Salah Faham Tentang Santan Tidak Berlemak Dan Tak Menggemukkan


Dah lama santan difitnah. Santan tak bersalah. Sebenarnya santan tak ada kolestrol. Kita kena tipu selama ni.  

Asid lemak dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana(MCFA)

Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekalkan sistem imun tubuh (sama seperti lemak dalam susu ibu). Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan

Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Ertinya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu

----------------
MITOS MENGENAI SANTAN KELAPA - MARDIOleh: Kamariah Long (PhD)Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI
Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai. Bermacam punca dibincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak.  Antaranya ialah jenis makanan yang dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. 
Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK dituding sebagai salah satu puncanya.Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Rasional pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi kerana penggunaan  SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak

Sebagai seorang profesional yang terlibat dalam penyelidikan kelapa, saya terpanggil untuk memberi pandangan dan membetulkan MITOS terhadap santan kelapa. 
Saya merasakan begitu bersalah jika membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT. 
Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu memberikan pendapatnya semasa  wawancara  berita  TV3. Beliau menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. Juga di zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya.  Sehingga kini mitos santan kelapa masih berterusan

Sayangnya perkara ini berlaku juga di kalangan profesional termasuk pakar pemakanan Malaysia. Malah ketika saya menjalankan ujian saringan kesihatan di sebuah hospital swasta, saya juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan  kelapa  dikatakan mengandungi kolestrol  yang tinggi. 
Walau bagaimanapun, analisis saintifik  mendapati  kolestrol dalam santan kelapa adalah  tersangat rendah  berbanding lemak dari sumber  lain, terutamanya  haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa

Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak  haiwan

Jadual 1:  Kandungan kolestrol dalam minyak
Sumber minyak  Kandungan kolesterol (mg/kg)Minyak kelapa                      5-14Minyak bunga matahari  8-44Minyak isi rong sawit         9-40Minyak sawit                    13-19Minyak soya                    20-35Minyak biji kapas              28-108Minyak jagung                    18-95Minyak biji rape              28-108
Lemak haiwan  
Beef tallow                    800-1400Mentega                        2200-4100Lemak babi                  3000-4000
(Sumber: Inform Vol 13, 2002)
Persoalan  kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik  mengenai kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna. 
Secara peribadi, saya belum menjumpai sebarang kertas kerja  santifik berkaitan  perkara  ini.  Jika demikian, bagaimana  santan  sebegitu dicemuh sebagai punca kepada masalah obesiti dan penyakit jantung

Santan kelapa mempunyai kandungan  lemak tepu yang tinggi dan  boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa  mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu. 
Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada  wujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika  Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran

Kempen anti-minyak tropika dan  Program Piramid Makanan (Food Pyramid Program) telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika  Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya (American Soybean Association, ASA). 
ASA mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi.  Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan

Akibat dari kempen  tersebut, penduduk  AS  telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam  diet mereka. 
Program ini ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20 tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi masalah kegemukan (National Health 3 / 4 and Nutrition Examination Survey 1999-2000). 
Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di AS

Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa musibah kepada penduduk AS. Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai ramai saintis. 
Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan  asid lemak perlu (essential fatty acids)  yang berlebihan (Time’s March 1, 2004 dan Fortune’s October 23, 2003)

Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari  mengandungi  asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ?6), yang tinggi.  
Tubuh manusia akan menukar asid linolenik  kepada asid arakidonik (C20:4, ?6).  Asid arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane) plasma sel-sel badan.  
Bila  diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi.  Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan penyakit alahan (allergic)

Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari) 20 kali ganda lebih tinggi berbanding asid omega-3 (minyak ikan).  Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega-?3 dan omega-?6

Prostaglandins yang dihasilkan  secara berlebihan  menyebabkan  keradangan seterusnya  penyakit kronik kepada rakyat AS. 
Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.  Asid  trans bukanlah asid yang boleh didapati secara semula jadi.  Asid ini terbentuk semasa proses  penghidrogenan (hydrogenation process). 
Proses penghidrogenan  ialah tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak  kacang soya, jagung dan bunga matahari  pepejal atau lemak pada suhu bilik.  Gas hidrogen ditambah semasa  proses ini untuk menukarkan minyak kepada  lelemak.  
Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak. Marjerin dan  lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan. Lelemak ini digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim, piza, coklat dan sebagainya

Food and Drug Administration (FDA) AS akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari  penggunaan asid trans ini.  Pada Januari 2006, FDA  telah mewajibkan pengusaha makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang dihasilkan

Terdapat  beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat

Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam ujian ini dicemari asid trans. Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa. 
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia 4 / 4 alam. Asid lemak tepu boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai karbon pendek (C  4:0-C  6:0), sederhana (C  8:0-C  12:0) dan panjang (C  14:0 >). 
Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing-masing dan kita memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride,  MCT).  Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah dan Jepun

Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi. Tenaga yang terhasil dari  asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4 kcal/gm dari glukosa. 
Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana. Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga segera

Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari  sudut yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari sudut pemakanan.  Juga bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans dalam produk makanan

Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif sebenar.  Setiap khazanah alam anugerah Allah  SWT kepada hambaNya mempunyai peranan tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa juga perkara

Sumber : Widyana Ali. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2019/07/salah-faham-tentang-santan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Salah Faham Utama Orang Bukan Melayu Tentang Tamadun Melayu

4 Salah Faham Utama Orang Bukan Melayu Tentang Tamadun Melayu

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 330 hits
Video ini dari page yang pernah Naim share baru baru ini Semoga video ini memberi gambaran yang betul tentang tamadun orang melayu
Serang Cikgu Dalam Kawasan Sekolah Sebab Salah Faham

Serang Cikgu Dalam Kawasan Sekolah Sebab Salah Faham

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 421 hits
LELAKI menyerang seorang guru sehingga tular malam tadi kerana dipercayai berlaku salah faham membabitkan anak saudaranya yang digantung sekolah Sumber Pejabat Pendidikan Daerah Bachok dalam kenyataan malam tadi berkata kejadian berlaku jam...
Nombor Di Klinik Adalah Nombor Panggilan Bukan Nombor Giliran Ramai Yang Salah Faham Sila Baca Penjelasan Doktor Ini

Nombor Di Klinik Adalah Nombor Panggilan Bukan Nombor Giliran Ramai Yang Salah Faham Sila Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 613 hits
The ReporterSudah menjadi kebiasaan masyarakat kita kerap merungut apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bagi yang kurang kesabarannya bertindak merakam dan kemudian viralkan di media sosial dengan mel...
Ramai Salah Faham Hitam Celah Badan Sebenarnya Daki Dr Tampil Beri Penjelasan Dan Cara Rawatan

Ramai Salah Faham Hitam Celah Badan Sebenarnya Daki Dr Tampil Beri Penjelasan Dan Cara Rawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 403 hits
Pasti ramai yang pernah atau sedang mengalami perubahan tona kulit di bahagian tertentu seperti pada tengkuk bawah lengan lutut atau bahagian badan yang lain Ramai yang menyangkakan kesan kehitaman tersebut adalah berpunca daripada daki nam...
Salah Faham Drama Mak Nyah Masuk Sekolah Tahfiz

Salah Faham Drama Mak Nyah Masuk Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 553 hits
1 Kecoh tentang drama Demi Tuhan Aku Bersaksi di RTM apabila ada orang muat naik beberapa poster dan gambar sedutan dari drama tersebut yang berkisarkan tentang pengamal BTLG yang belajar di sekolah tahfiz 2 Lalu ramai yang mengecam dan men...
Cerita Tentang Makan Makan Lagi

Cerita Tentang Makan Makan Lagi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 255 hits
Hi korang Jumaat dah hari ni kan memang sekejap jer masa berlalu dan sekarang kita dah ada di hari kedua di bulan Ogos Bulan Ogos ni ada 2 keraian yang besar kan first Aidiladha dan juga Hari Kemerdekaan Diam tak diam next week kita akan be...
Saya Bukan Patung Titah Sultan Johor Tentang Pembelian Perkakasan Tentera

Saya Bukan Patung Titah Sultan Johor Tentang Pembelian Perkakasan Tentera

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 907 hits
Sumber GoogleHari ini dalam kiriman Facebook DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Baginda mengkritik mengenai penjualan perkakasan tentera yang tidak masuk akal oleh sesetengah pihak Baginda bertitah dalam nada teg...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025