Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal Dan Barang Branded


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Branded? | Trend hidup sekarang, menayang kemewahan. Tapi bila ditegur katanya dengki pula... Hmmm...


Ada juga kata.. salah ke saya pakai pakaian dan barang mahal...Itukan reward diri saya sebab saya dah berjaya dalam bisnes saya... Salahkah? Hmm... Ya kan... Salah ke...

Betul juga tu.. dia nak reward diri dia dengan pakaian dan barang mahal. sebab sebelum ni dia takde duit, jadi bila ada duit, salah ke dia reward diri dengan pakaian dan barang mahal?

Hmm... Ini jawapannya, MF nak kongsikan buat pembaca blog MF ni...


Sumber : Google images
Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Barang Branded? Hukum memakai pakaian yang cantik dan mahal adalah harus jika berkemampuan. Hammad bin Abi Hanifah pernah berkata bahawa Abu Hanifah suka memakai pakaian yang mahal dan indah kerana menzahirkan nikmat Allah ke atasnya dan memuliakan ilmu yang dimilikinya. (Lihat Istilah-istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab, hlm. 17)

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Nabi SAW yang menasihatkan sahabatnya yang kaya seraya bersabda:

فَإِذَا آتَاكَ اللَّهُ مَالاً فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللهِ عَلَيْكَ ، وَكَرَامَتِهِ
Maksudnya: Jika Allah mengurniakan kepada kamu harta, maka perlihatlah kesan nikmat Allah ke atas kamu dan kemuliaannya. [Riwayat Abu Daud (4063)]

Berkenaan dengan selekeh dan tidak terurus diri adalah suatu keadaan yang tidak baik dan elok. Sepatutnya seseorang itu mampu menguruskan dirinya agar dilihat dalam keadaan yang baik dan sempurna penampilannya.

Daripada Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

أَتَانَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَرَأَى رَجُلاً شَعِثًا قَدْ تَفَرَّقَ شَعْرُهُ فَقَالَ : أَمَا كَانَ يَجِدُ هَذَا مَا يُسَكِّنُ بِهِ شَعْرَهُ ، وَرَأَى رَجُلاً آخَرَ وَعَلْيِهِ ثِيَابٌ وَسِخَةٌ ، فَقَالَ أَمَا كَانَ هَذَا يَجِدُ مَاءً يَغْسِلُ بِهِ ثَوْبَهُ
Maksudnya: Rasulullah SAW telah datang kepada kami, lalu Baginda melihat seorang lelaki yang tidak terurus di mana rambut kepalanya dibiarkan berterbangan lantas sabda Nabi SAW: “Tidakkah dia mendapat sesuatu yang boleh dia menguruskan rambutnya?” Kemudian Baginda melihat seorang lelaki yang lain dengan pakaian yang kotor lalu Baginda SAW bersabda: “Apakah orang itu tidak mendapati air untuk dia basuh pakaiannya?”

Riwayat Abu Daud (4062)


4 Syarat Nak Pakai Barangan Branded dan Mahal Walaupun begitu, kami berpendapat pakaian yang mahal dan cantik boleh dipakai dengan beberapa dawabit atau garis panduan yang perlu difahami dan diikuti. Antaranya:

1. Bukan pakaian yang diharamkan terhadap orang lelaki seperti sutera.  Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلَا الدِّيبَاجَ
Maksudnya: “Jangan kamu pakai sutera dan sutera dibaj”
Riwayat al-Bukhari (5426) dan Muslim (5521)
2. Jangan sampai kepada tahap membazir.  Hal ini berdasarkan nas Ilahi:
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا ﴿٢٦﴾ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” Surah al-Isra’ (26-27)

3. Bukan pakaian yang boleh membawa kepada sifat takabbur.  Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang memakai pakaian yang melambangkan kemasyhuran, nescaya Allah SWT akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat.”
Riwayat Ahmad (5664), Abu Daud (4029), al-Nasaie (9487) dan Ibn Majah (3607)
Pernah terjadi, seorang lelaki bertanya kepada Ibn Umar R.Anhuma, katanya: “Pakaian yang bagaimana boleh aku pakai?” Jawabnya: “Pakaian yang bukan menjadi kebanggaan orang-orang jahat dan tidak dicela jika kamu memakainya oleh ulama dan bijaksana.”

4. Janganlah pakaian tersebut menyerupai pakaian acara agama lain.  Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Umar RA katanya:
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَىَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ : إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلاَ تَلْبَسْهَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah melihatku memakai dua helai pakaian yang dicelup (bersifat menghampiri pakaian orang bukan Islam), lalu Baginda SAW berkata: Sesungguhnya pakaian serupa ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.


Pendapat Mufti Wilayah Tentang Isu Ini Kami berpendapat dari sudut fiqh aulawiyyat juga perlu diambil kira di saat mereka yang memerlukan bantuan lebih banyak lagi, maka mengelakkan dari memakai pakaian seumpama tersebut adalah lebih utama.

Jelas kan... Memang tak salah... tak berdosa pun... Tapi saat kita seronok merai dan menikmati rezeki dari Allah, sebaiknya kita utamakan sahabat dan rakan kita yang berkemampuan.

Kita ni sebelum kaya, kata "bila aku kaya nanti, aku nak tolong orang miskin dan kurang bernasib baik"

Tapi bila dah kaya... Pengemis pun dihalau macam kucing kurap...

Itu realitinya...


Bak kata Mufti, tak salah nak tayang, cuma takut apa yang kita exposed boleh mengundang cemburu dan dengki kepada orang lain... KIta tak tau, kalau dalam friendlist kita tu, ntah-ntah menyamun ke penyangak kan... Jadi, jangan salah orang jahat kalau kita sendiri yang mengundang orang jahat tu kepada kita...


MF cuma berkongsi dan berpesan kepada diri sendri dan semua...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/03/salah-ke-reward-diri-dengan-pakaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Bunuh Diri Dan Ramai Yang Mati Bersamanya

Anwar Ibrahim Bunuh Diri Dan Ramai Yang Mati Bersamanya

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 310 hits
SD Salleh Pada hari Selasa 5hb March 2019 Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad Rameli Musa telah dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Semasa di temubual buku cek Rameli Musa telah dirampas oleh SPRM Ia dirampas bertuj...
Berdikari Dan Pandai Bawa Diri

Berdikari Dan Pandai Bawa Diri

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 296 hits
Hai readers Harini ingat nak skip update blog Sebab badan tak berapa sihat Tiba tiba macam nak demam Tapi tak la panas sangat badan Tapi batuk boleh tahan Naik kering tekak Pastu bila berdiri lama rasa macam orang tak stabil je Tapi sebab r...
Tak Letak Ciri Idaman Cukup Terima Diri Ini Seadanya

Tak Letak Ciri Idaman Cukup Terima Diri Ini Seadanya

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 986 hits
Meskipun adiknya Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi Uqasha Senrose tidak rasa tertekan apabila ramai yang bertanyakan bila pula The post appeared first on
Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri Kandungan Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

Mendaki Gunung Terapi Terbaik Untuk Diri Kandungan Ibu Sarat Hamil Buktikan Boleh Mendaki 4 Gunung Sejak Awal Kehamilan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 533 hits
Aktiviti mendaki gunung kini menjadi antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran pelbagai golongan lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan usia Pendakian gunung dan bukit merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan tambahan lagi jik...
21 Maut Dalam Serangan Bunuh Diri Di Timur Afghanistan

21 Maut Dalam Serangan Bunuh Diri Di Timur Afghanistan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 210 hits
21 maut dalam serangan bunuh diri di Timur Afghanistan Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 6 Mar 2019 8 00PM
Terlilit Utang Mupet Gantung Diri Di Dapur

Terlilit Utang Mupet Gantung Diri Di Dapur

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 252 hits
Pihaknya belum mengetahui penyebab korban mengakhiri hidupnya dengan cara gantung diri namun informasi awal dari istri korban bahwa keluarga tersebut sedang terlilit utang di bank Akibat utang tersebut rumah mereka terancam bakal disita pih...
Bila Peluru Di Tembak Biar Perisai Doa Benteng Diri

Bila Peluru Di Tembak Biar Perisai Doa Benteng Diri

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 472 hits
Fitnah adalah barah di dalam diri manusia itu sendiri Apabila masyarakat secara amnya terdidik melalui fitnah Mereka terus mengambil fitnah itu sebagai satu maklumat yang shahih walhal ia tidak benar sekali Sebenarnya panjang lebar hendak d...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Filem Sheriff

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang

Nep Influenced Policies In South Africa Created A Minority Elite Says Envoy