Salam Israk Mikraj 1441h Kepada Semua
Salam israk mikraj 1441H kepada semua. Israk maksudnya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa. Mikraj pula maksudnya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Itulah maksud israk dan mikraj secara ringkasnya. Ada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Ada banyak yang telah diceritakan kepada kita oleh ustaz dan ustazah sewaktu sekolah dulu, kan? Ingat tak? Antaranya dimana Nabi Muhammad memohon kepada Allah SWT agar 50 waktu solat fardhu sehari di kurangkan kepada 5 waktu sahaja.
Israk mikraj tahun ini disambut pada 22 Mac 2020 bersamaan dengan hari Ahad. Semoga kita semua dapat melakukan amalan-amalan baik seperti yang biasa diajarkan oleh ibubapa dan guru kita ketika menyambut Israk dan Mikraj ini.
Salam Israk Mikraj 1441H Kepada Semua
Dalam posting kali ni saya nak share bilakah mula berlakunya israk mikraj ni? Daripada rujukan website MAIWP, saya kongsikam sebagai bacaan bersama.
Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:
● Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi
● Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari
● Dua tahun sebelum hijrah
● Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri
● Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.
Berkenaan dengan bulannya pula ada beberapa pendapat, antaranya:
● Bulan Rabi’ul Awal. Syeikh al-Maraghi menyebut: “Peristiwa ini terjadi pada 17 Rabi’ al-Awwal, setahun sebelum Hijrah.” Inilah pendapat kebanyakan ahli tahqiq
● Bulan Rabiul Akhir. Inilah yang ditarjihkan oleh Ibn al-Munir
● Bulan Rejab. Inilah yang paling masyhur di kalangan orang ramai pada masa ini.
Berdasarkan pengamatan para ulama dan muhaqqiq, peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku pada bulan Rabiul Awal sama ada pada 12 Rabiul Awal atau 17 Rabiul Awal. Hal ini dikuatkan dengan hujah Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayahberdasarkan athar Jabir dan Ibn Abbas.
PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ
ISRAK
♥ Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
♥ Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
♥ Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.
MIKRAJ
♥ Dari Baitul Maqdis naik ke langit
♥ Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
♥ Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
♥ Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.
♥ Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
♥ Langit 4, berjumpa Nabi Idris
♥ Langit 5, berjumpa Nabi Harun
♥ Langit 6, berjumpa Nabi Musa
♥ Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.
♥ Melawat Syurga dan Neraka.
♥ Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
♥ Naik ke sidratulmuntaha
♥ Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
♥ Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
♥ Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
♥ Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
♥ Pulang semula ke Mekah.
Malam Isra’ Mikraj..
Dalam suasana dunia yang penuh dugaan , jangan lupa untuk mendekati diri dan hati terhadap akhirat kerana akhirat juga tempat yang kita tujui akhirnya..
Hidupkanlah di rumah masing-masing bersama pasangan, anak anak, anak dan ibu bapa, sambut dengan bacaan bacaan al Quran ..
IHYA MALAM ISRAK & MIKRAJ 1441 H
DI RUMAH BERSAMA KELUARGA
21 MAC 2020 (Sabtu)
Mulai 6:30 ptg- Iktikaf di tempat solat- Wirdul Latif- Solat Maghrib Berjemaah- Sunat Ba'diyah Maghrib- Surah Al-Mulk (1X)- Surah Ash-Sharh (3x)- Surah Al-Ikhlas (10x)- Surah Al-Falaq (3x)- Surah An-Nas (3x)- Istighfar (70x)- Selawat sehingga Isyak- Solat Isyak Berjemaah dgn suami/ isteri jika ada atau dgn anak anak ..
Semoga kita semua mendapat pengampunan dari Allah SWT dan sentiasa dalam perlindungannya
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/03/salam-israk-mikraj-1441h-kepada-semua.html