Salasilah Keluarga Dan Keturunan Rasulullah


NASAB Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu salasilah keturunan Baginda SAW hinggalah kepada Adnan. Satu peringkat lagi dari Adnan sehingga Nabi Ibrahim a.s dan Peringkat seterusnya dari Nabi Ibrahim a.s hingga ke Nabi Adam a.s. Jom kita semak secara terperinci tiga peringkat salasilah yang disebut:
Salasilah Keturunan Rasulullah
Peringkat Pertama: Muhammad bin Abdullah bin Abd Muttalib (nama sebenarnya ialah Shaybah) bin Hashim (nama sebenarnya ialah Amru) bin Abd Manaf (nama sebenarnya ialah al-Mughirah) bin Qusay (nama sebenarnya, Zayd) bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Firh (digelar dengan gelaran Quraisy, dan melaluinya dinisbahkan kabilah Quraisy) bin Malik bin al-Nadr (namanya ialah Qays) bin Kinanah bin Khuzaymah bin Mudrikah (nama sebenarnya, Amir) bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Maad bin Adnan.
Peringkat Kedua: Salasilah di atas Adnan, iaitu Adnan bin Udad bin Muqqawim bin Nahur bin Tarih bin Yakrub bin Yasjuq bin Nabil bin Ismail bin Ibrahim a.s.
Peringkat Ketiga: Salasilah di atas Ibrahim a.s, iaitu Ibrahim bin Taroh (nama sebenarnya, Azar) bin Nahur bin Saru (atau Sarugh) bin Ra’u bin Falikh bin Aibar bin Shalikh bin Irfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s bin Matuwshalakh bin Akhnukh (dikatakan beliau ialah Nabi Idris a.s) bin Yarid bin Mahlail bin Qaynan bin Yanis bin Shith bin Adam a.s. ~ Dd
Salasilah Keluarga Rasulullah
Keluarga Rasulullah SAW dikenali dengan gelaran Hashimiy, iaitu dinisbahkan kepada datuk Baginda SAW, Hashim bin Abd Manaf. Berikut akan dihuraikan serba sedikit berkaitan Hashim dan keturunan yang selepasnya:
Hashim
Telah disebut sebelum ini bahawa Hashim ialah orang yang memikul tanggungjawab mengendalikan urusan siqayah (minuman para jemaah haji) dan rifadah (makanan para jemaah haji) yang diserahkan kepada Bani Abd Manaf. Penyerahan tanggungjawab ini dibuat melalui persefahaman antara Bani Abd Manaf dengan Bani Abd al-Dar untuk membahagi-bahagikan jawatan sesama mereka. Hashim ialah seorang yang disenangi dan sangat dihormati. Beliau merupakan orang pertama yang memberi makan tharid (bubur roti) kepada jemaah haji di Makkah. Nama sebenarnya ialah Amru. Beliau diberikan nama ‘Hashim’ sempena perkataan hashm (memecahkan) kerana kerjanya memecahkan roti untuk dibuat bubur yang diberikan kepada jemaah haji. Beliau juga merupakan orang pertama yang mempelopori dua perjalanan bagi orang Quraisy, iaitu perjalanan pada musim sejuk dan perjalanan pada musim panas. Berkaitan peranan Hashim ini, seorang penyair menyebutkan:
Amru yang memecahkan roti untuk kaumnya
Kaum di Makkah yang ketandusan dan kebuluran
Dia merintis dua perjalanan untuk kaumnya
Perjalanan musim sejuk dan musim panas
Antara cerita yang berkaitan dengannya ialah kisah pemergiannya ke Syam untuk berniaga. Dalam perjalanan ke Syam, beliau sampai ke Madinah, lalu di situ beliau telah berkahwin dengan Salma binti Amru dari Bani Adiy bin al-Najjar. Beliau tinggal di Madinah beberapa ketika bersama-sama isterinya sebelum keluar ke Syam; waktu itu isterinya sedang mengandungkan Abd al-Muttalib lalu ditinggalkan bersama-sama keluarganya. Dalam perjalanannya, Hashim telah meninggal dunia di Ghazzah, Palestin.
Isterinya telah melahirkan Abd al-Muttalib pada tahun 497M. Beliau dinamakan Shaybah (uban) kerana rambut putih yang terdapat pada kepalanya. Ibunya mengasuhnya di rumah bapanya di Yathrib. Tidak seorang pun keluarga Hashim di Makkah menyedari akan kelahiran anaknya itu. Hashim mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Asad, Abu Sayfi, Nadlah dan Abd al-Muttalib serta lima orang anak perempuan, iaitu al-Shifa, Khadijah, Difah, Ruqayyah dan Jannah.
Abd al-Muttalib
Seperti yang diketahui, kerja memberi minum dan makan kepada jemaah haji selepas kematian Hashim diambil alih oleh saudaranya, al-Muttalib bin Abd Manaf. Al-Muttalib merupakan seorang yang terhormat dan ditaati serta mempunyai kedudukan utama dalam kalangan kaumnya. Orang Quraisy menamakan beliau dengan gelaran ‘al-Fayyad’, maksudnya yang mencurah-curah disebabkan sifat dermawannya.
Apabila Shaybah (Abd al-Muttalib) telah meningkat usia kanak-kanak atau lebih dari itu, al-Muttalib mendapat berita mengenainya. Lalu dia pun berangkat pergi untuk mencari anak itu. Apabila berjumpa, bercucuranlah air matanya, lantas dipeluknya anak itu dan diboncengnya di atas kenderaannya. Namun, Abd al-Muttalib enggan mengikutnya melainkan setelah diizinkan oleh ibunya terlebih dahulu. Lalu, al-Muttalib pun meminta kebenaran ibu Abd al-Muttalib untuk membawanya bersama-sama tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Al-Muttalib berkata, “Dia hanya pergi kepada kerajaan bapanya di Tanah Haram Allah.” Mendengarkan penjelasan itu, barulah ibunya membenarkan anaknya pergi. Maka, pergilah al-Muttalib membawa Abd al-Muttalib ke Makkah dengan membocengnya di atas untanya.
Apabila orang ramai melihat, mereka berkata, “Inilah hamba (abdu) al-Muttalib.” Lantas al-Muttalib menjawab, “Cis! Dia adalah anak Hashim, saudaraku!” Maka, tinggallah Abd al-Muttalib bersama-sama al-Muttalib sehingga dewasa. Setelah al-Muttalib meninggal dunia di Ramdan, iaitu sebuah tempat di Yaman, tugas-tugas beliau disandang oleh Abd al-Muttalib. Abd al-Muttalib menjalankan tanggungjawab kepada kaumnya sebagaimana yang dilaksanakan oleh nenek moyangnya. Beliau telah mendapat kemuliaan dalam kalangan kaumnya menandingi penghormatan yang diberikan kepada nenek moyangnya, dan beliau sangat disayangi oleh kaumnya. Kewujudannya sangat bererti kepada mereka.
Apabila al-Muttalib meninggal dunia, Nawfal telah merampas sebidang tanah kepunyaan Abd al-Muttalib. Abd al-Muttalib meminta bantuan beberapa lelaki Quraisy untuk membantu beliau menghadapi bapa saudaranya itu tetapi mereka menjawab, “Kami tidak sanggup masuk campur urusanmu dengan bapa saudaramu.” Lantas, beliau menulis surat kepada bapa-bapa saudara sebelah ibunya dari Bani Najjar dan meminta bantuan mereka. Seorang bapa saudara beliau iaitu Abu Saad bin Adiy, keluar bersama-sama 80 orang yang berkenderaan sehingga sampai di Abtah yang terletak dalam kawasan Makkah. Di situ dia ditemui oleh Abd al-Muttalib.
Abd al-Muttalib berkata, “Jemputlah ke rumah, hai bapa saudaraku.” Lalu bapa saudaranya menjawab, “Tidak, demi Allah melainkan terlebih dahulu aku perlu bertemu Nawfal.” Kemudian dia pergi mendatangi Nawfal dan berdiri di hadapannya. Ketika itu, Nawfal sedang duduk dalam sebuah bilik bersama-sama beberapa orang tua Quraisy. Abu Saad menghunuskan pedangnya sambil berkata, “Demi Tuhan Kaabah, jika engkau tidak kembalikan tanah anak saudaraku, akan aku habiskan riwayatmu dengan pedang ini!” Nawfal menjawab, “Baiklah, aku kembalikan kepadanya!” lalu disaksikan oleh orang tua Quraisy itu. Setelah itu, Abu Saad pergi ke rumah Abd al-Muttalib dan menetap di situ selama tiga hari. Dia melakukan umrah dan kemudian pulang semula ke Madinah.
Berikutan kejadian itu, Bani Abd Shams dan Abd Manaf bersekutu dengan Nawfal untuk menghadapi Bani Hashim. Apabila Bani Khuzaah melihat Bani al-Najjar menolong Abd al-Muttalib, mereka berkata, “Kami juga melahirkannya sebagaimana kamu melahirkannya, maka kami patut membantunya,” (kerana ibu Abd Manaf adalah dari kalangan mereka). Mereka pun masuk ke Dar al-Nadwah dan mengisytiharkan sokongan kepada Bani Hashim untuk menghadapi Bani Abd Shams dan Nawfal. Persetiaan ini menjadi sebab yang mendorong pembukaan Kota Makkah seperti yang akan dihuraikan kemudian.
Antara peristiwa terpenting yang berlaku dalam masa Abd al-Muttalib menjalankan tanggungjawabnya ialah penggalian telaga Zamzam dan peristiwa serangan Tentera Bergajah. Ringkasan peristiwa berkaitan telaga Zamzam bermula apabila Abd al-Muttalib bermimpi mendapat arahan supaya menggali telaga itu dengan diterangkan kepada beliau di mana kedudukan telaga tersebut. Lalu, beliau pun menggali telaga itu dan didapatinya banyak barang yang ditanam oleh kabilah Jurhum dalam telaga itu ketika mereka melarikan diri dari Makkah. Barang-barang yang ditanam itu termasuklah pedang, perisai dan dua kain pemidang Kaabah. Pedang-pedang yang ditemui itu kemudiannya dileburkan dan dijadikan pintu Kaabah dan pintu Kaabah itu dipasang dengan kain pemidang tersebut. Kemudian, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya memberi minuman kepada jemaah haji.
Setelah telaga Zamzam ditemui semula, orang Quraisy bertelagah dengan Abd al-Muttalib. Mereka berkata, “Sertakan kami bersama!” Lalu, beliau menjawab, “Aku tidak boleh berbuat begitu kerana urusan ini dikhususkan kepadaku.” Orang Quraisy tidak dapat menerima jawapan itu lalu membawa perkara tersebut kepada kahinah (pawang wanita) Bani Saad untuk dihakimi. Allah telah menunjukkan kepada mereka beberapa tanda bahawa Abd al-Muttalib dikhususkan untuk mengendalikan urusan telaga Zamzam. Setelah keputusan itu dibuat, Abd al-Muttalib bernazar bahawa jika beliau dikurniakan sepuluh orang anak dan kemudian mereka membesar dan berdaya mempertahankannya, beliau akan menyembelih salah seorang daripada mereka di sisi Kaabah.
Manakala, ringkasan peristiwa kedua iaitu serangan Tentera Bergajah tercetus apabila Abrahah al-Sabbah, seorang penglima Habsyah yang merupakan wakil Najashi di Yaman membina sebuah gereja di Yaman. Dia berbuat demikian apabila mendapati orang Arab mengerjakan haji ke Baitullah. Dia bercita-cita mengalihkan tumpuan orang Arab agar menunaikan haji di Yaman. Rancangannya itu telah diketahui oleh seorang lelaki dari Bani Kinanah. Pada suatu malam, lelaki itu masuk ke dalam gereja tersebut dan mengotorkannya dengan najis. Apabila Abrahah mendapat tahu angkara lelaki tersebut, timbullah kemarahannya. Dia mengambil tindakan membawa bala tentera yang besar berjumlah 60 ribu orang menuju ke Kaabah dengan tujuan meruntuhkannya.
Abrahah memilih untuknya seekor gajah yang paling besar; dalam bala tentera itu, terdapat sembilan atau 13 ekor gajah. Dia meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke al-Mighmas. Di sana, dia mengatur barisan tenteranya, melengkapkan persediaan gajahnya serta bersedia untuk masuk menyerang Makkah. Tatkala sampai di Wadi Muhassir, iaitu antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajahnya menderum dan enggan bangun untuk menuju ke Makkah. Setiap kali mereka menghalakan gajah itu ke selatan dan utara, gajahnya akan bangun dan berlari-lari anak tetapi apabila mereka mengalihnya ke arah Kaabah, gajah itu terus menderum semula.
Sedang dalam keadaan yang begitu, Allah mengutuskan burung ababil ke atas bala tentera Abrahah dan melontarkan batu-batu sijjil (batu yang sangat keras dan panas), lalu bala tentera itu hancur seperti daun yang dimakan ulat.
Burung ababil itu adalah seperti burung khatatif(layang-layang) dan balsan. Setiap seekor burung itu membawa tiga biji batu – sebiji di paruhnya dan dua biji di kakinya. Batu-batu itu berbentuk seperti kacang putih; apabila ia mengenai tubuh seseorang akan mengakibatkan tubuh orang itu terputus-putus dan akhirnya mati. Namun, tidak semua bala tentera Abrahah ditimpa batu. Mereka yang tidak terkena batu melarikan diri berasak-asakan antara satu sama lain sehingga terjatuh di merata tempat dan mati bergelimpangan di segenap simpang. Allah mengutuskan penyakit kepada Abrahah yang menyebabkan jari-jarinya berguguran. Sesampainya di Sanaa dia kelihatan sangat lemah, jantungnya terburai dari dadanya, kemudian dia pun mati.
Sebelum itu, orang Quraisy melarikan diri ke merata lorong dan denai di sekitar Makkah, dan mereka berlindung di atas bukit kerana bimbangkan keselamatan diri mereka dari serangan Habsyah. Apabila melihat apa yang menimpa tentera Habsyah itu, mereka pun kembali ke rumah masing-masing dalam keadaan sejahtera.
Peristiwa ini berlaku dalam bulan Muharam, iaitu 50 hari atau 55 hari – menurut pendapat terbanyak – sebelum kelahiran Rasulullah SAW, iaitu bersamaan dengan penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac tahun 571M. Peristiwa ini adalah sebagai kelebihan awal yang ditampilkan oleh Allah untuk Nabi-Nya dan keluarga Baginda SAW. Ini kerana, jika dilihat kisah Baitulmuqaddis, didapati bahawa orang musyrikin yang merupakan seteru-seteru Allah telah berjaya menguasai kiblat ini sedangkan penduduk Baitulmuqaddis ketika itu ialah orang Muslim sebagaimana yang terjadi kepada Bukhtanasar pada tahun 587SM dan kepada tentera Rom pada tahun 70M. Akan tetapi, Kaabah tidak dapat dikuasai oleh orang Nasrani (sedangkan mereka adalah orang Islam pada masa itu), padahal penduduknya ialah orang musyrikin.
Peristiwa ini dengan mudah tersebar ke sebahagian besar kawasan-kawasan yang bertamadun. Ini disebabkan orang Habsyah mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan Rom sedangkan kerajaan Parsi pula sentiasa mengintip untuk mengetahui perihal Habsyah. Mereka sentiasa merisik untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Rom dan sekutu-sekutunya. Oleh sebab itu, apabila mendengar mengenai peristiwa itu, dengan segera Parsi mengambil tindakan menyerang Yaman. Dua kuasa besar ini mewakili negara yang bertamadun. Justeru, peristiwa ini telah menarik perhatian dunia akan betapa mulianya Baitullah; ia merupakan tempat yang dipilih Allah untuk disucikan; seorang dari penduduknya dipilih menjadi nabi. Ini merupakan tafsiran bagi hikmah Allah yang terselindung, yakni bagaimana Allah membantu orang musyrikin menghadapi golongan ahli iman (Abrahah dan tenteranya) melalui cara yang mengatasi sebab musabab.
Abd al-Muttalib mempunyai sepuluh orang anak lelaki, iaitu al-Harith, al-Zubayr, Abu Talib, Abdullah, Hamzah, Abu Lahab, al-Ghaydaq, al-Miqwam, Saffar dan al-Abbas. Ada yang mengatakan beliau mempunyai 11 anak, iaitu seorang lagi yang bernama Qutham. Ada juga yang mengatakan beliau ada 13 orang anak, iaitu dua orang lagi yang bernama Abdul Kaabah dan Hajal. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Abdul Kaabah itu ialah al-Miqwam dan Hajal ialah al-Ghaydaq, dan tidak ada anak yang bernama Qutham. Beliau juga mempunyai enam orang anak perempuan, iaitu Ummul Hakim (Bayda), Barrah, Atikah, Safiyyah, Arwa dan Umaymah.
Abdullah
Beliau adalah bapa Rasulullah SAW. Ibu Abdullah bernama Fatimah binti Amru bin Aidh bin Imran bin Makhzum bin Yaqzan bin Murrah. Abdullah merupakan anak Abd al-Muttalib yang terbaik. Beliau paling sopan dan paling disayangi oleh mereka. Beliau dikenali sebagai al-dhabih (mangsa penyembelihan) kerana setelah mendapat sepuluh orang anak dan mereka semua berupaya melindunginya, Abd al-Muttalib memberitahu mereka mengenai nazarnya. Anak-anaknya patuh kepadanya. Abd al-Muttalib menulis nama-nama anak-anaknya pada anak panah dan diberikan kepada penjaga berhala Hubal. Apabila digoncang anak panah itu, nama yang keluar ialah nama Abdullah.
Abd al-Muttalib membawa Abdullah dan pisaunya ke Kaabah untuk disembelih. Orang Quraisy, terutamanya bapa-bapa saudara Abdullah sebelah ibunya dari kalangan Bani Makhzum dan saudaranya, Abu Talib, cuba menghalangnya dari berbuat demikian. Maka, berkata Abd al-Muttalib, “Apa harus aku perbuat dengan nazarku?” Mereka mencadangkan agar dia berjumpa seorang tukang tilik wanita untuk meminta nasihat.
Tukang tilik wanita itu menyuruh Abd al-Muttalib menulis pada anak panah nama Abdullah dan sepuluh ekor unta. Jika nama yang keluar ialah nama Abdullah, maka hendaklah ditambah sepuluh ekor unta lagi sehinggalah Tuhan merestui. Namun, jika yang keluar ialah anak panah yang bertulis ‘unta’, maka hendaklah disembelih unta-unta itu. Lalu, Abd al-Muttalib kembali mencabut undi antara Abdullah dengan sepuluh ekor unta. Undi yang keluar ialah nama Abdullah; lalu, ditambah sepuluh ekor unta lagi. Setiap kali dicabut undi, yang keluar ialah nama Abdullah sehinggalah bilangan unta yang ditambah mencukupi 100 ekor, barulah undi yang keluar itu, ‘unta’.
Unta-unta itu disembelih sebagai ganti Abdullah. Abd al-Muttalib meninggalkan unta-unta yang disembelih itu tanpa menghalang sesiapa yang mahu mengambilnya, sama ada manusia atau binatang buas. Sebelum peristiwa ini, bayaran diatdalam kalangan orang Arab bagi menebus seorang manusia ialah sepuluh ekor unta. Selepas peristiwa ini, bayaran diat tersebut menjadi 100 ekor unta, dan ini diperakui Islam. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Aku adalah putera dua orang yang disembelih,” yakni Ismail dan bapa Baginda SAW, Abdullah.
Abd al-Muttalib memilih Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab untuk dijadikan isteri kepada anaknya, Abdullah. Pada waktu itu, Aminah dianggap sebagai wanita Quraisy yang paling mulia dari segi keturunan dan kedudukan. Bapanya merupakan ketua Bani Zuhrah dari segi hubungan nasab dan kemuliaan. Selepas perkahwinan mereka, Abdullah dan Aminah tinggal di Makkah. Tidak lama selepas itu, Abd al-Muttalib mengutuskan Abdullah pergi ke Madinah untuk mendapatkan bekalan-bekalan untuk mereka. Abdullah telah meninggal dunia di sana. Dikatakan beliau telah keluar berdagang ke Syam bersama-sama rombongan perdagangan Quraisy. Beliau singgah di Madinah dan jatuh sakit di sana, lalu meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Semasa meninggal dunia, beliau berusia 25 tahun. Beliau meninggal dunia sebelum Rasulullah SAW dilahirkan, dan inilah pendapat terbanyak dalam kalangan sejarawan. Ada pendapat yang mengatakan yang beliau meninggal dunia dua bulan selepas kelahiran Rasulullah SAW.
Apabila berita kematian ini sampai ke Makkah, Aminah meratapinya dengan ungkapan-ungkapan syair:
Hilang sudah putera Hashim di Batha
Bertandang lahad yang jauh dalam ratap tangis
Panggilan maut memanggil lantas disahutnya
Yang tidak meninggalkan seumpama putera Hashim di kalangan manusia
Petang hari mereka mengusung kerandanya
Oleh teman-teman yang berasak-asak
Jika benar kematian dan dukacita itu perampas dirinya
Namun dia tetap terpahat sebagai dermawan dan pengasih
Harta peninggalan yang ditinggalkan oleh Abdullah ialah lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba wanita Habsyah yang bernama Barakah (digelar Ummu Ayman) – beliaulah yang menjadi pengasuh Rasulullah SAW. – Infor Dakwah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infordakwah.wordpress.com/2018/11/20/salasilah-keluarga-dan-keturunan-rasulullah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Ambil Upah Buat Siling Rumah Orang Reza Hasbi Gigih Cari Rezeki Buat Keluarga

Aku Ambil Upah Buat Siling Rumah Orang Reza Hasbi Gigih Cari Rezeki Buat Keluarga

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 396 hits
Mungkin terasa hati dikecam oleh netizen dan sindirian yang diterima dari pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan pelakon Reza Hasbi berkongsi beberapa rakaman video yang memaparkan dia melakukan pekerjaan bagi mencari rezeki pendapatan BA...
Atta Curi Mobil Mewah Keluarga Gen Halilintar Ada Apa

Atta Curi Mobil Mewah Keluarga Gen Halilintar Ada Apa

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 257 hits
Atta Halilintar mencuri mobil keluarga gen Halilintar yang dikenal mewah itu Ada apa
Gara Gara Mahalnya Biaya Mudik Anggota Tni Ad Rela 6 Tahun Tak Pulang Kampung Uangnya Lebih Baik Untuk Keluarga

Gara Gara Mahalnya Biaya Mudik Anggota Tni Ad Rela 6 Tahun Tak Pulang Kampung Uangnya Lebih Baik Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 400 hits
Di balik ketegaran dan ketangguhan para anggota TNI AD rupanya terdapat secuil kisah dari kehidupan mereka yang mengingatkan kita bahwa mereka adalah manusia biasa Jelang penghujung bulan ramadhan seperti ini biasanya para anggota TNI AD ya...
Ini Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Istri Anak Keluarga Serta Aturannya

Ini Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Istri Anak Keluarga Serta Aturannya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 334 hits
Jangan lupa ini bacaan niat zakat fitrah untuk diri sendiri istri anak dan keluarga beserta aturannya jelang Idu Fitri 2019 atau Idul Fitri 1440 H Satu kewajiban umat Islam selama Ramadhan dan menjelang Idul Fitri adalah membayar zakat fitr...
10 Pertanyaan Yang Sudah Seharusnya Mengganti Rezim Kapan Nikah Saat Kumpul Keluarga Bosen Tahu

10 Pertanyaan Yang Sudah Seharusnya Mengganti Rezim Kapan Nikah Saat Kumpul Keluarga Bosen Tahu

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 272 hits
Coba bilang ke om tante eyang ponakan semuanya deh Bilang buat mengganti pertanyaan yang lebih nge hits
Ahy Ceritakan Peran Besar Ani Yudhoyono Bagi Bangsa Dan Keluarga

Ahy Ceritakan Peran Besar Ani Yudhoyono Bagi Bangsa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 296 hits
AHY menceritakan kerja keras Ani Yudhoyono untuk negeri ini Dia juga mengungkapkan peran besar Ani Yudhoyono dalam keluarga
Cuma Dapat 5 Suara Politisi Ini Nangis Saat Wawancara Padahal Keluarga Saya 9 Orang

Cuma Dapat 5 Suara Politisi Ini Nangis Saat Wawancara Padahal Keluarga Saya 9 Orang

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 371 hits
Seorang politisi bernama Neetu Shutteran Wala menangis ketika diwawancarai di televisi Ia menangis lantaran hanya mendapatkan lima suara pada pemilihan umum yang digelar pada Kamis lalu Apa yang membuat politisi ini begitu bersedih Ia menje...
Matrikulasi Merit Saja Tak Cukup Status Sosioekonomi Keluarga Pelajar Juga Penting

Matrikulasi Merit Saja Tak Cukup Status Sosioekonomi Keluarga Pelajar Juga Penting

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 305 hits
Pada 2 jun i 2019Mantan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018 kini cuba menjadi wira kaum dalam isu matrikulasi dan STPM dengan memutarbelitkan pendirian DAP Kata Na...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt