terpaksa buat jualan dengan menanggung sedikit kerugian bagi mengelakkan berlaku sebarang kerugian yang lagi besar daripada yang sedang dihadapi sekarang.
 
Kalau dalam istilah trading, kita panggil ia sebagai cut-loss.

Konsep dia lebih kurang begini.
 
Lebih baik jual stok produk yang ada dalam simpanan kita dengan sedikit kerugian sekarang, berbanding terus simpan dan menanggung kerugian yang lebih besar dikemudian hari.
 
Kita juga perlu ingat, produk yang disimpan terlalu lama, juga berisiko untuk alami keadaan seperti
i. Produk akan sampai tarikh luput
ii. Produk tersebut jadi tak relevan / ketinggalan
iii. Produk tersebut rosak
 
Dalam situasi ini, sama ada kita jual sekarang dengan menanggung sedikit kerugian, atau terus simpan dengan harapan akan ada orang nak beli dimasa akan datang. Kedua-dua pilihan yang ada tetap menyebabkan kerugian.
 
Bezanya sama ada, kita nak tanggung kerugian yang kecil pada hari ini, ataupun kita sanggup hadapi kerugian yang lebih besar dimasa akan datang.
 
Ada tak bisnes yang sentiasa untung? Pada pandangan saya, bisnes sedemikian tak wujud.
 
Melainkan kalau ada mana-mana pihak yang memegang kuasa, telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk campur tangan dalam urusan perniagaan.
 
Individu tersebut menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjadikan perniagaan tersebut sebagai perniagaan berbentuk monopoli, dan membuat sekatan serta halangan supaya peniaga lain tak boleh jual produk yang sama.
 
Dalam negara, hanya syarikat tersebut sahaja yang mempunyai hak dan kebenaran untuk menjalankan bisnes tersebut.
 
Orang lain, atau syarikat lain, tak boleh buat bisnes yang sama.
 
Bisnes dengan pendekatan monopoli seumpama itu hanya menguntungkan satu pihak sahaja.
 
Manakala dipihak yang lain, terutamanya pengguna terpaksa terima sahaja harga yang ditetapkan oleh peniaga kerana tiada pilihan lain.
 
Kalau harga terlalu mahal? Pengguna terpaksa akur.
Kalau produk langsung tak ada kualiti? Pengguna juga terpaksa akur.
 
Kepentingan menghasilkan jualan yang pertama Sebelum kita bercerita tentang membuat jualan berjuta-juta ringgit, atau mungkin ribuan ringgit, sudah tentu kita perlu bermula dengan jualan yang pertama terlebih dahulu.
 
Tanyalah kepada mana-mana individu yang terlibat dalam bidang jualan.
 
Lazimnya, mereka mempunyai tanggapan yang sama dalam bidang jualan.
 
Walau seberapa yakin seseorang itu, jauh di sudut hati ada rasa ragu-ragu terhadap produk ataupun perkhidmatan yang ingin dijual.
 
Perasaan ragu ini, akan dapat dipecahkan apabila dia berjaya hasilkan jualan yang pertama.

Jualan yang pertama inilah, yang akan membina keyakinan untuk membantu kita menghasilkan jualan yang kedua dan seterusnya.
 
Persoalannya ialah, berapa lama masa yang diperlukan untuk seseorang itu berjaya hasilkan jualan yang pertama, sebaik sahaja dia buat keputusan untuk memulakan perniagaan tersebut?
 
Katakanlah, hari ini anda buat keputusan untuk memulakan karier dalam bidang jualan. Tak kiralah sama ada anda ingin menjadi seorang
1. Ejen hartanah
2. Ejen takaful / Insurans
3. Ejen pelaburan unit trust
4. Ejen pelaburan emas
5. Ejen bisnes network marketing
 
Atau apa-apa kerjaya yang memerlukan anda untuk membuat jualan.
 
Anda perlu pantau, berapa lama masa yang diperlukan untuk anda berjaya memperolehi sales yang pertama.
 
Untuk survive dalam bidang jualan, pada pandangan saya, seseorang itu perlukan kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam dua bidang.
 
Pertama, bidang pemasaran.
Kedua, bidang jualan.
 
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik dalam dua bidang ini, In Shaa Allah anda juga boleh pergi jauh dan hasilkan jualan yang besar satu masa nanti.
 
Kedua-dua bidang ini boleh dipelajari dan dikuasai, asalkan anda sanggup meluangkan masa dan menaruh minat yang mendalam untuk belajar.
 
Pendekatan untuk menghasilkan jualan yang pertama Bagaimana cara untuk hasilkan jualan?
 
Sesetengah orang, seboleh-bolehnya tak nak masuk dalam bidang jualan, kerana dia merasakan bidang ini terlalu sukar.
 
Kalau ada iklan tawaran kerja, dia akan periksa terlebih dahulu, adakah salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dilakukan adalah membuat jualan?
 
Ataupun, skop kerja tersebut hanya perlu fokus terhadap aspek pengurusan semata-mata.
 
Betul ke bidang jualan ini susah? Adakah bidang jualan ini memang betul-betul susah, atau sebenarnya kita yang tak tahu, dan tak pernah cuba untuk belajar teknik menjual yang betul?
 
Pada pendapat saya, bidang jualan ini sebenarnya tidaklah begitu susah. Kita cuma perlukan seorang guru atau jurulatih yang dapat mengajar kita, cara yang betul untuk membuat jualan.
 
Saya percaya, kalau kita diberi peluang untuk pelajari teknik dan strategi menjual yang betul, saya yakin sesiapa sahaja boleh membuat jualan.
 
Lagi-lagi zaman sekarang ini. Dengan adanya teknologi, sebenarnya kaedah dan cara menjual itu sendiri sudah semakin banyak cara.
 
Bila kita nak buat jualan, tak semestinya kita kena buka gerai jualan, atau kedai, baru boleh buat jualan. Sebenarnya ada banyak lagi kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan jualan.
 
Kalau kita buat senaraian, antaranya
1. Buat jualan menerusi panggilan telefon
2. Jualan melalui kempen pemasaran emel
3. Jualan melalui penulisan artikel atau advertorial
4. Jualan melalui iklan radio
5. Jualan melalui iklan berbentuk video
6. Jualan melalui acara pameran atau ekspo
7. Jualan menerusi platform e-commerce atau online marketplace
 
Sebenarnya memang ada pelbagai cara atau pendekatan yang boleh diambil bagi tujuan menghasilkan jualan.
 
Individu yang lebih senior dalam bidang jualan ini, sebenarnya kerap kali berkongsi tips bagaimana cara untuk membuat jualan. Cuma terpulang pada kita, sama ada nak ikuti tips tersebut ataupun tidak.
 
Jom kita bincangkan, apakah perkara yang perlu kita lakukan bagi tujuan menghasilkan jualan.
 
(1) Buat kajian pasaran
Kajian pasaran ini kita lakukan bagi memahami apakah keperluan dan kehendak pasaran.
 
Bakal pelanggan kita ini, sebenarnya mereka nak apa?
 
Kajian pasaran ini akan memberi jawapan bagi persoalan tersebut.
 
(2) Cipta Unique Selling Proposition (USP)
USP ini adalah satu cogankata atau manifesto yang memberikan gambaran kepada bakal pelanggan, kenapa kita ini merupakan pilihan yang paling tepat dan bukannya pesaing mahupun penjual lain.
 
Besar kemungkinan, apabila kita menceburi bidang jualan, diluar sana sudah ada banyak orang lain yang turut menjual produk atau perkhidmatan yang sama, seperti yang kita jual.
 
Kalau sistem ejen misalnya.
Kita andaikan yang anda menjual produk perlindungan Takaful.
 
Diluar sana, ada banyak ejen lain dari syarikat Takaful yang sama seperti anda.
Diluar sana juga, ada banyak ejen dari syarikat Takaful lain, yang menjual pelan yang lebih kurang sama dengan anda.
 
Jadi apa yang membuatkan anda lebih istimewa berbanding orang lain?
 
(3) Perkemaskan skrip jualan
Bagaimana cara untuk memastikan kita mampu untuk bercakap dengan lancar dan penuh yakin apabila berhadapan dengan bakal pelanggan?
 
Jawapannya adalah dengan membuat latihan bercakap dan membuat persembahan jualan (sales presentation) secara berulang-ulang kali.
 
Kalau anda sangkakan setiap orang yang bekerja dalam bidang jualan tu, bercakap secara spontan, sebenarnya anda silap.
 
Besar kemungkinan mereka ini sebenarnya mempunyai skrip dan ayat-ayat jualan yang telah dikarang dan dilatih untuk cakap secara ulang-ulang kali hingga betul-betul mahir.
 
Sudah tentu, bagi mereka yang sudah berpengalaman, mereka ini berupaya untuk membuat persembahan jualan secara spontan.
 
Tapi kalau kita masih baru, sepatutnya sebelum kita mula bercerita tentang produk atau servis yang bakal kita jual, adalah lebih baik untuk kita bersedia dengan skrip jualan terlebih dahulu.
 
Kita andaikan yang kita jual produk minyak wangi misalnya.
 
Bila kita jual secara berdepan, misalnya melalui kiosk, biasanya kita akan berkomunikasi dengan prospek.
 
Katakanlah, ada prospek yang bertanya,
“… minyak wangi ni baunya boleh bertahan berapa lama?”
 
Apa yang anda akan jawab?
 
Jawapan seperti tak pasti, tak tahu, itu semua menunjukkan yang anda juga tak ada pengetahuan yang baik tentang produk yang dijual.
 
(4) Bina hubungan dan kepercayaan
Jualan sebenarnya terhasil apabila rasa percaya itu terbina.
 
Prospek perlu dapat melihat anda sebagai individu yang boleh dipercayai.
 
Kebanyakkan orang tahu, motivasi bagi seorang jurujual ini sebenarnya adalah untuk menjana keuntungan dari transaksi yang bakal dijalankan.
 
Sebagai bakal pembeli, kita mahu jurujual yang mampu berikan khidmat yang baik dan mampu untuk mengesyorkan produk yang betul-betul menepati keperluan kita.
 
Bukan jurujual yang mengejar sales target atau komisen semata-mata.
 
(5) Menjawab penolakkan dan pertanyaan dengan yakin
Dalam bidang jualan, penolakkan atau rejection ini adalah sesuatu yang biasa. Ia bukanlah bersifat peribadi (personal) apabila prospek menolak untuk membeli produk kita.
 
Ada kalanya, ia bukannya sebab prospek tak suka dengan kita, atau ada masalah dengan kita. Sebaliknya sebab mereka memang tak perlu dan tak mahukan produk yang kita jual tersebut.
 
Kalau kena reject sekalipun, anggap ia perkara biasa, dan move on sahaja kepada usaha jualan yang seterusnya.
 
Kali pertama kena reject dengan customer mungkin ia sangat memberi kesan. Tapi kalau biasa kena reject lama-kelamaan ia menjadi suatu yang biasa.
 
(6) Manfaatkan rujukan
Bagi setiap pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan, sebenarnya kita boleh bertanya kepada mereka jika mereka sudi untuk mengesyorkan bisnes kita kepada kenalan mereka.
 
Sama ada dengan berikan imbuhan ataupun tanpa imbuhan.
 
Saya faham setiap orang mempunyai pendekatan, gaya mahupun style yang berbeza dalam usaha membuat jualan.
 
Pendekatan tersebut mungkin sama dengan apa yang kita bincangkan disini, dan boleh jadi juga ianya berbeza sama sekali.
 
Realitinya, bukan semua orang ada semangat dan kekuatan untuk cari makan dalam bidang perniagaan.
 
Setengah orang, dia cuma berpura-pura sukakan kehidupan sebagai ahli perniagaan. Tetapi, bila kita katakan, dalam bidang ni kena tahu macam mana nak buat jualan, terus dia kata
“Aku tak minat la nak cari-cari orang ni…”
 
 
Nampaknya dia bukannya sukakan kehidupan sebagai ahli perniagaan, tetapi cuma sukakan kehidupan yang dilalui oleh ahli perniagaan yang telah pun berjaya.
 
Susah senang, cabaran dan rintangan yang perlu dilalui langkah demi langkah untuk menuju ke puncak kejayaan… itu dia tak mau tau. Yang dia betul-betul suka ialah “apa yang dia bakal dapat selepas dia berjaya, sama ada rumah besar, kereta mewah, wang yang banyak, isteri cantik dan sebagainya.”

Setiap produk ada kaedah dan tekniknya yang tersendiri untuk kita dapatkan jualan.
 
Cara nak jual produk kecantikkan dan juga produk kosmetik adalah berbeza berbanding apabila kita nak jual peralatan senaman.
 
Tapi anda perasan tak, matlamat yang ingin dicapai oleh pengguna bagi kedua-dua produk ini sebenarnya ada yang sama.
 
Kenapa orang beli produk kosmetik? … dan kenapa pula orang beli peralatan senaman?
Boleh jadi ada beberapa sebab, antaranya
1. Untuk kelihatan cantik
2. Untuk meningkatkan keyakinan diri
3. Untuk mendapatkan mood yang baik
 
Sebab-sebab yang sama, kita juga boleh gunakan untuk menjual peralatan senaman.
 
Menarik, bukan?
 
Untuk produk yang baru dilancarkan, yang sebelum ini tak pernah lagi wujud dipasaran, kadang-kadang kita sendiri pun tak tau, macam mana sebenarnya cara TERBAIK dan yang paling cost effective untuk dapatkan jualan.
 
Adakah cukup sekadar kita beriklan di media sosial?

Saya boleh katakan, iklankan atau bercerita di media sosial adalah satu langkah yang baik.
 
Ia lebih baik dilakukan, daripada langsung tak buat apa-apa.
Namun, kita tak seharusnya bergantung sepenuhnya pada kaedah itu semata-mata.
 
Bila kita bercerita mengenai segmen jualan dan promosi secara online, sebenarnya ada banyak lagi pendekatan dan kaedah iaitu
1. Kempen promosi melalui blogging
2. Promosi melalui penggunaan video Youtube dan Tiktok
3. Promosi menggunakan kempen pemasaran emel
4. Buat jualan melalui online marketplace seperti Shopee, Lazada atau PG Mall.
 
Bilakah masa yang PALING SESUAI untuk buat jualan?
Soalan ni pernah di highlight dalam salah satu buku tulisan Brian Tracy, berjudul The Psychology of Selling.

Menurut beliau, jawapan untuk soalan, bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan jualan ialah
“Ketika anda berjaya melakukan jualan yang pertama!”
 
KENAPA?
Apa rasionalnya?
 
Ketika kita berjaya menghasilkan jualan yang pertama, masa itu kita masih lagi bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi. Kita berada dalam keadaan nak buat jualan lagi, lagi dan lagi.
 
Perasaan yang sama yang saya rasakan especially bila dapat komisyen untuk produk-produk yang pernah saya promosikan. Dia punya semangat, kalau setakat nak buat lagi 3 atau 4 artikel promosi pada hari yang sama pun tak ada masalah.
 
Tetapi, kalau hari-hari lain, yang mana pada hari tersebut, tak ada sebarang jualan yang saya berjaya hasilkan, memang saya rasa agak lemau nak buat artikel promosi.
 
Bidang jualan bukan untuk semua? Setengah orang, dia tak berapa selesa dengan kerja-kerja menjual. Dia rasa, seolah-olah duit yang dia dapat daripada keuntungan jualan tu macam duit yang tak berapa bersih.
 
Lebih-lebih lagi, bila kita menjual ni, biasanya kita akan ceritakan semua yang baik-baik tentang produk yang kita promosikan.
 
Tak pernah, atau memang jaranglah kita akan ceritakan apa yang lemah dan apa yang kurang tentang produk kita. Maka, atas sebab ini, dia rasakan karier sebagai ejen jualan ni sebagai satu pekerjaan yang hipokrit dan hanya sesuai untuk orang-orang yang hipokrit semata-mata.
 
Saya pun pernah ada tanggapan yang sama, sewaktu awal-awal dulu saya terlibat dalam bidang jualan. Pada masa itu, saya berkenalan dengan “cikgu jualan” yang menggunakan kaedah pemasaran yang agak… meragukan.
 
Kalau setakat nak guna ayat promosi yang penuh dengan ciri-ciri hype, over promised, testimoni pun palsu, itu perkara yang normal bagi dirinya. Asalkan, boleh buat jualan.
 
Sebenarnya, cara atau pendekatan jualan setiap orang ini memang tak sama antara satu sama lain. Memang ada orang yang lebih suka untuk cerita hal yang baik-baik sahaja mengenai produk yang dijual.
 
Tapi ada juga orang yang akan cerita kelebihan dan juga kekurangan produk yang dijual.
 
Kalau ada bakal pelanggan yang bertanya, apa kekurangan produk yang dipromosikan, biasanya seorang jurujual itu tak ada masalah pun nak ceritakan, apa kekurangan produk tersebut.
 
Produk dekat pasaran ini, biasanya kalau kita nak cari yang berkualiti tinggi, harganya juga lebih mahal.
 
Bagi pelanggan pula, kebiasaannya dia mempunyai bajet tertentu, sebelum buat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Kalau barang tersebut menepati bajet (atau kemampuan) yang dia mampu sediakan, maka dia akan beli barangan tersebut.
 
Kadang-kadang bajet yang pelanggan mampu keluarkan, tak sepadan dengan kualiti produk yang dia mahukan. Jadi jurujual akan cadangkan produk yang menepati bajet bakal pelanggan tersebut.
 
Sebagai contoh, ada pelanggan yang nak beli televisyen jenis Android TV atau smart TV.
 
Tapi bajet yang dia ada hanya boleh beli TV jenis LED. Kalau dalam situasi seperti ini, apa cadangan yang boleh kita berikan?
 
Andai kata dia memang tak boleh tambah duit, mungkin kita boleh cadangkan dia untuk beli LED TV kemudian beli juga android box.
 
Kemudian dari situ, barulah penerangan yang seterusnya akan dilakukan. Sama ada bakal pelanggan tersebut akan setuju dengan cadangan tersebut atau pilih produk lain yang lebih mahal, memandangkan kualiti yang bakal diperolehi adalah lebih baik, itu semua terpulang pada individu tersebut.
 
Saya suka untuk melihat, aktiviti jualan itu sebagai satu peluang untuk kita membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan kita.
 
Dengan kita menawarkan sesuatu perkhidmatan atau produk, kita sebenarnya telahpun menjadi pemudah cara yang membantu menyelesaikan masalah mereka.
 
Keuntungan itu akan datang bersama, apabila kita fokus untuk bantu menyelesaikan masalah orang lain.
 
Bukankah sudut pandang seperti ini lebih baik, berbanding apabila kita hanya memfokuskan soal duit semata-mata?
 
Apa pun, jadikan sales yang pertama itu sebagai satu batu loncatan untuk anda terus maju ke depan. Buat lagi banyak jualan dan teruskan menjual.
 
Ingat bagaimana perasaannya.
Ingat bagaimana step step nya.
Ingat bagaimana energi yang dibawa bersamanya.
… dan ulang semula proses yang sama untuk dapatkan jualan yang seterusnya.
 
Apa yang kita boleh pelajari dari jualan pertama kita Jualan yang pertama yang kita berjaya hasilkan, banyak memberi pengajaran berguna kepada kita.
 
(1) Belajar erti kesabaran Antara pengajaran penting ialah kita dapat belajar untuk menjadi seorang yang gigih, tabah dan mempunyai daya kesabaran yang tinggi.
 
Bila bercakap mengenai kesabaran yang tinggi ini, ia bukan semata-mata kita duduk diam sambil menenangkan dan memujuk hati.
 
“Sabarlah… Mungkin belum rezeki kita… Esok lusa dapatlah jualan tu…”
 
Itu konsep bersabar yang silap.
 
Konsep bersabar yang betul adalah, kita tetap meneruskan aktiviti dan usaha membuat jualan seperti biasa, walaupun kelihatan seperti ia tak memberikan sebarang hasil.
 
Sebenarnya, bukanlah usaha jualan kita itu tak berhasil. Adakalanya, ia memerlukan masa.
 
Kita lihat dari sudut pandang bakal pelanggan.
 
Kali pertama dia mengetahui tentang sesuatu produk, dia tidak akan terus membuat keputusan untuk membeli.
 
Sebaliknya, dia akan membuat penilaian terlebih dahulu. Dia akan mempertimbangkan baik atau buruk, kelebihan dan kekurangan produk, sebelum dia betul-betul yakin yang produk tersebut berguna untuk dirinya.
 
Setelah dia yakin pada produk, dia juga perlu yakin dan percaya pada individu yang mula-mula sekali menawarkan produk tersebut kepada dirinya.
 
Dia nak tahu, adakah penjual tersebut jujur atau tidak?
Adakah harga yang diminta itu masuk akal?
Adakah terdapat penjual lain yang jual produk yang sama dan boleh berikan harga yang lebih murah?
Andai kata ada penjual lain yang boleh bagi harga murah, apa yang membuatkan anda lebih baik berbanding penjual tersebut?
 
Semua ini memerlukan masa

Kalaulah anda faham, dan cuba melihat perkara ini dari perspektif pelanggan pula, maka anda akan nampak, yang semua ini adalah merupakan satu proses yang memerlukan masa.
 
Sebab itu lah sebagai seorang jurujual, dia perlu menyusun strategi supaya mesej jualan yang ingin disampaikan itu dapat sampai kepada golongan yang disasarkan.
 
Kemudian prospek akan memerlukan masa untuk bertindak balas, sama ada ingin terus membeli, menangguhkan dulu, atau tak beli langsung.
 
Sebagai jurujual, kita boleh memberi tekanan dan pengaruh terhadap proses decision making yang bakal dilakukan oleh bakal pelanggan, dengan meletakkan syarat berikut
1. Promosi 10 pembeli terawal akan menerima hadiah
2. Promosi potongan harga sebanyak 30% sehingga hujung bulan
3. Promosi potongan harga buat pembeli kali pertama
 
Namun promosi-promosi seperti ini, bukanlah datang tanpa sebarang kos.
 
Jika tak dilakukan dengan berhati-hati, pelanggan akan membeli hanya sebab adanya promosi diskaun semata-mata. Jika tiada diskaun, maka mereka tidak lagi berminat untuk membuat pembelian ulangan.
 
Bila kita berada cukup lama dalam bidang jualan ini, sampai satu masa kita akan merasakan bahawa bidang ini tak terlalu sukar.
 
Ada hari tertentu yang kita akan rasakan cukup mudah untuk buat jualan.
Itu tandanya kita semakin mahir dalam bidang ini.
 
(2) Belajar memahami keperluan dan kehendak pelanggan Kita mungkin tak mampu untuk membaca fikiran orang lain. Tapi kita boleh membaca, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh pengguna, apabila kita melihat ia dari sudut pandang pasaran.
 
Kita ambil contoh begini. Katakanlah, kita menjual penyaman udara.
 
Apabila kita menjual produk penyaman udara ini, kita perlu tahu apakah keperluan dan kemahuan pasaran pengguna untuk produk penyaman udara ini dan apakah perkara yang menjadi faktor kenapa mereka buat keputusan untuk membeli unit penyaman udara.
 
Kita boleh buat senaraian, misalnya
1. Model yang cepat sejuk
2. Jimat penggunaan elektrik
3. Boleh dikawal menggunakan applikasi smartphone
4. Boleh off secara automatik jika tiada siapa
5. Harga yang menjimatkan
6. Ketahanan yang bagus
 
Bagaimana kita boleh mengetahui, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh golongan yang kita sasarkan?
 
Caranya adalah dengan banyak mendengar dan bertanya sendiri kepada bakal pelanggan, apakah sebenarnya yang mereka perlukan.
 
Kadang-kadang, kalau kita cukup peka, mereka ini sendiri yang akan suarakan hasrat dan permintaan mereka.
 
Contohnya, kalau dalam situasi bisnes yang mempunyai premis perniagaan.
 
Jurujual boleh bertanya kepada pelanggan yang masuk,
“Encik perlukan produk yang bagaimana?”
 
Biarkan pelanggan bercakap.
Soal sama ada wujud ataupun tidak produk yang menepati ciri yang dia mahukan, itu perkara kedua.
 
(3) Belajar ilmu penyelesaian masalah (problem solving skills) Adakalanya, pelanggan yang datang adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah tertentu, dan mereka perlukan penyelesaian.
 
Mereka ini meletakkan prioriti untuk menyelesaikan masalah mereka, kemudian barulah akan menilai apakah produknya.
 
Pelanggan datang dengan membawa masalah yang dihadapi.
 
Anda pula, yang bakal berhadapan dengan pelanggan ini, perlu melayan mereka dengan memberikan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.
 
Semakin anda jelas dengan masalah yang dia sedang hadapi, semakin tinggi kebarangkalian untuk prospek tersebut membeli barangan yang anda cadangkan.
 
Kesimpulan Dalam dunia jualan, kejayaan menghasilkan jualan yang pertama adalah merupakan peristiwa yang sangat penting dan ianya wajar untuk diraikan.
 
Jualan yang pertama dapat memberi kita semangat dan mengajar kita suatu pengalaman yang cukup berharga. Biasanya, selagi kita masih belum berjaya menghasilkan jualan yang pertama, selagi itu kita akan terus merasa ragu dengan kemampuan dan potensi yang ada pada diri.
 
Kita juga mungkin akan rasa was-was, sama ada bidang jualan ini benar-benar mampu untuk memberikan pendapatan yang cukup selesa.
 
Selagi mana kita menggunakan teknik dan strategi yang betul, kita pasti akan berupaya untuk menghasilkan jualan.
 
Tak kiralah walau apa produk atau pun perkhidmatan yang kita ingin jual.
 
Percaya pada proses.
Lakukan proses tersebut berulang-ulang kali.
 
Kalau hari ini, anda masih belum nampak sebarang hasil, jangan terus mengalah. Anggap ia sebagai satu perkara lumrah.
 
Kita teruskan buat apa yang kita patut buat.
Benda yang baik, selalunya memang memerlukan masa untuk nampak kesannya.
 
 
The post Sales PERTAMA paling susah nak dapat, tetapi ia paling PENTING. Kenapa? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/sales-pertama-paling-susah-nak-dapat-tetapi-ia-paling-penting-kenapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darling Amp Anne Tampil Buat Kejutan Di Melodi Akui Bell Ngasri Paling Susah Nak Jumpa

Darling Amp Anne Tampil Buat Kejutan Di Melodi Akui Bell Ngasri Paling Susah Nak Jumpa

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 178 hits
Pelakon dan pelawak Bell Ngasri terharu apabila adik adiknya Darling dan Anne tampil melakukan kejutan ketika dia menjadi tetamu undangan bagi program Melodi yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad Kedatangan adik beradik tersebut s...
Susah Eh Nak Bersangka Baik

Susah Eh Nak Bersangka Baik

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 181 hits
Paling suka ayat ni Allah tak bagi harini Dia bagi esok Yang penting kita kena selalu bersangka baik Susah eh nak bersangka baik Setiap prasangka samada baik atau buruk adalah cerminan hati kerana segala rasa datang dari hati Hati yang tak ...
Nak Menangis Pertama Kali Tinggal Anak Kerana Kerja Son Yejin Luah Perasaan

Nak Menangis Pertama Kali Tinggal Anak Kerana Kerja Son Yejin Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 185 hits
Tak sangka Son Ye jin yang merupakan pelakon wanita kesayangan ramai sudah pun bergelar ibu kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru isteri kepada Hyunbin itu telah acara fesyen Valention bagi koleksi musim panas dan sejuk 2023 di Istana Chantilly di...
Ilmu Penting Yang Semua Usahawan Baru Nak Berniaga Boleh Belajar Dari Syarikat Insurans

Ilmu Penting Yang Semua Usahawan Baru Nak Berniaga Boleh Belajar Dari Syarikat Insurans

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 203 hits
Ada orang tak suka sangat dengan jurujual insuran ni Tak suka sebab teknik menjual polisi insurans secara menakutkan prospek Perkataan kalau banyak membuatkan orang rasa tak gemar dengan jurujual insuran Kalau sakit kalau kemalangan kalau m...
Pmx Susah Nak Cari Yang Bersih Ramai Yang Sakau

Pmx Susah Nak Cari Yang Bersih Ramai Yang Sakau

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 233 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat mengakui kritikan bahawa ada anggota kabinetnya yang tidak bersih daripada amalan korupsi Anwar bagaimanapun berkata sukar untuk mendapatkan pemimpin yang bersih Berucap di Putrajaya hari in...
Semua Nak Cium Peluk Pertama Kali Jumpa Adik Baru Anak Anak Dr Sheikh Muszaphar Teruja

Semua Nak Cium Peluk Pertama Kali Jumpa Adik Baru Anak Anak Dr Sheikh Muszaphar Teruja

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 302 hits
Sama seperti menyambut kelahiran adik adik baru sebelum ini anak anak pasangan selebriti Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isteri Dr Halina tetap teruja bertemu dengan adik baru mereka Menerusi Instagramnya Dr Sheikh Muszaphar memuat naik seke...
Doktor Kongsi Nak Elak Anak Delay Perkembangan Banyakkan Aktiviti Tummy Time Sejak Lahir

Doktor Kongsi Nak Elak Anak Delay Perkembangan Banyakkan Aktiviti Tummy Time Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 235 hits
Perkembangan si manja anda bukan sahaja boleh dipengaruhi oleh masa malah jenis jenis aktiviti yang anda berikan kepada mereka Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi anda Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi a...
Teran Bagai Nak Rak Tapi Najis Keluar Sikit Kasihan Anak Sembelit Doktor Kongsi Simptom Perlu Tahu

Teran Bagai Nak Rak Tapi Najis Keluar Sikit Kasihan Anak Sembelit Doktor Kongsi Simptom Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 173 hits
Tak sampai hati bila tengok anak menangis sebab sakit perut Bayi terutamanya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu yang dirinya tak selesa melainkan dengan menangis Sebagai ibu ayah kita juga keliru untuk kenal pasti keadaan anak sama ada ...
Pemimpin Pn Penang Dedah Muhyiddin Hanya Boleh Berangan Nak Dapat Majoriti Mudah Di Pulau Pinang

Pemimpin Pn Penang Dedah Muhyiddin Hanya Boleh Berangan Nak Dapat Majoriti Mudah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 302 hits
Pemimpin PN Penang dedah Muhyiddin hanya boleh berangan nak dapat majoriti mudah di Pulau Pinang eorang pemimpin kanan Perikatan Nasional mengakui sukar menawan Pulau Pinang di sebalik keyakinan pengerusinya Muhyiddin Yassin yang bercita ci...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities