Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya


Hari Raya dah nak sampai ke penghujung, tapi baru sempat nak mencoret kenangan kat sini. Ya, tahun ni kami hanya raya di KL je sebab tak nak ganggu jadual menjaga bonda dan bagi peluang adik beraya di rumah mertua dan Kak Ndak pula ke Kelantan.



Photoshoot KeluargaKami buat photoshoot juga pada pagi Ahad, sebelum KY Amanda dan suami dia balik ke Bidor. Awalnya nak buat photoshoot kat studio tapi masing-masing sibuk, jadinya kami buat photoshoot di parkir depan rumah jer. Memang kawasan rumah ni agak tenang dan lebih tenang sebab ramai orang dah balik kampung.
Baca Juga : Raya Di Kampung Suami
Kami Team Raya KLRutin masih sama, pagi Isnin 1 Syawal tu umi ke rumah bonda tapi lewat sikti dari biasa sebab buat nak sediakan sarapan nasi impit dan lemang untuk habibi. Kemas rumah sikit waktu hero-hero semua ke masjid dan sama-sama ke rumah bonda. Kalau tak settle kerja kat rumah, memang tak senang duduk, mana taknya, kalau ke rumah bonda, berjam-jam  baru balik rumah. Dah balik, tengok rumah semak, memang semak perut.

Sesi bersalaman tahun ni tanpa KY Amanda, yang balik ke rumah mertua, sementara the girls pulak ada yang separuh bersiap, bermakeup tu yang lama sama tu.

Sesampai jer kat rumah bonda, adik dan anak dia pun gerak balik nak jemput isteri dan anak-anak yang lain selepas sediakan sarapan.


Kalau tahun lepas Bang Teh yang masakkan rendang daging campur tapi tahun ni adik Chef Ross yang ambil alih masakkan rendang. 10 kilo juga rendang yang dibuatnya untuk dimakan dengan nasi impit. Fuhh memang banyak.


Menu Wajib Pagi RayaKata habibi, tahun ni dia kurang rajin nak buat ketupat palas, tapi dia akan beli lemang dan umi akan rebus nasi impit. Memang feeling tu kurang bila tak buat ketupat palas tapi sebab raya hari Isnin, rutin masih sama dan tak nak rushing. InsyaAllah tahun depan atau raya haji ni boleh la kot.

Jadi kemestian buat gulai daging utara, kuah kacang dan rendang pula kami buat rendang ayam pencen. Memang laku habis la especially habibi, berkali dia puji gulai daging utara yang memang katanya sama macam mak dia masak

Tiap-tiap tahu pun puji yang sama hee

Kuih RayaMemang umi tak pernah buat kuih raya, or maybe pernah buat kot. Hahaha sampai tu pun tak ingatkan. Beberapa tahun dulu ada teringin nak buat kuih siput sebab rindu nak makan kuih siput bonda tapi sampai dah lebih 5 tahun tak pernah guna pun alat buat kuih siput tu.

Bab kuih pula, dah tempah siap-siap dengan Liez, kuih tart nenas 5 bekas dan 2 bekas kuih makmur. Ada kuih nutela pod, biskut suji badan dan nestum matcha dibeli dari kawan FB. Ada kuih simpul kasih (3 bekas) yang KC Iman beli dari kawan pejabat. Kuih tart bunga (2 bekas) umi beli dari kawan sekolah.
Cuma kali ni tiada pulak kerepek, rempeyek, kerepek pisang. 


2 SyawalRutin masih berjalan seperti biasa tapi kali ni Kak Jang overnite ganti adik, jadinya pagi Selasa tu agak ramai sebab kami berdua layan bonda.

Petang raya kedua, Bang Chaq sekeluarga datang, penuh sesak la teratak bonda dan yang paling pasti, bonda cukup senang hati bila anak, menantu, cucu dan cicit datang. Cuma yang tiada anak bongsu Bang Chaq dan cucu serta cicit (piut bonda) tidak datangTahun ni tak balik kampung, jadi rutin berjalan seperti biasa jaga bonda. Tak sempat nak beraya ke rumah adik beradik, tak perlu tunggu raya, hari-hari lain kalau ada kesempatan, kita jengah je.
Kisah kebakaran kat Putra Height cukup menggemparkan orang ramai dan ramai Malaysia dengan kerugian berjuta, kehilangan tempat tinggal dan rata-rata tinggal sehelai sepinggang. Yang tak bestnya banyak pulak spekulasi dari orang ramai yang seakan lebih tahu dan bijak pandai sampai bergaduh kat media sosial. 
Selamat Hari Raya! Sempat lagi kan, sebab raya sebulan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/04/salam-aidil-fitri-kami-team-raya-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 500 hits
Assalamualaikum dan Salam syawal Alhamdulillah tahu tahu hari ini dah 17 syawal oi Lebih dua minggu kita meraikan syawal yang penuh dengan keriangan dan kebahagiaan Syukur masih punya keluarga masih punya kampung dan ibu ayah untuk menyambu...
Raya Ke 3 Baru Semua Balik Beraya Kat Rumah Sa

Raya Ke 3 Baru Semua Balik Beraya Kat Rumah Sa

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum Raya kedua SA memang x kemana terbaring je kat rumah anak beranak suami plak pi buat GrabCar dia PZ demam SA memang x sihat the best part is takde sape pun datang rumah sampai la petang tengahari makan lauk apa yang ada je s...
Duit Raya Jackpot Rasuah Dibimbangi Warnai Pemilihan Pkr

Duit Raya Jackpot Rasuah Dibimbangi Warnai Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 287 hits
Malaysiakini nbsp Penyebaran video janji duit raya dalam pemilihan cabang PKR menimbulkan kebimbangan berkaitan dakwaan politik wang dalam parti itu Bekas pemimpin PKR Wilayah Persekutuan dan cabang Batu Rozan Azen Mat Rasip menimbulkan keb...
Open House Raya Level 10 Farewell

Open House Raya Level 10 Farewell

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum Bila tekak baru nak ok tapi still menjaga pengambilan makanan cuba cuba la makan sebab risau tekak x leh terima dan trigger batuk ehhhh behave plak dia ye bila depan orang ramai jemputan dari level 10 ni banyak beul makanan ...
Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 271 hits
Duit raya guna beli emas gadis minat emas sejak Sekolah Menengah Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan Duit Raya Guna Beli Ema...
Elak Guru Terbeban Kpm Disaran Sedia Garis Panduan Jamuan Raya Di Sekolah

Elak Guru Terbeban Kpm Disaran Sedia Garis Panduan Jamuan Raya Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 242 hits
Ahli akademik dari UKM Anuar Ahmad berkata kejelasan dasar dan panduan rasmi KPM amat penting supaya setiap sekolah dapat merancang sambutan raya dengan seimbang tanpa membebankan guru sehingga hilang fokus mengajar PETALING JAYA Kementeria...
Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 342 hits
Kementerian Pertahanan telah menyampaikan sumbangan bernilai RM26 000 kepada warga pertahanan pada Majlis Sambutan Hari Raya MINDEF di Dewan Seroja Kem KEMENTAH pada hari ini MINDEF sumbang RM26 000 Sumbangan ini termasuk Sumbangan Hari Ray...
Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 321 hits
Penjelasan Berkenaan Hukum Menggunakan Duit Raya Anak Anak Dalam Agama Islam Untuk Pengetahuan Bersama Duit raya merupakan pemberian yang diberikan oleh tuan rumah biasanya dalam sampul raya sebagai tanda hadiah atau sumbangan kepada tetamu...
Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah Dakwa Peraturan Makin Mengarut Make Up Sikit Tak Boleh

Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah Dakwa Peraturan Makin Mengarut Make Up Sikit Tak Boleh

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 280 hits
Setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri pihak sekolah lazimnya akan mengadakan jamuan raya sebagai salah satu aktiviti yang telah dirancang dalam takwim tahunan Jamuan ini sememangnya dinanti nantikan oleh para pelajar kerana ia memberi p...
Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Step And Repeat Banners Continue To Redefine Event Visuals And Brand Engagement

Ramai Tak Tahu Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Kedai Pakistan Di Madinah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu

Majlis Perpisahan Arif Rakan Sekerja Dari Negeri Yang Sama

Flavorful Recipe Beef Chuck Cross Rib Roast

Happy Birthday Waniee

Lirik Lagu Terlalu Bodoh Ara Johari