Salah Faham Konsep Kbat Melemahkan Minat Murid Pensyarah


Imej hiasan
MATLAMAT akhir sistem pendidikan moden mestilah menjadikan murid-murid sebagai insan yang mampu berfikir dengan rasional, kritis dan kreatif. Melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah, murid-murid dilatih untuk menggunakan kelima-lima pancaindera yang mereka ada sama ada dengan cara mendengar, melihat, menyentuh, merasa dan menghidu untuk memperoleh pengalaman pembelajaran

Semua pengalaman melalui pancaindera ini kemudiannya akan membawa murid-murid kepada satu perkara baru iaitu melakukan proses menaakul atau berfikir

Melalui proses berfikir inilah murid-murid diharapkan akan mengetahui, memahami, mengamalkan perkara baru hasil pembelajaran mereka. Malah bagi membina kematangan kognitif murid-murid yang lebih tinggi, mereka juga diberikan aras penaakulan lebih mencabar iaitu dengan melakukan analisis, mensintesis, menilai serta menjana idea baru di dalam sesi pembelajaran bersama guru-guru

Inilah apa yang dihasratkan oleh pakar psikologi Benjamin Bloom apabila beliau membina model yang dikenali sebagai Taksonomi Kognitif Bloom melalui bukunya bertajuk Taxonomy of Educational Objectives yang diterbitkan pada 1956

Bloom percaya pengajaran guru hanya menjadi bermakna dan berguna apabila berjaya mencapai matlamat meningkatkan keupayaan kognitif murid-murid. Sesuatu pengajaran yang tidak berjaya meningkatkan aras kognitif murid-murid dianggap sebagai pengajaran yang gagal. Itulah sebabnya Bloom menekankan pentingnya untuk guru meletakkan objektif pembelajaran apabila menggunakan aras kognitif di dalam membuat perancangan pengajaran serta semasa menyediakan instrumen pentaksiran pembelajaran

Di Malaysia, sejak awal sistem pendidikan diwujudkan, kita juga mempunyai matlamat supaya pendidikan mestilah meningkatkan aras kognitif anak-anak kita. Secara nyata usaha ini dimulakan pada 1994 apabila KPM memperkenalkan Penerapan Komponen Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) pada 1994

Bagaimanapun usaha ini dihentikan kerana didapati pelaksanaan KBKK tidak berkesan. Hanya pada 2014, sekali lagi usaha untuk meningkatkan aras kognitif dilakukan secara terancang apabila KPM mula memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai mekanisme baru bagi melaksanakan dan mengesan proses berfikir kepada murid-murid

Bagi mengukuhkan amalan berfikir dan memastikan KBAT berjaya dan tidak gagal seperti KBKK, KPM menggunakan pendekatan meletakkan sasaran meningkatkan peratus soalan KBAT secara berperingkat di dalam peperiksaan SPM sehingga mencapai 50 peratus pada 2022

Kesan kepada pendekatan ini, banyak rungutan khususnya dalam kalangan calon SPM, para ibu bapa dan juga guru yang memaklumkan tahap kesukaran soalan SPM meningkat dan menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran menjawab soalan yang dikategorikan sebagai beraras tinggi

Walaupun saling berkaitan, sebenarnya ada beberapa salah faham tentang konsep Taksonomi Kognitif Bloom dan KBAT. 
Pertama, Benjamin Bloom menjelaskan di dalam bukunya tujuan beliau membina taksonomi kognitif adalah untuk menjadi panduan guru merancang pengajaran dan menyediakan aras kognitif pentaksiran. 
Oleh itu, taksonomi Bloom bukanlah alat untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid seperti penggunaan mnemonik, peta minda atau Six Thinking Hats yang diperkenalkan Edward de Bono

Taksonomi Bloom yang dibina oleh Bloom adalah panduan tentang aras kognitif dan ia bukannya alat untuk meningkatkan kemahiran berfikir. Jika murid berjaya meningkatkan keupayaan kognitif, misalnya dari aras pengetahuan kepada aras kefahaman, itu adalah petunjuk kepada aras kognitif penguasaan isi kandungan pembelajaran tanpa mengira mereka menggunakan kemahiran berfikir ataupun tidak

Salah faham kedua adalah, setiap soalan KBAT boleh berdiri sendiri. Sedangkan apabila kita memahami panduan taksonomi Bloom, secara jelas diterangkan proses taksonomi itu berlaku secara hierarki. Maksudnya bermula dengan aras tahu, faham, aplikasi, analisis, sintesis, nilai dan jana. 
Maksudnya, adalah kurang tepat apabila guru terus sahaja bertanya soalan menggunakan aras tinggi tanpa memulakan dengan soalan aras rendah terlebih dahulu. Inilah yang menyebabkan ramai murid merasakan ada soalan sukar untuk mereka jawab kerana pendekatan guru yang tidak konstruktif apabila tidak memulakan soalan pada aras rendah terlebih dahulu

Oleh kerana mereka tidak dibiasakan dengan pendekatan taksonomi Bloom yang betul, ini juga yang menjadi sebab mengapa ramai murid merasakan soalan peperiksaan SPM adalah sukar untuk dijawab. Sedangkan mereka akan lebih mudah menjawab jika dibiasakan dengan soalan dengan aras yang lebih rendah dan seterusnya meningkat ke aras lebih tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

Bagi menyelesaikan isu soalan SPM yang dikatakan sukar kerana mempunyai bilangan soalan KBAT yang semakin banyak, pendekatan dalam pengajaran di bilik darjah juga mestilah diperkemaskan. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk bertanya soalan formatif secara berbagai aras taksonomi di dalam bilik darjah

Guru juga mestilah di dalam keadaan ‘sedar’ dan telah merancang apakah aras soalan yang mereka akan tanyakan kepada murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, adalah kurang sesuai di awal pengajaran guru sudah menggunakan soalan pada aras sintesis atau aras penilaian apabila mengemukakan soalan kepada murid sedangkan pengajaran baru bermula

Walaupun pelaksanaan KBAT adalah baik dan selari dengan matlamat pendidikan untuk meningkatkan daya fikir murid-murid, tetapi ia harus dilakukan secara konstruktif dan terancang. Seperti yang ditegaskan Bloom apabila beliau memperkenalkan Taksonomi Kognitif Bloom, apa yang penting setiap guru dapat menggunakan panduan aras kognitif ini dengan hasrat untuk meningkatkan motivasi dan memudahkan pembelajaran murid-murid

Malangnya, seperti apa yang dikeluhkan oleh ramai murid, ibu bapa dan guru, apa yang sedang berlaku dalam isu pelaksanaan KBAT, nampaknya KBAT sedang melemahkan minat dan motivasi sebahagian besar murid-murid

Artikel asal oleh Dr Anuar Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/salah-faham-konsep-kbat-melemahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsep Sekolah Angkat Tingkat Ilmu Selenggara Bangunan Pensyarah

Konsep Sekolah Angkat Tingkat Ilmu Selenggara Bangunan Pensyarah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 349 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying meninjau kerosakan siling tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya di Butterworth Isnin lalu Hadir sama Pengetua SMK Bagan Jaya Gnoh Kem Fat Sekolah berkenaan mengalami pelbagai kerosakan antara...
Pensyarah Dakwa Markah Pajsk Tidak Selari Prestari Murid

Pensyarah Dakwa Markah Pajsk Tidak Selari Prestari Murid

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 146 hits
Sudah tiba masa untuk Kementerian Pendidikan memberi penjelasan tentang bagaimana penilaian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan berikutan markah gred dan pelaporan yang tidak konsisten dengan pencapaian sebenar m...
Nenek 69 Tahun Minat Streetwear Beratur Berhari Hari Untuk Dapatkan Koleksi Streetwear Lokal Yang Baru

Nenek 69 Tahun Minat Streetwear Beratur Berhari Hari Untuk Dapatkan Koleksi Streetwear Lokal Yang Baru

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 166 hits
Fesyen gaya jalanan atau street style yang meliputi pakaian seperti jaket varsity kemeja T oversized dan seluar berpotongan longgar cukup sinonim sebagai gaya pilihan anak muda Begitupun pesona gaya jalanan yang dipertaruhkan oleh sebuah je...
Pelajar Bumiputera Tolak Tawaran Ipt Bukan Kerana Tidak Minat Belajar

Pelajar Bumiputera Tolak Tawaran Ipt Bukan Kerana Tidak Minat Belajar

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 126 hits
Imej hiasanSEJAK 2020 sejumlah 188 884 atau 51 daripada 365 553 pelajar bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia telah menolak tawaran untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam seperti yang dilaporkan oleh Utusan Mal...
Pmx Mahu Bahasa Tamil Diajar Walaupun Kurang 15 Murid

Pmx Mahu Bahasa Tamil Diajar Walaupun Kurang 15 Murid

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 177 hits
Anwar bersama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar menghadiri Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Tamil ke 11 di Universiti Malaya hari ini KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula syarat jumlah murid untuk memperkenal subje...
12 Konsep Kamar Mandi Di Bawah Tangga Yang Unik Dan Nggak Seram Lumayan Irit Ruangan

12 Konsep Kamar Mandi Di Bawah Tangga Yang Unik Dan Nggak Seram Lumayan Irit Ruangan

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 178 hits
Bisa difungsikan jadi kamar mandi kering khusus tamu nih Isinya cukup kloset dan wastafel aja
12 Produk 411 Membuat Peta Pikiran Konsep Wilayah Dan Penerapannya

12 Produk 411 Membuat Peta Pikiran Konsep Wilayah Dan Penerapannya

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 188 hits
Geografi 12 IPSKD 3 1 Wilayah dan pewilayahanIPK 411 Membuat peta pikiran konsep wilayah dan penerapannya dalam kehidupan sehari hariSelasa 18 Juli 2023 JP 5 7Wilayah RomaWilayah BaliWilayah TangerangWilayah BangkokWilayah Yogjakarta12 IPSS...
Kpm Tidak Kompromi Dengan Dakwaan Murid Dirotan Gb Hingga Cedera Fadhlina

Kpm Tidak Kompromi Dengan Dakwaan Murid Dirotan Gb Hingga Cedera Fadhlina

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 173 hits
KUALA PILAH 20 Julai Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi sekiranya benar dakwaan seorang murid lelaki Tahun Lima yang dirotan guru besar sehingga cedera di sebuah sekolah di Segamat Johor dua hari lepas Menteri Pendidikan Fadhlina...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner