Nurul Izzah Kini Jadi Penasihat Pm Tanpa Gaji


malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jan 29, 2023 6:22 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi.

Namun, sumber dalam kerajaan yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatan itu tidak dibayar gaji.

"Saya boleh katakan ia bukan peranan bergaji," kata seorang sumber.

Anwar turut mengesahkan perkara ini dalam sidang media hari ini.

"Saya tak bayar apa-apa elaun kepada dia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.

Anwar yang juga menjadi menteri kewangan turut tidak mengambil gaji.

Nurul Izzah memaklumkan tentang peranan barunya itu dalam wawancara bersama The Star yang diterbitkan hari ini.

"Sementara saya tiada di Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, saya kini berkhidmat dalam kerajaan dalam dasar awam dan pelaksanaan dasar," katanya.

Naib presiden lantikan PKR itu merupakan antara pemimpin utama yang menjadi korban kepada "gelombang hijau" PN di utara semenanjung, selepas tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Nurul Izzah berkata dia berharap dapat menggunakan pengalaman lalunya sebagai ahli parlimen, kerjanya dalam isu kemiskinan, pendidikan vokasional dan teknikal serta ketika dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk berkhidmat sebagai penasihat Anwar.

Belanjawan 2023

Antara tugasnya pada masa ini adalah melakukan libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, untuk Belanjawan 2023.

"Sebagai sebahagian daripada persiapan belanjawan, kita bukan saja telah jumpa kumpulan perniagaan dan pihak berkepentingan biasa lain, tetapi kita juga sedang mendapatkan input dari rakyat, terutama daripada B40, dan tidak lupa juga M40.

"Arahan dari perdana menteri jelas: Bercakap dengan rakyat dan dengar idea, kebimbangan dan harapan mereka. Mereka adalah pihak berkepentingan paling utama," katanya lagi.

Dia sebelum ini memaklumkan mengalami keguguran ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dan Putrajaya.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata peranan terbarunya ini akan membolehkannya menggalas tanggungjawab baru di tengah keadaan ekonomi yang mencabar.

"Namun, saya yakin dapat menyumbang kepada evolusi Malaysia yang bukan saja mengejar pertumbuhan semata-mata demi pertumbuhan, tetapi negara yang mengangkat semua strata masyarakat dan memberikan kesaksamaan dalam peluang.

"Orang muda tidak boleh hilang harapan pada negara. Keadaan mungkin tidak dapat bertambah baik dalam masa singkat, tetapi keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan Malaysia yang diwarisi mereka di masa akan datang," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/nurul-izzah-kini-jadi-penasihat-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Dilantik Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan Pm

Nurul Izzah Dilantik Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 144 hits
nbsp Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mendedahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menerusi wawancaranya bersama The Star bekas Ahli Parl...
Alahai Faizal Azumu Ko Pun Dilantik Penasihat Nurul Lantik Tak Dak Gaji Membantu Papa

Alahai Faizal Azumu Ko Pun Dilantik Penasihat Nurul Lantik Tak Dak Gaji Membantu Papa

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 266 hits
Faizal yang persoal perlantikan Nurul Izzah ada tak dia persoal perlantikan dia dulu Apa kelayakan dia masa tu ek Padahal jadi MB pun fail Guane boh
Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat

Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 310 hits
PELANTIKAN anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri mencetuskan pelbagai perdebatan dan polemik dalam kalangan penganalisis ekonomi ahli politik mahu pun o...
Ambillah Kalau Nak Apa Nak Malu Malu Sanusi Risau Nurul Izzah Tak Makan Sebab Kerja Tanpa Gaji

Ambillah Kalau Nak Apa Nak Malu Malu Sanusi Risau Nurul Izzah Tak Makan Sebab Kerja Tanpa Gaji

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 202 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan tanpa gaji sebagai satu perkara yang luar biasa nbsp Beliau b...
Pm Pertahan Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Ekonomi

Pm Pertahan Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 206 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 29 2023 7 05 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan kelayakan Nurul Izzah untuk menjadi penasihatnya dalam soal ekonomi dan kewangan Ia selepas dia ditanya sama ada anaknya itu yang memegang ijazah sa...
Kecoh Kes Nurul Izzah Netizen Bongkar Pelantikan Anak Mb Tmb Kelantan

Kecoh Kes Nurul Izzah Netizen Bongkar Pelantikan Anak Mb Tmb Kelantan

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 173 hits
MALAYSIADATELINESelepas pihak pembangkang menyerang perlantikan Nurul Izzah menjadi penasihat pro bono kepada Perdana Menteri kini pekung di dada mereka pula yang mula dipecahkan Rupa rupanya kedua pemimpin kanan Pas di Kelantan melantik an...
Nurul Izzah S Appointment Is Nepotism Hamzah Calls Out Pm

Nurul Izzah S Appointment Is Nepotism Hamzah Calls Out Pm

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 182 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s decision to appoint his daughter Nurul Izzah as his adviser for economics and finance has received official criticism from the opposition chief who called out the move as nepotism and urged Anwar to retract th...
Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tersentuh Sebab Surah Maryam

Bos Bagi Kuih Muih

Doa Untuk Kuatkan Hati

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Tunggul Yang Pernah Setia