Pensyarah Dakwa Markah Pajsk Tidak Selari Prestari Murid



Sudah tiba masa untuk Kementerian Pendidikan (KPM) memberi penjelasan tentang bagaimana penilaian Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan berikutan markah, gred dan pelaporan yang tidak konsisten dengan pencapaian sebenar murid

Ketika ini masih ramai ibu bapa tertanya-tanya bagaimana penilaian dan pemarkahan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah dilaksanakan

Untuk pengetahuan umum, Sistem PAJSK digunakan dalam konteks pendidikan di Malaysia untuk menguruskan dan menilai aktiviti-aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum yang dilakukan oleh murid di sekolah

Sistem ini disediakan bagi membolehkan pentadbir sekolah dan guru-guru memasukkan maklumat dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum

Sistem ini dikatakan platform yang terintegrasi untuk merekodkan dan menguruskan data seperti penyertaan setiap murid dalam sukan dan permainan, keahlian dalam kelab atau persatuan, kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum, dan lain-lain

Dimaklumkan melalui sistem ini, sekolah dapat merekod kemajuan murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan memberikan penilaian atau markah yang sesuai

Maklumat ini juga dapat digunakan untuk keperluan dokumentasi, pemantauan, dan penilaian prestasi pelajar secara holistik

Pengwujudan sistem ini dikatakan bertujuan untuk memperkukuhkan pelaksanaan dan penilaian aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum di sekolah-sekolah Malaysia serta memastikan  aspek pembangunan keseluruhan pelajar termasuk aspek fizikal, kemahiran sosial, dan nilai-nilai dapat diberikan perhatian yang sewajarnya

Sedang objektif mewujudkan PAJSK ini sangat baik, namun pelaksanaan penilaian, penggredan, perekodan, dan pelaporan serta keupayaan sistem itu sendiri perlu dipantau dan dikaji semula khasnya berkaitan kesahan, ketelusan, dan ketepatan penilaian yang dilakukan guru

Ramai ibubapa tidak peka malahan segelintir guru sendiri mengambil remeh tentang pemarkahan dan pelaporan PAJSK ini, seolah-olah ia  tidak penting berikutan hanya membawa markah sebanyak 10%

Ketika ini bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memohon pengajian melalui sistem UPU, pengiraan markah merit UPU merangkumi markah (10%) kokurikulum

Justeru, penilaian kokurikulum ini walaupun hanya membawa 10%, ia perlu dilaksanakan dengan lebih objektif dan telus

Perkara ini dibangkitkan berikutan terdapat insiden murid yang aktif di sekolah tidak dinilai sebaiknya

Apabila penilaian dan perekodan tidak dilaksanakan dengan baik, ia pasti memberi kesan kepada nilai pencapaian dan gred purata murid

Rentetan itu, pelaporan yang dicetak sangat tidak mencerminkan pencapaian sebenar murid

Begitu juga dengan kestabilan sistem yang dibina sebagai platform setempat itu perlu dipantau berikutan terdapat rungutan di mana pemarkahan telah direkodkan dengan baik oleh guru namun ketidakstabilan sistem telah menjejaskan penilaian, perekodan, dan pelaporan pencapaian murid

Apa yang dimasukkan di dalam sistem tidak sama dengan apa yang tercatat di dalam laporan yang diberikan kepada murid

Sekiranya ini berlaku dan menyebabkan pelaporan terhadap pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum terjejas, apakah tindakan segera yang diambil oleh pihak sekolah, PPD, dan JPN sendiri dalam memperbetulkan pelaporan tersebut

Wajarkah dibiarkan murid menanggung kesan dari kesilapan individu yang menilai, kelemahan dan ketidaktelusan prosedur pemarkahan mahupun ketidakstabilan sistem atas alasan sistem telah ditutup

Ingin dinyatakan di sini, walaupun hanya 10% markah PAJSK dan walaupun dianggap tidak penting oleh sebilangan pelaksana penilaian, kesan dari kecuaian, ketidaktepatan penilaian dan pelaporan boleh menjejaskan motivasi dan kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap pihak sekolah dan sistem penilaian itu sendiri

Oleh yang demikian, wajar diadakan satu bentuk penilaian yang telus untuk menilai pencapaian kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah/sekolah sekiranya pemarkahan ini ingin digunapakai sebagai mata merit kemasukan ke pusat pengajian awam setelah tamat SPM

Memastikan sesuatu sistem penilaian itu mencapai kesahan, mempunyai ketelusan, dan ketelitian dalam perekodan dan pelaporan adalah sangat penting di dalam membentuk kebolehpercayaan sesuatu sistem pentaksiran itu

Ia juga membantu ke arah pembentukan kualiti penilaian dan seterusnya memastikan integriti dan profesionalisme pelaksana penilaian tidak dipersoalkan

Diharapkan pemantauan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi memastikan murid tidak menjadi mangsa keadaan oleh kelemahan sistem pengurusan penilaian itu sendiri

Ibu bapa dan murid juga perlu didedahkan dengan rubrik penilaian agar penilaian tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih objektif

Dr Zuwati Hasim
Universiti Malaya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/pensyarah-dakwa-markah-pajsk-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Dakwa Murid Semberono Pilih Aliran Masuk Tingkatan 4

Pensyarah Dakwa Murid Semberono Pilih Aliran Masuk Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 226 hits
PETALING JAYA Ahli akademik berpandangan ketiadaan peperiksaan berpusat di Tingkatan 3 menyebabkan murid semberono memilih aliran apabila memasuki Tingkatan 4 yang dikhuatiri didorong minat dan bukan kekuatan akademik Anuar Ahmad dari Unive...
Syed Saddiq Dakwa Muda Disisihkan Oleh Anwar Ph

Syed Saddiq Dakwa Muda Disisihkan Oleh Anwar Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 357 hits
Malaysiakini Muda menyangkal dakwaan veteran DAP Lim Kit Siang bahawa ia membuat keputusan tergesa gesa dan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Dalam satu kenyataan Presiden Muda Syed Saddiq Syed A...
Guru Didakwa Gigit Murid Masih Bertugas

Guru Didakwa Gigit Murid Masih Bertugas

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 293 hits
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Mohd Hassany Hashim NSTP HAZIRA AHMAD ZAIDI KOTA BHARU Guru yang didakwa menggigit seorang muridnya dilaporkan masih menjalankan tugas seperti biasa Timbala...
Korang Rasa Apa Benda Ni Wanita Dakwa Terbeli Laksa Dibuat Dari Surat Khabar

Korang Rasa Apa Benda Ni Wanita Dakwa Terbeli Laksa Dibuat Dari Surat Khabar

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 234 hits
Korang rasa apa benda ni Wanita dakwa terbeli laksa dibuat dari surat khabar BUKAN mahu tutup periuk nasi peniaga begitulah kata kata seorang individu di Twitter susulan pendedahan mengenai kuah laksa Kuah yang didakwa diperbuat daripada ke...
Hiburan Kesianlah Saya Anak Bini Dizalimi Aliff Syukri Dakwa Bekas Menteri Lari Bayar Hutang Jutaan Ringgit

Hiburan Kesianlah Saya Anak Bini Dizalimi Aliff Syukri Dakwa Bekas Menteri Lari Bayar Hutang Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 237 hits
Sebelum ini usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri ada meluahkan rasa berang terhadap seorang founder tudung yang enggan membayar hutang sebanyak jutaan ringgit terhadapnya Terbaru secara terbuka di Instagram usahawan terbabit menuntut seorang...
Dap Kerap Ugut Dr M Ketika Jadi Pm Dakwa Pemimpin Bersatu

Dap Kerap Ugut Dr M Ketika Jadi Pm Dakwa Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 325 hits
Razali Idris berkata DAP juga mendesak Dr Mahathir Mohamad menyalurkan peruntukan sama rata kepada semua rumah ibadat tanpa mengira agama PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mendakwa DAP bukan saja tidak menghormati Dr Mahathir Mohamad k...
Pegawai Imigresen Dakwa Diugut Buang Pangkat Oleh Menteri

Pegawai Imigresen Dakwa Diugut Buang Pangkat Oleh Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Satu laporan polis telah dibuat bagi menangkis dakwaan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bahawa wujud budaya rasuah dalam kalangan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antaraban...
Murid Digigit Guru Kurang Selera Makan Emosi Tidak Stabil

Murid Digigit Guru Kurang Selera Makan Emosi Tidak Stabil

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 262 hits
Sinar HarianMenurut ibu kanak kanak itu anak lelakinya yang berusia enam tahun itu juga sering mengamuk berguling guling serta berasa takut dan tidak mahu ke sekolah Gambar hiasanKOTA BHARU Ibu kepada murid dipercayai digigit di bibir oleh ...
Pemenang Top Komentator September 2025

Perjalanan Jauh Melihat Panorama Alam Kota Mitropolitan Dan Ke Jamal Salim Tuaran

Selamat Datang Oktober Bulan Ke Sepuluh Peluang Masih Ada

Lirik Lagu Esok Fahimi Firdaus Rahmat

Nasi Bamboo Sungai Klah

In Cooking What Exactly Is Seasoning

Anti Corruption Talk Mere Theatre

Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Pas Nafi Namakan Hamzah Sebagai Pm Fokus Menang Pru16 Dulu Takiyuddin

Sumud Flotilla Konvoi Berjaya Lintas Zon Merah

Sumud Flotilla Sncc Terputus Hubungan Dengan 10 Sukarelawan Malaysia

Pop Up Periuk Nasi Gergasi Mr D I Y Kini Tahan Lebih Lama Di Fahrenheit88