Memperingati Peristiwa Israk Dan Mikraj 27 Rejab 1441 H



Sudah menjadi kelaziman di bulan Rejab seluruh umat Islam menyambut peristiwa Israk dan Mikraj dengan penuh keimanan dan keyakinan, serta percaya kepada Allah, kekuasaan dan kebesaran-Nya, dan percaya dengan benarnya Nabi Muhammad s.a.w.

Peristiwa ini adalah ujian yang besar kepada Rasulullah s.a.w dan kepada seluruh manusia. Firman Allah s.w.t:

وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ [سورة الأسراء : ٦٠]

(Maksudnya): Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia.

Ujian kepada manusia kepada batang tubuh Rasulullah s.a.w tentang kebenarannya menyampaikan apa sahaja perintah Allah s.w.t termasuk perkara yang tidak mungkin dicapai oleh akal fikiran manusia, sama ada yang beriman yang baik, apa lagi mereka yang jahat. Ia menguji manusia seluruhnya sejauh mana mereka percaya kepada kekuasaan Allah s.w.t dan benarnya Nabi Muhammad s.a.w.

Peristiwa perjalanan yang jauh jaraknya dan yang lama masanya mengikut perhitungan manusia, perjalanan yang lebih daripada berjuta-juta tahun kelajuan cahaya, perjalanan daripada dunia sehingga hari akhirat, perjalanan daripada bumi ke langit di angkasa lepas sehingga ke Sidratul Muntaha. Ia adalah perkara yang benar dilakukan oleh Allah s.w.t yang Maha Berkuasa bagi menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Rasul-Nya yang membawa Islam kepada seluruh dunia.

Apa yang menarik berlakunya Israk dan Mikraj ketika Islam ditekan dan dizalimi, ketika musuh-musuh yang berkuasa yang zalim membohongi Rasulullah s.a.w dalam keadaan tidak ada siapa yang memberi perlindungan melainkan perlindungan Allah s.w.t. Di saat yang begini rupa dilakukan Israk dan Mikraj. Disuruh pula memberitahu perjalanan yang menakjubkan itu dengan peristiwa-peristiwa yang ghaib di alam langit dan alam akhirat yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Peristiwa yang benar berlaku dalam perjalanan hidup manusia daripada dunia sehingga hari akhirat. Manusia berada di bawah kekuasaan Allah s.w.t.

Peristiwa yang menakjubkan ini untuk memberi kekuatan kepada Rasulullah s.a.w yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam ke seluruh dunia. Bagaimana hendak menyampaikan Islam ke seluruh dunia, sedangkan di Makkah sahaja sudah menerima tentangan daripada keluarga dan bangsanya sendiri dalam tanahairnya sendiri dalam kalangan yang mengetahui benar dan baiknya batang tubuh dan akhlak Rasulullah s.a.w. Bagaimana untuk menyampaikan Islam ke seluruh dunia kepada orang-orang yang tidak dikenali dan tidak pernah melihatnya.

Allah s.w.t menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya bahawa bumi tempat manusia berpijak dan seluruh makhluk-Nya adalah habuk yang halus di hadapan kekuasaan Allah s.w.t. Semua kuasa-kuasa besar dunia yang mempunyai bala tentera yang ramai dan kekayaan yang melimpah ruah adalah habuk yang halus di hadapan kekuasaan Allah s.w.t.

Selepasnya Allah s.w.t memerintahkan hijrah dengan ditegakkan negara yang berdaulat di Madinah Al-Munawwarah. Lalu dikepung oleh jahiliyyah arab dan jahiliyyah di seluruh dunia. Walaupun Allah s.w.t mewafat atau mematikan Nabi s.a.w, namun Islam tidak mati dan cahayanya tidak boleh dipadamkan.

Allah s.w.t membuktikan sehingga hari ini Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia di mana sahaja ada manusia. Ini menunjukkan Israk dan Mikraj adalah dalil kekuasaan Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾ [سورة العصر : ١-٣]

(Maksudnya): Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/memperingati-peristiwa-israk-dan-mikraj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Hayati Ikhtibar Di Sebalik Peristiwa Israk Dan Mikraj

Jom Hayati Ikhtibar Di Sebalik Peristiwa Israk Dan Mikraj

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 1124 hits
JOM HAYATI IKHTIBAR DI SEBALIK PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ InshaAllah Ahad ni kita akan menyambut Israk dan Mikraj iaitu pada 27 Rejab yang mana ia merupakan antara peristiwa penting dalam Islam Dan pada ketika itulah baginda Nabi SAW mendap...
Mengapa Turutan Para Nabi Berbeza Peristiwa Israk Mikraj

Mengapa Turutan Para Nabi Berbeza Peristiwa Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 1576 hits
SEMPENA peristiwa Isra Mikraj ini ada yang bertanyakan mengapa kedudukan para Nabi ini berbeza ketika Rasulullah berjumpa dengan mereka pada malam Nabi diangkat ke langit Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini 2 Antara pandangan ...
Salam Israk Mikraj 1441h Kepada Semua

Salam Israk Mikraj 1441h Kepada Semua

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 1822 hits
Salam israk mikraj 1441H kepada semua Israk maksudnya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al Haram ke Masjid Al Aqsa Mikraj pula maksudnya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al Aqsa ke Sidratul Muntaha Itulah maksud israk dan mik...
Poster Banner Backdrop Majlis Israk Mikraj Perjalanan Agung Saw Masjid Al Hikmah Parit Kadzi

Poster Banner Backdrop Majlis Israk Mikraj Perjalanan Agung Saw Masjid Al Hikmah Parit Kadzi

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 688 hits
Poster Banner BackdropMajlis Israk Mikraj Perjalanan Agung SAWJumaat 27 Mac 20207 00 ptg 11 00 mlmMasjid Al Hikmah Parid KadziMuar JohorBersama PenceramahYBhg Dato Hj Nooh bin Hj GadotMuslimin dan muslimat dijemput hadir Berminat untuk temp...
Israk Mikraj

Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 305 hits
Assalammualaikum wbtISRAK MIKRAJ Allah SWT yang memilih Dan menaikkan kedudukan Baginda Rasulullah SAW Baginda menjadi yang terakhir Menerima wahyu untuk disampaikan kepada ummat Hinggalah ke hari ini akhir zaman tiada yang benar dan menuju...
Mendakwa Kisah Isra Mikraj Palsu Kerana Zahir Kelemahan Rasulullah

Mendakwa Kisah Isra Mikraj Palsu Kerana Zahir Kelemahan Rasulullah

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 198 hits
SOALAN Saya ada satu kemusykilan yang saya rasa perlu juga untuk dikemukakan dan ditanyakan Saya ada terdengar dari seorang hamba Allah yang sebut bahawa kisah Isra Mikraj ni sebenarnya palsu Dia kata kisah ini palsu sebab menzahirkan kelem...
Hari Ini Satu Sya Ban 1441 H Jangan Lupa Baca Doa Ini

Hari Ini Satu Sya Ban 1441 H Jangan Lupa Baca Doa Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 236 hits
Lembaga Falakiyah PBNU memutuskan awal Sya ban 1441 H bertepatan dengan hari Kamis mulai malam kamis 26 Maret 2020 Karena kita mau masuk awal Sya ban dianjurkan memperbanyak baca doa Di antara doa yang bisa dibaca ketika masuk bulan sya ban...
5 Pesan Wali Kota Bandung Renungi Corona Seperti Peristiwa Bandung Lautan Api

5 Pesan Wali Kota Bandung Renungi Corona Seperti Peristiwa Bandung Lautan Api

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 205 hits
Peringatan Bandung Lautan Api merupakan momentum sakral bagi masyarakat Kota Bandung dalam merefleksikan kerelaan di masa lalu ketika tempat tinggal mereka dibumihanguskan agar tidak dikuasai oleh para penjajah
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque