Covid 19 Semua Aktiviti Masjid Surau Seluruh Negara Ditangguh 10 Hari Mulai Esok


Solat Jumaat, solat berjemaah serta semua aktiviti di masjid dan surau di seluruh negara ditangguhkan mulai 17 hingga 26 Mac berikutan situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang semalam.
“Mesyuarat telah mengambil ketetapan berikut, pertama semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan mulai 17 hingga 26 Mac 2020.

Loading… “Jawatankuasa masjid dan surau disaran untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Tempoh 10 hari itu adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan KKM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kedua, kata Zulkifli, sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-107.
Beliau berkata kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.
“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah itu.
“Bagi pelaksanaan dua perihal itu, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya.
Zulkifli berkata berdasarkan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, pelaksanaan perkara itu juga adalah terpakai di Wilayah Persekutuan.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/03/covid-19-semua-aktiviti-masjid-surau-seluruh-negara-ditangguh-10-hari-mulai-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Solat Jumaat Solat Berjemaah Semua Aktiviti Di Masjid Surau Ditangguh Sehingga 26 Mac

Terkini Solat Jumaat Solat Berjemaah Semua Aktiviti Di Masjid Surau Ditangguh Sehingga 26 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 631 hits
SOLAT Jumaat solat berjemaah serta segala aktiviti di surau akan ditangguhkan berkuatkuasa sepanjang 17 Mac sehingga 26 Mac Kenyataan tersebut diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hari menerusi...
Covid 19 Mulai Esok Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Diminta Baca Qunut Nazilah

Covid 19 Mulai Esok Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Diminta Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 578 hits
Gambar HiasanSHAH ALAM Mulai esok semua masjid dan surau di Selangor diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada bacaan qunut solat Subuh berikutan peningkatan jangkitan COVID 19 di negara ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Sha...
Menteri Agama Aktiviti Masjid Surau Ditangguh 10 Hari

Menteri Agama Aktiviti Masjid Surau Ditangguh 10 Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 380 hits
SHAH ALAM 16 MAC Semua kegiatan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah ditangguh sepuluh hari bermula 17 Mac bagi membendung penularan Covid 19 Menteri hal ehwal agama berkata pengurusan rumah ibadat itu juga disaran membua...
Penangguhan Semua Aktiviti Keagamaan Di Masjid Dan Surau Serta Panduan Pengurusan Jenazah Mangsa Covid 19

Penangguhan Semua Aktiviti Keagamaan Di Masjid Dan Surau Serta Panduan Pengurusan Jenazah Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 584 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahma...
Semua Masjid Surau Negeri Sembilan Ditutup Selama 10 Hari

Semua Masjid Surau Negeri Sembilan Ditutup Selama 10 Hari

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 424 hits
Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus hari ini mengisytiharkan penutupan kesemua masjid dan surau di negeri ini bagi tempoh 10 hari bermula esok Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad dalam satu kenyataan berkata penutupan i...
Semua Perbicaraan Di Seluruh Negara Ditunda Akibat Covid 19

Semua Perbicaraan Di Seluruh Negara Ditunda Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan di semua mahkamah seluruh negara digantung mulai esok sehingga 31 Mac ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam bagi mengekang penularan Covid 19 Ketua Pendaftar Ahmad Terrirudin Moh...
Semua Aktiviti Di Masjid Dan Surau Termasuk Solat Jumaat Ditangguhkan

Semua Aktiviti Di Masjid Dan Surau Termasuk Solat Jumaat Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 671 hits
Gambar HiasanSEMUA aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah ditangguhkan bermula esok sehingga 26 Mac ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata penangguhan semua aktivi...
Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 445 hits
Sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut telah mengeluarkan arahan dan pengumuman penting untuk menghentikan segala aktiviti di masjid dan surau untuk solat Jumaat dan solat berjemaah selama ...
Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 480 hits
Putrajaya 19 Mac Semua masjid di seluruh negara menghentikan solat Jumaat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID 19 berakhir 31 Mac ini Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata hal ini bagi membantu memu...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan