Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya


Penjelasan Berkenaan Hukum Menggunakan Duit Raya Anak-Anak Dalam Agama Islam Untuk Pengetahuan Bersama
Duit raya merupakan pemberian yang diberikan oleh tuan rumah, biasanya dalam sampul raya, sebagai tanda hadiah atau sumbangan kepada tetamu, terutamanya kanak-kanak, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Disebabkan ia selalunya diberikan kepada kanak-kanak, ibu bapa bertanggungjawab dalam menjaga duit raya tersebut dan tidak dibenarkan untuk menggunakan duit tersebut tanpa persetujuan anak-anak mereka seperti yang telah diterangkan oleh para ilmuwan Islam.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang penjelasan berkenaan hukum menggunakan duit raya anak-anak ini, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Duit Raya? Hari Raya Aidilfitri merupakan hari perayaan umat Islam yang diraikan selama sebulan setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Sewaktu perayaan ini, kebanyakkan umat Islam akan merayakannya dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah, menyediakan juadah raya dan memberikan duit raya. 
Pemberian duit raya merupakan satu tradisi pemberian wang dalam sampul berwarna yang biasanya dilakukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Ia merupakan satu bentuk sedekah atau hadiah yang membawa kegembiraan kepada penerima, terutamanya dari golongan kanak-kanak yang telah berjaya menghadapi bulan puasa ini.
Pemberian duit raya bukan sahaja menjadi simbol kegembiraan, tetapi juga cara menzahirkan rasa syukur dan mengeratkan silaturahim antara keluarga dan masyarakat. 
Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, duit raya merupakan satu pemberian wang sering kali diberikan kepada kanak-kanak sewaktu hari raya, dan sebagai ibu bapa anda perlu tahu bahawa duit yang diterima anak-anak anda sempena bulan syawal ini adalah milik mereka sepenuhnya tidak kiralah berapapun usia mereka. 
Oleh itu, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak ini tidak dibenarkan menggunakan duit raya anak-anak mereka sesuka hati kecuali dalam keadaan yang benar-benar memerlukan dan dengan izin yang sah. Jika anda menggunakan duit raya anak untuk keperluan diri sendiri tanpa kebenaran mereka, anda wajib menggantikan jumlah tersebut.
Hal ini demikian kerana, secara umumnya, hukum mengambil harta orang lain tanpa sebarang keredaan ataupun keizinan daripada pemilik adalah haram. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ‎‏
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”
Surah al-Nisa’ (29)
Namun begitu, ada kelonggaran hukum buat ibu bapa dan penjaga yang sangat memerlukan, dan kelonggaran itu adalah seperti berikut
 HARUS digunakan untuk maslahat anak dan tidak perlu digantikan. HARUS digunakan untuk tujuan peribadi ibu bapa walaupun tanpa izin anak, sekiranya bapa dalam keadaan terdesak dan memerlukan, namun ia terhad kepada kadar keperluan sahaja tanpa bermewah-mewah.  HARUS digunakan duit tersebut untuk tujuan peribadi walaupun ibu bapa tidak berada dalam keadaan terdesak, namun ia berstatus ‘qard’ (pinjaman) dan perlu digantikan semula. Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5 Cara Simpan Duit Anak Setelah mengetahui hukum guna duit raya anak-anak, berikut perkara yang anda boleh lakukan untuk menyimpan duit raya anak-anak anda jika anda takut terguna duit tersebut:
Simpan dalam akaun bank anak. Anda boleh membuka akaun baharu untuk anak-anak anda seawal usia kelahiran mereka. Dengan cara ini, anak-anak anda akan terus mempunyai akaun dan boleh akses kepada akaun mereka setelah mereka mencapai usia 18 tahun. Simpan dalam Tabung Haji. Selain akaun bank, anda juga sangat digalakkan untuk menyimpan duit raya anak anda dalam akaun Tabung Haji. Dengan serendah RM100 deposit, anda sudah boleh mendftarkan nama anak anda untuk giliran menunaikan Haji. Anda juga tidak perlu risau tentang simpanan anak-anak anda kerana ianya dijamin 100% oleh kerajaan. Simpan dalam Akaun Simpanan SSPN Menyimpan dalam akaun SSPN juga merupakan satu pilihan yang baik. Hal ini kerana ia membantu dalam menjamin pendidikan anak-anak anda pada masa akan datang. Simpan di Amanah Simpanan Bumiputera (ASB) Dengan menyimpan di ASB, anda juga boleh melaburkan duit raya anak anda dengan cara yang selamat. Simpan di BSN Sijil Simpanan Premium Anda juga boleh menyimpan duit raya anak anda di BSN SSP yang merupakan produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hukum-guna-duit-raya-anak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hukum-guna-duit-raya-anak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 222 hits
Apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri ibu bapa pasti pening mencari di manakah tempat simpan duit raya anak anak yang paling terbaik Ada ibu bapa yang membenarkan anak anak menggunakan 100 duit raya tersebut untuk membeli apa sahaja kem...
Cara Buat Gambar Raya Ghibli Style Guna Chatgpt Plus Senang Je

Cara Buat Gambar Raya Ghibli Style Guna Chatgpt Plus Senang Je

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 238 hits
Bagi yang belum mencuba apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah Untuk panduan semua ini cara menghasilkan gambar Ghibli St...
Hiburan Tindakan Ibu Bapa Hantar Anak Anak Semata Untuk Kutip Duit Raya Dianggap Satu Sindiket

Hiburan Tindakan Ibu Bapa Hantar Anak Anak Semata Untuk Kutip Duit Raya Dianggap Satu Sindiket

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 116 hits
Baru baru ini tular satu video di platform TikTok luahan seorang individu lelaki mengenai ibu bapa yang menghantar anak anak mereka untuk mengutip duit raya Ibu bapa tunggu dalam kereta anak minta duit raya dekat orang tak dikenali Menurut ...
Mufti Kesal Trend Menari Terima Duit Raya Di Tiktok Boleh Jatuh Hukum Haram

Mufti Kesal Trend Menari Terima Duit Raya Di Tiktok Boleh Jatuh Hukum Haram

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 126 hits
Kini ramai orang berkongsi dan mencuba trend menari terima duit raya di TikTok bersama sanak saudara mahupun sahabat sempena sambutan Aidilfitri Sambutan hangat trend berkenaan telah menerima pelbagai reaksi beberapa pihak termasuk Mufti Te...
Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 148 hits
Duit raya guna beli emas gadis minat emas sejak Sekolah Menengah Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan Duit Raya Guna Beli Ema...
Suami Isteri Terkejut Duit Raya Anak Cecah Lebih Rm2000

Suami Isteri Terkejut Duit Raya Anak Cecah Lebih Rm2000

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 117 hits
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000 Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2 000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu Suami Ister...
Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 188 hits
Open House Jamuan RayaCara kira kuantiti berapa banyak untuk open house jamuan raya Ramai orang cari topik ini kan Jom baca Nak Buat Open House Tapi Tak Tahu Nak Masak Berapa Banyak Ini Sukatan Untuk 30 50 Orang Aku selalu dapat soalan nak ...
Video Penampilan Anak Achey Buat Netizen Terhibur Mekap Dah Baju Raya Dah Tapi

Video Penampilan Anak Achey Buat Netizen Terhibur Mekap Dah Baju Raya Dah Tapi

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 128 hits
Gelagat anak kepada pelawak dan penyanyi Achey iaitu Tiara Nur Zinnirah mencetuskan rasa terhibur netizen selepas bapanya itu memuatnaik satu video di media sosial milik anaknya itu Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok Tiara kelihatan c...
Tak Selesa Beraya Ni Cara Kenal Pasti Tanda Tanda Stimulasi Berlebihan Anak Sindrom Down

Tak Selesa Beraya Ni Cara Kenal Pasti Tanda Tanda Stimulasi Berlebihan Anak Sindrom Down

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 97 hits
Sibuk beraya mak ayah jangan terlupa memberi perhatian kepada anak autism atau Sindrom Down kerana ada waktunya mereka pasti tidak selesa Apa lagi ketika berdepan dengan tetamu yang ramai ketika berkunjung di hari raya Ketika beraya kanak k...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded